Isu Kwsp Zahid Najib Nak Selamat Diri Daripada Penjara Kata Mp Bangi


AGENDA DAILY
Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming berpendapat Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memainkan isu KWSP dalam usaha menyelamatkan diri daripada hukuman penjara.
Ahli Parlimen (MP) Bangi, Ong Kian Ming menyindir Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan orang kepercayaannya, Datuk Seri Najib Razak, menjadikan isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bagi menyelamatkan diri daripada hukuman penjara.
Penolong Pengarah Pendidikan Politik DAP itu berkata Zahid dan Najib sebenarnya lebih prihatin untuk menyelamatkan diri daripada hukuman penjara daripada membantu rakyat.
Beliau mengimbas pembelian sebuah syarikat perladangan Indonesia oleh Felda Global Ventures (FGV) ketika Najib menjadi Perdana Menteri pada 2015, sambil menyatakan KWSP juga mempunyai kepentingan dalam anak syarikat Felda itu.
“Masa itu Jun 2015. Majlisnya ialah Mesyuarat Agung Tahunan FGV. KWSP, dengan pegangan 5% dalam FGV, menyuarakan kebimbangan serius terhadap cadangan pengambilalihan Eagle High Point (EHP), sebuah syarikat perladangan Indonesia yang dimiliki oleh rakan rapat Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak, pada harga premium yang meningkat sebanyak 70%.
“Perjanjian itu diteruskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FGV ketika itu, tidak syak lagi dengan kelulusan Najib, dengan kos RM2.3 bilion. Pada 2019, Ketua Pengarah Felda, Dr Othman Omar, membuat laporan polis mendakwa Felda ditipu dalam pembelian EHP dengan harga melambung melebihi 300%!,” katanya.
Pada awal April 2019, Felda membuat satu laporan polis dengan mendakwa telah ditipu oleh Najib dalam pembelian saham EHP.
Dalam laporan polisnya, Dr Othman mendakwa, Najib yang juga Menteri Kewangan ketika itu telah mengarahkan Felda membuat transaksi pada 2015 melalui syarikat tujuan khas (SPV) FIC Properties Sdn Bhd (FPSB) untuk membeli 37 peratus saham EHP pada harga AS$505 juta (RM2.3 bilion), di mana nilai saham itu hanya AS$114 juta.
Mengulas lanjut Ong dalam kenyataan hari ini berkata, di sebalik pendedahan KWSP bahawa 3.6 juta penyimpan mempunyai kurang daripada RM1,000 dalam akaun mereka, gesaan berterusan Najib untuk membenarkan lebih banyak pengeluaran adalah petunjuk bahawa beliau tidak melihat kepentingan jangka panjang pencarum KWSP, termasuk Bumiputera.
“Sebaliknya, Najib menggunakan cara yang semakin populis dan tidak bertanggungjawab dari segi kewangan untuk merayu orang ramai, memikirkan bahawa beliau boleh memperbodohkan rakyat untuk mempercayainya serta retorik malu apa bossku.
“Saya tidak terkejut jika mereka menggunakan lebih banyak langkah populis untuk memperbodohkan rakyat supaya berfikir bahawa mereka cuba menyelamatkan rakyat, tetapi hakikatnya ini semua berkenaan cuba menyelamatkan diri mereka sendiri (daripada hukuman penjara).
“Saya berharap rakyat tidak terpedaya dengan aksi Najib dan Zahid,” katanya mengulas tindakan kedua-dua pemimpin UMNO yang mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran RM10,000 one-off skim i-Citra KWSP.
Najib dan Zahid juga kini berdepan puluhan tuduhan jenayah, termasuk rasuan dan penyelewengan, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Shah Alam.
Malah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib, berkaitan kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).
Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan Najib untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu, tetapi Najib kini mengemukakan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Selain itu, Najib yang disifatkan oleh penganalisis ekonomi sebagai ‘jadong’ – ungkapan pemikir Syed Hussein Alatas yang bermaksud jahat, bodoh dan sombong – turut berdepan beberapa pertuduhan lain, termasuk dalam kes 1Malaysia Development Berhad.
Sementara Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional berdepan 40 tuduhan menerima suapan daripada Ultra Kirana Sdn Bhd berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) kerajaan, di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Sebanyak 33 pertuduhan adalah berkaitan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri di Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN), melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.
Tujuh pertuduhan lagi, Presiden UMNO itu didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3,000,000, EURO15,000 dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.
Dia juga mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan jenayah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membabitkan Yayasan Akalbudi.
Dua belas daripada pertuduhan itu membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan wang berpuluh-puluh juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/isu-kwsp-zahid-najib-nak-selamat-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bangi Mp Pans Najib Zahid Over Their Epf Stance

Bangi Mp Pans Najib Zahid Over Their Epf Stance

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 174 hits
Bangi MP Ong Kian Ming has criticised former prime minister Najib Abdul Razak and Bagan Datuk MP Ahmad Zahid Hamidi over their repeated calls for more Employees Provident Fund withdrawals Ong claimed that Najib s call for more EPF withdrawa...
Zahid Ajar Ismail Sabri Kabinet Cara Atasi Isu Rm10 000 I Citra Kwsp

Zahid Ajar Ismail Sabri Kabinet Cara Atasi Isu Rm10 000 I Citra Kwsp

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 221 hits
AGENDA DAILY Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengajar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagaimana untuk menguruskan isu i Citra Kumpulan Simpanan Wang Pekerja Bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Se...
Tuuu Diiaaaaa Mangsa Banjir Dapat Sehingga 61k Bantuan Najib Kata Mail Nak Bagi Kaya Ka Ya Ka Ya

Tuuu Diiaaaaa Mangsa Banjir Dapat Sehingga 61k Bantuan Najib Kata Mail Nak Bagi Kaya Ka Ya Ka Ya

papar berkaitan - pada 3/1/2022 - jumlah : 227 hits
Selaras dengan pengumuman YAB PM semalam adalah inisiatif inisiatif Kerajaan khusus untuk meringankan beban mangsa banjir Secara keseluruhan mangsa banjir boleh menerima bantuan sehingga RM61 000 Terbaik Selaras dengan pengumuman YAB PM sem...
Kwsp I Citra Dengar Rintihan Rakyat Zahid

Kwsp I Citra Dengar Rintihan Rakyat Zahid

papar berkaitan - pada 30/12/2021 - jumlah : 178 hits
KWSP i Citra Dengar Rintihan Rakyat Zahid Demikian tegas Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berharap masih ada ruang buat kerajaan membenarkan lanjutan skim i Citra Ujarnya rakyat yang menjadi mangsa banjir ditimpa bencana ...
Semalam Sekali Lagi Zahid Umum 10k Kwsp Seni Politik Umno Buat Kita Tewas

Semalam Sekali Lagi Zahid Umum 10k Kwsp Seni Politik Umno Buat Kita Tewas

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 167 hits
Seni politik UMNO buat kita tewas Duit masa depan saat ini sudah di depan SEMALAM SEKALI LAGI ZAHID UMUM 10k KWSP Semalam dan kali ini dah masuk kali kedua Zahid minta i Citra RM 10k Sains Politik atau seni politik pemimpin UMNO saya tabik ...
Mangsa Bunuh Diri Bukan Dibunuh Inspektor Kata Polis

Mangsa Bunuh Diri Bukan Dibunuh Inspektor Kata Polis

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 185 hits
Polis berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mangsa dipercayai terjun dari Tingkat 20 sebuah kondominium di Cheras PETALING JAYA Polis menafikan seorang pegawainya yang berpangkat inspektor terbabit dalam kes bunuh seorang ...
Zahid Sahkan Kebebalan Ismail Sabri Pasal Kwsp Akan Jatuhkan Umno

Zahid Sahkan Kebebalan Ismail Sabri Pasal Kwsp Akan Jatuhkan Umno

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 293 hits
Adakah BERSATU mempunyai pengaruh yang amat kuat terhadap YAB Bera Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sehingga beliau sanggup menghiraukan pandangan parti beliau sendiri dalam isu pengeluaran KWSP 10k
Najib Label Mahathir Rasis Pembohong Ekoran Isu Forest City

Najib Label Mahathir Rasis Pembohong Ekoran Isu Forest City

papar berkaitan - pada 27/12/2021 - jumlah : 212 hits
Najib label Mahathir rasis pembohong ekoran isu Forest City Bekas perdana menteri Najib Razak membidas Dr Mahathir Mohamad dan menganggap ahli parlimen Langkawi itu sebagai rasis Najib juga menganggap Mahathir sebagai pembohong kerana menuk...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik

Comment On Pengalaman Menginap Di Teluk Bayu Floating Chalet Kota Kuala Muda Kedah By Munirah

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul