SERIAN, SARAWAK - Polis berjaya menahan seorang lelaki yang juga anggota polis di depan sebuah pasar raya di Matang Jaya malam tadi, yang melarikan diri selepas menembak mati isterinya yang hamil dua bulan. Suspek berusia lewat 30-an yang juga Inspektor Polis, Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah Belaga itu ditahan jam 9.35 malam oleh sepasukan polis yang menjalankan operasi mengesan suspek. Polis turut merampas sepucuk pistol bersama peluru yang digunakan suspek dalam kejadian itu. Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Serian untuk siasatan lanjut. Dalam kejadian jam 3.15 petang semalam, mangsa, Siti Nadirah Abdullah, 33, ditemui mati ditembak suspek di rumah keluarga mangsa di Kampung Kakai, Serian. Siasatan awal mendapati, suspek memasuki bilik tidur mangsa dan melepaskan satu tembakan sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga.
Active Search Results Search Engine|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |