Mangsa Banjir Tak Dapat Bantuan Di Kampung Padang Rumbia Mohon Perhatian Mb Pahang


 

PEKAN - Mangsa banjir yang tidak mendapat bantuan di Kampung Padang Rumbia dekat sini, merayu agar nasib mereka diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Pahang.
Rata-rata daripada mereka yang sudah berpuluh tahun mendiami kampung terbabit kecewa kerana 'dianaktirikan' oleh pemimpin setempat biar pun rumah mereka ditenggelami susulan banjir yang melanda daerah ini bermula 4 Januari lalu.
Difahamkan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail akan membuat kunjungan bertemu dengan mangsa banjit di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kampung itu esok.
Susulan itu, menurut wakil penduduk terbabit mereka amat berharap Menteri Besar Pahang itu cakna dengan nasib mereka.
"Ada 40 keluarga tercicir dan tidak menerima bantuan dari PPS hanya kerana kami keluar atau tidak duduk di situ kerana berbagai masalah.
"Sebahagian besar daripada kami adalah orang tua dan warga emas. Kami tidak larat untuk ke tandas dan bilik air yang letaknya agak jauh dari lokasi yang disediakan.
"Malah, ada diantara kami yang mengidap penyakit kronik seperti barah, jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Maka diketika musim Covid-19 yang masih lagi melanda, mereka gusar boleh terdedah kepada jangkitan akibat bersesak di PPS.
"Sebab itu ada yang tinggal di rumah ahli keluarga dan saudara mara. Malah, ada juga yang tinggal dalam rumah kerana air tidak naik alibat tiang rumah yang tinggi. Namun mereka tetap mangsa banjir keran terputus hubungan dan perlukan bantuan keperluan harian untuk terus hidup," kata wakil penduduk terbabit.
Difahamkan, setakat hari ini 40 keluarga terbabit tidak mendapat bantuan, terutamanya daripada PPS.
Malah, mereka juga tidak dijemput hadir ke PPS ketika keberangkatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke situ baru-baru ini.
"Sebahagian daripada kami ada mendaftar dengan PPS, namun tetap tidak dapat bantuan. Besar sangatkah dosa kami? Hingga bantuan kebajikan banjir tidak diagihkan? Kami adalah penduduk asal yang sudah lama bermastautin di kampung ini," tambah beliau lagi.
Sementara itu, sikap 'pilih kasih' dan 'pilih bulu' ini difahamkan berlaku di seluruh negeri Pahang sebenarnya.
"Isu ini memang sudah lama tapi tiada sesiapa yang berani menyuarakannya. Wakil Rakyat percaya bulat-bulat kepada Ketua Petugas PPS yang juga merupakan Tok Empat kampung.
"Ketua PPS pula hanya melayan penyokong mereka sahaja dan tidak melayan penduduk yang dilihat tidak menyokong beliau. Maka inilah yang berlaku, agihan dibuat tidak selaras dengan mangsa banjir. Sedangkan beliau tahu rumah kami lebih teruk ditenggelami air daripada mangsa yang berada di PPS. Bila kami nak daftar, tidak dibenarkan atas alasan sudah penuh," dakwa sumber itu lagi.
Justeru diharap pihak Kerajaan Negeri Pahang menyiasat dan mengambil tindakan segera bagi membela nasib mangsa banjir yang dinafikan hak, hanya kerana mereka tidak berdaftar dengan PPS.
Jasa baik Menteri Besar Pahang diharap dapat menyelesaikan kemelut yang tidak berkesudahan sejak sekian lama ini. #PahangDaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/01/mangsa-banjir-tidak-dapat-bantuan-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantuan Banjir Tok Empat Kampung Padang Rumbia Lapor Polis Mangsa Akan Rujuk Sprm

Bantuan Banjir Tok Empat Kampung Padang Rumbia Lapor Polis Mangsa Akan Rujuk Sprm

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 343 hits
PEKAN Satu laporan polis terhadap portal ini telah dibuat oleh Ketua Kampung Padang Rumbia Haji Mohd Basari Abd Malik semalam Laporan dipercayai berkaitan isu mangsa banjir tidak dapat bantuan seperti yang didedahkan sebelum ini Sementara i...
Tok Empat Kampung Padang Rumbia Pekan Di Gesa Bertindak Adil Terhadap Mangsa Banjir

Tok Empat Kampung Padang Rumbia Pekan Di Gesa Bertindak Adil Terhadap Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 262 hits
PEKAN Penduduk kampung Padang Rumbia dekat sini yang terjejas banjir namun dinafikan hak mendapat bantuan dari Pusat Pemindahan Sementara merayu Ketua Kampung itu Haji Mohd Basari Abd Malik bertindak adil terhadap mereka Menurut salah seora...
Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang Di Pertuan Agong

Mangsa Banjir Di Pahang Terus Mendapat Perhatian Daripada Yang Di Pertuan Agong

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 455 hits
KUALA LUMPUR Nasib mangsa banjir di Pahang terus mendapat perhatian Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah apabila baginda berangkat ke pusat pemindahan sementara Kampung Serambi Pekan hari ini Seri Pad...
Banjir Lznk Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pahang

Banjir Lznk Salur Bantuan Kepada Mangsa Banjir Pahang

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 363 hits
Lembaga Zakat Negeri Kedah menyalurkan bantuan makanan bernilai RM241 000 bagi membantu 26 591 mangsa banjir di Pahang SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani co
Pahang Belanja Rm1 Juta Sehari Untuk Mangsa Banjir

Pahang Belanja Rm1 Juta Sehari Untuk Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 431 hits
JERANTUT Kerajaan Negeri Pahang membelanjakan RM1 juta sehari bagi membantu mangsa banjir negeri ini melebihi peruntukan yang disediakan bagi menghadapi musim tengkujuh 2020 2021 Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Dr Sallehuddin I...
Banjir Beberapa Daerah Di Pahang Belum Surut Jumlah Mangsa Menurun

Banjir Beberapa Daerah Di Pahang Belum Surut Jumlah Mangsa Menurun

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 403 hits
Pemandangan udara menunjukkan sebahagian kawasan Temerloh yang masih dilanda banjir yang belum surut sepenuhnya KUANTAN Ibarat lautan teh tarik itulah gambaran beberapa daerah di Pahang selepas negeri ini dilanda banjir sejak Ahad lepas Ban...
Agong Tinjau Banjir Pahang Santuni Mangsa Di Pps

Agong Tinjau Banjir Pahang Santuni Mangsa Di Pps

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 530 hits
BH ONLINE Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah berkenan meninjau keadaan banjir di Lipis dengan menaiki helikopter TUDM Foto Istana Negara KUANTAN Keprihatinan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah...
Hiburan Banjir Teruk Di Pahang Datuk Seri Siti Nurhaliza Risau Keadaan Keluarga Di Kampung Halaman

Hiburan Banjir Teruk Di Pahang Datuk Seri Siti Nurhaliza Risau Keadaan Keluarga Di Kampung Halaman

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 483 hits
Keadaan banjir yang kini melanda beberapa buah negeri di Malaysia sememangnya menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat tambahan pada mereka yang sedang mengalaminya kini Sumber Instagram Siti Nurhaliza Malah banjir kali ini dilihat turut...
Skuad Sayang Wanita Umno P Pinang Gerakkan Misi Bantuan Mangsa Banjir Norliza Abdul Rahim

Skuad Sayang Wanita Umno P Pinang Gerakkan Misi Bantuan Mangsa Banjir Norliza Abdul Rahim

papar berkaitan - pada 11/1/2021 - jumlah : 409 hits
Skuad Sayang Wanita UMNO Negeri Pulau Pinang hari ini menggerakkan misi bantuan kepada mangsa mangsa banjir di Negeri Pahang dengan menghulurkan bantuan berbentuk barangan keperluan asas Kata Ketuanya Datuk Norliza Abdul Rahim semua baranga...
Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Menjelang Muktamar Pas Geng Ustaz Nak Langgar Geng Publika Dalam Pas

Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira

Hiburan Tak Nak Tape Nak Jenis Pants Sikap Asnaf Komen Pemberian Bantuan Maiwp Jadi Tumpuan

Not By Accident

Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Pn Dan Pas Nak Halang Apa Yang Mereka Dah Luluskan

Isu Petronas Dan Buang Pekerja


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Daqmie Korbankanlah Chord

Father S Day Chocolate Treats By Elevete You Can T Miss

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Jangan Sesekali Berkira Dengan Ibubapa