Isu 40 Peratus Hasil Sabah Bukan Sandiwara Politik Pm Anwar


Isu 40 Peratus Hasil Sabah Bukan Sandiwara Politik – PM Anwar 
KENINGAU, 16 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kerajaan tidak menipu rakyat Sabah berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah, sebaliknya komited menyelesaikannya secara telus dan menyeluruh.
Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), mengulangi komitmen Kerajaan Persekutuan untuk tidak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengenai hak 40 peratus itu.
Beliau berkata isu tersebut bagaimanapun telah dipolitikkan pihak lawan, khususnya pembangkang, sebagai bahan kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
“Pembangkang kata kerajaan buat rayuan, maknanya ia tidak betul. Pilihan raya bukan tempat untuk menipu. Ada parti yang sebelum ini berada dalam kerajaan, dalam kabinet, pun tahu bahawa apa yang kita rayu hanyalah berhubung alasan penghakiman.
“Kita tidak merayu mengenai 40 peratus. Peguam Negara juga telah menjelaskan bahawa tiada rayuan terhadap isu ini. Saya sendiri menyebut di Parlimen bahawa kerajaan tidak akan merayu mengenai 40 peratus hasil Sabah,” katanya ketika berucap pada Program Ramah Mesra PM Sayang Sabah Bersama Pimpinan Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Tulid di Padang Kampung Menawo Ulu, di sini.
Perdana Menteri berkata kerajaan kini memberi tumpuan kepada proses rundingan teknikal untuk menentukan jumlah sebenar hasil Sabah serta angka tepat pemberian khas 40 peratus mengikut peruntukan Perlembagaan. Beliau berkata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican akan berada di Sabah esok untuk berbincang dengan Setiausaha Kerajaan Negeri berkaitan hak tuntutan berkenaan.
“Perlu bincang parameter, perincian dan aspek teknikalnya. Sebelum itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof juga akan mempengerusikan mesyuarat.
“Kita perlu teliti berapa betul-betul hasil Sabah, jumlah sebenar 40 peratus itu, dan kemampuan kewangan kerajaan. Ini bukan sembang kosong,” katanya.
Pada Jumaat, Datuk Armizan Mohd Ali, wakil Menteri Kabinet Persekutuan dari Sabah bagi Mesyuarat Khas Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63), berkata perbincangan pertama mengenai isu pemberian khas Sabah berdasarkan kadar 40 peratus hasil akan diadakan esok di Menara Kinabalu.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Sumber: BERNAMA
The post Isu 40 Peratus Hasil Sabah Bukan Sandiwara Politik – PM Anwar  appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/16/isu-40-peratus-hasil-sabah-bukan-sandiwara-politik-pm-anwar-2/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok Fahmi

Pm Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok Fahmi

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 185 hits
PM Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok Fahmi KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab isu pemberian khas 40 peratus hasil kepada Sabah pada Waktu Pertanyaan Pertanyaan Menteri di...
Prn Tidak Halang Rundingan Berkaitan Isu 40 Peratus Hasil Sabah Pm

Prn Tidak Halang Rundingan Berkaitan Isu 40 Peratus Hasil Sabah Pm

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 160 hits
PRN Tidak Halang Rundingan Berkaitan Isu 40 Peratus Hasil Sabah PM KUALA LUMPUR 13 November Rundingan berhubung isu 40 peratus hasil Sabah akan dimulakan segera di peringkat teknikal dan boleh diteruskan walaupun dalam tempoh Pilihan Raya N...
Tidak Rayu Pemberian 40 Peratus Hasil Tunjukkan Anwar Faham Aspirasi Rakyat Sabah Hajiji

Tidak Rayu Pemberian 40 Peratus Hasil Tunjukkan Anwar Faham Aspirasi Rakyat Sabah Hajiji

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 209 hits
Tidak Rayu Pemberian 40 Peratus Hasil Tunjukkan Anwar Faham Aspirasi Rakyat Sabah Hajiji KOTA KINABALU 11 Nov Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan dengan pemberian khas 40 peratus Sabah menun...
Isu 40 Peratus Hasil Sabah Kerajaan Hanya Fail Rayuan Terhadap Alasan Penghakiman Pm

Isu 40 Peratus Hasil Sabah Kerajaan Hanya Fail Rayuan Terhadap Alasan Penghakiman Pm

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 172 hits
Isu 40 Peratus Hasil Sabah Kerajaan Hanya Fail Rayuan Terhadap Alasan Penghakiman PM KUALA LUMPUR 13 November Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan hanya memfailkan rayuan ke atas alasan penghakiman Mahkamah ...
Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri

Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 195 hits
Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri KOTA KINABALU 17 Nov Sebuah jawatankuasa khas melibatkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ditubuhkan bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan tu...
Pm Anwar Perjelas Punca Rayuan Dibuat Terhadap Alasan Penghakiman Dalam Kes Tuntutan 40 Hasil Sabah

Pm Anwar Perjelas Punca Rayuan Dibuat Terhadap Alasan Penghakiman Dalam Kes Tuntutan 40 Hasil Sabah

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 157 hits
K PRAGALATHNovember 13 2025Rayuan oleh Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dalam kes tuntutan 40 hasil Sabah perlu dibuat kerana keterlanjutan di dalam alasan penghakiman kata Perdana Menteri Datuk Seri An...
Isu 40 Peratus Hasil Tiada Rayuan Rundingan Dimulakan Segera

Isu 40 Peratus Hasil Tiada Rayuan Rundingan Dimulakan Segera

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 196 hits
Isu 40 Peratus Hasil Tiada Rayuan Rundingan Dimulakan Segera Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu Pemberian Khas Negeri Sabah berdasarkan 40 peratus h...
I Simpan Kwsp Syarat Mencarum Kaedah Caruman

Mangsa Lemas Teruja Berkelah Di Pantai Sebelum Tragedi

Dense Fog Disrupts Flights Across Northern And Eastern India Including New Delhi

Brunch Di Rumah Makan Haji Sendot

Serpihan Disyaki Jatuh Dari Angkasa Ditemui Di Pantai Nenasi

Mn Akan Ditolak Umno Pas Tu Nak Tumpang Kepimpinan Orang Lain Hadi Awang Tak Mampu Untuk Jadi Pm

Sicily Lifestyle A Guide To Trends Cinema And Luxury Tours

Family Gathering Laman Casa Tangkak


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Tahun Baru Dan Perjalanan Hidup Seterusnya

Best Attorney For Car Accidents Securing Your Future

Membaca Banyak Modul Pzem 016 Dan Pzem 017 Dengan Rs485

Brochure Custom Untuk Branding Perniagaan Anda

From Design Drawings To Final Installation A Closer Look At Romtec S Process

Jejak Manusia Purba Di White Sands 23 000 Tahun Yang Lalu