Pm Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok Fahmi


PM Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok – Fahmi
KUALA LUMPUR (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab isu pemberian khas 40 peratus hasil kepada Sabah pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Parlimen esok, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
Beliau berkata isu itu penting, kerana ia melibatkan hak rakyat Sabah dan keputusan kerajaan dibuat dengan teliti supaya adil serta tidak menimbulkan kekeliruan pada masa depan.
“Esok Perdana Menteri, pada 10 pagi akan menjawab soalan pertama di Parlimen berkenaan dengan isu 40 peratus hasil Sabah. Ini satu isu yang berat kerana ia melibatkan wang rakyat juga. Kita inginkan keadilan tapi kita mahukan juga satu keputusan yang mampan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Fiesta Cahaya Deepavali di Parlimen Lembah Pantai di sini, malam ini.
Fahmi berkata mesyuarat khas Jemaah Menteri semalam telah memutuskan untuk tidak merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung pemberian khas negeri Sabah berdasarkan 40 peratus hasil sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Keputusan itu dibuat selepas meneliti nasihat Jabatan Peguam Negara yang menjelaskan bahawa hak rakyat Sabah terhadap 40 peratus hasil bersih wajar dihormati dan kerajaan akan memulakan rundingan dengan kerajaan negeri bagi pelaksanaannya.
Namun, kerajaan akan merayu terhadap kecacatan dalam alasan penghakiman yang menyentuh dakwaan salah guna kuasa dan pelanggaran kewajipan perlembagaan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu sejak 1974.
“Antara perkara yang perlu kita rayu adalah takrif ataupun apa yang disebut dalam alasan penghakiman itu mengatakan bahawa semua kerajaan Persekutuan dari 1974 hingga 2021, telah melanggar Perlembagaan Persekutuan.
“Ini satu perkara yang teramat serius dan telah membuatkan kami insaf bahawa hal ini wajib kita rayu,” kata Fahmi.
Beliau berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kepentingan jangka panjang bagi memastikan tiada masalah baharu timbul pada masa akan datang serta demi menjaga integriti kepimpinan negara sejak 1974.
Pada 17 Okt, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa Kerajaan Persekutuan bertindak secara tidak sah dan melampaui kuasa perlembagaan apabila gagal menunaikan hak Sabah terhadap 40 peratus hasil Persekutuan bagi tahun 1974 hingga 2021.
Sumber: BERNAMA
The post PM Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok – Fahmi appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/13/pm-anwar-jawab-isu-pemberian-khas-40-peratus-hasil-sabah-di-parlimen-esok-fahmi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Rayu Pemberian 40 Peratus Hasil Tunjukkan Anwar Faham Aspirasi Rakyat Sabah Hajiji

Tidak Rayu Pemberian 40 Peratus Hasil Tunjukkan Anwar Faham Aspirasi Rakyat Sabah Hajiji

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 173 hits
Tidak Rayu Pemberian 40 Peratus Hasil Tunjukkan Anwar Faham Aspirasi Rakyat Sabah Hajiji KOTA KINABALU 11 Nov Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan dengan pemberian khas 40 peratus Sabah menun...
Isu 40 Peratus Hasil Sabah Bukan Sandiwara Politik Pm Anwar

Isu 40 Peratus Hasil Sabah Bukan Sandiwara Politik Pm Anwar

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 163 hits
Isu 40 Peratus Hasil Sabah Bukan Sandiwara Politik PM Anwar KENINGAU 16 Nov Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kerajaan tidak menipu rakyat Sabah berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah sebalikny...
Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri

Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 145 hits
Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri KOTA KINABALU 17 Nov Sebuah jawatankuasa khas melibatkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ditubuhkan bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan tu...
Isu 40 Peratus Hasil Sabah Kerajaan Hanya Fail Rayuan Terhadap Alasan Penghakiman Pm

Isu 40 Peratus Hasil Sabah Kerajaan Hanya Fail Rayuan Terhadap Alasan Penghakiman Pm

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 138 hits
Isu 40 Peratus Hasil Sabah Kerajaan Hanya Fail Rayuan Terhadap Alasan Penghakiman PM KUALA LUMPUR 13 November Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan hanya memfailkan rayuan ke atas alasan penghakiman Mahkamah ...
Prn Tidak Halang Rundingan Berkaitan Isu 40 Peratus Hasil Sabah Pm

Prn Tidak Halang Rundingan Berkaitan Isu 40 Peratus Hasil Sabah Pm

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 137 hits
PRN Tidak Halang Rundingan Berkaitan Isu 40 Peratus Hasil Sabah PM KUALA LUMPUR 13 November Rundingan berhubung isu 40 peratus hasil Sabah akan dimulakan segera di peringkat teknikal dan boleh diteruskan walaupun dalam tempoh Pilihan Raya N...
Pm Anwar Perjelas Punca Rayuan Dibuat Terhadap Alasan Penghakiman Dalam Kes Tuntutan 40 Hasil Sabah

Pm Anwar Perjelas Punca Rayuan Dibuat Terhadap Alasan Penghakiman Dalam Kes Tuntutan 40 Hasil Sabah

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 133 hits
K PRAGALATHNovember 13 2025Rayuan oleh Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dalam kes tuntutan 40 hasil Sabah perlu dibuat kerana keterlanjutan di dalam alasan penghakiman kata Perdana Menteri Datuk Seri An...
Our November Floods Prove That We Need Stronger Sustainability Governance

Bulan Pembersihan Hutang Ukraine Ambil Langkah Berani Menuju Kestabilan Kewangan

How To Fully Secure Your Cloud Accounts And Prevent Data Leaks

Dapat Ipad Dari Tm Untuk Ikat Kontrak Internet 3 Tahun

Jbl Introduces Next Gen Bar Series For Truly Immersive Entertainment

Pasaran Merosot Sebagai Tindak Balas Kepada Isyarat Yang Membimbangkan

Sesi Temu Ramah Aysar Hadi Shapri Persiapan Dan Harapan Menjelang Aksi Penuh Cabaran

Perodua Jelaskan Klausa Bateri Ev Patuh Syariah Susulan Kekeliruan Di Media Sosial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Ada Orang Susah Nak Move On Walaupun Katanya Dah Maafkan

Buasir Otak Tv Arnab Comel Makan Bendi Be Like

Art Bell 1

Why Most New Vapers Pick Disposable Pods Without Research

Sukan Sea 2025 Thailand Jadual Dan Perincian Acara

Transformasi Tasik Kenyir Menjadi Pusat Data Centre Dan Ai Terbesar Di Asia Tenggara