Israel Dengan Jari Tengahnya


 

Israel tidak hirau, tidak peduli, tidak patuh resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata di Gaza serta-merta. Kata menteri luar Israel yang namanya sama dengan nama negaranya – Israel Katz negaranya tidak akan turuti resolusi Majlis Keselamatan itu.
“Negara Israel tidak akan lakukan gencatan senjata. Kami akan musnahkan Hamas dan akan terus lawan sehingga tebusan terakhir pulang ke tanah air,” Katz berkata dipetik CNN. Sememangnya memerangi Hamas digunakan sebagai alasan melakukan genosid ke atas rakyat Palestin. Hamas dan tebusan seolah-olah menghalalkan kekejaman.
Erti kenyataan Katz ialah keganasan dan kekejaman Israel di Gaza akan diteruskan tanpa rasa bersalah. Bagi Israel resolusi Majlis Keselamatan PBB tempoh hari tidak “mengikat” atau “non binding”.
Resolusi itu diluluskan Isnin 25 Mac apabila 14 daripada 15 anggota majlis mengundi menyokong. Amerika Syarikat berkecuali atau “abstain”. Langkah itu memeranjatkan dan menimbulkan kemarahan Israel.
Amerika berkecuali bermakna ia tidak membantah walaupun tidak menyokong resolusi. Lantas AS dilihat “mengizinkan” resolusi itu diluluskan. Kali ini AS tidak menggunakan kuasa vetonya untuk menghalang resolusi diluluskan. Tidak seperti lazim. Ini sememangnya di luar dugaan Israel yang yakin sekutunya akan menggunakan kuasa veto seperti biasa.
Bagaimanapun, selepas resolusi itu diluluskan pegawai AS “bersusah-payah” atau menurut CNN “went to great lengths to say the resolution isn’t binding”. Senada dengan Israel resolusi itu tidak mengikat. Ertinya tidak ada kuasa menuntut, mendesak apa lagi memaksa Israel mematuhinya.
Sebelum ini sering diuar-uarkan menerusi laporan agensi berita antarabangsa apa-apa resolusi Majlis Keselamatan adalah “binding’ kerana ia disifatkan suatu perundangan antarabangsa berbeza dengan resolusi perhimpunan PBB atau “UN general assembly” yang merupakan moral “obligation” terhadap sesuatu isu yang tidak mengikat.
Oleh itu, bagaimana pula resolusi Majlis Keselamatan PBB kali ini dianggap Israel dan AS sebagai tidak mengikat? Benar kedua-duanya mempertikai perkataan digunakan dalam draf resolusi itu dan dalam merangka dokumen PBB “words are everything”. Tidak perlulah saya huraikan setiap perkataan resolusi itu. Cuma ingin menyatakan tindakan menolak bulat-bulat tuntutan resolusi diluluskan 14 anggota majlis adalah sesuatu yang angkuh dan bongkak serta tidak menghormati suara majorti. Malah suara masyarakat antarabangsa.
Perlu dinyatakan juga setelah menyifatkan resolusi itu tidak “binding” AS akur pula bahawa “perincian teknikal terserah kepada peguam antarabangsa menentukan”. Tidak ada penjelasan lanjut diberi. Bagi saya AS mahu jaga hati kawan baiknya Israel dan pada masa sama tidak pula mahu dilihat sebagai bertentangan dengan suara antarabangsa.
Menurut Hamas, “Israel is ‘losing’ political cover and protection even in the Security Council and the US is unable to impose its will on the international community”. Ini saya petik laporan Al Jazeera semalam.
Kata Antonio Guterres setiausaha agung PBB resolusi mengenai Gaza adalah sesuatu yang sudah lama ditunggu. Sedikit latar belakang. Resolusi diusul oleh 10 anggota bukan tetap Majlis Keselamatan dan menuntut atau “demand” gencatan senjata “serta-merta dalam bulan Ramadan ini, membebaskan semua tebusan tanpa syarat dan meluaskan pengaliran bantuan masuk ke Gaza dengan cepat”.
Kata Guterres kegagalan melaksanakan resolusi itu adalah sesuatu yang “tidak boleh dimaafkan”. Sesungguhnya betul kata beliau. Namun persoalannya apa yang PBB akan atau boleh lakukan ke atas Israel khususnya, yang dengan lantang menolak resolusi berkenaan dan berkeras tidak akan patuh tuntutan gencatan senjata.
Jika resolusi itu benar-benar mengikat adakah PBB terutama Majlis Keselamatan boleh memaksa Israel mematuhi tuntutannya? Jika ia bagaimana? Mungkinkah PBB menerusi “general assembly” memutuskan tekanan ekonomi dikenakan ke atas Israel? Seperti “sanction” dikenakan ke atas Iran? Dan memutuskan untuk menubuhkan pasukan tentera pengaman disertai negara anggota PBB? Untuk dihantar ke Gaza bagi memastikan gencatan senjata terjadi dan tuntutan lain yang terkandung dalam resolusi dipatuhi. Bolehkah itu dilaksanakan PBB? Atau mungkin ada cara lain? Jika ada apa?
Yang wajib ialah sesuatu mesti dilakukan segera supaya resolusi Majlis Keselamatan Isnin lalu dihormati dan lebih penting dituruti. Jika tidak Israel akan lakukan apa yang mereka lakukan sejak 7 Okt lalu (meskipun mengikut sejarah kekejaman Israel sudah berlaku sejak Nakba 1948 lagi).
Semasa artikel ini ditulis, tentera Israel terus menyerang, membedil kawasan penginapan, penempatan pelarian, hospital, membunuh dan mencederakan ribuan rakyat Palestin sama ada lelaki, wanita, tua, muda dan kanak-kanak. Dan kita tahu ribuan kanak-kanak kini kebuluran akibat kemasukan bantuan makanan terhalang.
PBB mesti membuktikan ia bukan harimau tidak bertaring. Arahannya mesti dipatuhi walaupun sedar AS ada kuasa veto yang akan digunakan untuk menolong Israel. Sehingga kini “Israel is making a mockery of the Security Council resolution”.
Saya akhiri penulisan kali ini dengan menghurai sedikt tajuk artikel ini. Yang ingin saya katakan ialah Israel sedang tunjuk jari tengahnya kepada dunia. Takkan tidak ada apa yang dunia boleh lakukan? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/03/israel-dengan-jari-tengahnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alhamdulillah Pbb Lulus Usul Gencatan Senjata Dalam Perang Gaza Israel

Alhamdulillah Pbb Lulus Usul Gencatan Senjata Dalam Perang Gaza Israel

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 158 hits
Amerika yang sering membela Israel dan memveto segala keputusan PBB kali ini tidak bertindak begitu Saya melihat ini sebagai salah satu usaha PMX Anwar Ibrahim yang secara berterusan dengan lantang dan lancar bercakap kepada pemimpin dunia ...
Padu Terbukti X Padu Fadhli Shaari Barua Israel

Padu Terbukti X Padu Fadhli Shaari Barua Israel

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 247 hits
Rakyat semakin terbukti tidak percayakan PADUKUALA LUMPUR Ketidakyakinan rakyat terhadap sistem Pangkalan Data Utama dibuktikan dengan keputusan kerajaan negeri Sarawak terkini mengeluarkan arahan kepada agensi agensinya untuk tidak mengelu...
Aksi Boikot Makin Gencar Perusahaan Asing Terafiliasi Konflik Israel Terdampak Signifikan

Aksi Boikot Makin Gencar Perusahaan Asing Terafiliasi Konflik Israel Terdampak Signifikan

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 229 hits
Aksi boikot berimbas pada anjloknya bisnis beberapa perusahaan multinasional di Asia Tenggara
Rasuah 12 Juta Biasa Bapa Borek Kontena Israel Lepas

Rasuah 12 Juta Biasa Bapa Borek Kontena Israel Lepas

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 238 hits
Foto hiasan 15 penjawat awam ditahan terima rasuah lebih RM2 juta daripada penyeludupPUTRAJAYA Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menahan 15 penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah lebih RM2 juta daripada sindiket penyeludupan temb...
Lelaki Warga Israel Ditahan Di Ampang 6 Senjata Api Dan 200 Peluru Dirampas

Lelaki Warga Israel Ditahan Di Ampang 6 Senjata Api Dan 200 Peluru Dirampas

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 167 hits
hmetro com myRAZARUDIN gambar fail FOTO NSTPKuala Lumpur Seorang lelaki warga Israel ditahan bersama enam senjata api serta kira kira 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini pada 27 Mac lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin H...
Polis Tingkat Keselamatan Agong Pm Ekoran Penahanan Lelaki Disyaki Ejen Perisikan Israel

Polis Tingkat Keselamatan Agong Pm Ekoran Penahanan Lelaki Disyaki Ejen Perisikan Israel

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 184 hits
Nurul Hidayah Bahaudinnurul hidayah hmetro com myKuala Lumpur Polis Diraja Malaysia akan meningkatkan kawalan keselamatan di seluruh negara termasuk terhadap golongan kenamaan Ia susulan tangkapan seorang lelaki warga Israel bersama enam se...
Bekal Senjata Api Kepada Lelaki Israel Polis Berkas Suami Isteri

Bekal Senjata Api Kepada Lelaki Israel Polis Berkas Suami Isteri

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 233 hits
Polis Diraja Malaysia dilapor telah memberkas pasangan suami isteri yang disyaki menjadi pembekal senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan di Jalan Ampang pada Rabu Menurut Sinar Harian pasangan itu yang masing masing berusia 42 ...
Hiburan Kuala Selangor Didakwa Bekal Senjata Untuk Lelaki Israel Pasangan Suami Isteri Berumur 40 An Direman 7 Hari

Hiburan Kuala Selangor Didakwa Bekal Senjata Untuk Lelaki Israel Pasangan Suami Isteri Berumur 40 An Direman 7 Hari

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 234 hits
Bermula pada hari ini pasangan suami isteri warga tempatan yang berada di Kuala Selangor yang didakwa bekalkan senjata untuk lelaki Israel direman Pasangan suami isteri umur 40 an Difahamkan dari laporan suspek kedua duanya berumur dalam li...
Suami Isteri Jual Senjata Dibeli Di Thailand Kepada Warga Israel

Suami Isteri Jual Senjata Dibeli Di Thailand Kepada Warga Israel

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 262 hits
freemalaysiatoday com 30 Mar 2024 12 44 PMSumber berkata pasangan warga tempatan itu membuat pengakuan berkenaan ketika disoal siasat Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata siasatan lanjut masih dijalankan daripada semua sudut bagi men...
Ais Krim Paling Mahal Aku Pernah Beli

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Resipi Rendang Daging Cili Api Berempah Cara Arwah Nenek

The Impact Of Domain Name

Emotionally Drained

Pernahkah Anda Melihat Rama Rama Hinggap Pada Bangkai Haiwan

Sarapan Pagi Di Dusun Genting Nakawan Dan Madu Kelulut Tempat Makan Best Di Perlis

Huawei S Most Durable Foldable Smartphone Now Available Nationwide


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ego Dan Rumahtangga Jangan Sampai Periuk Nasi Retak

Cara Buat Duit Dengan Canva

Diet Kurus Yang Betul

Ideal Gifts For Chinese New Year

Tikam Rakan Sebab Perlawanan Kriket Lelaki Nepal Ditahan

Pegawai Azalina Lapor Polis Terhadap Kj