Isteri Kuat Bebel Pekakkan Telinga Atau Cari Puncanya



Assalamualaikum wbt.
Wanita sememangnya terkenal dengan sifat yang suka membebel, tak kiralah yang bujang ke ataupun yang dah berumahtangga ke.. Mungkin ramai suami yang mengalami situasi seperti ini dan ada yang ambik pendekatan tersendiri.. Tapi adakah si suami membiarkan isterinya terus menerus membebel ataupun berusaha cari penyelesaian apakah punca dia membebel.. Sabar.. Sabar.. 
Tapi jaga-jaga, seandainya isteri tuan-tuan semua dah mula diam daripada membebel, tuan-tuan berada di paras kritikal, jadi selesaikanlah dengan cepat.. Tip ini akan bantu tuan-tuan semua untuk menangani situasi isteri yang suka membebel.

Bertenang dan cuba fahami - Apabila isteri membebel, suami kena bersabar dan tenangkan diri. Jangan meluahkan perasaan marah awak kerana ianya boleh menjadi punca pertelingkahan lebih besar.  Lebih baik tuan-tuan berdiam diri dulu dan bertenang. Salah satu punca isteri membebel kerana dia tertekan dengan keadaan sekeliling, tak kiralah sama ada dia merupakan seorang suri rumah mahupun ibu yang berkerjaya. Kadangkala bebelannya itu hanya sekadar untuk melepaskan tekanan dalam dirinya saja. Jadi bawak bertenang yea..

Jadi pendengar yang baik - Suami adalah orang yang paling rapat dengan isteri. Jadi tak salah jika tuan-tuan jadi pendengar yang baik untuk isteri. Sebagai contoh, tanyakan dia tentang perjalanan hariannya di rumah ataupun di pejabat. Seorang isteri pasti akan lebih tenang dan rasa suami cuba memahami dirinya apabila suami sanggup mendengar luahan hatinya. Mungkin dia ingin berkongsi tentang sikap anak-anak atau tentang masalah di pejabat. Sebagai suami isteri, sepatutnya kita kena saling mendengar permasalahan masing-masing. Jangan sampai salah seorang daripadanya mencari 'orang luar' sebagai tempat meluahkan perasaan. Ini boleh membuka ruang untuk berlakunya kecurangan dalam rumah tangga.. Jadi berhati-hatilah..

Fahami keadaan isteri - Penting untuk suami memahami dan peka dengan keadaan diri isteri. Kadangkala isteri membebel kerana dia penat. Sudah lah penat kerja di pejabat, balik rumah terkejar-kejar nak memasak dan menjaga anak-anak. Takde salahnya jika suami turut mengambil tugas bersama-sama, sebagai contoh, jika isteri sibuk masak di dapur, si suami tolong jaga dan uruskan anak-anak. Bila dah kurang penat, jadi kuranglah risiko untuk isteri membebel. Sama jugalah jika isteri seorang suri rumahtangga. Janganlah kita menyangka yang surirumah tak sibuk di rumah, memandangkan dia tak bekerja. Sebaliknya, lagi banyak 'kerja' yang perlu diuruskan di rumah sehinggakan diri sendiri tak sempat nak urus. Jadi tak salah jika tuan-tuan balik dari kerja, bantulah isteri apa yang patut seperti bancuhkan susu untuk anak atau masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Pertolongan yang kecil ini sebenarnya amat besar bagi si isteri. Bila hati isteri 'sejuk' jadi takdelah dia nak membebel lagi. Mungkin isteri akan melayan tuan-tuan dengan lebih lagi daripada biasa..

Tegur dengan berhemah - Orang perempuan sememangnya penuh dengan emosi dan mereka akan keluarkan kata-kata dengan penuh emosi dan perbuatan yang diluar jangkaan bila tidak lagi dapat menahannya. Namun ada masanya bebelan mereka akan menjadi keterlaluan. Hal yang remeh temeh pun boleh jadi bahan bebelan yang berpanjangan. Jika begitu, sikap ini perlu ditegur, tapi dengan cara yang berhemah. Elakkan marah-marah dengan isteri dan kalau boleh selitkan dengan nada gurauan. Pasti isteri tuan-tuan akan kembali tersenyum.. Yang paling penting, nak tegur isteri tue, biarlah hanya berdua saja dengan isteri tanpa ada anak-anak, dan bincanglah di dalam bilik tidur kerana di situlah kemesraan akan kembali terjalin.. 
Semoga ianya akan menjadi panduan kepada suami dan bakal suami.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.shikinrazali.com/2020/06/isteri-kuat-bebel-pekakkan-telinga-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cari Baju Simple Seluar Jenis Sarung Atau Pinggang Getah Cara Mudah Ajar Anak Pakai Baju Sendiri

Cari Baju Simple Seluar Jenis Sarung Atau Pinggang Getah Cara Mudah Ajar Anak Pakai Baju Sendiri

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 401 hits
Mengajar anak memakai baju sendiri bukan sekadar untuk mendidik si kecil berdikari tetapi ia mendatangkan kebaikan kepada diri anda sebagai ibu bapa juga Adakah anda ingin tahu caranya Kenapa perlu mengajar anak pakai baju sendiri Memberi p...
Pasangan Bukan Milik Kita Selamanya Tak Perlu Ada Toksik Beracun Kawal Suami Atau Isteri

Pasangan Bukan Milik Kita Selamanya Tak Perlu Ada Toksik Beracun Kawal Suami Atau Isteri

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 376 hits
Ya benar pasangan kita baik suami atau isteri bukan milik kita selamanya Mereka pinjaman Allah untuk kita jaga dan semai dengan penuh kasih bagi melengkapkan lagi hidup kita Hidup penuh berkasih sayang bukan mengawal setiap pergerakan pasan...
Hati Hati Tag Suami Atau Isteri Di Media Sosial Jangan Sampai Pasangan Terasa Hati

Hati Hati Tag Suami Atau Isteri Di Media Sosial Jangan Sampai Pasangan Terasa Hati

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 435 hits
Di sebalik kerancakan medium media sosial sekarang ada yang membuatkan hubungan suami isteri sedikit terjejas Ramai yang tak melihat perkara ini secara serius tetapi ia memang berlaku dalam masyarakat Fenomena tag suami tag isteri Perkongsi...
Yang Tengah Down Atau Sedih Boleh Baca Ebook Ini

Yang Tengah Down Atau Sedih Boleh Baca Ebook Ini

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 401 hits
Time PKP ni ramai yang terkesan dengan apa yang berlaku Kerja hilang duit makin kurang tak boleh bayar itu ini dan jika berlanjutan PKP tak
Jika Ph Kembali Berkuasa Anwar Atau Mahathir Sepatutnya Menjadi Pm

Jika Ph Kembali Berkuasa Anwar Atau Mahathir Sepatutnya Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 283 hits
Perlunya PH kembali menjadi kerajaan dalam waktu yang terdekat ini asas paling pentingnya ialah untuk mengembalikan semula mandat yang telah diberikan rakyat Oleh kerana yang menang pada PRU14 lalu adalah PH melalui penggunaan simbol PKR te...
Cara Membuat Crosscol Wrapper Untuk Navigasi Menu Atau Iklan Banner

Cara Membuat Crosscol Wrapper Untuk Navigasi Menu Atau Iklan Banner

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 385 hits
Header blog biasanya terdiri dari logo dan menu Jika ingin menambahkan satu menu lagi atau widget tambahan untuk memasang iklan banner di bawah manu kita bisa gunakan widget Crosscol Wrapper Widget ini bawaan Blogger Kita bisa gunakan untuk...
Bersepeda Di Malam Hari Berbahaya Mitos Atau Fakta

Bersepeda Di Malam Hari Berbahaya Mitos Atau Fakta

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 367 hits
Ya kita ketahui bersama bahwa aktivitas bersepeda di malam hari akan terasa seru dilakukan apalagi secara rombongan Bagi sebagian orang sengaja memilih waktu malam dikarenakan mereka baru lepas dari aktivitas pekerjaan rutin harian sehingga...
Ph Plus Segera Ambilalih Kerajaan Atau Lebih Banyak Pengkhianatan

Ph Plus Segera Ambilalih Kerajaan Atau Lebih Banyak Pengkhianatan

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 419 hits
Pimpinan Pakatan Harapan Plus digesa segera mencari persepakatan bagi mempercepatkan langkah mengambilalih kerajaan persekutuan atau menghadapi lebih banyak pengkhianatan dan tindakan keluar parti Seruan itu disuarakan oleh Exco Armada Bers...
Mana Penyokong Tun Sudah Tarik Diri Atau Bersembunyi

Mana Penyokong Tun Sudah Tarik Diri Atau Bersembunyi

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 405 hits
UMNO kini semakin sedar semakin boleh terima kenyataan bahawa yang membawanya masih relevan dalam politik Malaysia adalah Muhyiddin dan PAS Tetapi di depan penyokongnya pemimpin UMNO masih cuba lakon tunjuk kuasa Mana surat Zahid kepada Muh...
Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Umur Berkurang Setiap Masa

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang

Buffet Ramadan 2025 Laman Tradisi Di World Trade Centre Kuala Lumpur

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Wanita Berhati Angkasa Buku Motivasi Untuk Wanita Dan Inspirasi Untuk Suri Rumah