Mana Penyokong Tun Sudah Tarik Diri Atau Bersembunyi


UMNO kini semakin sedar semakin boleh terima kenyataan bahawa yang membawanya masih relevan dalam politik Malaysia adalah Muhyiddin dan PAS.
Tetapi di depan penyokongnya pemimpin UMNO masih cuba lakon tunjuk kuasa. Mana surat Zahid kepada Muhyiddin menggesa jawatan kepada Bung Mokhtar? sudah masuk longkang??
Dan untuk tunjukkuasa dan pengaruh Muhyiddin perlu pecat Tun dan Mukhriz. Apa beza Muhyiddin dan Najib/
Muhyiddin dipecat Najib untuk tunjuk kuasa dan hari ini Najib kena akur dengan Muhyiddin malah mungkin tahap merayu kalau perlu?
Orang yang kena pecat seperti Mukhriz apakah tidak punya masa depan? Cuma bezanya Mukhriz tidak akan tebuk atap untuk duduk di kerusi. Tidak akan jual demi melayu demi Islam untuk menghalalkan cara.Dia boleh lakukan di era Najib dan di era sekarang untuk mudah mudah jadi TPM atau menteri paling kanan.Prinsip dan nilai itu perlu dihargai.

Boleh di bawa sampai ke mati untuk tidak dipalitkan dengan penyamunan, skandal dan pintu belakang.


........

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-

• Kos menunaikan haji sekitar 500  hingga 600 Ringgit Malaya.

• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)

• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.

• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang

• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.

• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.

• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.

• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.

• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.

• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.

• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.

• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.

• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.

• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.

• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air

• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.

• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.

• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.

• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.

• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah. 
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam. 

• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.

• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.

• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.

• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.

• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.

• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.

• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.

• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.

# Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.  

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan

Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kluangmanexpress.blogspot.com/2020/06/mana-penyokong-tun-sudah-tarik-diri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Atau Dsai Pm Ke 9 Benarkah Ph Sedang Mengumpul Sokongan Mp Untuk Menjatuhkan Pn

Tun M Atau Dsai Pm Ke 9 Benarkah Ph Sedang Mengumpul Sokongan Mp Untuk Menjatuhkan Pn

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 296 hits
TINTAOk lah Dah alang alang ramai sangat yang masih dok kira jumlah MP masih ramai yang dok ulas mahukan Tun dan yang satu lagi ulas mahukan DSAI untuk jadi PM ke 9 Meh aku bagi sedikit pencerahan kronologi situasi semasa bagi mereka yang m...
Tidak Semestinya Ada Praya Umum Baharu Jika Umno Pas Tarik Diri Dedah Pakar Perlembagaan

Tidak Semestinya Ada Praya Umum Baharu Jika Umno Pas Tarik Diri Dedah Pakar Perlembagaan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 255 hits
Spekulasi sudah merebak yang Umno dan PAS mungkin menarik diri daripada Perikatan Nasional dan menyebabkan pilihan raya awal susulan kenyataan baru baru ini yang Muafakat Nasional bukan hanya bersedia untuk pilihan raya tetapi juga sanggup ...
Tun Harus Sedar Diri Kisah Meluat Pada Tun 1998 Kini Kembali Lagi

Tun Harus Sedar Diri Kisah Meluat Pada Tun 1998 Kini Kembali Lagi

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 274 hits
Mahathir PM 9 Cabaran Rakyat dan MuhyiddinAnti kepada Tun kini merentasi fahaman politik Umno tentunya lama dah benci Tun Ramai penyokong Keadilan mula meluat dengan Tun Penyokong Amanah pun ramai yang telah mula bersuara Di dalam FB dan pa...
Ulasan Akhbar Cina Fokus Pemilihan Calon Perdana Menteri Ph Plus Ph Calonkan Anwar Tun M Calonkan Diri Sendiri

Ulasan Akhbar Cina Fokus Pemilihan Calon Perdana Menteri Ph Plus Ph Calonkan Anwar Tun M Calonkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 348 hits
Rina Ariana Sumber Sin Chew Daily Tarikh 11 6 2020Diterjemahkan oleh Megat Hisemudin Megat Kasim Menurut berita yang diperolehi oleh Sin Chew Daily PH Plus dalam fokus pemilihan calon Perdana Menteri memperlihatkan yang PH telah mencalonkan...
Tun M Dakwa Individu Jual Diri Akan Hancurkan Negara Bersama Orang Melayu

Tun M Dakwa Individu Jual Diri Akan Hancurkan Negara Bersama Orang Melayu

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 282 hits
BANGI 24 Syawal 1441H Selasa Percayalah mereka yang sanggup menjual diri mereka yang terima cash is king mereka ini akan hancurkan negara bersama orang Melayu kata Tun Dr Mahathir Mohamad Merujuk kepada kerajaan Perikatan Nasional Ahli
Umno Bukan Talian Hayat Untuk Selamatkan Mana Mana Parti Atau Individu

Umno Bukan Talian Hayat Untuk Selamatkan Mana Mana Parti Atau Individu

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 288 hits
Pada 6 Mac 2019 Wan Saiful Wan Jan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu berkata bahawa gabungan Umno PAS tidak akan kekal Beliau berkata penyatuan Umno dan PAS juga tidak nampak keupayaannya untuk kekal kerana asas perjuangan yang tida...
Siapa Pm Ke 9 Rentasan 694 Panas Penyokong Anwar Dan Tun M Kembali Menyerang

Siapa Pm Ke 9 Rentasan 694 Panas Penyokong Anwar Dan Tun M Kembali Menyerang

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 375 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 6941 APA ADA PADA ANALOGI GALAH NIK AZIZ 2 WANITA KEADILAN IKRAR SETIA KEPADA ANWAR 3 UJIAN COVID 19 PALSU CARI DALANGNYA 4 KITA BUKAN TUHAN KATA MUJAHID
Lelaki Gantung Diri Lepas Jumpa Tunang Di Bangunan Sinsuran

Lelaki Gantung Diri Lepas Jumpa Tunang Di Bangunan Sinsuran

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 481 hits
Mayat mangsa diangkat oleh pasukan polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian Lelaki Bunuh Diri Di Bilik Sewa Bakal Tunang SEORANG lelaki yang menziarahi tunangnya ditemui mati dipercayai menggantung diri di tandas bilik sewa di ban...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities