Prn Tidak Halang Rundingan Berkaitan Isu 40 Peratus Hasil Sabah Pm


PRN Tidak Halang Rundingan Berkaitan Isu 40 Peratus Hasil Sabah – PM
KUALA LUMPUR, 13 November (Bernama) — Rundingan berhubung isu 40 peratus hasil Sabah akan dimulakan segera di peringkat teknikal dan boleh diteruskan walaupun dalam tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 berlangsung, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata proses rundingan itu tidak akan terjejas walaupun pentadbiran kerajaan negeri kini dijalankan oleh kerajaan sementara susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada 6 Okt lepas untuk memberi laluan kepada PRN.
Sehubungan itu, beliau berkata Ketua Setiausaha Perbendaharaan telah menghantar surat kepada pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sabah bagi memulakan sesi rundingan tersebut.
“Memang betul bahawa kerajaan sekarang ini kerajaan sementara tetapi kita tidak mahu dianggap melengah-lengahkan dan prosesnya (memulakan rundingan) telah berjalan.
“Sekarang, sekurang-kurangnya Ketua Setiausaha Perbendaharaan menulis kepada SUK Sabah mengatakan boleh mula berunding soal-soal teknikal termasuk apa yang ditulis dalam penghakiman.
“Kemudian dalam Jawatankuasa Teknikal tentunya dibincangkan bahawa untuk rujuk kepada Menteri Kewangan, Ketua Menteri dan Jemaah Menteri dan tentunya tunggu sehingga selesai PRN dan kerajaan baharu dibentuk,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Anwar menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) yang ingin tahu dengan siapa Kerajaan Persekutuan berunding memandangkan Sabah kini dalam proses pilihan raya, dan sama ada hasil rundingan itu akan diputuskan melalui platform mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Pada masa sama, Perdana Menteri berkata hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan perlu sentiasa dipelihara demi memastikan semua isu yang timbul, termasuk tuntutan hasil, dapat diselesaikan secara rasional serta berhemah.
“Tanggungjawab kita sebagai sebuah negara adalah menjaga hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan. Kalau ada kegelisahan yang munasabah, kita harus dengar dan cuba selesaikan.
“Ada pihak yang lebih rasional dan sedia mengatur rundingan, sebab itu… rundingan boleh diadakan bila hubungan itu baik… jika kerajaan negeri ambil sikap yang lebih positif, rundingan itu lebih baik dan lebih cepat,” katanya.
Beliau turut menyeru semua pihak agar mengekalkan semangat kesatuan dan perpaduan, serta tidak meniup sentimen perkauman sempit dengan isu yang boleh memecahbelahkan masyarakat.
“Saya harap semangat kesatuan dan perpaduan ini dijaga kerana kalau kita tiupkan isu menghasut, isu perkauman sempit ini, ia hanya akan merugikan… yang untung hanya kepala-kepala di atas, rakyat bertempur tanpa air, tanpa elektrik dan jalan berlubang,” katanya.
BACA: PM Anwar Jelaskan Keputusan Tidak Merayu Pemberian 40 Peratus Hasil Kepada Sabah Di Parlimen Esok BACA: Tidak Rayu Pemberian 40 Peratus Hasil Tunjukkan Anwar Faham Aspirasi Rakyat Sabah & Hajiji BACA: PM Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok & Fahmi Sumber: Bernama
The post PRN Tidak Halang Rundingan Berkaitan Isu 40 Peratus Hasil Sabah – PM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/13/prn-tidak-halang-rundingan-berkaitan-isu-40-peratus-hasil-sabah-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu 40 Peratus Hasil Tiada Rayuan Rundingan Dimulakan Segera

Isu 40 Peratus Hasil Tiada Rayuan Rundingan Dimulakan Segera

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 192 hits
Isu 40 Peratus Hasil Tiada Rayuan Rundingan Dimulakan Segera Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu Pemberian Khas Negeri Sabah berdasarkan 40 peratus h...
Isu 40 Peratus Hasil Sabah Kerajaan Hanya Fail Rayuan Terhadap Alasan Penghakiman Pm

Isu 40 Peratus Hasil Sabah Kerajaan Hanya Fail Rayuan Terhadap Alasan Penghakiman Pm

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 170 hits
Isu 40 Peratus Hasil Sabah Kerajaan Hanya Fail Rayuan Terhadap Alasan Penghakiman PM KUALA LUMPUR 13 November Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan hanya memfailkan rayuan ke atas alasan penghakiman Mahkamah ...
Isu 40 Peratus Hasil Sabah Bukan Sandiwara Politik Pm Anwar

Isu 40 Peratus Hasil Sabah Bukan Sandiwara Politik Pm Anwar

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 201 hits
Isu 40 Peratus Hasil Sabah Bukan Sandiwara Politik PM Anwar KENINGAU 16 Nov Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kerajaan tidak menipu rakyat Sabah berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah sebalikny...
Pm Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok Fahmi

Pm Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok Fahmi

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 182 hits
PM Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok Fahmi KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab isu pemberian khas 40 peratus hasil kepada Sabah pada Waktu Pertanyaan Pertanyaan Menteri di...
Tidak Rayu Pemberian 40 Peratus Hasil Tunjukkan Anwar Faham Aspirasi Rakyat Sabah Hajiji

Tidak Rayu Pemberian 40 Peratus Hasil Tunjukkan Anwar Faham Aspirasi Rakyat Sabah Hajiji

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 205 hits
Tidak Rayu Pemberian 40 Peratus Hasil Tunjukkan Anwar Faham Aspirasi Rakyat Sabah Hajiji KOTA KINABALU 11 Nov Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan dengan pemberian khas 40 peratus Sabah menun...
Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri

Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 189 hits
Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri KOTA KINABALU 17 Nov Sebuah jawatankuasa khas melibatkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ditubuhkan bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan tu...
Perbelanjaan Persekutuan Tidak Sama Dengan Hak 40 Hasil Sabah Peguam

Perbelanjaan Persekutuan Tidak Sama Dengan Hak 40 Hasil Sabah Peguam

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 166 hits
10 November 2025Peruntukan persekutuan kepada Sabah yang lebih tinggi berbanding hasil yang dikutip daripada negeri itu bukan alasan untuk tidak menunaikan kewajiban mengembalikan 40 peratus hasil tersebut kepada Sabah kata seorang peguam B...
Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini

Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Khasiat Bawang Merah Kepada Tubuh Badan Manusia

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Ph Sokong Pas Perintah Perlis Sampai Tamat Penggal

Si Kecil Diserang Asthma


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

Kenangan Annual Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz N Glamz Yang Pasti Meletup

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk