Isu Agihan Bantuan Banjir Guru Mohon Maaf Kerana Buat Kenyataan Salah Di Pahang Daily


 


PEKAN - Seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Rumbia disini, Mohd Aznizam bin Kassim hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah membuat kenyataan yang salah dalam portal berita #PahangDaily baru-baru ini berkenaan isu pengagihan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Padang Rumbia disini.
Beliau membuat permohonan maaf itu secara rela hati dihadapan Ahli Dewan Negeri Bebar yang juga EXCO Kerajaan Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff di SK Temai disini selepas program gotong royong membersihkan sekolah dilanda banjir itu. Turut sama, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Mohd Razali Mustafar.
Menurutnya, beliau terpanggil membuat permohonan maaf itu setelah mendapati segala apa yang ditulis dalam portal berita itu sebenarnya tidak mempunyai bukti yang kukuh lagi sahih dan hanya bersandarkan sumber yang tidak dapat dipastikan benar atau tidak.
Katanya, disebabkan beberapa kenyataannya dalam komen portal berita itu telah memburukkan nama Kerajaan Negeri Pahang termasuk kepimpinan di Pekan seperti YB kawasan Bebar dan Ahli Parlimen Pekan. Malah masyarakat di kampung juga semakin berbalah dan tidak harmoni seperti dahulu setelah portal berita itu mengeluarkan beberapa berita yang tidak tepat serta mendatangkan kesan yang tidak baik kepada masyarakat.
Cikgu Mohd Aznizam juga memohon maaf kepada Ketua Kampung Padang Rumbia, Mohd Basari Abd. Malek dan Penghulu kerana telah mengakibatkan imej kepimpinan disitu tercemar. Dia meminta agar semua penduduk jangan percaya apa yang ditulis dalam portal itu dan menyeru mereka agar kembali bersatu-padu dan saling menghormati.
Terdahulu, dalam beberapa siri berita, Pahang Daily telah menulis tentang mangsa banjir yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tidak mendapat bantuan banjir. Malah portal berita itu juga menulis berkenaan ibu tunggal yang dihalau Ketua Kampung serta turut menyentuh berkenaan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong secara mengejut juga adalah bohong.
Namun kesemua kenyataan itu didapati tidak tepat kerana tidak terdapat bukti yang sahih. Penulisan PahangDaily juga hanya bersandarkan kepada sumber yang tidak dapat dibuktikan hingga kini. Malah Ibu tunggal juga telah menafikan kenyataan Pahang Daily. Ketua Kampung Padang Rumbia juga telah membuat laporan Polis keatas Pahang Daily.
Sementara itu, menurut YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin, selaku wakil rakyat, beliau mengucapkan terima kasih kepada cikgu Aznizam kerana berani menyatakan perkara yang sebenar dan juga kepada PPD Pekan yang dapat memastikan imej dan profesion guru tidak tercemar.
“Saya berharap, perkara yang timbul ini menjadi tauladan kepada semua pihak termasuk pendidik. Pendidik merupakan orang yang dikagumi dan hendaklah menjadi contoh terbaik kepada masyarakat setempat dan jauhilah fitnah yang hanya memecahbelahkan kita sebagai masyarakat di kampung,
“Pendidik sebagai penjawat awam hendaklah bersama-sama kepimpinan kerajaan masa kini untuk memastikan keharmonian kampung malah kesusahan dan keperluan rakyat ketika bencana seperti banjir ini dapat ditangani bersama sebaik-baiknya, katanya.
“Saya juga telah menyiasat sedalam-dalamnya perkara ini, tohmahan yang dilemparkan PahangDaily kepada ketua kampung tidak berasas sebenarnya, malah tidak banyak pun kesilapan yang dilakukan oleh Ketua Kampung tambahan pula bertugas dimasa kecemasan ini bukan satu perkara yang mudah. Ia perlu dilaksanakan sebaik mungkin dikalangan semua kepemimpinan kampung dibantu penjawat-penjawat awam seperti guru-guru yang terlibat juga," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, menurut Mohd Razali Mustafar, beliau sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Daerah Pekan menasihatkan pendidik sebagai penjawat awam, jangan sesekali membuat apa-apa kenyataan samaada secara lisan atau bertulis yang menjurus kepada memburukkan kepimpinan kerajaan.
Katanya, tindakan ini bercanggah dengan tata kelakuan kakitangan penjawat awam peraturan bab-D yang menjelaskan bahawa kita dilarang daripada melakukan sebarang bentuk pernyataan awam khususnya yang boleh memburukkan kerajaan, saya juga sering mengingatkan kenyataan ini kepada semua guru-guru di Pekan ini. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/01/isu-agihan-bantuan-banjir-guru-mohon.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Bantuan Banjir Usah Nafikan Hak Mangsa Yang Tidak Mendiami Berdaftar Dengan Pps

Isu Bantuan Banjir Usah Nafikan Hak Mangsa Yang Tidak Mendiami Berdaftar Dengan Pps

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 251 hits
KUANTAN Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menggesa kerajaan mengubah dasar hanya mangsa yang berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara sahaja yang mendapat bantuan banjir Katanya peraturan ini hanya ciptaan kerajaan sedangkan...
Wan Rosdy Pkp Penghantaran Bantuan Banjir Pahang Hanyalah Di Pusat Penyerahan Sahaja

Wan Rosdy Pkp Penghantaran Bantuan Banjir Pahang Hanyalah Di Pusat Penyerahan Sahaja

papar berkaitan - pada 23/1/2021 - jumlah : 262 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang menetapkan semua penghantaran bantuan bencana banjir dari luar hanya boleh dilakukan di pusat penyerahan di sempadan negeri iaitu Bentong Rompin dan Kuantan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Menteri...
5321 Aktiviti Program Pelepasan Misi Bantuan Pasca Banjir 2021 Pahang Darul Makmur Ppim 25 01 2021

5321 Aktiviti Program Pelepasan Misi Bantuan Pasca Banjir 2021 Pahang Darul Makmur Ppim 25 01 2021

papar berkaitan - pada 25/1/2021 - jumlah : 365 hits
Sekitar program pelepasan Misi Bantuan Pasca Banjir 2021 Pahang Darul Makmur yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi di pekarangan Ibu Pejabat PPIM Kuala Lumpur
Isu Di Nafi Bantuan Banjir Penduduk Terkejut Wakil Rakyat Dakwa Ia Fitnah Dan Tiada Asas

Isu Di Nafi Bantuan Banjir Penduduk Terkejut Wakil Rakyat Dakwa Ia Fitnah Dan Tiada Asas

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 257 hits
PEKAN Penduduk Kampung Padang Rumbia dekat sini yang terjejas banjir dan dinafikan hak untuk menerima bantuan daripada PPS terkejut dengan penafian yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bebar Dato Hj Mohammad Fakhruddin Md Ariff yang ...
Mangsa Banjir Tak Dapat Bantuan Di Kampung Padang Rumbia Mohon Perhatian Mb Pahang

Mangsa Banjir Tak Dapat Bantuan Di Kampung Padang Rumbia Mohon Perhatian Mb Pahang

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 361 hits
PEKAN Mangsa banjir yang tidak mendapat bantuan di Kampung Padang Rumbia dekat sini merayu agar nasib mereka diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Pahang Rata rata daripada mereka yang sudah berpuluh tahun mendiami kampung terbabit kecewa k...
Banjir Lznk Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pahang

Banjir Lznk Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pahang

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 321 hits
Lembaga Zakat Negeri Kedah menyalurkan bantuan makanan bernilai RM241 000 bagi membantu 26 591 mangsa banjir di Pahang SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani co
Isu Bantuan Banjir Usaha Memujuk Tawarkan Wang Sedang Di Jalankan Agar Tarik Dakwaan

Isu Bantuan Banjir Usaha Memujuk Tawarkan Wang Sedang Di Jalankan Agar Tarik Dakwaan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 243 hits
PEKAN Isu bantuan banjir di Kampung Padang Rumbia kini sudah menghampiri ke penghujungnya Ia susulan keadaan air sudah mulai surut dan mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir kampung itu juga sudah pulang ke rumah masing masing s...
Jokowi Akan Tinjau Lokasi Banjir Kalsel Pastikan Bantuan Tersalurkan

Jokowi Akan Tinjau Lokasi Banjir Kalsel Pastikan Bantuan Tersalurkan

papar berkaitan - pada 18/1/2021 - jumlah : 202 hits
Provinsi Kalimantan Selatan dilanda musibah banjir Presiden Joko Widodo direncanakan akan meninjau ke lokasi banjir Kalsel hari ini Iya betul take off ujar Kepala Sekretariat Presiden Heru Budi Hartono lewat pesan singkat kepada wartawan Se...
Nilai Sumbangan Misi Bantuan Pasca Banjir Melaka Meningkat Kepada Rm80 000

Nilai Sumbangan Misi Bantuan Pasca Banjir Melaka Meningkat Kepada Rm80 000

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 277 hits
SHADAN bergambar bersama PBT yang menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir Kerajaan Negeri Melaka di Melaka Mall hari ini AYER KEROH 15 Jan Nilai sumbangan diterima Misi Bantuan Pasca Banjir Kerajaan Negeri Melaka ke Negeri Pahang kini meningkat...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu