Bongkar Sejarah Panglima Awang Dilupakan Bangsanya Sendiri


Generasi kini ramai yang tidak mengenali tokoh ini. Masih jelas dalam ingatan ketika belajar subjek sejarah di tingkatan lima kalau tak silap la, nama Panglima Awang hanya disebut sekali. Itupun hanya ditulis di bahagian kanan iaitu dalam sudut info yang bersaiz kecil dalam buku teks tersebut. Maka tidak hairanlah semakin lama, namanya semakin lupus ditelan zaman.
Pejuang Melayu Islam inilah yang sebenarnya telah membuktikan bumi itu adalah bulat selepas terbabit dalam pelayaran bersama Ferdinand de Magellan dari Barat ke Timur. Masyarakat kita terlalu mengagungkan Barat; kita memandang hebat pelayar asing seperti Vasco de Gama, Christopher Columbus dan Ferdinand de Magellan sehingga melupakan sejarah siapakah Panglima Awang.
Kita lupa Panglima Awang adalah manusia pertama mengelilingi dunia. Pemuda berketurunan melayu Islam inilah yang membuktikan Bumi adalah bulat, bukannya Barat. Walaupun Panglima Awang pernah menobatkan martabat bangsa di persada dunia, anak-anak kecil hari ini sudah tidak mengenali jasa mahupun siapa lelaki itu.
Jasa Panglima Awang bukan kecil. Lelaki Melayu itu membuktikan tanggapan bahawa bumi leper adalah salah. Beliau sebaliknya membuktikan bumi itu bulat dan menghubungkan Timur dengan Barat.
Sejarah besar itu bermula ketika Portugis berjaya menakluk Melaka pada 1511. Kisah seorang pahlawan Melayu digelar Panglima Awang atau Enrique dalam menyumbang sesuatu kepada peradaban dunia adalah sebuah sejarah yang jarang diketahui ramai termasuk bangsa Melayu Islam sendiri.
Tewas dalam usahanya menentang Portugis yang cuba menjajah tanah airnya iaitu Melaka, anak muda digelar Panglima Awang dan ratusan lelaki Melaka akhirnya ditawan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.
Rakan-rakan lain ramai yang terkorban ketika membela tanah watan, betapa gagah dan meluapnya semangat mengusir penjajah, akhirnya Panglima Awang dan rakan-rakannya tewas dengan kelengkapan senjata senapang dan meriam Portugis.Dalam kesayuan mengenangkan hilangnya tanah air tercinta akibat dijajah, pemuda-pemuda Melaka dirantai tangan dan kaki mereka serta dikurung di dalam kapal besar itu. Bagaimanapun Panglima Awang diasingkan kurungannya daripada pemuda-pemuda Melaka yang lain.
Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.
Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.
Pelayaran jauh yang memakan masa yang lama ini akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.
Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.
Setiba di Lisbon, Ferdinand memastikan Panglima Awang terus bersamanya. Persahabatan yang semakin erat menyebabkan kapten itu mengutuskan surat kepada Alfonso memohon lelaki Melayu itu ‘dijual’ kepadanya. Keizinan diperoleh dan bermulalah hidup Panglima Awang di tanah asing yang jauh berbeza budaya dan bentuk muka bumi berbanding Melaka. Panglima Awang ditugaskan mengusahakan ladang epal di belakang rumah lelaki Portugis itu.
Peribadi mulia dan kegigihan ditunjukkan Panglima Awang semakin membuahkan kepercayaan dan rasa hormat di hati Ferdinand malah turut menarik hati adik lelaki asing itu iaitu Miriam. Hari yang terus berlalu mengeratkan hubungan hati antara dua bangsa itu malah Ferdinand turut merestui hubungan cinta berkenaan.
Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol. Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.
Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.
Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.
Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.
Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.
Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.
Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.
Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.
Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.
Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.
Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan. Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.
Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.
Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.
Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.Diceritakan Panglima Awang tak pernah sesat
dengan menggunakan kompas iniPelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur. Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.

Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.
Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu. Mengikut catatan novel sejarah Harun Aminurrashid, Panglima Awang akhirnya kembali semula ke Melaka selepas bertahun berada di tanah asing.
Fakta Panglima Awang
Walaupun asal usul Panglima Awang sebelum ditawan Portugis masih samar-samar malah nama sebenarnya dalam Melayu masih tidak diketahui, terdapat satu catatan yang ditulis oleh Pigafetta yang mengatakan Panglima Awang sebenarnya berasal dari Sumatera ( anak Minangkabau ) dan ini ada tercatat dalam trombo Minangkabau walau pun bukan disebut sebagai Panglima Awang. ‘Panglima Awang’ hanyalah gelaran diberikan Harun Aminurrasid dalam catatannya mengenai sejarah lelaki itu. Selain ‘Panglima Awang’, tokoh pahlawan Melayu itu turut dikenali sebagai ‘Enrique’, ‘Henry The Black’, ‘Henrich’, ‘Ariberto’, ‘Espinosa’ dan pelbagai lagi mengikut sebutan sesuatu bangsa.

Walaupun nama Panglima Awang tidak tercatat dalam manuskrip sejarah Melayu, namanya tercatat dalam catatan sejarah pelbagai bangsa asing di dunia. Antaranya catatan Itali menyebutnya sebagai ‘seorang lelaki dari Melaka’ selain catatan Pigafetta mengenai pelayaran itu sekali gus membuktikan kewujudan tokoh itu. Bagaimanapun ada juga ahli Barat yang cuba menutup sejarah kejayaan bangsa Melayu Islam ini dengan menafikan kewujudan Panglima Awang.
Kita melihat bagaimana liciknya musuh-musuh Islam dalam menutup kewibawaan seorang Melayu Islam yang pertama membuktikan bumi itu bulat. Kita juga melihat kurangnya usaha daripada pihak kerajaan untuk mengangkat kembali sejarah gemilang ini supaya menjadi tatapan masyarakat kini. Sistem pendidikan kita sendiri pun terlalu mengagungkan-agungkan bangsa barat dan menggambarkan tamadun barat adalah tamadun yang jauh lebih bertamadun daripada kita sejak dahulu,kini dan selamanya.
Nah !!! Bagaimana umat Melayu Islam mahu bangkit jika asyik dibuai lena dan propaganda berterusan begini ???

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hijabulcrewz.blogspot.com/2011/04/bongkar-sejarah-panglima-awang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bongkar Sejarah Yang Digelapkan Konspirasi Yahudi Christopher Columbus

Bongkar Sejarah Yang Digelapkan Konspirasi Yahudi Christopher Columbus

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 541 hits
Perpustakaan Kongres di Washington DC ada menyimpan sebuah khazanah tersembunyi Islam yang mana ianya adalah sebuah perjanjian pemerintah Amerika Syarikat dengan suku Cherokee salah satu suku Indian pada tahun 1787 Di perpustakaan tersebut ...
Isu Lembah Bujang Kenapa Terlalu Buta Jahil Sejarah Bangsa Sendiri Bengong

Isu Lembah Bujang Kenapa Terlalu Buta Jahil Sejarah Bangsa Sendiri Bengong

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 959 hits
Benarkah candi Lembah Bujang menghadap kiblat Benarkah Lembah Bujang lebih hebat daripada Candi Borobudur dan Angkor Wat Apakah lagi misteri yang disembunyikan di Lembah Bujang ini sehinggakan menarik perhatian bukan sahaja arkeologis dan s...
Sejarah Disembunyikan Pada Masa Itu Khilafah Islam Uthmaniyyah Mampu Membina Kapal Selam Sendiri

Sejarah Disembunyikan Pada Masa Itu Khilafah Islam Uthmaniyyah Mampu Membina Kapal Selam Sendiri

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 652 hits
KAPAL SELAM Teknologi Perang Khalifah Uthmaniyah jauh meninggalkan kitaTahukah anda bahawa semasa era khalifah Uthmaniyah mereka mempunyai peralatan ketenteraan yang canggih Kita sering di war warkan bahawa di penghujung hayatnya Kerajaan K...
Bongkar Kenapa Dunia Menggelapkan Sejarah Raja Soleh Ini

Bongkar Kenapa Dunia Menggelapkan Sejarah Raja Soleh Ini

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 412 hits
Aurangzeb sedang membaca Al Qur an Aurangzeb namanya yang sengaja dihitamkan oleh ahli ahli sejarah yang prejudis dengan Islam Kita mengenali tokoh ini melalui buku buku sejarah yang diajar disekolah sekolah Kata para orientalis dan kebanya...
Isu Artis Lgbt Laju Je Tibai Kena Kat Member Sendiri Kata Jangan Jaja Aib Dai E Wan Dikecam Netizens

Isu Artis Lgbt Laju Je Tibai Kena Kat Member Sendiri Kata Jangan Jaja Aib Dai E Wan Dikecam Netizens

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 1220 hits
VIRAL Dengan kemarahan lautan netizens yang membantai PU Abu Sufyan di laman sosial Dai e Wan turut menerima tempiasnya Troll netizensIni gara gara kicauan Da i Wan Dazrin berkenaan isu rumahtangga PU Abu Sufyan Da i Wan berkata PU Abu tida...
Semua Dia Buat Sendiri Ibu Kongsi Hobi Anak Autismenya Buat Ramai Kagum

Semua Dia Buat Sendiri Ibu Kongsi Hobi Anak Autismenya Buat Ramai Kagum

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 381 hits
Semua Dia Buat Sendiri Ibu kongsi Hobi Anak Autismenya Buat Ramai Kagum Siapa sangka koleksi kereta Hot Wheels ini dikumpul oleh seorang anak istimewa yang menghidap autisme sejak berusia tujuh tahun Menurut ibunya Norlaila semua kereta mai...
Saya Ada Cerita Saya Sendiri Pu Abu Enggan Ulas Lanjut Tindakan Ceraikan Isteri Demi Janda

Saya Ada Cerita Saya Sendiri Pu Abu Enggan Ulas Lanjut Tindakan Ceraikan Isteri Demi Janda

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 836 hits
Bekas isteri seorang pendakwah bebas Ain Afini mendakwa dia telah diceraikan talak satu oleh suaminya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi bekas peserta program Pencetus Ummah ketika hamil tujuh bulan semata mata mahu bernikah dengan se...
Amelia Henderson Bahagia Jadi Diri Sendiri

Amelia Henderson Bahagia Jadi Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 871 hits
Bukan sekali dua malah sudah acap kali figura jelita bernama Amelia Henderson ini menjadi bahan bualan dan mangsa kritikan netizen Buktinya setiap kali memuat naik gambar di Instagram pasti berduyun duyun netizen meninggalkan komen yang mem...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat