Putra Gesa Sprm Siasat Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Dan Persekutuan


 

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semua kakitangan Jabatan Perhutanan negeri dan juga persekutuan.
Ini kerana, ujar Presidennya, Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali, beliau yakin dan percaya punca utama hutan diceroboh serta diteroka secara haram di Raub, Pahang itu disebabkan berlaku ketirisan dan kebocoran oleh pihak berkenaan.
Katanya, jika tidak berlaku unsur rasuah, aktiviti pencerobohan hutan secara haram tidak akan berlaku, dan mustahil pekebun terbabit dapat mengusahakan tanaman durian Musang King sehingga lebih 10 tahun tanpa disedari kerajaan negeri.
“Semuanya masalah penguatkuasaan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Ada unsur rasuah di situ. SPRM perlu turun menyiasat secara telus,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau menyatakan rasa terkejut apabila kerajaan Pahang mendedahkan tanah berkeluasan kira-kira 4,400 hektar di sekitar Raub diteroka secara haram oleh 111 penduduk yang mengusahakan tanaman durian Musang King.
Berikutan perbuatan itu, kerajaan negeri mengalami kerugian kira-kira RM30 juta dalam tempoh 10 tahun akibat kehilangan hasil cukai tanah dari kebun haram itu termasuk di kawasan hutan simpan.
Antara kawasan dusun durian di Raub yang terbabit ialah Hutan Simpan Gunung Benom sekitar Sungai Ruan, Sungai Chalit serta Tranum dan Tras.
Ibrahim berkata, hasil siasatan itu nanti, SPRM wajar mendedahkan kepada umum siapa dalang di belakang penerokaan haram tersebut.
Hari ini, Putra menerusi Naib Presidennya, Datuk Hamidah Osman dan Naib Ketua Wanita Putra, Roshanita Mohd Bashir membuat dua laporan berhubung kegiatan haram itu.
Laporan pertama dibuat di Balai Polis Daerah Selayang pagi tadi, dan laporan kedua di ibupejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 12 tengah hari ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/isu-ceroboh-tanah-putra-gesa-sprm.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Ceroboh Tanah Haram Di Raub Putra Gesa Sprm Siasat Jabatan Perhutanan Malaysia

Isu Ceroboh Tanah Haram Di Raub Putra Gesa Sprm Siasat Jabatan Perhutanan Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 649 hits
PUTRAJAYA Parti Bumiputera Perkasa Malaysia menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat pihak berkenaan termasuk Jabatan Perhutanan Malaysia berikutan penerokaan haram tanah kerajaan bagi penanaman durian di Raub Pahang Naib P...
Aktivis Gesa Kerajaan Pahang Siasat Pemilikan Hartanah Pesara Kakitangan Berkaitan Tanah

Aktivis Gesa Kerajaan Pahang Siasat Pemilikan Hartanah Pesara Kakitangan Berkaitan Tanah

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 471 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang diminta menyiasat pemilihan hartanah kakitangan kerajaan terutamanya mereka yang berkhidmat dengan jabatan jabatan yang berurusan berkaitan dengan tanah di seluruh negeri ini Ia berikutan terdapat banyak aduan daripa...
Tanah Haram Kerajaan Negeri Juga Di Gesa Siasat Sindiket Jual Tanah Tanpa Geran

Tanah Haram Kerajaan Negeri Juga Di Gesa Siasat Sindiket Jual Tanah Tanpa Geran

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 521 hits
KUANTAN Selain daripada isu tanah haram yang diceroboh untuk tanam durian Musang King di Raub yang hangat diperkatakan sekarang ini jangan lupa juga isu lain melibatkan tanah yang banyak berlaku di negeri ini sejak sekian lama Kerajaan Nege...
Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Rampas Balak Rm700 000 Tiada Tangkapan

Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Rampas Balak Rm700 000 Tiada Tangkapan

papar berkaitan - pada 4/9/2020 - jumlah : 474 hits
KUANTAN Sebanyak 1 500 batang kayu balak bernilai RM700 000 dirampas oleh Unit penguatkuasaan Zon Pahang Timur Jabatan Perhutanan Negeri Pahang di Komparment 374 Hutan Simpan Berkelah dan Tanah Kerajaan di sini kelmarin Balak daripada jenis...
Azam Baki Sprm Sudah Buat Langkah Awal Siasat Isu Pencerobohan Tanah Di Raub

Azam Baki Sprm Sudah Buat Langkah Awal Siasat Isu Pencerobohan Tanah Di Raub

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 620 hits
MELAKA Langkah awal sudah diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung isu pencerobohan tanah milik kerajaan Pahang di Raub oleh pekebun durian Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata antara tindakan itu termasuk per...
Isu Kemelut Pekebun Durian Di Raub Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Jadi Pemudahcara

Isu Kemelut Pekebun Durian Di Raub Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Jadi Pemudahcara

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 631 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan Negeri Pahang digesa untuk menjadi pemudahcara bagi menyelesaikan kemelut antara pekebun durian di Raub dan sebuah Syarikat Tujuan Khas Royal Pahang Durian untuk mencari jalan penyelesaian berbentuk menang menang Bekas...
Sprm Siasat Pencemaran Sungai Gong

Sprm Siasat Pencemaran Sungai Gong

papar berkaitan - pada 9/9/2020 - jumlah : 496 hits
PETALING JAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mengumumkan siasatan dimulakan ke atas isu pencemaran air Sungai Gong Rawang Siasatan dibuat bagi meneliti unsur unsur rasuah melibatkan mana mana pihak termasuk agensi penguat kuasa SPRM...
Guan Eng Desak Sprm Siasat Timb Menteri Pertahanan

Guan Eng Desak Sprm Siasat Timb Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 508 hits
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Timbalan Menteri Pertahanan Ikmal Hisham Abdul Aziz yang mengeluarkan surat sokongan melantik anaknya sebagai ahli l...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Peminat Mengaku Pernah Baling Telur Di Kepala Tomok Kini Mohon Maaf Secara Terbuka