Isu Artis Lgbt Laju Je Tibai Kena Kat Member Sendiri Kata Jangan Jaja Aib Dai E Wan Dikecam Netizens


VIRAL | Dengan kemarahan lautan netizens yang membantai PU Abu Sufyan di laman sosial, Dai'e Wan turut menerima tempiasnya.

Troll netizensIni gara-gara kicauan Da'i Wan Dazrin berkenaan isu rumahtangga PU Abu Sufyan.

Da'i Wan berkata PU Abu tidak membuka aibnya secara terang-terangan, justeru itu tiada keperluan untuk dirinya menasihati PU Abu Sufyan secara terbuka. Berbeza dengan apa yang pernah ditegurnya, telah melakukan kemaksiatan secara terang-terangan.

Bagaimanapun penjelasan Da'i Wan itu telah mencetuskan perasaan marah netizens yang mempertikaikan hujahnya.



Menurut netizens, tindakan PU Abu Sufyan bergambar berduaan dengan kekasihnya, merupakan satu bentuk menyebarkan keaiban sendiri secara terbuka, apatah lagi gambar-gambar di sosmed itu boleh diakses oleh isteri PU Abu Sufyan sendiri (pada ketika itu). Maka adalah tidak tepat untuk mewajarkan perbuatan Abu Sufyan adalah perkara yang terselindung.

Antara yang mengulas mengenai isu itu adalah social influencer yang melawan penipuan ubat-ubatan terlarang, Khairul Yoi.

Sebahagian dari kisah hidup dipercayai PU Abu Sufyan yang tular"Aku sebenaqnya takmau amik peduli pun hal yang takdak kena mengena ngan produk sampah. Tapi lepaih baca confessions dan ulasan dari daie wan yang merangkap member PU Abu Sufyan ni aku panaih hati la jugak. Ingat lagi macam mana hang hentam artis-artis, pondan-pondan, sampai tulis surat berjela-jela kat depa? Mai kat member hang, hang kata "aib". 

Ni bukan soal haram tak haram halai tak halai sah tak sah. Ni soal perikemanusiaan. Sorang yang tau pasai agama sanggup jandakan bini sendiri yang mengandung untuk kejaq janda yang gugurkan kandungan demi sekeping pepek. Sumpah aku tak paham. Awat hang tak tulih surat berjela-jela kat member hang. 

Tulih la netijen nak baca tulisan lemah lembut seorang member nasihat membernya secara public lagumana hang tulih surat kat artis-artis dulu hang tak pikiaq aib depa pon," tulis Khairul Yoi di halaman Facebooknya.

Mengejutkan, majoriti yang komen menyokong pula kritikan Khairul kepada Da'i Wan.

Rata-rata netizens beranggapan Da'i Wan telah membela sahabatnya sendiri. 


Tidak tunduk kepada kecaman tersebut, Da'i Wan tampil sekali lagi dengan penjelasan di Facebooknya sebentar tadi.

"Tidakku membela sesiapa, tidak pernah saya berkira-kira kalau dia Pu, Imam Muda, bila kesalahan itu adalah maksiat atau kemungkaran dilakukan dengan terbuka dan berbangga, maka akan saya hadir untuk menyampaikan teguran juga. 

Namun untuk isu kali ini, ia lain, ia tidak sama dengan pendedahan maksiat / kemungkaran secara terbuka. Ianya hal yang tertutup. Hal rumah tangga orang. Hal aib pasangan suami isteri. Jadi limitkan diri, bataskan diri, cegahkan diri untuk terlibat dalam hal ehwal aib mereka.

Amanahku pada Allah swt adalah menyuluh kalian dengan pencerahan ilmu dan kefahaman, khususnya dalam bab Talak sewaktu hamil contohnya, apakah pendapat para ulama dan sebagainya. 

Itu sememangnya tugasku, apakah masih salah untuk menyampaikan sesuatu yang benar menurut kesepakatan para ulama? Tidak cukup dengan itu, perananku juga untuk menyediakan solusi buat kalian. Sudahku ingatkan, aib suami isteri, Media Sosial bukan tempat luahannya. 

Pergilah ke Mahkamah Syariah, di situ akan ada pengadilan yang wajar untuk si isteri akibat kecurangan dan sikap si suami. Jangan bawa ke Media Sosial, ia tidak mampu menyelesaikan masalah, ia hanya akan mengeruhkan keadaan.

Bila daku panjangkan syarahan menurut pendapat ulama’, tidak bermaksudku tidak mempunyai simpati dan empati pada si isterinya dan tidak bermaksud pula daku menyokong tindakan suaminya. 

Belajar bezakan tatkala seseorang sedang menyampaikan ilmu atau sedang memberi empati. Apa-apa pun, daku tetap memanjangkan permohonan maaf meskipun daku tidak berbuat apa2 kesalahan pun. 

Cuma daku panjangkan permohonan maaf sebab daku memilih untuk letakkan Tawadhu’ di depan, semata nak mentautkan kasih sayang kita yang cuma sekadar sesama hamba ini. Yang tak lepas dari melakukan kesalahan sebagai manusia biasa, tidak kisah bertitlekan apa, dia tetap seorang manusia yg punya jatuh bangun sendiri.

Saya mendoakan hak isteri tersebut terbela, & suaminya mendapatkan balasan yang setimpal di dunia hasil pengadilan mahkamah Syariah, dan tidak akan juga terlepas dari pengadilan mahkamah Akhirat. Bukan dia sahaja, setiap satu antara kita juga. Maka hati2lah selalu dgn aib sesiapapun. Terutama diri kita sendiri," katanya dalam satu kenyataan.

Namun sebagaimana respon di Twitter, penjelasannya di Facebook turut menerima kesan yang teruk, apabila hampir kesemua netizens memilih untuk menghentam dan memaki hamun Da'i Wan. - 21 April 2019.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laiyeker.blogspot.com/2019/04/isu-artis-lgbt-laju-je-tibai-kena-kat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Lgbt Teguran Da I Wan Terhadap Pendirian Artis

Isu Lgbt Teguran Da I Wan Terhadap Pendirian Artis

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 325 hits
Apa sahaja bentuk tentangan tidak akan menjejaskan kekuatan umat Islam kata Da i Wan InstagramHALAMAN HIBURAN Bukan ancaman besar Da i Wan tak kisah diserang peminat Dua Lipa dalam isu LGBTPENDAKWAH bebas Wan Dazrin Wan Din tidak menganggap...
Itu Urusan Aib Rumahtangga Mereka Respon Da I Wan Apabila Diminta Ulas Isu Kontroversi Pu Abu

Itu Urusan Aib Rumahtangga Mereka Respon Da I Wan Apabila Diminta Ulas Isu Kontroversi Pu Abu

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 733 hits
Itu Urusan Aib Rumahtangga Mereka Respon Da i Wan Apabila Diminta Ulas Isu Kontroversi PU Abu Kontroversi rumahtangga Pencetus Ummah Muhammad Abu Sufyan mula hangat diperkatakan apabila bekas isterinya memuat naik kenyataan di laman Instagr...
Tmj Jangan Ajar Itik Berenang Perhati Siasah Diri Sendiri Terlebih Dahulu

Tmj Jangan Ajar Itik Berenang Perhati Siasah Diri Sendiri Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 853 hits
Tolong jangan campuri urusan pentadbiran kerajaan persekutuan TMJ jangan ajar itik berenang Urusan dan pentadbiran kerajaan persekutuan tiada kena mengena dengan TMJ Sebenarnya TMJ tak menghormati undang undang serta tidak memahami perlemba...
Isu Lembah Bujang Kenapa Terlalu Buta Jahil Sejarah Bangsa Sendiri Bengong

Isu Lembah Bujang Kenapa Terlalu Buta Jahil Sejarah Bangsa Sendiri Bengong

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 959 hits
Benarkah candi Lembah Bujang menghadap kiblat Benarkah Lembah Bujang lebih hebat daripada Candi Borobudur dan Angkor Wat Apakah lagi misteri yang disembunyikan di Lembah Bujang ini sehinggakan menarik perhatian bukan sahaja arkeologis dan s...
Jangan Gunakan Isu Perkauman Untuk Menidakkan Peluang Pelajar Cemerlang

Jangan Gunakan Isu Perkauman Untuk Menidakkan Peluang Pelajar Cemerlang

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 331 hits
Dr Mahaaganapathy Dass KUALA LUMPUR Kerajaan Pakatan Harapan diingatkan bahawa kemenangan besar dalam Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu disebabkan janji janji dan harapan menggunung tentang transformasi dan dasar lebih baik berbanding yang ...
Dr M Tak Boleh Kata Perlembagaan Johor Batal Sebab Isu Sultan Kata Khaled Nordin

Dr M Tak Boleh Kata Perlembagaan Johor Batal Sebab Isu Sultan Kata Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 438 hits
Tun Dr Mahathir mendakwa Undang Undang tubuh Johor terbatal dengan terbentuknya Perlembagaan Persekutuan Foto Free Malaysia Today Bekas menteri besar Johor Khaled Nordin membidas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang berkata undang undan...
Berak Kat Pantai Menyalahi Undang Undang Kata Polis

Berak Kat Pantai Menyalahi Undang Undang Kata Polis

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 591 hits
Polis daerah ini memandang berat maklumat yang tular di media sosial mengenai perbuatan seorang pelancong asing wanita didakwa buang air besar di pantai Batu 5 di sini Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata ...
Bosan Dengan Perkataan Tidak Jangan Tak Boleh Anak Akan Tunjuk Protes Tak Mahu Dengar Kata Mama Papa

Bosan Dengan Perkataan Tidak Jangan Tak Boleh Anak Akan Tunjuk Protes Tak Mahu Dengar Kata Mama Papa

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 570 hits
Ada cara yang lebih baik untuk mengatakan tidak kepada anak anak Sebenarnya anak kita tidak suka dengan perkataan Jangan Tak Boleh atau No Sebagai ibu atau ayah kita pula mahukan yang terbaik serta mahu anak menjadi lebih berdisiplin Apakah...
Rakyat Terengganu Jangan Panik Kata Mbnya Mungkin Pm Yang Panik

Rakyat Terengganu Jangan Panik Kata Mbnya Mungkin Pm Yang Panik

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 339 hits
DR Ahmad Samsuri Mokhtar UTUSAN ONLINEKUALA TERENGGANU 25 April Rakyat negeri ini dinasihatkan tidak panik dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung Undang Undang Tubuh Negeri Johor 1895 dan Terengganu 1911 terbatal...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat