Isu 40 Peratus Hasil Sabah Kerajaan Hanya Fail Rayuan Terhadap Alasan Penghakiman Pm


Isu 40 Peratus Hasil Sabah: Kerajaan Hanya Fail Rayuan Terhadap Alasan Penghakiman – PM
KUALA LUMPUR, 13 November (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan hanya memfailkan rayuan ke atas alasan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah selepas mendapati wujud beberapa kekhilafan.
Beliau berkata berdasarkan pemahaman Kerajaan Persekutuan, atas nasihat Jabatan Peguam Negara, alasan penghakiman itu dibuat di luar bidang perundangan.
Anwar berkata alasan penghakiman itu, yang menyatakan bahawa kajian semula pemberian khas dibuat selepas 2021, adalah menyalahi undang-undang dan tidak rasional malah mengaitkan kesilapan besar oleh Kerajaan Persekutuan sejak tahun 1974.
“Ini menyebabkan Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan Ahli Parlimen yang terlibat dalam kerajaan sejak 1974 hingga sekarang semuanya diputuskan sebagai terlanjur, tidak sah, tidak rasional, terdapat ketidakteraturan daripada segi prosedur dan mengabaikan tanggungjawab kepada Negeri Sabah.
“Ini satu keputusan yang sangat serius dan sebab itu, saya harap Ahli-Ahli Parlimen semuanya membaca alasan penghakiman kerana ini berbeza, saya tekankan saya tidak mahu ini jadi polemik politik dalam soal 40 peratus (hasil Sabah) kerana itu tidak dirayu.
“Tetapi kenyataan-kenyataan (dalam alasan penghakiman) yang kita anggap tidak selaras dan tidak tepat harus dirayu,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Rayuan melibatkan alasan kecacatan dalam isu lain Perdana Menteri menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) berhubung rasional keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah sebaliknya merayu atas alasan kecacatan dalam isu yang lain serta implikasi keputusan itu.
Anwar berkata proses rundingan Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Sabah bagi mengkaji semula kadar pemberian khas itu telah dilaksanakan ketika Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri, dan kenaikan kadar tersebut bukan secara unilateral.
Beliau berkata rundingan itu adalah sah dan selaras dengan peruntukan Perkara 112(D) Perlembagaan Persekutuan.
“Dengan persetujuan Sabah, kadar tersebut telah dinaikkan pada 2022 sebanyak RM125.6 juta, dan kini apabila kita teruskan dengan pemberian khas RM600 juta itu, ia dipersetujui sebagai interim dan belum dimuktamadkan oleh Sabah dan Sarawak menerusi Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63, dan kita tentu boleh menyegerakan (proses ini),” katanya.
Anwar juga berkata penjelasan mengenai hasil RM10 bilion dan perbelanjaan RM17 bilion bagi Sabah bukanlah bertujuan untuk mempertikai tuntutan 40 peratus hasil negeri itu.
Beliau berkata angka itu menunjukkan bahawa Sabah sebenarnya menerima manfaat yang jauh lebih besar melalui pelbagai bentuk perbelanjaan Persekutuan.
Dakwaan terhadap pengabaian Sabah tidak berasas Justeru, Perdana Menteri berkata dakwaan kononnya kerajaan mengabaikan dan menidakkan hak Sabah adalah tidak berasas, sama sekali tidak tepat serta tidak boleh diterima.
“Umpamanya, dalam MA63 menetapkan kawal selia bekalan elektrik mesti menjadi milik Sabah maka kita sudah serahkan pada Januari 2024 tetapi walaupun ia jadi milik Sabah, kita masih tetap menyediakan RM1.2 bilion kerana keperluan elektrik Sabah.
“Begitu juga (dengan peruntukan) RM765 juta untuk projek talian penghantaran Southern Link, pemasangan Solar Hybrid MADANI (yang) dimulakan di Sabah, bekalan air bersih (bernilai) RM1 bilion sudah disediakan dan (pembinaan) Lebuhraya Pan Borneo.
“Saya menyebut (perkara) ini (kerana) nak membezakan antara proses rundingan 40 peratus hasil Sabah yang mesti diteruskan dengan kenyataan (yang) mendakwa kita mengabaikan Sabah,” katanya.
BACA: PRN Tidak Halang Rundingan Berkaitan Isu 40 Peratus Hasil Sabah & PM BACA: PM Anwar Jelaskan Keputusan Tidak Merayu Pemberian 40 Peratus Hasil Kepada Sabah Di Parlimen Esok BACA: Tidak Rayu Pemberian 40 Peratus Hasil Tunjukkan Anwar Faham Aspirasi Rakyat Sabah & Hajiji Sumber: Bernama
The post Isu 40 Peratus Hasil Sabah: Kerajaan Hanya Fail Rayuan Terhadap Alasan Penghakiman – PM appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/13/isu-40-peratus-hasil-sabah-kerajaan-hanya-fail-rayuan-terhadap-alasan-penghakiman-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Perjelas Punca Rayuan Dibuat Terhadap Alasan Penghakiman Dalam Kes Tuntutan 40 Hasil Sabah

Pm Anwar Perjelas Punca Rayuan Dibuat Terhadap Alasan Penghakiman Dalam Kes Tuntutan 40 Hasil Sabah

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 156 hits
K PRAGALATHNovember 13 2025Rayuan oleh Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dalam kes tuntutan 40 hasil Sabah perlu dibuat kerana keterlanjutan di dalam alasan penghakiman kata Perdana Menteri Datuk Seri An...
Isu 40 Peratus Hasil Tiada Rayuan Rundingan Dimulakan Segera

Isu 40 Peratus Hasil Tiada Rayuan Rundingan Dimulakan Segera

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 192 hits
Isu 40 Peratus Hasil Tiada Rayuan Rundingan Dimulakan Segera Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung isu Pemberian Khas Negeri Sabah berdasarkan 40 peratus h...
Pm Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok Fahmi

Pm Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok Fahmi

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 182 hits
PM Anwar Jawab Isu Pemberian Khas 40 Peratus Hasil Sabah Di Parlimen Esok Fahmi KUALA LUMPUR Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab isu pemberian khas 40 peratus hasil kepada Sabah pada Waktu Pertanyaan Pertanyaan Menteri di...
Prn Tidak Halang Rundingan Berkaitan Isu 40 Peratus Hasil Sabah Pm

Prn Tidak Halang Rundingan Berkaitan Isu 40 Peratus Hasil Sabah Pm

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 153 hits
PRN Tidak Halang Rundingan Berkaitan Isu 40 Peratus Hasil Sabah PM KUALA LUMPUR 13 November Rundingan berhubung isu 40 peratus hasil Sabah akan dimulakan segera di peringkat teknikal dan boleh diteruskan walaupun dalam tempoh Pilihan Raya N...
Isu 40 Peratus Hasil Sabah Bukan Sandiwara Politik Pm Anwar

Isu 40 Peratus Hasil Sabah Bukan Sandiwara Politik Pm Anwar

papar berkaitan - pada 16/11/2025 - jumlah : 201 hits
Isu 40 Peratus Hasil Sabah Bukan Sandiwara Politik PM Anwar KENINGAU 16 Nov Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan bahawa kerajaan tidak menipu rakyat Sabah berhubung isu pemberian khas 40 peratus hasil Sabah sebalikny...
Ini Keputusan Kerajaan Pusat Terhadap 40 Hasil Sabah

Ini Keputusan Kerajaan Pusat Terhadap 40 Hasil Sabah

papar berkaitan - pada 13/11/2025 - jumlah : 218 hits
K PRAGALATHNovember 11 2025Kerajaan pusat telah memutuskan untuk tidak membuat sebarang rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung 40 peratus hasil di bawah Perlembagaan Persekutuan Kerajaan pusat juga kan memulakan...
Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri

Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri

papar berkaitan - pada 17/11/2025 - jumlah : 189 hits
Jawatankuasa Khas Persekutuan Sabah Ditubuhkan Laksana Tuntutan 40 Peratus Hasil Negeri KOTA KINABALU 17 Nov Sebuah jawatankuasa khas melibatkan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri ditubuhkan bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan tu...
Tidak Rayu Pemberian 40 Peratus Hasil Tunjukkan Anwar Faham Aspirasi Rakyat Sabah Hajiji

Tidak Rayu Pemberian 40 Peratus Hasil Tunjukkan Anwar Faham Aspirasi Rakyat Sabah Hajiji

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 205 hits
Tidak Rayu Pemberian 40 Peratus Hasil Tunjukkan Anwar Faham Aspirasi Rakyat Sabah Hajiji KOTA KINABALU 11 Nov Keputusan Kerajaan Persekutuan untuk tidak merayu keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan dengan pemberian khas 40 peratus Sabah menun...
Cara Semakan Baki Ptptn Online Tunggakan Terkini

Nanjing Qinhuai River Cruise Bertemu Pelajar Muslim Xinjiang Selamat Tinggal Nanjing

Khasiat Bawang Merah Kepada Tubuh Badan Manusia

Apa Itu Menu Laminated Dan Kelebihannya

Fam Tingkatkan Kerjasama Strategik Dengan Ahli Gabungan Untuk Kemajuan Sukan Negara

Resepi Dan Cara Mudah Buat Agar Agar Sirap Ros Sekali Buat Terus Menjadi

Ph Sokong Pas Perintah Perlis Sampai Tamat Penggal

Si Kecil Diserang Asthma


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cara Mohon Dulang Emas Di Negeri Kelantan Panduan Lengkap Terkini

Raikan 68 Tahun Legasi Warisan Dan Kecemerlangan Yu Ting Bersama Chef Martin Yan

Kenangan Annual Dinner Sekolah Dengan Tema Glitz N Glamz Yang Pasti Meletup

Target Simpanan 2026 Cara Tetapkan Matlamat Ikut Gaji

Tag Produk Fungsi Kepentingan Peranannya Dalam Branding

A Visual Timeline Of Moab S Landscape From Dawn To Dusk