Jangan Berkira Dengan Anak Isteri Insyaallah Gaji Cukup Sampai Hujung Bulan


Jangan berkira dengan anak, isteri, insyaAllah gaji cukup sampai hujung bulan


Hidup ini tidak selamanya kita di atas. Kadangkala Tuhan datangkan dugaan kepada kita untuk kita berfikir sejenak mengenai hubungan kita dengan orang di sekeliling kita dan juga hubungan kita denganNYA. 
Lumrah kehidupan kini, kos hidup mengatasi segala-galanya membuatkan suami dan isteri sama-sama mencari rezeki. Tetapi, perkongsian dari pemuda ini membuatkan kita kagum dengan rencana yang telah diaturkan kepadanya

Pada mulanya, dia dan isteri masing-masing bekerjaya, tetapi kerana faktor anak, isterinya terpaksa berhenti kerja. Dugaan tidak terhenti di situ saja, kemudian dia pula diberhentikan kerja. Tetapi dia percaya, ada rezeki apabila berbuat baik pada isteri dan anak-anak

"Nak berhenti kerja ke tak?"
Ini berlaku pada saya dan isteri. Saya ada cakap pada isteri, nanti anak dah masuk sekolah rendah, darjah satu, berhentilah kerja,jaga anak-anak, besarkan anak-anak, ajar dia kerja-kerja sekolah. Saya tak nak pagi-pagi dia tunggu van depan rumah seorang-seorang. Umur baru tujuh tahun, takut jadi apa-apa. Saya juga tak nak pengasuh ambil alih tugas kami untuk mendidik anak-anak

Saya berdoa semoga niat untuk menjadikan isteri surirumah sepenuh masa itu termakbul dan saya minta Allah cukupkan rezeki saya untuk menanggung isteri dan anak-anak

Memang dah set sebelum kahwin lagi pun yang saya nak kerja betul-betul, cari duit, ubah hidup saya supaya saya boleh 'letak isteri di rumah'. Planning untuk 3, 4 tahun akan datang

Pastu isteri tanya, "Nanti cukup ke?"
"Insyaallah cukup, kalau tak cukup pun, kita buat bagi cukup," saya kata. 
Nak dijadikan cerita, pengasuh saya mengandung. Setelah hampir 10 tahun dia tunggu, dia mengandung anak yang ketiga, insyaAllah gembira untuk dia, kurang gembira untuk saya dan isteri. Siapa yang akan jaga anak saya yang tiga orang itu selepas ini? Budak-budak dah besar tiga tahun, empat tahun, dah kenal orang ini, mana mahu tukar orang baru. Then pattern shif pula. Dua orang jaga siang, satu orang jaga malam sebab yang kecil itu masih breastfeed ikut jadual isteri

Hmm tak apalah, saya cakap pada isteri, "tanya pengasuh, dia nak jaga sampai bila,". Dia kata, dia jaga setakat mana yang dia larat. So, mungkin sampai dia saratlah kot, lagi empat, lima bulan. Sempat agaknya untuk saya bersedia

Tetapi, kasihan pengasuh itu, bukan rezeki dia, dia keguguran dan nak kena pantang. Dia cakap tak dapat jaga anak lagi dah. Jadi, immediately isteri saya ambil semua cuti yang dia ada. Annual leave, unpaid leave, MC sampai habis sehinggalah bos tempat kerja call tanya,”Nak datang kerja atau tak?"
Fikir  punya fikir, wife ada hutang dia, saya ada hutang saya. Dua-dua hutang banyak lagi. Kereta seorang sebuah, PTPTN lagi, duit rumah lagi, anak-anak akan hantar ke tadika lagi. Dua pendapatan, akan jadi satu. Macam mana nak hidup? Tak cukup saving pun tak banyak, cukup-cukup sahaja. Wife terpaksa juga berenti dan saya kerja seorang

Baru tengah sesuaikan diri, kami diuji lagi. Selepas enam bulan wife berhenti kerja, saya pula diberhentikan kerja disebabkan kilang yang saya kerja itu nak kurangkan pekerja. Sektor oil and gas ramai yang diberhentikan dan dapat gaji tiga bulan

Saya dah pening. Wife tak kerja, saya pun bakal tak kerja. Dalam satu hari, beratus-ratus saya apply dalam jobstreet, linkedin, contact semua member-member, contact bos-bos lama. Bos-bos lama semua bagi respon yang positif, nak saya kembali bekerja dengan diorang. Respon dari application saya pun menggalakkan dan banyak company call panggil interview

Semua saya pergi dan saya tengok, mana yang boleh bagi gaji yang lebih kurang dengan gaji saya sekarang ini. Nak dapat gaji rendah sangat, komitmen banyak. Saya pun terimalah tawaran bekerja di satu kilang ini, gaji kurang RM300 dari gaji lama, jauh pulak dari rumah. Baru masuk dua hari, bos lama berbangsa Cina telefon, bagi gaji lebih RM 1,000 dari gaji sekarang

Allahu lebih RM 1,000. Rupanya, Allah tarik sesuatu untuk nak bagi sesuatu. Sekarang, gaji ada lebih RM1,000 plus tiga bulan duit pampasan

Alhamdulillah, kini dah setahun pun kerja seorang, masih cukup. Sangat-sangat ajaib sebab "duit cukup" walhal dua pendapatan jadi satu kot. Hutang masih sama. Hidup disesuaikan dengan pendapatan yang ada. Kalau dulu, bila-bila masa boleh pergi bercuti, sekarang ini, kena planning, kumpul duit berbulan-bulan baru boleh pergi. Beli barang keperluan pulak, dulu ambil saja apa nak ambil, masuk troli, sekarang kena buat list apa yang tak ada, beli cuma benda yang tak ada saja

Banyak perubahan untuk menyesuaikan perbelanjaan dengan pendapatan seorang diri ni, dah tak mewah macam dulu dah. Hidup biasa-biasa sahaja

Tapi alhamdulillah, masih mencukupi sehingga ke hari ni. Nasihat saya, cuba sedaya upaya untuk penuhi hak-hak isteri, hak-hak anak-anak, jangan berkira dengan diorang then insyaAllah, selebihnya gaji kita itu cukup sampai hujung bulan. Allah yang cukupkan. Kalau isteri kirim suruh beli apa-apa, saya jarang sekali nak kata tak boleh, mesti beli. Sama juga bila anak-anak teringin nak apa-apa, mesti tunaikan juga

Dan hubungan dengan Pemberi Rezeki itu pun kenalah jaga elok-elok. Semua yang kita dapat ini, datang dari-Nya. Dia yang memberi. Kalau kita "tak baik" dengan DIA, macam mana DIA nak "baik" dengan kita

Kepada isteri-isteri di luar sana, doa dari kalian yang seorang suami perlukan bagi mencapai impiannya untuk meletakkan kalian di tempat yang sebaiknya untuk kalian

Sumber: Firdaus Shakirin, Pakar diari hati

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceberita.blogspot.com/2018/11/jangan-berkira-dengan-anak-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Berkira Bercuti Masa Anak Kecil Macam Macam Ragam Kenangan Ni Akan Di Ingat Selalu

Jangan Berkira Bercuti Masa Anak Kecil Macam Macam Ragam Kenangan Ni Akan Di Ingat Selalu

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 657 hits
Biasanya alasan yang selalu diberikan bila nak bawa anak kecil bercuti susah nak urus Lagi lagi dengan macam macam ragam Kalau nak diikutkan rugi sangat berkira bercuti dengan anak atas sebab leceh melayan kerenah dia orang Ini kerana kita ...
Isteri Dalam Pantang Tak Minta Lebih Pun Cukup Suami Bantu Apa Yang Patut Urus Anak Dah Ok

Isteri Dalam Pantang Tak Minta Lebih Pun Cukup Suami Bantu Apa Yang Patut Urus Anak Dah Ok

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 532 hits
Fahamilah emosi hati isteri berpantang ni umpama tisu Waktu ini apa sahaja yang buatkannya rasa sedih tertekan kesannya sangat teruk Dalam tempoh ini wanita berpantang kena berada dalam keadaan tenang dan gembira Penting buat suami untuk se...
Nak Murah Rezeki Jangan Kedekut Dan Berkira Dengan Anak

Nak Murah Rezeki Jangan Kedekut Dan Berkira Dengan Anak

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 4138 hits
Nak murah rezeki Jangan Kedekut Dan Berkira Dengan Anak Tips lapang rezeki dengan rezeki anak anak 1 Selalulah belanja anak anak makan Kita kerja susah payah pun sebab nak bagi anak anak kita dapat makan sedap sedap macam orang lain 2 Minta...
Jangan Berkira Sangat Dengan Anak Rezeki Kita Makin Murah Mama Papa Take Note

Jangan Berkira Sangat Dengan Anak Rezeki Kita Makin Murah Mama Papa Take Note

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 678 hits
Bila kita nak belikan sesuatu buat anak kita selalu fikir berkali kali sedangkan bila kita nak belikan telefon mahal atau tudung sekalipun kita beli tanpa banyak fikir Jangan berkira sangat dengan anak anak amanah Allah pada kita Hakikatnya...
Isteri Nasihat Aliff Jangan Datang Konsert Gegarvaganza

Isteri Nasihat Aliff Jangan Datang Konsert Gegarvaganza

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 409 hits
Datin Seri Nur Shahida Mohd RashidKUALA LUMPUR Isteri Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menasihatkan suaminya supaya tidak menghadiri konsert Gegar Vaganza pada minggu minggu akan datang Kecewa deng...
Nafkah Yang Sepatutnya Suami Bagi Setiap Bulan Kalau Isteri Tak Halalkan Suami Berdosa Besar

Nafkah Yang Sepatutnya Suami Bagi Setiap Bulan Kalau Isteri Tak Halalkan Suami Berdosa Besar

papar berkaitan - pada 15/11/2018 - jumlah : 955 hits
TURUTAN NAFKAH SUAMI1 Dalam pemberian nafkah seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak anak dari orang lain Turutan nafkah adalah seperti berikut a Diri sendirib Isteric Anakd Bapae Ibuf Cucug Datukh Saudarai Ahli ahli keluarga b...
Fateh Tak Mahu Tidur Malam Corrie Dan Isteri Bergilir Jaga Seronok Tengok Keletah Anak

Fateh Tak Mahu Tidur Malam Corrie Dan Isteri Bergilir Jaga Seronok Tengok Keletah Anak

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 379 hits
Pelakon Adam Corrie 50 akui seronok melihat keletah anaknya Adam Fateh Lee yang kini berusia empat bulan Kata Corrie Fateh membesar dengan sihat dan kini sedang dalam fasa untuk belajar ketawa Alhamdulillah Fateh sihat dan semakin tembam Cu...
Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu

Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 575 hits
Jangan Suka Suka Nak Tuduh Isteri Tak Bagi Suami Bantu Mak Ayahnya Baca Ni Dulu Ambil tahu dulu aturan nafkah kelak andai berlaku selisih faham bab duit yang tak mengalir pada mak ayah anda ada jawapan yang kukuh Ini bukan nak ajar jadi ana...
Sekatan Bank Terhadap Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Kepada Bekas Isteri Dan Anak

Sekatan Bank Terhadap Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Kepada Bekas Isteri Dan Anak

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 465 hits
Sekatan bank terhadap bekas suami culas bayar nafkah kepada bekas isteri dan anakKerajaan sedang mempertimbangkan tindakan lebih tegas termasuk cadangan mengenakan sekatan bank terhadap bekas suami yang didapati culas dalam memberi nafkah k...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik