Perut Berat Bawa Anak Suami Jangan Tambah Beban Isteri Dengan Sikap Sambil Lewa


Wanita sekarang terlalu berdikari. Ketika mengandung pun boleh buat macam-macam perkara. Ketika seorang isteri hamil, anda hanya mampu melihat susah-payahnya dia membawa kandungan. Benar anda tidak mampu memindahkan kandungan itu kepada diri anda, tetapi beri penghargaan kepada isteri dengan menunjukkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepadanya.
Artikel Menarik: [Isteri Tak Ada Masalah Mengandung Banyak Kali, Tapi Suami Kenalah Sama-Sama Bertanggungjawab]
Bagi wanita hamil, biarpun sedikit bantuan atau ganjaran yang anda berikan kepada mereka, itu sudah mampu mengurangkan kepayahan membawa anak comel di dalam perut. Pernahkah anda mencuba beberapa perkara ini untuk menzahirkan rasa cinta anda kepada isteri yang sedang hamil. Ayuh, kita semak bersama-sama!
BANYAKKAN MEMBACA
Jangan malas. Banyakkan membaca maklumat tentang kehamilan dan sebagainya. Ketika mereka bercerita kepada anda tentang kandungan mereka, sekurang-kurangnya anda tahu apa yang perlu dibuat. Memberi tumpuan kepada cerita mereka dan ada solusi kepada permasalahan mereka akan menunjukkan bahawa anda sudah bersedia dengan tanggung jawab baharu menjadi seorang bapa.

Biarpun isteri anda bukannya hamil anak pertama, pastikan anda sentiasa bersedia dengan pelbagai pengetahuan tentang kehamilan sekiranya mereka berkongsi cerita dengan anda.
TEMANKAN SI DIA KE PEMERIKSAAN BERKALA
Ini menunjukkan anda peka dan sentiasa mahu terlibat dalam perjalanan kehamilannya. Apabila anda menemaninya ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan berkala, anda akan tahu dengan tahap kesihatan isteri dan anak dalam kandungan.
Pastikan anda sentiasa mengambil tahu dan banyakkan bertanya perihal yang tidak anda ketahui setiap kali berjumpa doktor. Jika anda ada ketika ujian imbasan dibuat, ia akan mewujudkan jalinan kasih sayang antara anda dan bayi dalam kandungan.
KURANGKAN TEKANAN ISTERI
Kehamilan sememangnya memberi tekanan baik dari segi fizikal atau emosi. Jangan bebankan isteri dengan masalah yang tidak perlu. Ambil tugas untuk membantunya membuat kerja rumah supaya isteri dapat berehat.
BANTU ISTERI TIDUR
Semakin besar kandungan, isteri akan mula merasa tidak selesa. Ketika isteri tidur dalam keadaan terlentang, berat kandungan akan memberi beban keada tulang belakang dan otot-ototnya yang membuatkan dia merasa sakit.
Artikel Menarik: [Layanan Suami Ketika Isteri Mengandung Penting Untuk Lahirkan Zuriat Soleh/Solehah]
Ada masanya, bayi aktif ketika waktu tidur ibu. Bantu isteri anda untuk tidur, dapatkan bantal khas buat ibu mengandung. Bantal ini direka untuk menyokong bahagian tertentu agar ibu dapat tidur dengan lebih lena. Memeluk isteri ketika dia sedang tidur juga dapat memberinya ketenangan.
BAWA-BAWALAH BERSABAR
Ketika isteri sedang mengandung, hormonnya tidak stabil. Anda akan berdepan dengan perubahan emosi serta tingkah laku yang sukar dijangka. Banyakkan bersabar dan fahami keadaan isteri anda.

Wanita hamil juga kerap ke tandas, terutamanya pada waktu tengah malam. Sebagai suami prihatin, berjagalah ketika dia ke tandas dan selalulah bertanyakan keadaannya.
BUAT KEJUTAN ISTIMEWA
Inilah yang paling isteri suka. Tidak perlu kejutan besar-besaran. Jika ia hanya melibatkan anda berdua sudah cukup. Tetapi jika ada rezeki lebih tidak salah untuk anda membuat kejutan yang lebih besar. Ajaklah keluarga dan teman-teman rapatnya untuk merancang kejutan untuk isteri anda. Bawa dia bercuti atau menganjurkan majlis khas untuk si dia sudah cukup untuk memberi impak kepada ibu hamil sekaligus memberi kesan positif terhadap kandungannya.
Suami adalah orang paling penting sepanjang proses mengandung. Isteri mengharapkan suami untuk sentiasa bersedia dan ada dengannya setiap masa. Jika tidak mampu untuk buat semua perkara di atas, sekurang-kurangnya ucapkan terima kasih kepada si isteri atas pengorbanannya itu.
The post Perut Berat Bawa Anak, Suami Jangan Tambah Beban Isteri Dengan Sikap Sambil Lewa appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/perut-berat-bawa-anak-suami-jangan-tambah-beban-isteri-dengan-sikap-sambil-lewa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isteri Bawa Anak Masuk Jumpa Doktor Suami Tunggu Dalam Kereta Main Phone

Isteri Bawa Anak Masuk Jumpa Doktor Suami Tunggu Dalam Kereta Main Phone

papar berkaitan - pada 25/7/2019 - jumlah : 592 hits
Perkahwinan adalah janji suami isteri untuk sama sama susah dan senang Begitu juga dalam membesarkan dan mendidik anak anak Perlu ingat tugas ini bukan hanya terletak pada isteri sepenuhnya tetapi suami kena juga ambil tahu dan melaksanakan...
Jangan Amalkan Suami Isteri Tidur Berasingan Disebabkan Anak Anak Ia Memberikan Kesan Buruk

Jangan Amalkan Suami Isteri Tidur Berasingan Disebabkan Anak Anak Ia Memberikan Kesan Buruk

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 404 hits
Sedar atau tidak sudah menjadi kebiasaan pada masa kini pasangan suami isteri terpaksa tidur berasingan disebabkan anak anak Pertamanya kerana ada anak kecil Untuk satu katil bersaiz queen atau king sekalipun memang agak sempit dan membahay...
Tragedi Tembakan Di El Paso Hanya Kerana Tidak Berkulit Putih Pasangan Suami Isteri Maut Berpelukan Lindungi Anak

Tragedi Tembakan Di El Paso Hanya Kerana Tidak Berkulit Putih Pasangan Suami Isteri Maut Berpelukan Lindungi Anak

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 657 hits
Bagi mereka yang mengikut perkembangan dunia sedang hangat di Amerika Syarikat sekarang ialah tragedi tembakan rambang di daerah El Paso Texas Amerika yang telah mengorbankan 22 orang awam Kejadian mengerikan ini katanya berlaku di pasaraya...
Biarlah Isteri Kita Nak Beli Apapun Reward Diri Sendiri Setelah Penat Bekerja Suami Jangan Marah

Biarlah Isteri Kita Nak Beli Apapun Reward Diri Sendiri Setelah Penat Bekerja Suami Jangan Marah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 546 hits
Kisah suami isteri ni banyak kisah suka dan duka Ada waktunya semua perkara yang dilakukan jadi makin intim usik sana sini gurau semuanya jadi bertambah indah Penat pun sama sama Baik isteri atau suami haruslah saling faham memahami kepenat...
Bawa Anak Liburan Ke Luar Negeri Cara Menggendong Suami Tasya Kamila Jadi Sorotan

Bawa Anak Liburan Ke Luar Negeri Cara Menggendong Suami Tasya Kamila Jadi Sorotan

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 486 hits
Tasya Kamila dan Randi Bachtiar sedang menikmati peran barunya sebagai orang tua Pasangan yang menikah pada 5 Agustus 2018 lalu itu telah dikaruniai anak pertama yang lahir pada 13 Mei 2019 lalu
Isteri Jangan Buat Semua Kerja Simpan Sikit Kerja Rumah Untuk Suami Selesaikan

Isteri Jangan Buat Semua Kerja Simpan Sikit Kerja Rumah Untuk Suami Selesaikan

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 502 hits
Duduk sembumbung tetapi masih ramai yang anggap kerja rumah ini hanya tugas seorang isteri semata mata Dia lah yang jaga anak anak dan dia lah yang kemas rumah dan cuci pinggan mangkuk bagai Allah memang penat kalau isteri seorang saja yang...
Anak Dan Isteri Sama Sama Kaki Tuntut Janji Ayah Jangan Berani Bagi Harapan Ya

Anak Dan Isteri Sama Sama Kaki Tuntut Janji Ayah Jangan Berani Bagi Harapan Ya

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 527 hits
Siapa yang tidak kenal dengan pelawak wanita berbakat Jihan Musa dan suaminya Ungku Hariz Kedua dua artis berbakat ini telah dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ungku Arsalan Haq yang dilahirkan dengar berat 3 85 kg pada bulan ...
Tolong Delete Jangan Malukan Suami Sendiri Please Isteri Kongsi Kisah Cinta

Tolong Delete Jangan Malukan Suami Sendiri Please Isteri Kongsi Kisah Cinta

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 754 hits
Isteri usahawan kosmetik senasi Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida ada mendedahkan kisah percintaannya bersama suaminya itu menerusi Instagram semalam Tolong Delete Jangan Malukan Suami Sendiri Please Isteri Kongsi Kisah Cinta
Suami Hebat Dia Tak Susahkan Isteri Boleh Jaga Anak Buat Kerja Rumah Dah Bagus

Suami Hebat Dia Tak Susahkan Isteri Boleh Jaga Anak Buat Kerja Rumah Dah Bagus

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 1026 hits
Berapa ramai bapa mithali zaman ini Kita lelaki dan perempuan tiada yang sempurna kecuali Junjungan Mulia Nabi SAW Tetapi berusahalah menjadi yang terbaik sebagai ibu dan bapa Zaman ini peranan bapa sudah berubah sudah tidak seperti dahulu ...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik