Kerajaan Digesa Longgarkan Pkp Hanya Selepas 12 Mei
RAKYAT Malaysia memerlukan lebih daripada dua hari untuk menyesuaikan diri dengan prosedur baru di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilonggarkan, kata kumpulan sivil dan profesional kesihatan.Dalam petisyen ditandatangani oleh 359 doktor, kumpulan dan bekas pesakit Covid-19, mereka berkata Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk mempersiapkan diri dan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) baharu sebaik sahaja sekatan pergerakan dilonggarkan.Lebih baik jika kelonggaran itu dilaksanakan pada 13 Mei dan bukannya 4 Mei seperti diumumkan kerajaan Perikatan Nasional semalam.Tempoh PKP yang berlangsung selama enam minggu berjaya mencegah jangkitan Covid-19 daripada menjadi tidak terkawal di Malaysia.Namun, ia boleh digagalkan jika rakyat Malaysia tidak diberi cukup waktu untuk mempersiapkan diri dengan norma tingkah laku baharu selepas sekatan PKP dilonggarkan dan sebahagian besar ekonomi dibuka, kata mereka.“Kita perlu secara beransur-ansur melonggarkan sekatan dan memastikan dapat kembali untuk hidup, bekerja dan membina semula,” kata mereka dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak mereka oleh badan pemikir Galen Center for Health and Social Policy.“Namun, kami bimbang pencapaian ini mungkin gagal jika tiada cukup waktu untuk memastikan rakyat cukup bersedia untuk melindungi diri, keluarga, tempat kerja dan masyarakat.“Terdapat risiko nyata gelombang seterusnya bagi jangkitan Covid-19 akibat ketidakpatuhan dan salah faham mengenai SOP kerana kurangnya waktu persiapan,” tambah mereka lagi.Sementara itu pertambahan kes-kes Covid-19 di seluruh dunia setakat hari ini seharusnya menyedarkan rakyat Malaysia agar tidak memandang mudah berkenaan wabak tersebut. Dunia – 3,398,473 + 94,253.Mati – 239,448 + 5,6181 USA – 1,131,030 + 36,007.Mati 65,753 + 1,8972 Sepanyol – 242,988 + 3,349. Mati – 24,824 +2813 Italy – 207,428 + 1,965.Mati – 28,336 + 2694 UK – 177,454 + 6,201.Mati – 27,510 + 7395 Perancis – 167,346 + 168.Mati – 24,594 + 2186 German – 164,077 + 1,068.Mati – 6,736 + 1137 Turki – 122,392 + 2,188.Mati – 3,258 + 848 Russia – 114,431 + 7,933.Mati – 1,169 + 969 Iran – 95,646 + 1,006.Mati – 6,091 + 6310 Brazil – 92,202 + 5,015.Mati – 6,412 + 40610 negara terpilih1 China – 82,875 + 1.Mati – 4,633 + 02 Canada – 55,061 + 1,825.Mati – 3,391 + 2073 India – 37,336 + 2,473.Mati – 1,223 + 694 Switzerland – 29,705 + 119.Mati – 1,754 +175 Arab Saudi – 24,097 +1,344.Mati – 169 + 76 Israel – 16,101 + 155.Mati – 225 + 37 Jepun – 14,305 + 217.Mati – 455 + 258 Australia – 6,780 + 14.Mati – 95 + 29 Mesir – 5,895 + 358.Mati – 406 + 1410 Argentina – 4,532 +104.Mati – 225 +75 Negara Asia Tenggara1 Singapura – 17,548 + 447.Mati – 16 + 12 Indonesia – 10,843 + 292.Mati – 831 + 313 Filipina – 8,928 + 156.Mati – 608 + 294 Malaysia – 6,176 +105.Mati – 103 + 05 Thailand – 2,966 + 6.Mati – 54 + 0Kesimpulan:1. Jangkitan di seluruh dunia menghampiri 3.4 juta kes.2. Kematian dunia melebihi 239,000.3. Sembuh dunia 1.08 juta @ 32% drp jumlah keseluruhan jangkitan.3. Selain US, negara mencatat kes positif yang tinggi (1,000 kes ke atas adalah Sepanyol, UK, German, Turki, Russia, Iran, Brazil, Canada, Peru, India, Ecuador, Arab Saudi, Mexico & Pakistan.4. Rusia, UK & Brazil terus tinggi dengan kes positif harian masing2 7,933, 6,201 & 5,015.5. Arab Saudi terus tinggi dengan lebih 24,000 kes & mati 169.6. Kes harian Malaysia 105 kes (94 kes domestik & 11 kes import). Kes harian teringgi sejak 16.4.20.Jadi, apakah keputusan kerajaan melaksanakan PKPB atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mulai 4 Mei ini suatu tindakan yang berbaloi?
(ShahbudinHusin 02/05/2020)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/05/kerajaan-digesa-longgarkan-pkp-hanya.html