Isteri Dalam Pantang Tak Minta Lebih Pun Cukup Suami Bantu Apa Yang Patut Urus Anak Dah Ok


Fahamilah emosi, hati isteri berpantang ni umpama tisu. Waktu ini apa sahaja yang buatkannya rasa sedih, tertekan kesannya sangat teruk. Dalam tempoh ini wanita berpantang kena berada dalam keadaan tenang dan gembira.
Penting buat suami untuk sentiasa memberi sokongan, membantu apa yang patut dan menjaga perasaan isteri. Ibaratnya jiwa wanita berpantang ni sangat sensitif.
Apa salahnya sama-sama bantu jaga anak, sedia makanan berpantang, uruskan kerja rumah atau apa yang patut bagi elakkan isteri rasa tertekan. Tak sempurna tak apa asalkan ada kesungguhan nak buat.
Perkongsian dari Azlan Noor apa yang suami boleh buat bila isteri berpantang perlu difahami dan bukanlah biar isteri uruskan semua atas alasan tak pandai.
Cerita perjalanan isteri mengandung ni tak habis pada bab melahirkan baby je sebenarnya. Ketahuilah, dalam tempoh berpantang itu lah si isteri dambakan sokongan daripada suami.
Satu malam tu, “Papa..Papa..Baby berak ni. Jom tolong mama basuh jap.”
Tiba-tiba surihati datang kejut saya sambil dukung baby. Saya tanya pukul berapa sekarang ni. Pukul tiga pagi katanya.
Saya bingkas bangun dan terus ke dapur. Air suam untuk basuh berak surihati saya dah sediakan. Tinggal nak basuh je. Saya pangku baby di tangan kanan, sambil tangan kiri stand by nak gosok najis. Sambil surihati tuang air, sambil gosok. Saya sempat curi tengok muka dia. Dah macam hape dah.
Esoknya saya tanya berapa kali baby bangun malam tadi. Empat kali termasuk berak semalam. Patut la muka lesu dan serabai macam Hantu Kak Limah.
Masa tu saya terfikir, rupanya inilah yang saya terlepas pandang sebelum ni. Orang perempuan, derita mengandung dan sakit bersalin belum reda, nak kena jaga anak baru lahir masa dalam pantang pulak.
Dulu tak fikir sangat pasal ni. Saya anggap berpantang ni biasa-biasa je. Semua perempuan bersalin kena lalui.
Rupa-rupanya tak!
Apabila makin banyak cerita ibu meroyan, bunuh anak sendiri dan bunuh diri akibat stress dan depresi semasa berpantang, saya sedar suami lah yang kena bagi support paling kuat kepada isteri.
Sebab bila suami tak memahami dan tak membantu, dengan luka kat bawah yang tak baik lagi, tenaga hilang masa bersalin yang belum berganti, anak baru lahir pulak meragam, isteri mudah tertekan dan mental mudah koyak.
Tak susah sebenarnya nak bagi sokongan. Sekecil-kecil ‘moral support’ pun isteri rasa besar.
Macam baby saya yang baru lahir tu doktor check ada demam kuning. Dah kena tahan wad. Malam ondaway pergi hospital tu, masa berhenti kat trafic light, saya tengok surihati pandang keluar. Jauh sekali pandangannya. Saya tahu dia risaukan baby kami tu.
Saya tak cakap apa apa, saya pegang tangan kanan dia dengan tangan kiri. Tak semena-mena saya nampak air mata mengalir kat pipi dia. Allah..Terus tersebut dalam hati,
“Ya Tuhan, selamatkan lah anak kami. Tenangkanlah hati aku dan isteri. Permudahkanlah urusan kami.
Saya genggam erat tangan dia sampailah ke hospital.
Sekurang-kurangnya, dia tahu saya pun turut sedih. Paling penting, dia tahu saya ada bersamanya, walau apa yang terjadi.
Suami jangan ambil mudah bab isteri berpantang. Rendahkan ego dan ringankan tulang untuk bantu isteri.
Jaga isteri masa berpantang kalau rasa nak isteri cepat sihat dan kembali seperti sedia kala. Rebuskan air herba, sediakan air mandian, ambil baju, bra dan spender. Sapukan krim barut kat perut dan ikat bengkung isteri. Carikan tukang urut untuk betulkan peranakan isteri. Tak lupa, sediakan masakkan makanan isteri berpantang. Jangan main bedal. Jaga anak yang baru lahir. Siap siaga untuk bangun malam buatkan susu, basuhkan berak. Mandikan dan dodoikan mereka pun kena pandai juga. Kalau anak tak sihat, suami kena kuat fizikal mental untuk ulang alik hospital.
Penat memang penat. Tapi itulah tanggungjawab kita sebagai suami dan ayah.
Kalau tak tahu, kena cari ilmu. Kena belajar. Tak boleh lepas tangan. Jangan beri alasan.
Masa isteri berpantang ni, nak buat benda lain tu boleh. Tapi fokus kau mesti dekat isteri dan anak yang baru lahir.
Sebab,
Masa inilah kau nak tunjukkan kasih, sayang dan cinta kepada anak dan isteri kau.
Masa inilah kau nak tunjukkan kau ni bertanggungjawab terhadap amanah yang kau setuju nak pikul masa lafaz akad.
Masa ini lah kau nak buktikan kau bukan sekadar jantan yang hanya tahu tanam benih tak tahu jaga, tapi,
Kaulah lelaki dari syurga yang dihantar Tuhan sebagai pelindung isteri dan anak-anak.
Sumber: Azlan Noor
The post Isteri Dalam Pantang, Tak Minta Lebih Pun. Cukup Suami Bantu Apa Yang Patut, Urus Anak Dah Ok appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/isteri-dalam-pantang-tak-minta-lebih-pun-cukup-suami-bantu-apa-yang-patut-urus-anak-dah-ok/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Isteri Sebak Terima Ijazah Anak Yang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

Suami Isteri Sebak Terima Ijazah Anak Yang Meninggal Dunia Akibat Kanser Darah

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 504 hits
KAMARIAH KHALIDI 12 November 2018 6 04 PM KUALA NERUS Hanya linangan air mata dapat dizahirkan sepasang suami isteri sebaik menerima ijazah milik anak perempuan mer
Sharnaaz Lebih Banyak Video Call Dengan Anak Daripada Isteri

Sharnaaz Lebih Banyak Video Call Dengan Anak Daripada Isteri

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 876 hits
Pelakon Sharnaaz Ahmad mengakui teruja melalui kehidupan baharu bergelar seorang bapa sejak Ogos lalu Menurut aktor kelahiran Pulau Pinang itu dia kini memang langsung tidak boleh berenggang dengan anaknya Jebat Jayden Ahmad yang dilahirkan...
Jangan Berkira Dengan Anak Isteri Insyaallah Gaji Cukup Sampai Hujung Bulan

Jangan Berkira Dengan Anak Isteri Insyaallah Gaji Cukup Sampai Hujung Bulan

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 848 hits
Jangan berkira dengan anak isteri insyaAllah gaji cukup sampai hujung bulanHidup ini tidak selamanya kita di atas Kadangkala Tuhan datangkan dugaan kepada kita untuk kita berfikir sejenak mengenai hubungan kita dengan orang di sekeliling ki...
Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu

Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 575 hits
Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu Ambil tahu dulu aturan nafkah kelak andai berlaku selisih faham bab duit yang tak mengalir pada mak ayah anda ada jawapan yang kukuh Ini bukan nak ajar jadi ana...
Menurut Kajian Isteri Gemuk Membuat Suami Lebih Bahagia 10 Kali Ganda

Menurut Kajian Isteri Gemuk Membuat Suami Lebih Bahagia 10 Kali Ganda

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 384 hits
Sebuah penelitian di Universitas Meksiko membuktikan pria dengan istri gemuk jauh lebih bahagia 10 kali lipat dibanding lelaki dengan istri kurus Iko Uwais sudah membuktikannya bagaimana dengan suami Anda Masih ingatkah Anda bagaimana Iko U...
Dah Ada Anak Dating Suami Isteri Tetap Penting Waktu Ni Sama Sama Boleh Luah Dan Faham

Dah Ada Anak Dating Suami Isteri Tetap Penting Waktu Ni Sama Sama Boleh Luah Dan Faham

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 345 hits
Nampak macam biasakan tapi inilah yang boleh mengukuhkan hubungan suami isteri walaupun dah ada anak ramai Ketahuilah siapa tak dating suami isteri memang rugi besar Mana tidaknya kalau sibuk dengan alam kerjaya balik rumah dengan anak lagi...
Sekatan Bank Terhadap Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Kepada Bekas Isteri Dan Anak

Sekatan Bank Terhadap Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Kepada Bekas Isteri Dan Anak

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 466 hits
Sekatan bank terhadap bekas suami culas bayar nafkah kepada bekas isteri dan anakKerajaan sedang mempertimbangkan tindakan lebih tegas termasuk cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang didapati culas dalam memberi nafkah k...
Tragedi Di Dapur Rumah Cebisan Jari Bertaburan Isteri Mati Ditetak Suami Gila

Tragedi Di Dapur Rumah Cebisan Jari Bertaburan Isteri Mati Ditetak Suami Gila

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 528 hits
Ngeri bayangkan tidak cukup dengan kesan tetakan di muka kiri di atas dan belakang kepala selain pergelangan tangan kanan hampir putus cebisan tiga jari kanan yang putus turut ditemui di dapur rumah Tragedi Di Dapur Rumah Cebisan Jari Berta...
Patutla Peminat Bising Tauke Jambu Muatnaik Video Anak Melekap Di Dada Isteri

Patutla Peminat Bising Tauke Jambu Muatnaik Video Anak Melekap Di Dada Isteri

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 1263 hits
Patutla Peminat Bising Tauke Jambu Muatnaik Video Anak Melekap Di Dada Isteri PELAWAK Tauke Jambu bersyukur apabila isterinya Nadia selamat melahirkan cahaya mata perempuan di Hospital Serdang pada 8 28 malam Jumaat Tauke atau nama sebenarn...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game