Suami Isteri Jual Senjata Dibeli Di Thailand Kepada Warga Israel


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters-30 Mar 2024, 12:44 PM

Sumber berkata, pasangan warga tempatan itu membuat pengakuan berkenaan ketika disoal siasat.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata siasatan lanjut masih dijalankan daripada semua sudut bagi mengesan individu terbabit dalam kes warga Israel itu.
PETALING JAYA: Sepasang suami isteri mengakui membeli senjata di Thailand sebelum menjualnya kepada seorang warga Israel yang ditahan di sebuah hotel pada Rabu lalu.

Sumber dipetik Harian Metro berkata, pasangan warga tempatan itu membuat pengakuan berkenaan ketika disoal siasat.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain mengesahkan perkara itu dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan daripada semua sudut bagi mengesan individu terbabit kes berkenaan.

Semalam, Razarudin dilaporkan berkata, seorang lelaki Israel berusia 36 tahun ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang, dengan polis merampas enam senjata api bersama 200 butir peluru.

Menurutnya, suspek mendakwa menyasarkan seorang lagi rakyat Israel atas alasan pertelingkahan keluarga, tetapi beliau tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai “agenda lain”.

Beliau berkata, suspek mendakwa membeli semua senjata api pelbagai model, termasuk Sig Sauer, Glock-27 dan Smith and Wesson menggunakan mata wang kripto ketika di Malaysia.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan pasangan berusia 42 dan 40 tahun itu ditahan di bazar Ramadan Kuala Selangor pada 7.15 malam semalam dan sepucuk pistol ditemui dalam beg galas di Honda Jazz milik mereka.

Sumber dipetik akhbar itu berkata, suspek lelaki terbabit dipercayai bertanggungjawab membekalkan enam pistol kepada warga Israel terbabit.

Dalam perkembangan sama, sumber dipetik Harian Metro berkata, warga Israel itu mendaftar masuk ke hotel lima bintang dan membeli-belah di sebuah pusat beli-belah mewah sejak masuk ke Malaysia pada 12 Mac lalu.

“Kehidupan suspek dilihat sangat mewah, individu berkenaan juga makan di restoran lima bintang di ibu negara,” kata sumber itu sambil menambah suspek turut menemui beberapa individu lain di hotel lima bintang di ibu negara.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan lebih ramai warga tempatan bersubahat dengan lelaki Israel itu.

“Polis masih menyiasat, butiran lebih lanjut mungkin dikongsi dalam sidang media pada Isnin oleh ketua polis negara,” katanya menurut Berita Harian


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/suami-isteri-jual-senjata-dibeli-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Suami Isteri Bekal Senjata Pada Warga Israel Ditahan Di Bazar Ramadan

Pasangan Suami Isteri Bekal Senjata Pada Warga Israel Ditahan Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 292 hits
BernamaPolis menahan tiga individu warga tempatan termasuk pasangan suami isteri yang disyaki membekal senjata api dan seorang lelaki menjadi pemandu kepada warga Israel yang telah diberkas di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur Ra...
Kpn Hukuman Mati Terhadap Warga Israel Suami Isteri Tempatan Jika

Kpn Hukuman Mati Terhadap Warga Israel Suami Isteri Tempatan Jika

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 398 hits
Seorang lelaki warga Israel dan pasangan suami isteri warga tempatan yang ditahan kerana disyaki memiliki senjata api bakal berhadapan hukuman mati jika disabit kesalahan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia kerana kertas ...
Bekal Senjata Api Kepada Lelaki Israel Polis Berkas Suami Isteri

Bekal Senjata Api Kepada Lelaki Israel Polis Berkas Suami Isteri

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 421 hits
Polis Diraja Malaysia dilapor telah memberkas pasangan suami isteri yang disyaki menjadi pembekal senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan di Jalan Ampang pada Rabu Menurut Sinar Harian pasangan itu yang masing masing berusia 42 ...
Hiburan Kuala Selangor Didakwa Bekal Senjata Untuk Lelaki Israel Pasangan Suami Isteri Berumur 40 An Direman 7 Hari

Hiburan Kuala Selangor Didakwa Bekal Senjata Untuk Lelaki Israel Pasangan Suami Isteri Berumur 40 An Direman 7 Hari

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 336 hits
Bermula pada hari ini pasangan suami isteri warga tempatan yang berada di Kuala Selangor yang didakwa bekalkan senjata untuk lelaki Israel direman Pasangan suami isteri umur 40 an Difahamkan dari laporan suspek kedua duanya berumur dalam li...
Mudahnya Senjata Diseludup Dari Thailand Lelaki Warga Israel Bayar Rm10 000 Sepucuk Pistol

Mudahnya Senjata Diseludup Dari Thailand Lelaki Warga Israel Bayar Rm10 000 Sepucuk Pistol

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 239 hits
Raja Noraina Raja Rahimrnoraina hmetro com myKuala Lumpur Sepucuk pistol bernilai lebih RM10 000 Itu harga dibayar oleh lelaki warga Israel Shalom Avitan bagi mendapatkan enam pistol dan 200 peluru daripada pasangan suami isteri yang disyak...
Lelaki Israel Pasangan Suami Isteri Berdepan Hukuman Mati

Lelaki Israel Pasangan Suami Isteri Berdepan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 381 hits
Lelaki Israel dikenali sebagai Shalom Avitan dan pasangan suami isteri warga tempatan yang disyaki membekalkan senjata kepadanya bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata ia be...
Lelaki Warga Israel Ditahan Di Ampang 6 Senjata Api Dan 200 Peluru Dirampas

Lelaki Warga Israel Ditahan Di Ampang 6 Senjata Api Dan 200 Peluru Dirampas

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 260 hits
hmetro com myRAZARUDIN gambar fail FOTO NSTPKuala Lumpur Seorang lelaki warga Israel ditahan bersama enam senjata api serta kira kira 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini pada 27 Mac lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin H...
Luluh Hati Suami Apabila Menyaksikan Sendiri Kecurangan Isteri Dengan Lelaki Lain Di Sebuah Hotel

Luluh Hati Suami Apabila Menyaksikan Sendiri Kecurangan Isteri Dengan Lelaki Lain Di Sebuah Hotel

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 439 hits
Hati seorang suami hancur apabila dia secara langsung menyaksikan kecurangan isterinya dengan seorang lelaki di sebuah hotel Lelaki yang dikenali sebagai Rikza Firman Santoso 30 tahun dari Bangkalan Jawa Timur Indonesia pada awalnya mengeko...
5 Termasuk Suami Isteri Didakwa Culik Pengarah Syarikat

5 Termasuk Suami Isteri Didakwa Culik Pengarah Syarikat

papar berkaitan - pada 26/3/2024 - jumlah : 323 hits
BernamaKAJANG Lima individu termasuk pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan menculik seorang pengarah syarikat logistik dan pembinaan bagi mendapatkan wang tebusan Mereka terdiri Ang Zi Teng 24 Wong Chun Weng...
Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Bunga Liar Bidens Alba

As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Aktiviti The 3rd Malaysia International Muslim Food Culture Tourism Festival Ppim 25 12 2025

Berkawan Dengan Aku Cukup Dengan Kejujuran

Bahaya Rokok Kepada Kesihatan Dan Kes

Delicious Healthy Muffin Recipes Sally S Baking Addiction

Derma Arab 1mdb Ejen Propaganda Kekal Berkuasa Najib Kekal Penjara Kajang


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kuih Penyaram Rasa Yang Selalu Bawa Aku Terbang Ke Kota Kinabalu Sabah

The Sanctuary Of Resilience A Tribute To Nature S Giants

Kecoh Di Nilai Letupan Peranti Berbahaya Goncang Ketenangan

Dayana Roza Sah Bercerai Talak Satu Fokus Hidup Baharu Demi Anak Amp Kerjaya

Hiburan Risteena Buka Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Isa Khan Sedang Bergolak Cerai Bukan Perkara Main Main

Cara Tambah Income Bulanan Strategi Praktikal Untuk Jana Pendapatan Automatik