Isu Lembah Bujang Kenapa Terlalu Buta Jahil Sejarah Bangsa Sendiri Bengong



Benarkah candi Lembah Bujang menghadap kiblat? Benarkah Lembah Bujang lebih hebat daripada Candi Borobudur dan Angkor Wat? Apakah lagi misteri yang "disembunyikan" di Lembah Bujang ini sehinggakan menarik perhatian bukan sahaja arkeologis dan sejarahwan seluruh dunia malah pengintip serta ejen risikan barat? Apa pula kaitannya dengan kedatangan Islam di nusantara? Ramai antara kita tidak tahu apa sebenarnya yang ada di Lembah Bujang sehinggakan kita begitu menentang pencerobohan syarikat kroni UMNO yang memusnahkan tapak sejarah paling bernilai di Malaysia itu. 
Walaupun, pada mulanya peluru dilancarkan kepada PAS Kedah dengan menyatakan bahawa projek ini diberikan pada zaman PAS tapi tembelang mereka terbongkar kerana projek ini diluluskan pada zaman UMNO rupanya. Inilah virus Talibanisme UMNO!

Di Asia Tenggara, terdapat beberapa tapak tamadun yang setiap satunya memberikan kebanggaan kepada negara masing-masing. Bagan di Myanmar yang mengandungi lebih 1000 buah kuil dari bersaiz kecil hingga besar, Borobudur di Indonesia yang merupakan monumen Buddha terbesar di dunia, puing-puing Sukhotai dan Ayutthaya di Thailand, Myson, pusat kebudayaan tamadun Champa di Vietnam serta wajib dalam senarai, kompleks Angkor yang mengandungi Angkor Wat dan Angkor Thom dengan wajah-wajah gergasi di Bayon,Kemboja


Semua negara-negara ini mengambil berat akan sejarah mereka seperti Indonesia yang bekerjasama dengan UNESCO untuk membaikpulih Borobudur akibat gempa bumi. Kerajaan junta tentera Myanmar sekalipun, berusaha membaikpulih kompleks Bagan dengan cara mereka sendiri tetapi mengapa Malaysia seolah-olah buta sejarah dan terus mengabaikan warisan sejarahnya

Kita mempunyai tapak tamadun tertua di Asia Tenggara mengatasi segala pencapaian Angkor, Bagan, Borobudur dan Ayutthaya. Jika Borobudur dibina lebih 400 tahun sebelum Angkor Wat, ada candi-candi di Lembah Bujang dibina lebih 800 tahun sebelum Borobudur dibina

Di Lembah Bujang terdapat kompleks peleburan besi yang tiada tolok bandingnya di rantau ini. Tiada tamadun lain di Asia Tenggara seawal 1 Masehi malah sehingga 1000 Masehi mempunyai teknologi peleburan besi sebagaimana di Kedah Tua

Perhatikan catatan pengembara dari Bukhara,Abu Dulaf yang melawat Kedah Tua pada 940 Masehi:
"...saya dapati tempatnya amat indah dengan tembok-tembok kota, taman-taman bunga dan aliran mata air dari bumi. Saya melihat lombong bijih timah yang tidak ada tolok bandingnya di dunia ini. Di kota ini ada tukang-tukang membuat pedang ‘Qala’i’ iaitu sejenis Pedang Hindi yang tulen. Penduduknya mempunyai Mahkamah Keadilan, penjara serta hukuman denda..."
Tetapi mengapa pihak-pihak yang sepatutnya bertanggungjawab yang kononnya berkaitan dengan 'sejarah' di Malaysia terus menjadi makhluk-makhluk yang pekak, buta, tuli dan bisu? Di manakah suara Muzium Negara?Arkib Negara? Perpustakaan Negara Malaysia yang sehingga ke hari ini memeram manuskrip-manuskrip Jawinya untuk dijadikan arak pekasam di stornya? Mana kelab-kelab pencinta sejarah? Mana Persatuan Sejarah Kedah

Mana dia pensyarah-pensyarah dan profesor-profesor sejarah? Mengapa tiada ulasan atau tindakan dari mereka? Tiada semangat perjuangan dari mereka semua ini. Jelas, apa yang diharapkan adalah semata-mata wang dan material dari profesion mereka. Tiada tanggungjawab sosial dan rasa prihatin. Mereka berjaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan pihak-pihak yang rakus memusnahkan warisan sejarah kita demi mengaut keuntungan


Anak-anak Melayu terutamanya perlu jelas pasal ini. Candi Lembah Bujang bukan dibina oleh 'Indian trader'. Pasal apa pulak candi Lembah Bujang dikreditkan pada makhluk asing bernama 'Indian trader' ni? Takde pasal mereka nak bina lebih 50 buah bangunan di Lembah Bujang. Dah berniaga dapat untung cabut balik India lah. Habis tu mana perginya kerajaan Kedah Tua yang digembar-gemburkan oleh para pedagang Arab dan Parsi tu? Kerajaan bunian

Dah ada bukti tapak bangunan di Lembah Bujang, kredit kat 'Indian trader' pulak. Lepas tu persoalkan kenapa kerajaan-kerajaan Melayu dulu takde binaan. Takde binaan kepala otak hang berjambui, dah semua binaan sejarah yang ada dikreditkan kat makhluk asing, lepas tu apa yang kamu dapat? Ini namanya bodoh piang. Tak baca buku. Lepas tu kena tipu hidup-hidup dengan makhluk asing


Angkor Wat, Borobudur dan Cham Tower kat Vietnam tu takde pulak media mereka kreditkan kat 'Indian trader'. Kajilah pelan layout 'candi' Lembah Bujang tu macam mana. Orientation dia sama ke dengan orientation kuil-kuil di Tamil Nadu, Orissa atau Kerala. Bahan binaan dia sama ke dengan kuil-kuil Chola atau Pandya? Kuil-kuil kat Tamil Nadu standard dia batu gunung yang dipotong bukan batu-bata laterit yang dibakar dan disusun. Brihadeeswarar Temple kat Tanjavur, Tamil Nadu sebagai contoh dibina dengan batu granit gunung bukan batu laterit atau batu sungai

Semua binaan di Lembah Bujang dibina oleh rakyat tempatan. Tiada kaitan dengan entiti bernama 'Indian trader'

Sebuah dokumentari di Youtube pasal teknologi Angkor Wat yang sebenarnya dibina di atas sekeping tanah yang terapung di sebuah tasik dan ini memeranjatkan pengkaji mat saleh bahawa bagaimana tanah yang terapung ini dapat menampung berat keseluruhan Angkor Wat! Lepas tu ada mamat dari India dakwa itu adalah teknologi rakyat Tamil kemudian dakwaannya dibidas oleh ramai penonton dari Kemboja yang mengatakan teknologi kuil di India tidak ada sepatah haram pun menyerupai Angkor Wat

Punca media Malaysia bengap, sebab para menteri dan banyak ahli politik Malaysia semuanya pengetahuan sejarah mereka gred F. Bila menteri bengap, media pun bengap sama. Ini macam penyakit berjangkit


Sejarah jangan cuba diolah dengan menggunakan alasan agama. Adakah Lembah Bujang tidak begitu bernilai sehingga, bangunan-bangunan peninggalan kolonial British dicalonkan oleh Malaysia untuk dijadikan Tapak Warisan Dunia UNESCO tetapi tapak bermulanya ketamadunan Melayu pertama di Asia Tenggara sehingga kini belum dicalonkan, malah dibiar begitu sahaja? Kenapa PERKASA mendiamkan diri dalam hal ini, kerana yang dimusnahkan itu adalah warisan sejarah ketamadunan Melayu di bumi ini? Adakah PERKASA tidak berminat dalam soal ketamadunan Melayu pertama dan hanya berminta menjadi alat politik Umno? 
Manakala, pendirian MIC dalam hal ini adalah hipokrit semata-mata. Segala tindakan MIC dan pemimpinya kini adalah hanya untuk mendapatkan publisiti murahan. Kenapa MIC tidak pernah membuka mulutnya tentang Lembah Bujang dalam 50 tahun menjadi rakan kabinet Umno? Saya minta Rakyat Malaysia tidak melihat perkara ini dari segi agama semata-mata dan menilai dengan pemikiran rasional masing-masing. 
Rakyat Malaysia perlu pertahankan warisan sejarah ini walau apa cara sekalipun. Peringatan juga kepada, blogger UMNO berlagak hero dengan mengatakan biarkan sahaja diroboh warisan hindu ini. Woi bangang! Lembah bujang itu warisan Melayu la, hasil kerja anak jati tempatan. Piramid warisan firaun laknatullah pun dikekalkan oleh Saidina Umar al Khattab dan para sahabat ketika umat Islam mula-mula membuka wilayah Mesir dahulu kala, apatah lagi kita bangsa Melayu di hujung dunia. Mohon Mukhriz sekat serta merta kegiatan haram ini. 
Lihat monumen-monumen di bawah yang telah dikalahkan oleh hanya puing-puing di Lembah Bujang. Hebat dan pelikkan warisan sejarah ini? Nampak zahirnya mereka jauh lebih hebat, tapi tanpa Lembah Bujang, "mereka" tidak akan wujud. Faham

Myson di VietnamAngkor Wat di KembojaKota Ayutthaya di ThailandAngkor Thom di KembojaBagan di MyammarCandi Borobudur di IndonesiaSukhotai di Thailand

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hijabulcrewz.blogspot.com/2013/12/isu-lembah-bujang-kenapa-terlalu-buta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Disembunyikan Pada Masa Itu Khilafah Islam Uthmaniyyah Mampu Membina Kapal Selam Sendiri

Sejarah Disembunyikan Pada Masa Itu Khilafah Islam Uthmaniyyah Mampu Membina Kapal Selam Sendiri

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 652 hits
KAPAL SELAM Teknologi Perang Khalifah Uthmaniyah jauh meninggalkan kitaTahukah anda bahawa semasa era khalifah Uthmaniyah mereka mempunyai peralatan ketenteraan yang canggih Kita sering di war warkan bahawa di penghujung hayatnya Kerajaan K...
Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Muzium Arkeologi Lembah Bujang

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 715 hits
Selepas check out dari Casa Bayu Cik Shima tak balik rumah terus Kami singgah sekejap di Muzium Arkeologi Lembah Bujang Alhamdulillah tercapai jugalah hasrat hati nak mai Dah lama simpan keinginan tu Tak jauh pun dari casa Bayu Muzium ni fr...
Bongkar Sejarah Panglima Awang Dilupakan Bangsanya Sendiri

Bongkar Sejarah Panglima Awang Dilupakan Bangsanya Sendiri

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 584 hits
Generasi kini ramai yang tidak mengenali tokoh ini Masih jelas dalam ingatan ketika belajar subjek sejarah di tingkatan lima kalau tak silap la nama Panglima Awang hanya disebut sekali Itupun hanya ditulis di bahagian kanan iaitu dalam sudu...
Isu Artis Lgbt Laju Je Tibai Kena Kat Member Sendiri Kata Jangan Jaja Aib Dai E Wan Dikecam Netizens

Isu Artis Lgbt Laju Je Tibai Kena Kat Member Sendiri Kata Jangan Jaja Aib Dai E Wan Dikecam Netizens

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 1220 hits
VIRAL Dengan kemarahan lautan netizens yang membantai PU Abu Sufyan di laman sosial Dai e Wan turut menerima tempiasnya Troll netizensIni gara gara kicauan Da i Wan Dazrin berkenaan isu rumahtangga PU Abu Sufyan Da i Wan berkata PU Abu tida...
Prabowo Ekonomi Indonesia Salah Arah Menyimpang Dari Cita Cita Pendiri Bangsa

Prabowo Ekonomi Indonesia Salah Arah Menyimpang Dari Cita Cita Pendiri Bangsa

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 234 hits
Prabowo berpandangan bahwa ekonomi Indonesia sekarang ini dan sudah berjalan lama berada dalam arah yang salah Kata Prabowo arah ini kalau diteruskan tidak akan memungkinkan membawa kesejahteraan yang sebenarnya bagi bangsa indonesia
Berdiri Atas Kaki Sendiri

Berdiri Atas Kaki Sendiri

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 366 hits
Assalamualaikum semua Aku Asha Aku just nak share pengalaman hidup aku Parents aku bercerai sewaktu aku berumur 10 tahun Aku sendiri tengok depan mata macam mana mak aku struggle untuk teruskan hidup demi membesarkan kami Untuk pengetahuan ...
Bekerja Sendiri Vs Bekerja Dengan Orang

Bekerja Sendiri Vs Bekerja Dengan Orang

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 325 hits
Bekerja sendiri adakala seronok sebab tidak terikat dengan punch card boss Tetapi bekerja sendiri kena rajin kalau terperuk je memang tak jadi kerja Tapi ada masa rindu sangat dengan tempat kerja lama Hampir 4 tahun penuh suka duka di tempa...
Goreng Punya Goreng Diri Sendiri Hangus

Goreng Punya Goreng Diri Sendiri Hangus

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 340 hits
Assalammualaikum wbtGORENG PUNYA GORENG DIRI SENDIRI HANGUS JERAT TIDAK PERNAH MELUPAKAN MANGSA TETAPI MANGSA SERING TERLUPA PADA JERAT Orang yang bercakap mudah sangat terlupa apa yang telah dia cakapkan tetapi tidak bagi orang yang menden...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Warga Emas Buat Onar Tutup Lubang Kunci Rumah Orang Lain Guna Gam Super

Penumpang E Hailing Ghaib Tinggalkan Kain Putih

Startup Ai Raih 25 Pembiayaan Vc Di Eropah