Isteri Terharu Suami Selamba Cuci Luka Bersalin Hingus Anak Dia Sedut Macam Makan Siput Sedut


PETALING JAYA: Jarang kita dengar golongan suami yang sanggup menjaga isteri semasa dalam pantang.
Kebiasaannya isteri akan ‘dipos’ ke kampung, paling tidak pun ibu sendiri mahupun ibu mertua dibawa khas dari kampung untuk menjaga isteri dan anak yang baharu lahir.
Alasannya kerana suami tak pandai, maklumlah pertama kali bergelar bapa.
Namun berbeza pula dengan Nur Hamizah Rahman, 22, yang baharu sahaja melahirkan anak sulungnya pada 9 Oktober lalu, yang boleh dianggap bertuah kerana dikurniakan seorang suami yang lain dari yang lain.

Posting Miza menjadi tular di Twitter.
Suaminya, Amir Ridhwan Rahman, 26, yang baharu pertama kali melalui pengalaman menjaga isteri berpantang sanggup bersengkang mata bagi memastikan isteri dan anak sulungnya selesa.
Nur Hamizah atau lebih mesra disapa Miza ketika dihubungi mStar Onlinemengakui amat terkejut dengan kegigihan suaminya itu.
“Serius saya amat terkejut sebab suami memang tak ada pengalaman langsung memandangkan ini anak pertama kami.
“Tak sangka dia sanggup buat semua selepas saya keluar dari hospital walaupun saya dijaga oleh ibu saya sepanjang dalam pantang.
“Tapi saya tak pelik sebab suami saya suka belajar dengan orang yang berpengalaman. Dia suka bertanya dengan orang tua tentang ilmu nak jaga sesuatu hubungan sejak sebelum kami kahwin lagi,” katanya.
Menurut wanita yang berasal dari Bangi, Selangor ini, dia turut tersentuh dengan kesungguhan suaminya memastikan dia dan anak mereka berdua selesa.
“Ada suatu hari tu saya terbangun kira-kira pukul 3 pagi sebab anak kami menangis tapi suami suruh saya berehat dan beritahu biar dia pula yang jaga anak kami.
“Anak kami mula-mula tu memang susah nak tidur malam. Akhirnya suami saya pun tak tidur sampai ke subuh. Dia mandi-mandi lepas tu terus pergi kerja.
“Setiap malam pula sebelum saya tidur dia akan pastikan urut saya dulu, pakaikan stokin dan selimutkan saya serta pastikan anak kami selesa. Lepas itu barulah dia akan tidur,” katanya.

Suami Miza tidak kekok menjaga anak sulung mereka.
Jelas Miza dia juga tidak menyangka suaminya itu tidak kekok mencuci lukanya selepas bersalin.
“Sebenarnya saya bersalin dengan koyakan tahap tiga. Luka itu agak teruk tapi tak sangka dia berani nak cuci (luka) tiap-tiap hari.
“Ibu saya sendiri pun tak berani nak tengok luka tu tapi berbeza dengan suami saya. Dia bersemangat kental,” katanya.
Malah, Miza berkata suaminya itu turut menyedut keluar hingus anak mereka yang diserang selesema baru-baru ini.
“Anak saya selesema dan susah nak bernafas sebab hingus. Kebetulan saya tak beli lagi pembersih hidung waktu itu.
“Saya terkejut apabila suami cepat-cepat bangun berus gigi dan dia sedut hingus anak kami macam kita biasa sedut siput sedut tu.
“Sesetengah orang akan rasa geli tapi dia tak. Saya tak boleh bayangkan macam mana suami saya sanggup nak buat macam tu,” katanya.
Kegigihan suaminya membuatkan Miza berkongsi pengalaman indah tersebut bersama pengikutnya di media sosial.
Posting yang dimuatnaik Miza berserta beberapa keping gambar suaminya menjaga bayi sulung mereka tanpa rasa kekok di Twitter diulang kicau lebih 9,000 kali dan menerima lebih 8,000 tanda suka.

Miza bersama suaminya dan anak mereka.
Miza berkata dia memuat naik posting tersebut bukan mahu menunjuk-nunjuk tentang kebahagiaannya tapi kerana mahu menghargai usaha keras suaminya sepanjang 44 hari yang lalu.
Malah, Miza juga berharap agar kisah tersebut dapat dijadikan inspirasi kepada golongan lelaki di luar sana supaya membantu isteri semasa dalam pantang.
“Saya sekadar ingin berkongsi kegigihan suami saya dan tak sangka posting tersebut akan jadi viral sebab saya memang suka ambil gambar apa yang suami saya buat.
“Jarang kita dengar suami sanggup buat macam tu. Jadi saya berpendapat semua lelaki perlu melalui pengalaman sebegini supaya dapat merasai suka duka bersama isteri semasa dalam pantang,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : mstar via detikberita
The post Isteri terharu suami ‘selamba’ cuci luka bersalin, “Hingus anak dia sedut macam makan siput sedut” appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2018/11/26/isteri-terharu-suami-selamba-cuci-luka-bersalin-hingus-anak-dia-sedut-macam-makan-siput-sedut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Asyik Dengan Handphone Sampai Tak Ada Masa Untuk Anak Dengan Isteri

Suami Asyik Dengan Handphone Sampai Tak Ada Masa Untuk Anak Dengan Isteri

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 767 hits
Suami Asyik Dengan Handphone Sampai Tak Ada Masa Untuk Anak Dengan Isteri Wahai suami yang asyik dengan telefon anda hanya perlu masa 1 minit untuk terlepas momen indah dan istimewa yang tercipta di antara isteri dan anak anak Percayalah an...
Peritnya Bersalin Indius 22 Jam Sakit Suami Pun Serik Lihat Isteri Meraung Menjerit Kesakitan

Peritnya Bersalin Indius 22 Jam Sakit Suami Pun Serik Lihat Isteri Meraung Menjerit Kesakitan

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 874 hits
Bersalin secara indius memang diketahui akan mengakibatkan kesakitan yang lebih berbanding kelahiran biasa Seperti yang dikongsikan ini di mana proses bersalin memakan masa selama 22 jam Proses indius dilakukan dengan dua cara yang berlaina...
Sakitnya Tangan Kena Cengkam Rupanya Contraction Isteri Dah Mula Inilah Pentingnya Kehadiran Suami Di Dewan Bersalin

Sakitnya Tangan Kena Cengkam Rupanya Contraction Isteri Dah Mula Inilah Pentingnya Kehadiran Suami Di Dewan Bersalin

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 517 hits
Sakitnya tangan kena cengkam rupanya contraction isteri dah mula Inilah pentingnya kehadiran suami di dewan bersalinAPA sebenarnya yang berlaku di dalam dewan bersalin dan peranan suami Suami kepada Cik Nora Azni sila daftar dan masuk labou...
Isteri Merajuk Tandanya Dia Sayang Walaupun Dah Ada Anak Suami Tetap Kena Faham

Isteri Merajuk Tandanya Dia Sayang Walaupun Dah Ada Anak Suami Tetap Kena Faham

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 546 hits
Sikit sikit merajuk Ni antara keluhan suami bila isteri merajuk Apa sebabnya isteri bersikap begini Adakah sebab terlalu penat menguruskan anak dan rumah tangga atau sebagai salah cara meluahkan perasaan pada suami Namun orang lelaki ini ka...
Tengok Isteri Lemah Keluar Banyak Darah Masa Bersalin Kuatnya Kamu Suami Belum Tentu Mampu

Tengok Isteri Lemah Keluar Banyak Darah Masa Bersalin Kuatnya Kamu Suami Belum Tentu Mampu

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 517 hits
Pengalaman bersalin bagi setiap wanita lain lain Ada yang mudah ada yang perlu melalui sakit yang lama dan bagi sesetengah kes kena czer Ibaratnya kita tak boleh nak jangka kesakitannya cuma hanya perlu sentiasa bersedia dan mendapat sokong...
Bila Berjauhan Perasaan Rindu Membuak Bila Pulang Suami Nampak Muka Isteri Macam Anjing

Bila Berjauhan Perasaan Rindu Membuak Bila Pulang Suami Nampak Muka Isteri Macam Anjing

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 813 hits
Bila berjauhan perasaan rindu membuak bila pulang suami nampak muka isteri macam anjing Apabila hati manusia telah hitam pelbagai perkara jahil yang dilakukan sehingga melampaui akal fikiran Sikap cemburu yang telah bersarang di dalam hati ...
Adakah Suami Wajib Beri Nafkah Kepada Isteri Yang Bekerja

Adakah Suami Wajib Beri Nafkah Kepada Isteri Yang Bekerja

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 564 hits
Artikel ini akan menerangkan perkara yang berkaitan nafkah kepada isteri yang bekerja Apakah hukum suami tidak memberi nafkah kepada isteri yang bekerja Apakah jenis nafkah yang wajib diberikan suami kepada isteri Artikel ini dirujuk tulisa...
5 Tips Amalan Rasullulah Untuk Suami Isteri Bahagia Hingga Ke Jannah

5 Tips Amalan Rasullulah Untuk Suami Isteri Bahagia Hingga Ke Jannah

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 641 hits
5 Tips Amalan Rasullulah Untuk Suami Isteri Bahagia Hingga Ke Jannah Tapi dalam sibuk sibuk meraikan pasangan kesayangan tu ada ke yang terfikir untuk memperbaiki hubungan sebagai suami isteri yang mungkin telah lama diselaputi debu Jika be...
Fateh Tak Mahu Tidur Malam Corrie Dan Isteri Bergilir Jaga Seronok Tengok Keletah Anak

Fateh Tak Mahu Tidur Malam Corrie Dan Isteri Bergilir Jaga Seronok Tengok Keletah Anak

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 380 hits
Pelakon Adam Corrie 50 akui seronok melihat keletah anaknya Adam Fateh Lee yang kini berusia empat bulan Kata Corrie Fateh membesar dengan sihat dan kini sedang dalam fasa untuk belajar ketawa Alhamdulillah Fateh sihat dan semakin tembam Cu...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025