Adakah Suami Wajib Beri Nafkah Kepada Isteri Yang Bekerja



Artikel ini akan menerangkan perkara yang berkaitan nafkah kepada isteri yang bekerja.
Apakah hukum suami tidak memberi nafkah kepada isteri yang bekerja? Apakah jenis nafkah yang wajib diberikan suami kepada isteri? Artikel ini dirujuk tulisan Ustaz Muhammad Fathi Yusof mengenai bab nafkah dalam buku fiqah berkahwinan.
Semoga dapat menjadi rujukan anda dalam hal berkaitan permasalahan ini.

Soalan 1 Ustaz, saya dan isteri sudah sembilan tahun hidup bersama.
Alhamdulillah, hidup kami bahagia.
Isteri saya bekerja sejak berkahwin lagi. Kami mengagihkan tanggungan rumah tangga seperti ansuran rumah, ansuran kereta, belanja dapur, belanja sekolah anak-anak, belanja bil-bil dan lain-lain antara kami berdua.
Manakala perbelanjaan keperluan diri seperti pakaian, bil telefon dan lain-lain ditanggung masing-masing. 
Pendapatan isteri saya setakat ini melebihi perbelanjaan-perbelanjaan ini dan dia masih mampu menyimpan setiap bulan pada jumlah yang agak banyak.
Adakah saya masih wajib memberikan nafkah kepada isteri saya dalam keadaan ini?
Jawapan:
Suami wajib memberikan nafkah kepada isteri, iaitu untuk memberikan makanan dan pakaian yang mencukupi serta menyediakan tempat tinggal yang sesuai.
Kewajipan ini berasaskan beberapa dalil al-Quran dan sunah.
Antaranya firman Allah:
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.
— Surah al-Nisa’ ayat 34
 
Kepentingan Berbelanja & Mengeluarkan Nafkah Untuk Ahli Keluarga Membelanjakan harta untuk isteri dan ahli keluarga bukan sekadar satu kewajipan, bahkan merupakan amalan yang sangat disukai oleh Allah Taala
Para suami dan para isteri sewajarnya mengamalkan sikap pemurah dan mengutamakan perbelanjaan untuk keluarga mengatasi perbelanjaan lain.
Ibnu Mas’ud meriwayatkan Rasulullah bersabda:
Apabila seseorang Muslim memberikan nafkah kepada keluarganya kerana mencari pahala, maka hal itu menjadi sedekah baginya
— Riwayat al-Bukhari
Suami wajib membayar nafkah memandangkan kedudukannya sebagai ketua keluarga yang punya tanggungjawab untuk memimpin rumah tangga – termasuklah dalam soal saraan dan perbelanjaan.
Kewajipan nafkah ini diseimbangkan dengan kewajipan isteri untuk taat dan setia kepada suami.
Selain itu, sebahagian daripada tugas yang dibawah amanah suami seperti mendidik anak-anak, menyediakan makan minum dan menjaga rumah dan harta, telah dilaksanakan oleh isteri.
Oleh yang demikian, wajarlah suami memberikan nafkah sebagai memenuhi semangat kasih sayang, rahmat dan keadilan dalam rumah tangga.
Walau bagaimana pun, nafkah suami kepada isteri menjadi wajib hanya apabila beberapa syarat telah dipenuhi iaitu:
Suami tidak dihalang untuk mendekati, berseronok dan berjimak dengan isterinya, melainkan jika terdapat halangan yang telah ditetapkan oleh syarak Isteri tinggal di tempat tinggal yang ditetapkan oleh suaminya, kecuali jika tempat itu mendatangkan mudarat kepada diri, harta atau maruahnya Isteri taat kepada suami dan tidak nusyuz. Misalnya, jika isteri bekerja tanpa izin suami, maka suami tidak wajib membayar nafkah. Bahkan isteri akan kekal dalam keadaan berdosa selama mana keluar bekerja tanpa keredhaan suaminya. Soalan 2 Memandangkan kami bersama-sama bekerja, adakah saya boleh menganggap agihan yang dipersetujui itu sebagai memenuhi kewajipan saya menyara keluarga?
Jawapan:
Kewajipan suami untuk memberikan nafkah tidak luput kerana isteri bekerja.
Suami tidak akan terlepas daripada kewajipan itu semata-mata dengan membuat agihan perbelanjaan, melainkan jika mengikut agihan itu suami menanggung perkara asasi yang termasuk sebagai keperluan asas.
Atau jika isteri secara nyata dan berterusan melepaskan tanggungan suaminya.
Islam menetapkan satu prinsip penting dalam rumah tangga, iaitu berkenaan dengan kedudukan suami sebagai ketua keluarga.
Walaupun dari sudut amalannya, suami dan isteri berkongsi hidup, tetapi hakikatnya suami tetap diiktiraf sebagai ketua, bukan sekadar rakan kongsi.
Pada zaman ini ramai isteri turut bekerja seperti suami, bahkan ada yang lebih tinggi pendapatannya daripada suami.
Hakikat ini sama sekali tidak mengubah kedudukan suami sebagai ketua.
Kedudukan suami sebagai kutua bukan sekadar dilihat dari sudut kuasanya, bahkan yang lebih penting ialah dari sudut amanahnya.
Di akhirat nanti, para suami akan ditanya tentang kebajikan dan agama isteri serta anak-anak mereka.
Memandangkan isteri juga bekerja, menjadi kebiasaan, perbelanjaan rumah dan keluarga diagihkan antara suami dengan isteri.
Sebenarnya agihan ini dibuat atas timbang rasa isteri.
Tanggungjawab hakiki untuk nafkah keluarga tetap di bahu suami.
Jika isteri tidak ingin berkongsi pendapatannya, maka suami tidak berhak memaksa atau merampas.
Namun begitu, hukum ini tetap tertakluk kepada prinsip bahawa isteri hanya boleh bekerja jika diizinkan oleh suami.
Seorang isteri yang bekerja tanpa izin suaminya tidak berhak untuk mendapat nafkah.
Walau bagaimanapun, jika pekerjaan itu tidak menjejaskan tugasnya sebagai isteri, maka haknya untuk mendapat nafkah tidak terjejas.
Dalam menentukan soal ini, keperluan isteri bekerja dan agihan perbelanjaan, kedua-dua suami dan isteri mesti mengutamakan muafakat, rahmat dan kasih sayang dalam membuat ketetapan dan persetujuan.
Agihan perbelanjaan yang dipersetujui antara suami dengan isteri yang bekerja belum dapat melepaskan tanggungan nafkah suami melainkan jika mengikut agihan itu suami menanggung tiga perkara asas yang termasuk dalam nafkah wajib iaitu tempat tinggal, makan minum dan pakaian.
Oleh itu, jalan terbaik bagi menyusun agihan perbelanjaan adalah dengan menetapkan tiga perkara asasi iaitu sebagai tanggungan suami, dan isteri boleh menanggung perbelanjaan lain seperti bil-bil perkhidmatan utiliti, kenderaan dan lain-lain mengikut kerelaannya.
Perlu diingat kadar kewajipan suami dalam tanggungan terhad kepada keperluan asas yang diukur mengikut ‘uruf atau adat dan juga mengikut kemampuan suami bukannya kemampuan isteri.
Selain itu, tanggungan nafkah isteri boleh terlepas, jika isteri secara nyata melepaskan haknya untuk menerima nafkah.
Pelepasan begini hanya melepaskan hak semasa dan isteri tetap boleh membatalkan pelepasan hak pada bila-bila masa atas kehendaknya.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik bagi para suami untuk mengelakkan pelepasan hak sebegini kerana soal nafkah berkait rapat dengan kedudukannya sebagai ketua keluarga.
Isteri yang menerima nafkah mempunyai kecenderungan yang lebih kuat untuk kasih, taat dan setia dengan suami berbanding sebaliknya.
Soalan 3 Saya sebenarnya biasa juga memberikan hadiah atau menolong membayar waktu dia membeli-belah, tetapi tidak pernah memberikannya wang secara khusus untuk belanja makanan dan pakaianya.
Adakah tindakan saya memberi hadiah dan membayar waktu membeli-belah boleh dianggap sebagai nafkah?
Jawapan:
Jika hadiah itu berbentuk pakaian yang menepati keperluan asasnya, maka itu boleh dianggap sebagai sebahagian daripada nafkah.
Walau bagaimanapun, itu belum memenuhi kewajipan lain seperti rumah dan makan minum.
Nafkah asasi yang diwajibkan oleh Islam terdiri daripada tiga perkara iaitu tempat tinggal, makan minum dan pakaian.
Kadar nafkah adalah berasaskan keperluan asas seorang manusia dengan mengambil kira keperluan dan keadaan kewangan suami.
The post Adakah Suami Wajib Beri Nafkah Kepada Isteri Yang Bekerja? appeared first on AKU ISLAM.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuislam.com/blog/keluarga/nafkah-isteri-bekerja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nafkah Yang Sepatutnya Suami Bagi Setiap Bulan Kalau Isteri Tak Halalkan Suami Berdosa Besar

Nafkah Yang Sepatutnya Suami Bagi Setiap Bulan Kalau Isteri Tak Halalkan Suami Berdosa Besar

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 955 hits
TURUTAN NAFKAH SUAMI1 Dalam pemberian nafkah seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak anak dari orang lain Turutan nafkah adalah seperti berikut a Diri sendirib Isteric Anakd Bapae Ibuf Cucug Datukh Saudarai Ahli ahli keluarga b...
Sekatan Bank Terhadap Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Kepada Bekas Isteri Dan Anak

Sekatan Bank Terhadap Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Kepada Bekas Isteri Dan Anak

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 466 hits
Sekatan bank terhadap bekas suami culas bayar nafkah kepada bekas isteri dan anakKerajaan sedang mempertimbangkan tindakan lebih tegas termasuk cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang didapati culas dalam memberi nafkah k...
Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu

Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 575 hits
Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu Ambil tahu dulu aturan nafkah kelak andai berlaku selisih faham bab duit yang tak mengalir pada mak ayah anda ada jawapan yang kukuh Ini bukan nak ajar jadi ana...
Petua Nikmat Luar Biasa Di Kamar Bersama Suami Isteri

Petua Nikmat Luar Biasa Di Kamar Bersama Suami Isteri

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 1831 hits
Apabila berbicara mengenai hubungan intim apa yang jauh lebih utama adalah skil seseorang Kebanyakan wanita lebih memilih untuk mempunyai pasangan yang bijak mengawal pergerakan dan rentak berbanding lelaki yang rata ratanya agak obses deng...
Suami Patut Sama Sama Harungi Kehamilan Kelahiran Bukan Isteri Sahaja Apa Yang Dilakukan Lelaki Ini Wajar Dicontohi

Suami Patut Sama Sama Harungi Kehamilan Kelahiran Bukan Isteri Sahaja Apa Yang Dilakukan Lelaki Ini Wajar Dicontohi

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 457 hits
Seorang suami bukan sahaja memberikan sokongan dari segi kata kata semangat sahaja Melalui fasa 40 minggu kehamilan dan kemudian bertarung nyawa melahirkan pula peranan suami sepatutnya lebih itu Apa yang dilakukan oleh bapa ini patut dicon...
Suami Isteri Sebak Terima Ijazah Anak Yang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

Suami Isteri Sebak Terima Ijazah Anak Yang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 503 hits
KAMARIAH KHALIDI 12 November 2018 6 04 PM KUALA NERUS Hanya linangan air mata dapat dizahirkan sepasang suami isteri sebaik menerima ijazah milik anak perempuan mer
Isteri Maut Disembelih Suami Kerana Enggan Lakukan Hubungan Intim

Isteri Maut Disembelih Suami Kerana Enggan Lakukan Hubungan Intim

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 715 hits
Isteri maut disembelih suami kerana enggan lakukan hubungan intimGara gara menolak ajakan untuk melakukan hubungan intim seorang wanita berusia 60 tahun maut disembelih suaminya dengan parang lapor Dalam kejadian yang berlaku pada waktu sub...
Isteri Ditikam Dikelar Suami

Isteri Ditikam Dikelar Suami

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 412 hits
Juruwang dalam proses bercerai diserang ketika bekerja di pasar raya Mohd Izuan Roseli 13 November 2018 3 00 AM
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025