Isu Ceroboh Tanah Haram Di Raub Putra Gesa Sprm Siasat Jabatan Perhutanan Malaysia


PUTRAJAYA - Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pihak berkenaan termasuk Jabatan Perhutanan Malaysia berikutan penerokaan haram tanah kerajaan bagi penanaman durian di Raub, Pahang.
Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman berkata, sejak 47 tahun, sebanyak 4,400 hektar hutan di daerah itu diteroka secara haram.
"Kita tahu hutan dijaga oleh Jabatan Perhutanan Malaysia yang ada pengarah, pegawai dan renjer," katanya.
Menurutnya, tanah rizab hutan itu dilindungi di bawah Akta Perhutanan Negara 1994 yang memberi kuasa kepada pihak Jabatan Perhutanan Malaysia melaksanakan tindakan undang-undang terhadap peneroka haram.
"Apa yang Jabatan Perhutanan telah lakukan sedangkan ada akta khas yang membolehkan mereka bertindak.
"Tak kan mereka tidak tahu apa yang berlaku pada tanah seluas itu? soalnya ketika ditemui pemberita selepas meluangkan masa lebih setengah jam membuat aduan kepada SPRM di sini hari ini.
Beliau berkata, atas dasar itu, pihaknya membuat laporan kepada SPRM.
"Kita minta supaya perkara ini disiasat kerana nampak seolah-olah berlaku rasuah," katanya.
Turut hadir, Timbalan Naib Presiden Putra, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, 43.
Dalam pada itu, Hamidah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang melantik syarikat untuk mencari penyelesaian berhubung hal tersebut.
"Kita ada akta, kenapa tiada tindakan diambil? Kenapa diberi tanah yang diceroboh kepada peneroka haram?" soalnya.
Menurutnya, beliau bersedia menggerakkan seluruh rakyat untuk meneroka hutan secara haram sekiranya tiada tindakan diambil kerajaan.
"Jika mereka tidak dikenakan tindakan saya akan seru seluruh rakyat Malaysia meneroka hutan di negara ini kerana meneroka boleh dapatkan tanah itu," katanya.
Beliau berkata, Putra mencadangkan agar tanah bekas kebun durian tersebut dijadikan tanah rizab Melayu dan diberikan kepada bekas tentera, polis atau sesiapa yang layak.
Ditanya mengenai dakwaan bahawa tanah itu diberikan kepada peneroka dan pekebun durian pada 70-an kerana jasa menentang komunis, Hamidah mencabar pihak berkenaan mengemukakan bukti.
"Tak perlu bawa kes ke mahkamah, tunjukkan saja geran," katanya.
Pada 23 Julai lalu, Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah Raja Puri membangkitkan isu penerokaan tanah di daerah itu untuk dijadikan sebagai kebun durian secara haram.
Raub terkenal sebagai pusat pengeluaran buah durian jenis musang king dan hasilnya dieksport ke luar negara termasuk China. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/isu-ceroboh-tanah-haram-di-raub-putra.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Putra Gesa Sprm Siasat Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Dan Persekutuan

Putra Gesa Sprm Siasat Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Dan Persekutuan

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 374 hits
KUALA LUMPUR Parti Bumiputera Perkasa Malaysia menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat semua kakitangan Jabatan Perhutanan negeri dan juga persekutuan Ini kerana ujar Presidennya Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali beliau yakin da...
Azam Baki Sprm Sudah Buat Langkah Awal Siasat Isu Pencerobohan Tanah Di Raub

Azam Baki Sprm Sudah Buat Langkah Awal Siasat Isu Pencerobohan Tanah Di Raub

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 492 hits
MELAKA Langkah awal sudah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung isu pencerobohan tanah milik kerajaan Pahang di Raub oleh pekebun durian Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata antara tindakan itu termasuk per...
Kes Curi Balak Tiba Masanya Kerajaan Negeri Bertindak Seperti Isu Tanah Haram Di Raub

Kes Curi Balak Tiba Masanya Kerajaan Negeri Bertindak Seperti Isu Tanah Haram Di Raub

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 468 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang digesa turun padang dan memantau aktiviti pembalakan haram yang masih berleluasa di negeri ini sejak sekian lama Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli berharap Menteri Besar Pahang Datuk Sri Wan Rosdy Wan ...
Sprm Siasat Kes Ladang Durian Haram Di Raub Orang Ramai Di Minta Beri Maklumat

Sprm Siasat Kes Ladang Durian Haram Di Raub Orang Ramai Di Minta Beri Maklumat

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 354 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memulakan siasatan dalam kes dakwaan pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub SPRM Putrajaya dalam satu kenyataan hari ini berkata siasatan ...
Pas Gesa Siasat Dalang Pencerobohan Tanah Tanam Durian Musang King Di Raub

Pas Gesa Siasat Dalang Pencerobohan Tanah Tanam Durian Musang King Di Raub

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 483 hits
KUALA LUMPUR Pencerobohan tanah haram di beberapa kawasan melibatkan Raub Pahang perlu disiasat secara telus bagi mengetahui siapakah dalang di sebalik jenayah tersebut Menurut Naib Presiden PAS Senator Ustaz Idris Ahmad pencerobohan terseb...
Tanah Haram Kerajaan Negeri Juga Di Gesa Siasat Sindiket Jual Tanah Tanpa Geran

Tanah Haram Kerajaan Negeri Juga Di Gesa Siasat Sindiket Jual Tanah Tanpa Geran

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 452 hits
KUANTAN Selain daripada isu tanah haram yang diceroboh untuk tanam durian Musang King di Raub yang hangat diperkatakan sekarang ini jangan lupa juga isu lain melibatkan tanah yang banyak berlaku di negeri ini sejak sekian lama Kerajaan Nege...
Bila Sprm Nak Siasat Isu Surat Sokongan Ikmal Hisham

Bila Sprm Nak Siasat Isu Surat Sokongan Ikmal Hisham

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 229 hits
Hairan mengapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih tidak melakukan sebarang siasatan ke atas Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz berhubung kontroversi surat sokongan supaya anaknya dilantik sebagai ahli lembaga peng...
Isu Ceroboh Tanah Tanam Durian Musang King Usah Taksub Salahkan Parti Politik

Isu Ceroboh Tanah Tanam Durian Musang King Usah Taksub Salahkan Parti Politik

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 516 hits
KUANTAN Isu pencerobohan tanah kerajaan untuk penanaman durian Musang King di Raub sepatutnya tidak dipolitikkan oleh mana mana pihak Demikian kenyataan aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli mengulas perkembangan terbaharu kes ini Jika ...
Isu Pencerobohan Tanah Raub Ngo Ugut Akan Adakan Himpunan Lebih Besar

Isu Pencerobohan Tanah Raub Ngo Ugut Akan Adakan Himpunan Lebih Besar

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 309 hits
RAUB Beberapa pertubuhan bukan kerajaan memberi amaran akan mengadakan himpunan besar besaran di kawasan pekebun haram sekiranya golongan itu dibela Wakil Gabungan Pertubuhan Pertubuhan Melayu Islam Seluruh Raub Fadzli Mohamad Kamal berkata...
Kewpie Turns 100 And It S A Celebration Worth Squeezing Into

Nasihat Buat Rafizi Dan Nik Nazmi

Throwback Percutian Dua Hari Satu Malam Di Grand Paragon Hotel Johor Bahru

Follow Up Di Kpj Seremban

Supermono Supreme Xtr Pepo Customizes The Royal Enfield Guerrilla 450

Tiket Konsert Kasih Kekasih Inteam 2025

Bts We Are Back

Choosing The Right Oem Company In Malaysia For Your Brand S Growth


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nahas Bas Upsi Laporan Puspakom Tunjuk Sistem Brek Bas Dalam Keadaan Memuaskan

Tiket Konsert Sold Out Lagi Inteam Mohon Maaf Pada Peminat Yang Gagal Beli

Rafizi Dan Nik Nazmi Adalah Pemimpin Sinaran Dan Bukannya Pemimpin Sialan Kata Ketua Cabang Pkr Pada Shamsul Iskandar

Explore Malaysia And Beyond

The Ayatollahs Bluffing Is Falling Apart

Hari Lautan Sedunia Dunia Tersembunyi Karang Mesofotik Di Lautan Dalam