Sakitnya Tangan Kena Cengkam Rupanya Contraction Isteri Dah Mula Inilah Pentingnya Kehadiran Suami Di Dewan Bersalin


'Sakitnya tangan kena cengkam, rupanya contraction isteri dah mula' - Inilah pentingnya kehadiran suami di dewan bersalin


APA sebenarnya yang berlaku di dalam dewan bersalin dan peranan suami

"Suami kepada Cik Nora Azni, sila daftar dan masuk labour room"

Ayat yang dah 3 hari saya tunggu akhirnya kedengaran. Ini kali ketiga dalam hidup, saya akan menghadapi situasi ini. Kononnya sudah biasa, dalam hati membayangkan nak tenang-tenang je masuk labour room

Tapi, baru sampai kat pengawal yang jaga dewan bersalin, saya dah terkial-kial nak isi buku pelawat. Tiba-tiba jadi tak reti nak isi ruangan nama, nombor kad pengenalan dan lain-lain. Pengawal itu pun dah pandang semacam je

Masuk pintu pertama, saya disambut dengan almari baju putih ala-ala baju doktor. Hampir terlupa bab kena pakai baju nie. Baju disarung dengan peluh sejuk yang mula keluar di dahi. 
"Ko nie dah kenape? Kawal diri tu sikit", kata saya kepada diri sendiri. 
Entah kenapa masa ni ada 2 karakter pulak. Haha.. Baju putih yang ketat di ketiak terus saya sarung sambil menuju ke labour room

Setelah mendapat kebenaran jururawat, saya masuk dan disambut dengan senyuman si isteri. Belum sakit lagi barangkali. Mesti dia lega saya ada

"Terima kasih abang sebab sentiasa ada dengan sayang", kata isteriku sambil tersenyum manis. 
Tiga kali dah saya di sini. Tiga kali juga isteri saya bakal merasakan kesakitan yang amat sangat. Rasa bersalah ada, rasa kesian pun ada. Tangan dia sentiasa saya usap. Dia meminta kebenaran untuk tanggalkan tudung. Tadi nampak jugak 2 orang doktor pelatih lelaki. Awal-awal masuk tadi kami dah pesan dengan nurse yang kami nak doktor perempuan sahaja. 
"Boleh, jangan bimbang" katanya

Kami ditemani dengan bunyi degupan jantung baby dari salah satu alat di dalam dewan bersalin ni. Alhamdulillah aktif bunyinya. Mungkin baby pun tengah bersedia untuk keluar


"Puan nak makan ubat tahan sakit tak?", soal seorang nurse yang baru sahaja masuk. 
Kami pun macam terpinga-pinga sebab bersalin sebelum ni memang tak pernah ada orang tawarkan ubat tahan sakit. Rupanya disebabkan jantung baby okey dan bukaan baru 4 cm. Dia tawarkan ubat tu sebab kemungkinan lama lagi tunggu dan nanti bila dah mula sakit, tak boleh dah ambil ubat tu

Sambil berbual-bual, saya urut-urut badan dan usap kepala isteri untuk beri dia selesa. Sedar-sedar dia dah tidur. Ubat dah berkesan la tu

Aduhhhh.. Sakitnya tangan kena cengkam. Rupanya "contraction" isteri dah mula. Saya pun mula rekod masa dan jarak masa bila ianya terjadi. Makin lama makin kerap. Makin lama makin panjang. Makin lama nampak makin sakit

Masa inilah. Memang masa inilah. Kalau tidak datang keinsafan dalam diri, memang hati tu dah mati. Di depan saya, orang yang paling saya cintai sedang mengalami kesakitan yang amat sangat tanpa saya boleh buat apa-apa pun. Sakitnya sehingga air mata dia mengalir. Bila "contraction" itu berhenti, baru dia lega. Besar sungguh pengorbanan isteri. Fikir saya dalam hati

Alat sedut gas tu dah macam takde kesan. Kesakitan dah terlalu kuat. Saya panggilkan nurse untuk periksa. Masuk seorang doktor pelatih perempuan untuk periksa laluan. Baru 5 cm katanya. Tapi gayanya macam nak bersalin dah. Lepas doktor pelatih tu keluar, kebetulan ada nurse lain masuk. Saya pujuk nurse tu supaya periksa balik

"Eh, dah boleh dah ni. 8 cm dah tapi kalau pandai teran boleh je, anak ketiga dah kan?"

Datang seorang lagi nurse. Tapi tiba-tiba masuk dua orang doktor pelatih lelaki tadi. Saya terus mintak maaf dan maklumkan yang kami nak perempuan sahaja. Mereka berdua pun faham dan meninggalkan kami berempat dalam tu

Selepas itu saya dan isteri terus fokus. Sebelum ini kami dah rancang strategi teran yang berkesan. Ini semua hasil daripada apa yang kami lalui semasa anak pertama dan kedua. Antara strategi kami :-Jangan angkat punggung. Nanti akan terkoyak.Jangan teran selagi tak dibenarkan nurse. Buang masa dan tenaga.Jangan teran sikit-sikit. Rugi sebab baby akan masuk balik dan keluar sikit je.Teran dengan kuat dan panjang. Biar kurang bilangan teran tapi sepenuh tenaga dan lama - lama. Ini bakal bagi baby keluar dengan cepat dan tanpa sangkut-sangkut.Jangan benarkan nurse buat episiotomi (potong untuk bukaan lebih luas). Saya kena main peranan tegah nurse kalau dia nak potong. Sebab kami yakin kami boleh buat.Set masa bila nak buat "final push". Masa ni ialah masa untuk teran habis-habisan. Saya akan bagitau dia masanya dah sampai bila kepala baby dah keluar.Dan seperti yang dirancang, situasi yang sama berlaku. Tapi kali ni nurse dah pegang gunting dan nak potong. Saya tanya "nak potong apa? Jangan!". Rupanya nurse cakap nak potong tali pusat sebab takut terbelit. Sebab masa kepala dah nak keluar tu, tali pusat dekat sangat dengan kepala baby

Bila potong je, terus kepala baby senang nak keluar. Saya pun bagitau kat isteri yang inilah masanya. Dia tarik nafas dalam-dalam dan bersama dengan saya, kami sama-sama keluar suara untuk meneran sepanjang yang boleh

Nurse pada masa itu sentiasa bagi dorongan positif seperti bagus, pandai dan sikit lagi. Saya pulak berada dekat dengan muka isteri. Hanya dia dan saya je dalam dunia kami sendiri, dia tak dengar dah nurse cakap ke atau bunyi lain. Dia teran, saya pun teran. Ini nampak macam takde apa-apa, tapi sebenarnya amat membantu isteri

Alhamdulillah, dengan hanya 3 kali teran, Daisy Medina dilahirkan. Saya terus peluk isteri saya dan ucapkan terima kasih dan I love you berkali-kali. Ini juga kali pertama saya tak boleh control tangisan saya. Habis basah pipi dia dengan air mata saya. Syukur sangat segalanya selesai dengan selamat

Cuma kali ni lepas bersalin, isteri muntah-muntah. Bila ditanya, rupanya ianya kesan dari ubat tahan sakit


Setelah beberapa ketika menemani dan mengelap muntah isteri dan keadaan sudah tenang, saya diminta tunggu di wad. Perjalanan dari labour room sehingga ke tempat menunggu bagaikan sedang berjalan di dalam taman warna warni. Berbunga-bunga hati saya. Saya rasa masa tu juga kalau diukur, kedalaman lesung pipit adalah yang paling dalam dalam sejarah hidup saya. Hehehe.

Jadi, kesimpulannya di sini. Betapa pentingnya kehadiran suami di dewan bersalin
Jangan biarkan isteri anda hadapi saat bersalin bersendirian. Isteri perlukan orang yang paling disayangi di sisi.Wajib jadi penenang kepada isteri. Waktu itu fikiran isteri tidak menentu.Bantu mana yang patut, urut tempat yang lenguh kerana berjam - jam menunggu.Bantu isteri berkomunikasi dengan nurse. Masa tu isteri tengah sakit, suami yang ada kat situ boleh tolong jawab dan tanya info mengenai keadaan isteri dan baby masa tu.Suami wajib jagakan aurat isteri. Bertegas jika perlu. Berlembut jika terpaksa.Ucapan terima kasih dan penghargaan yang spontan sejurus selepas kelahiran baby adalah amat penting. Isteri baru sahaja melalui satu keadaan yang getir dan amat menyakitkan demi kita. Jangan anggap mudah perkara nie.Semoga dengan penulisan ini dapat memberi sedikit idea mengenai apa yang berlaku di dalam dewan bersalin. Amat baik buat yang belum pernah atau akan melalui saat seperti ini

Buat yang tidak mampu untuk berada bersama isteri kerana tidak tahan dengan darah, janganlah bersedih. Ini adalah perkara yang di luar kawalan. Berilah sokongan serapat yang boleh

Buat suami yang tidak dapat bersama isteri kerana bekerja, bertabahlah. Ini ujian buat suami dan isteri. Diharap dengan penulisan ini juga dapat anda faham betapa sakitnya isteri dan betapa isteri memerlukan suaminya pada saat itu. Cubalah sebaik mungkin untuk berada bersama. Rancanglah sehabis baik. In Shaa Allah akan dipermudahkan segala urusan

Jika anda rasa penulisan ini bermanfaat, silakan SHARE

Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai kekeluargaan, hubungan suami isteri dan isu semasa

BroOhsem - 1251 patah perkataan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2018/11/sakitnya-tangan-kena-cengkam-rupanya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Terharu Suami Selamba Cuci Luka Bersalin Hingus Anak Dia Sedut Macam Makan Siput Sedut

Isteri Terharu Suami Selamba Cuci Luka Bersalin Hingus Anak Dia Sedut Macam Makan Siput Sedut

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 504 hits
PETALING JAYA Jarang kita dengar golongan suami yang sanggup menjaga isteri semasa dalam pantang Kebiasaannya isteri akan dipos ke kampung paling tidak pun ibu sendiri mahupun ibu mertua dibawa khas dari kampung untuk menjaga isteri dan ana...
Maut Selepas Empat Hari Bersalin Bila Disiasat Rupa Rupanya Suami Lakukan Sesuatu

Maut Selepas Empat Hari Bersalin Bila Disiasat Rupa Rupanya Suami Lakukan Sesuatu

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 899 hits
Maut Selepas Empat Hari Bersalin Bila Disiasat Rupa rupanya Suami Lakukan SESUATU Maut Selepas Empat Hari Bersalin Bila Disiasat Rupa rupanya Suami Lakukan SESUATU
Tengok Isteri Lemah Keluar Banyak Darah Masa Bersalin Kuatnya Kamu Suami Belum Tentu Mampu

Tengok Isteri Lemah Keluar Banyak Darah Masa Bersalin Kuatnya Kamu Suami Belum Tentu Mampu

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 517 hits
Pengalaman bersalin bagi setiap wanita lain lain Ada yang mudah ada yang perlu melalui sakit yang lama dan bagi sesetengah kes kena czer Ibaratnya kita tak boleh nak jangka kesakitannya cuma hanya perlu sentiasa bersedia dan mendapat sokong...
Peritnya Bersalin Indius 22 Jam Sakit Suami Pun Serik Lihat Isteri Meraung Menjerit Kesakitan

Peritnya Bersalin Indius 22 Jam Sakit Suami Pun Serik Lihat Isteri Meraung Menjerit Kesakitan

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 875 hits
Bersalin secara indius memang diketahui akan mengakibatkan kesakitan yang lebih berbanding kelahiran biasa Seperti yang dikongsikan ini di mana proses bersalin memakan masa selama 22 jam Proses indius dilakukan dengan dua cara yang berlaina...
Suami Isteri Meninggal Dunia Selang 2 Jam Kisah Sehidup Semati

Suami Isteri Meninggal Dunia Selang 2 Jam Kisah Sehidup Semati

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 446 hits
KLUANG Iman Masjid Jamek Simpang Renggam dan isterinya meninggal dunia dalam tempoh selang dua jam di rumah mereka di Kampung Simpang Renggam di sini awal pagi ini Pada mulanya Bera Madiran ditemui meninggal dunia oleh isterinya Maimunah Da...
Suami Isteri Sehidup Sem4ti Mereka Pergi Ketika Tidur

Suami Isteri Sehidup Sem4ti Mereka Pergi Ketika Tidur

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 670 hits
Suami isteri sehidup sem4ti mereka pergi ketika tidur Imam Masjid Jamek Simpang Renggam dekat Kluang dan isterinya mennggal dunia dalam tempoh selang dua jam di rumah mereka di Kampung Simpang Renggam Kluang awal pagi hari ini Pada mulanya ...
Wahai Isteri Cuba Pujuk Suami Anda Berhenti Merokok Dengan 8 Cara Yang Disarankan Doktor Ini

Wahai Isteri Cuba Pujuk Suami Anda Berhenti Merokok Dengan 8 Cara Yang Disarankan Doktor Ini

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 429 hits
Puas pujuk tetapi suami tetap tak berhenti merokok Yang kaum mak mak mesti makin risau bila dah ada anak kecil dalam rumah Jadi macam mana nak pujuk encik suami supaya berhenti merokok Ok tak susah sebenarnya tetap peranan isteri boleh bagi...
Suami Yang Sakitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya

Suami Yang Sakitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 671 hits
Suami Yang Sakitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat dalam Hidupnya Isteri adalah amanah Allah kepada suami begitu juga sebaliknya Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya dan disoal di akhirat kelak Mengikut Imam al Ghaz...
Bapa Ini Kongsi 9 Tips Suami Nak Teman Isteri Di Labour Room Jangan Lupa Buat 6 Perkara Ini

Bapa Ini Kongsi 9 Tips Suami Nak Teman Isteri Di Labour Room Jangan Lupa Buat 6 Perkara Ini

papar berkaitan - pada 1/12/2018 - jumlah : 659 hits
Kehadiran suami di dewan bersalin bukan sekadar memotong tali pusat anak sahaja Tip yang dikongsikan bapa ini boleh dijadikan panduan kepada bapa bapa lain Menghadapi saat kelahiran bayi memang ditunggu tunggu bagi mama papa Tapi bila memik...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner