Isu Bantuan Banjir Usah Nafikan Hak Mangsa Yang Tidak Mendiami Berdaftar Dengan Pps


KUANTAN - Aktivis masyarakat, Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menggesa kerajaan mengubah dasar hanya mangsa yang berdaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sahaja yang mendapat bantuan banjir.
Katanya, peraturan ini hanya ciptaan kerajaan sedangkan mangsa yang terlibat perlukan bantuan kemanusiaan.
"Saya mendapat banyak aduan dari seluruh negeri Pahang tentang isu ini. Peraturan itu sudah tidak relevan lagi pada zaman ini. Rakyat yang ditimpa musibah semuanya harus mendapat hak untuk dibela dan dibantu. Tidak perlu lagi ada alasan, mangsa yang tidak daftar di PPS dihalang mendapat sumbangan, " dakwa beliau.
Beliau mendedahkan, isu ini amat serius dan tidak wajar diteruskan kerana bukan semua mangsa boleh mendiami PPS, dalam keadaan darurat seperti musibah banjir ini. 
"Ada yang tidak dapat duduk di PPS sebab kurang selesa dan kemudahan dinafikan oleh pihak berkenaan. Sehari dua mungkin boleh, hari-hari berikutnya mereka lebih selesa berpindah ke rumah ahli keluarga dan saudara mara. Tambahan pula bagi warga emas yang ada berbagai macam penyakit.
"Malah, ada juga yang tidak dapat berpindah ke PPS kerana terputus hubungan  jarak yang jauh serta faktor keselamatan. Mereka rela pindah ke lokasi yang selamat termasuk pondok di kebun, rumah rakit dan sebagainya.
"Mereka juga adalah mangsa banjir, bahkan ada sebahagian besarnya rumah kediaman yang tenggelam sampai ke bumbung. Maka, tidak wajar hak nereka untuk mendapat bantuan banjir itu dinafikan," katanya.
"Sepatutnya Ketua Kampung ada senarai dan data mangsa banjir di kawasan terbabit. Mereka lebih tahu, tambahan pula jika satu kampung kena banjir. Malah, ada kampung beratus orang tidak mendaftar di PPS dinafikan hak.
"Ketua Kampung dan ahli jawatankuasa boleh menyimpan bantuan banjir hak penduduk di kawasan itu. Apabila sudah surut air, boleh menghantar bantuan terus ke rumah penduduk terlibat. Tidak perlu memaksa penduduk yang ditimpa musibah datang ke PPS untuk melapor diri dan mendaftar sebagai syarat untuk dapat bantuan.
"Kita tidak perlu terlampau terikat dengan peraturan yang zalim ini. Ia hanyalah prosedur. Akibat tindakan inilah maka wujud penyelewengan di PPS. Ada yang sorok, beri kepada kroni yang tidak terlibat banjir dan sebagainya.
"Bayangkan, PPS memohon bantuan berdasarkan jumlah penduduk di kawasan terbabit, tapi yang berdaftar sebahagian sahaja maka yang lebih mereka agih sesama sendiri. Sedangkan ia adalah hak mangsa banjir yang tidak berdaftar di PPS," katanya.
"Saya mengganggap isu ini amat serius dan kerajaan perlu memahami bahawa rakyat yang tidak berdaftar itu juga adalah mangsa banjir, bukan sekadar lakonan semata-mata. Maka saya merayu agar kerajaan dapat memahami masalah yang dihadapi oleh sebahagian besar daripada mereka. 
"Jangan layan mereka seperti orang asing, sampai ada yang datang ke PPS untuk minta bantuan pun, mereka dilayan seperti pengemis yang minta sedekah. Saya amat sedih mendengar rintihan mereka ini, maka itulah isu ini diperjuangkan," katanya lagi. 
Di Pahang, beliau berharap Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail bersama jemaah exconya dapat mempertimbangkan perkara ini dengan sepenuhnya. Sebagai MB yang berjiwa rakyat katanya, usahlah terjerat dengan tindakan yang jelas bercanggah dengan prinsip kemanusiaan sejagat ini. 
"Ubahlah, demi rakyat. Jangan gunakan peraturan ini untuk menafikan hak rakyat. Sudahlah mereka ditimpa musibah banjir, diri mereka pula diperkotak-katikkan hanya kerena mereka tidak berdaftar dengan PPS. Jangan jadikan PPS untuk menghukum rakyat, layanlah rakyat secara adil dan saksama demi kesinambungan hidup mereka," tambah beliau lagi. #PahangDaiy
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/01/bantuan-banjir-usah-nafikan-hak-mangsa.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Naik Paras Longkang Di Pindahkan Ke Pps Banjir Paras Pinggang Di Nafikan Hak Bantuan

Air Naik Paras Longkang Di Pindahkan Ke Pps Banjir Paras Pinggang Di Nafikan Hak Bantuan

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 346 hits
PEKAN Seorang penduduk Kampung Padang Rumbia dekat sini mendedahkan sikap sebenar Tok Empat kampung terbabit yang sudah tidak dapat lagi dipertahankan Beliau yang juga salah seorang mangsa banjir di PPS kampung terbabit bersimpati dengan na...
Aktivis Gesa Hentikan Aktiviti Penyelewengan Barangan Banjir Hak Mangsa Usah Di Nafikan

Aktivis Gesa Hentikan Aktiviti Penyelewengan Barangan Banjir Hak Mangsa Usah Di Nafikan

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 314 hits
KUANTAN Aktivis masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini menggesa mana mana pihak yang menyelengkan barangan keperluan mangsa banjir agar menghentikan aktiviti itu dengan segara Ini katanya rakyat sudah mula celik mata dan berani bersuara...
Mangsa Banjir Kecewa Dakwa Di Nafikan Hak Dan Di Layan Seperti Pengemis Oleh Petugas

Mangsa Banjir Kecewa Dakwa Di Nafikan Hak Dan Di Layan Seperti Pengemis Oleh Petugas

papar berkaitan - pada 12/1/2021 - jumlah : 385 hits
TEMERLOH Mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara SJK Khee Chee dekat sini meluahkan perasaan kecewa atas layanan yang tidak adil terhadap sebahagian daripada mereka yang berpindah ke situ Menurut beberapa orang mangsa b...
Usah Berpolitik Hentikan Amalan Pilih Kasih Menguruskan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Usah Berpolitik Hentikan Amalan Pilih Kasih Menguruskan Bantuan Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 15/1/2021 - jumlah : 290 hits
KUANTAN Petugas banjir diingatkan agar tidak pilih kasih dan berpolitik untuk membuat kebajikan kepada mangsa yang ditimpa musibah Demikian ditegaskan oleh Aktivis Masyarakat Mohd Shukri Mohd Ramli hari ini Menurut beliau semakin banyak adu...
Agong Tinjau Banjir Pahang Santuni Mangsa Di Pps

Agong Tinjau Banjir Pahang Santuni Mangsa Di Pps

papar berkaitan - pada 8/1/2021 - jumlah : 517 hits
BH ONLINE Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah berkenan meninjau keadaan banjir di Lipis dengan menaiki helikopter TUDM Foto Istana Negara KUANTAN Keprihatinan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah...
Tiada Kawasan Menteri Agama Tetap Buat Kerja Agih Bantuan Kepada Mangsa Banjir

Tiada Kawasan Menteri Agama Tetap Buat Kerja Agih Bantuan Kepada Mangsa Banjir

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 327 hits
Banjir besar yang melanda Pahang Terengganu Kelantan dan Johor sememangnya antara yang terburuk pernah berlaku Dikala negara sedang berdepan kenaikan kes positif pandemik Covid 19 bencana banjir menambah ujian yang sedia ada Namun begitu da...
Yang Di Pertuan Agong Simpati Mangsa Banjir Seru Pihak Berkuasa Terus Hulurkan Bantuan

Yang Di Pertuan Agong Simpati Mangsa Banjir Seru Pihak Berkuasa Terus Hulurkan Bantuan

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 374 hits
KUALA LUMPUR Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan simpati kepada mangsa bencana banjir di beberapa negeri khususnya di Pahang Terengganu Kelantan Johor Perak dan Selangor Dalam kenyataan Istana Negara Sultan A...
Pendakwah Selebriti Terkenal Ustaz Ebit Lew Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Kuala Lipis

Pendakwah Selebriti Terkenal Ustaz Ebit Lew Hulur Bantuan Mangsa Banjir Di Kuala Lipis

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 455 hits
PETALING JAYA Penceramah selebriti terkenal Ebit Lew menyalurkan bantuan kepada semua mangsa banjir di tiga Pusat Perpindahan Sementara sekitar daerah Kuala Lipis Pahang semalam Melalui hantaran di laman Facebook miliknya hari ini ternyata ...
Dua Daerah Terjejas Akibat Banjir Di Pahang 65 Mangsa Telah Di Tempatkan Di Dua Pps

Dua Daerah Terjejas Akibat Banjir Di Pahang 65 Mangsa Telah Di Tempatkan Di Dua Pps

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 493 hits
KUANTAN Seramai 65 penduduk daripada 19 keluarga dari dua daerah di Pahang kini ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara susulan banjir akibat hujan lebat berterusan sejak semalam Menurut portal info bencana Jabatan Kebajikan Masyaraka...
Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Menara Kl Masih Milik Kerajaan

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo

It Takes More Than Just A Badge To Instil Patriotism

Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

Building An Online Marketing Plan