Lelaki Warga Israel Ditahan Di Ampang 6 Senjata Api Dan 200 Peluru Dirampas


hmetro.com.my
Nurul Hidayah Bahaudin
[email protected]
RAZARUDIN, gambar fail. FOTO NSTP
Kuala Lumpur: Seorang lelaki warga Israel ditahan bersama enam senjata api serta kira-kira 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini, pada 27 Mac lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

"Ketika serbuan dilakukan, kami menemui dua pasport dimiliki lelaki berkenaan iaitu pasport Perancis yang digunakannya untuk masuk ke Malaysia dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu serta satu pasport Israel.

"Pemeriksaan lanjut juga menemui enam senjata api termasuk SIG Sauer, Smith and Wesson serta Glock yang diletakkan di dalam beg berserta 200 peluru. Malah, tiga daripada senjata api itu turut diisi peluru," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-Amin, Markas Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras, di sini, hari ini.

Razarudin berkata, hasil soal siasat dilakukan, suspek mendakwa kononnya dia masuk ke Malaysia bagi membunuh seorang individu warga Israel berkaitan masalah keluarga.

"Hasil soal siasat itu juga mendapati lelaki terbabit membeli enam senjata api berkenaan menggunakan mata wang kripto yang kita percaya ditempah sebaik dia tiba di sini.

"Siasatan lanjut dilakukan mendapati suspek terbabit pernah menetap di beberapa hotel lain sebelum ditahan di hotel berkenaan (Jalan Ampang)," katanya.

Beliau berkata, pihaknya percaya suspek tidak bergerak secara solo dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti kenalan lelaki itu.

"Mungkin lelaki itu ada agenda lain yang mendorong dia datang ke sini. Justeru, siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal pasti motifnya secara menyeluruh termasuk kebarangkalian dia seorang ejen perisikan Israel.

"Pada masa sama, kita juga akan kesan individu yang membekal senjata api kepada lelaki berkenaan.

"Suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga 31 Mac ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 Akta Pasport 1966 dan Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya.
Disiarkan pada: Mac 29, 2024 @ 8:07pm

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/lelaki-warga-israel-ditahan-di-ampang-6.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Suami Isteri Bekal Senjata Pada Warga Israel Ditahan Di Bazar Ramadan

Pasangan Suami Isteri Bekal Senjata Pada Warga Israel Ditahan Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 276 hits
BernamaPolis menahan tiga individu warga tempatan termasuk pasangan suami isteri yang disyaki membekal senjata api dan seorang lelaki menjadi pemandu kepada warga Israel yang telah diberkas di sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur Ra...
Mudahnya Senjata Diseludup Dari Thailand Lelaki Warga Israel Bayar Rm10 000 Sepucuk Pistol

Mudahnya Senjata Diseludup Dari Thailand Lelaki Warga Israel Bayar Rm10 000 Sepucuk Pistol

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 220 hits
Raja Noraina Raja Rahimrnoraina hmetro com myKuala Lumpur Sepucuk pistol bernilai lebih RM10 000 Itu harga dibayar oleh lelaki warga Israel Shalom Avitan bagi mendapatkan enam pistol dan 200 peluru daripada pasangan suami isteri yang disyak...
Suami Isteri Jual Senjata Dibeli Di Thailand Kepada Warga Israel

Suami Isteri Jual Senjata Dibeli Di Thailand Kepada Warga Israel

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 420 hits
freemalaysiatoday com 30 Mar 2024 12 44 PMSumber berkata pasangan warga tempatan itu membuat pengakuan berkenaan ketika disoal siasat Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata siasatan lanjut masih dijalankan daripada semua sudut bagi men...
Hunian Jarak 200 M Dari Gudang Peluru Meledak Warga Komplek Di Cibubur Usul Ada Relokasi Karena Trauma

Hunian Jarak 200 M Dari Gudang Peluru Meledak Warga Komplek Di Cibubur Usul Ada Relokasi Karena Trauma

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 184 hits
Mereka was was potensi serupa masih bisa kembali terjadi karena informasi mereka dapat ada beberapa bunker di gudang amunisi tersebut
Kronologi Warga Israel Yang Ditahan

Kronologi Warga Israel Yang Ditahan

papar berkaitan - pada 3/4/2024 - jumlah : 308 hits
Suspek lelaki warga Israel Shalom Avitan dan pasangan suami isteri warga tempatan yang ditahan atas kesalahan memiliki dan membekalkan senjata api bakal berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan mereka Isu babitkan warga Israel masuk ...
Gempar Polis Tahan Lelaki Israel Bersama 6 Senjata Api

Gempar Polis Tahan Lelaki Israel Bersama 6 Senjata Api

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 249 hits
Gempar Polis Tahan Lelaki Israel Bersama 6 Senjata Api Berita tergempar apabila polis tahan lelaki Israel bersama senjata api Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata semasa pemeriksaan dilakukan suspek dikatakan menggunakan pasp...
Bekal Senjata Api Kepada Lelaki Israel Polis Berkas Suami Isteri

Bekal Senjata Api Kepada Lelaki Israel Polis Berkas Suami Isteri

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 403 hits
Polis Diraja Malaysia dilapor telah memberkas pasangan suami isteri yang disyaki menjadi pembekal senjata api kepada lelaki warga Israel yang ditahan di Jalan Ampang pada Rabu Menurut Sinar Harian pasangan itu yang masing masing berusia 42 ...
Foto Imbas Kebakaran Dahsyat Gudang Peluru Tni Warga Dievakuasi Ke Pengungsian

Foto Imbas Kebakaran Dahsyat Gudang Peluru Tni Warga Dievakuasi Ke Pengungsian

papar berkaitan - pada 31/3/2024 - jumlah : 173 hits
Kebakaran dahsyat terjadi pada gudang peluru TNI Demi keselamatan warga sekitar pun dievakuasi ke tempat lebih aman
Kes Lelaki Israel Bersenjata Api Polis Tahan Empat Lagi Individu

Kes Lelaki Israel Bersenjata Api Polis Tahan Empat Lagi Individu

papar berkaitan - pada 5/4/2024 - jumlah : 219 hits
AKMAL MANAFEmpat lagi individu ditahan Polis Diraja Malaysia di sekitar Johor semalam bagi membantu siasatan susulan penahanan seorang lelaki warga Israel bersama enam senjata api di sebuah hotel di Jalan Ampang minggu lalu Ketua Polis Nega...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess