Isu Di Nafi Bantuan Banjir Penduduk Terkejut Wakil Rakyat Dakwa Ia Fitnah Dan Tiada Asas


 

PEKAN - Penduduk Kampung Padang Rumbia dekat sini, yang terjejas banjir dan dinafikan hak untuk menerima bantuan daripada PPS 'terkejut' dengan penafian yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Dato' Hj Mohammad Fakhruddin Md Ariff yang mendakwa isu itu tidak berasas.
Mereka terkilan kerana pemimpin terbabit tergamak hanya mendengar kenyataan 'Tok Empat' sahaja, tanpa bertemu dengan mereka untuk mendapatkan kepastian. Sepatutnya beliau (YB) turut bersemuka dengan mangsa banjir yang berkenaan, agar tidak 'bias' dan membuat keputusan. 
Terdahulu Fakhruddin dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman portal Pahang Media,  mendakwa kononnya isu 40 keluarga di kampung terbabit adalah fitnah semata-mata.
Malah, beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang turut mendakwa setiap penduduk yang dikenal pasti berpindah atau tidak ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah menerima bantuan yang diperuntukkan.
ADUN terbabit juga turut mendakwa tuduhan terbabit adalah tidak  bertanggungjawab dan sekadar fitnah semata-mata. Katanya, beliau telah turun ke setiap rumah penduduk untuk mengagihkan bantuan banjir, selebihnya diuruskan oleh JKKK kampung berkenaan
Paling mengejutkan beliau mendakwa isu ini dibangkitkan oleh pihak tertentu untuk mencalarkan imej Kerajaan Negeri, Wakil Rakyat dan JKKK sebenarnya..
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, seorang mangsa yang tidak mendapat bantuan terbabit  berkata, beliau terkejut dengan kenyataan wakil rakyat tersebut yang jelas tidak berpijak di bumi yang nyata.
"Kami alami dan lalui, maka kami memahami situasi. Isu ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan sesiapa tetapi kami hanya mahu menuntut keadilan. Kami juga rakyat dan mangsa banjir yang perlu dibela. Kenapa harus diabaikan.
"Kami ada bukti, mereka (JKKK) memindahkan ramai penduduk yang tidak terjejas banjir ke PPS... hanya sekadar air longkang naik sekejap ke paras buku lali. Sedangkan rumah kami air naik hingga melebihi satu meter dalamnya. Bila kami nak daftar di PPS, mereka dakwa sudah penuh.
"Malah kami juga ada banyak bukti, bukan setakat gambar tapi video kenyataan mangsa yang tidak mendapat bantuan ini. Ia soal keadilan untuk rakyat ketika ditimpa musibah.  Perkara ini sudah lama berlaku, setiap kali musim banjir," katanya.
Tambah beliau lagi, sebagai pemimpin ADUN Bebar sepatutnya turut mendengar luahan hati rakyat yang mengadu, bukan sekadar percaya bulat-bulat dengan laporan 'Tok Empat' di PPS.
"Tentang dakwaan Yang di-Pertuan Agong datang mengejut ke PPS, maka kami tidak sempat dimaklumkan juga adalah bohong. Satu kampung sudah tahu, Tuanku dan Raja Permaisuri Agong akan datang ke kampung itu lebih awal. Nampak benar YB ditipu oleh Tok Empat sebenarnya," tambah beliau lagi.
Sementara itu, bekas pemimpin UMNO Pekan pula mendakwa kenyataan Fakharuddin boleh memakan diri menjelang PRU-15 nanti. Beliau tidak sepatutnya mendengar kenyataan oleh sebelah pihak sahaja dan percaya bulat-bulat. Walhal isu penyelewengan dalam agihan bantuan banjir ini sememangnya telah berlaku sejak sekian lama.
"Datuk Najib, hampir tewas pada PRU-10 lalu ditangan PAS kerana benda macam inilah. Najib percaya bulat-bulat kepada pemimpin bawahan. Bila turun padang, semua beres belaka, walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mujur menang tipis, kalau tidak dah lama Parlimen Pekan ditawan dek PAS,.
"Sebagai wakil rakyat, sepatutnya keluarkan kenyataan yang tidak menyinggung hati dan perasaan rakyat. Beliau boleh berkata mahu siasat dan jika ada yang terlepas pandang, akan diambil tindakan atau turun berjumpa dengan 40 keluarga berkenaan mohon maaf dan berikan bantuan yang sepatutnya. Bukan terus menafikan serta mendakwa isu ini hanya fitnah yang sengaja diada-adakan.
"Jangan kaitkan politik, sebab ramai yang tak dapat itu adalah ahli PAS sebenarnya. Ingat, ahli keluarga YB sendiri ramai ahli PAS. Siapa yang berpolitik dalam isu ini?. Kenapa harus berdendam dengan rakyat marhaen," katanya.
Difahamkan, ramai dikalangan mereka yang menjadi mangsa cuba mendaftar di PPS pada awalnya, namun akibat khemah tiada dan terpaksa tidur bergelimpangan maka bagi kaum wanita dan warga emas, mereka lebih selesa pulang ke rumah kerana pada awalnya air banjir masih tidak dalam.
Menurut seorang mangsa lagi, mereka datang semula ke PPS bila air naik. Namun, nama mereka sudah dipadamkan dari senarai.
"Jika ada khemah, kami tak balik rumah. PPS lambat sediakan kemudahan... kami balik dululah. Bila datang semula, mereka kata dah penuh. Mereka tak utamakan kami penduduk asal kampung tersebut tapi memasukkan mangsa dari kampung lain. Sepatutnya utamakan penduduk kampung sendiri," katanya.
"Kami hairan dengan sikap Tok Empat, rela menipu YB dan pilih kasih dalam agihan bantuan. Walhal kami mangsa yang wajar diberikan bantuan kerana rumah kami naik air lebih dalam kerana berada di tebing sungai. Kenapa beliau zalim terhadap kami?," tambah beliau lagi.
Sementara itu, banyak lagi aduan tentang" Tok Empat" Kampung Padang Rumbia yang didedahkan oleh penduduk. Mereka hairan, kenapa wakil rakyat harus percaya kepada beliau yang jelas gagal menjalankan tugas yang diamanahkan dengan betul itu. Hanya Allah saja yang lebih mengetahui. #PahangDaily
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/01/bantuan-banjir-adun-bebas-sepatutnya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebahagian Besar Penduduk Sebuah Kampung Di Maran Dakwa Tidak Dapat Bantuan Banjir

Sebahagian Besar Penduduk Sebuah Kampung Di Maran Dakwa Tidak Dapat Bantuan Banjir

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 580 hits
MARAN Sebahagian besar penduduk sebuah kampung tradisonal di Chenor dekat sini yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara mendakwa mereka langsung tidak mendapat bantuan banjir daripada pihak kerajaan Difahamkan hanya sejumlah kecil...
Video Baru Betul Lesen Agong Tuanku Cemar Duli Ziarah Rakyat Masa Banjir Dan Santai Bonceng Motor Penduduk Kampung

Video Baru Betul Lesen Agong Tuanku Cemar Duli Ziarah Rakyat Masa Banjir Dan Santai Bonceng Motor Penduduk Kampung

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 399 hits
Umum sedia maklum bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah telah berkenan mencemar duli menz...
Isu Bantuan Banjir Usah Nafikan Hak Mangsa Yang Tidak Mendiami Berdaftar Dengan Pps

Isu Bantuan Banjir Usah Nafikan Hak Mangsa Yang Tidak Mendiami Berdaftar Dengan Pps

papar berkaitan - pada 14/1/2021 - jumlah : 254 hits
KUANTAN Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menggesa kerajaan mengubah dasar hanya mangsa yang berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara sahaja yang mendapat bantuan banjir Katanya peraturan ini hanya ciptaan kerajaan sedangkan...
Isu Agihan Bantuan Banjir Guru Mohon Maaf Kerana Buat Kenyataan Salah Di Pahang Daily

Isu Agihan Bantuan Banjir Guru Mohon Maaf Kerana Buat Kenyataan Salah Di Pahang Daily

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 312 hits
PEKAN Seorang guru di Sekolah Kebangsaan Padang Rumbia disini Mohd Aznizam bin Kassim hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah membuat kenyataan yang salah dalam portal berita PahangDaily baru baru ini berkenaan i...
Isu Bantuan Banjir Usaha Memujuk Tawarkan Wang Sedang Di Jalankan Agar Tarik Dakwaan

Isu Bantuan Banjir Usaha Memujuk Tawarkan Wang Sedang Di Jalankan Agar Tarik Dakwaan

papar berkaitan - pada 22/1/2021 - jumlah : 247 hits
PEKAN Isu bantuan banjir di Kampung Padang Rumbia kini sudah menghampiri ke penghujungnya Ia susulan keadaan air sudah mulai surut dan mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir kampung itu juga sudah pulang ke rumah masing masing s...
Nilai Sumbangan Misi Bantuan Pasca Banjir Melaka Meningkat Kepada Rm80 000

Nilai Sumbangan Misi Bantuan Pasca Banjir Melaka Meningkat Kepada Rm80 000

papar berkaitan - pada 16/1/2021 - jumlah : 281 hits
SHADAN bergambar bersama PBT yang menyertai Misi Bantuan Pasca Banjir Kerajaan Negeri Melaka di Melaka Mall hari ini AYER KEROH 15 Jan Nilai sumbangan diterima Misi Bantuan Pasca Banjir Kerajaan Negeri Melaka ke Negeri Pahang kini meningkat...
Log Masuk Mybpr Cara Log Masuk Bantuan Prihatin Rakyat

Log Masuk Mybpr Cara Log Masuk Bantuan Prihatin Rakyat

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 1205 hits
LOG MASUK MyBPR CARA LOG MASUK BANTUAN PRIHATIN RAKYAT Untuk log masuk MyBPR pemohon Bantuan Prihatin Rakyat perlu membuat pendaftaran MyBPR 2021 terlebih dahulu Jika anda ingin membuat pendaftaran MyBPR sila rujuk Disini kami akan kongsika...
Bantuan Prihatin Rakyat Bpr 2021 Permohonan Baru Dan Kemaskini

Bantuan Prihatin Rakyat Bpr 2021 Permohonan Baru Dan Kemaskini

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 955 hits
Cara Memohon Bantuan Prihatin Rakyat BPR 2021 Permohonan Baru dan Kemaskini Seperti yang telah dimaklumkan Bantuan Prihatin Rakyat untuk tahun 2021 boleh dibuat bermula 15 Januari 2021 sehingga 15 Februari 2021 Baca Juga Permohonan Bantuan ...
Mangsa Banjir Tak Dapat Bantuan Di Kampung Padang Rumbia Mohon Perhatian Mb Pahang

Mangsa Banjir Tak Dapat Bantuan Di Kampung Padang Rumbia Mohon Perhatian Mb Pahang

papar berkaitan - pada 17/1/2021 - jumlah : 368 hits
PEKAN Mangsa banjir yang tidak mendapat bantuan di Kampung Padang Rumbia dekat sini merayu agar nasib mereka diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Pahang Rata rata daripada mereka yang sudah berpuluh tahun mendiami kampung terbabit kecewa k...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan