Ismail Sabri Perlu Buktikan Dirinya Berbeza Dari Zahid Najib



(Utusan Digital) – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu membuktikan betapa dirinya memiliki acuan yang berbeza daripada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal integriti.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau perlu segera menunaikan janji yang pernah dimeterai bersama pihak-pihak lain, termasuk berhubung isu pelantikan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.
Katanya, ketika ini, Ismail Sabri dikenali sebagai pemimpin yang bersih serta memiliki integriti yang sama sekali berbeza dengan kedua-dua pemimpin tersebut dan perkara itu perlu dibuktikan kepada semua pihak.
Menurut beliau, tidak timbul persoalan kononnya Bersatu menuntut jawatan itu pada masa yang tidak sesuai kerana persoalan lebih besar yang sepatutnya ditanyakan adalah mengapa perjanjian itu tidak dilaksanakan setelah sekian lama dimeterai.
“Jadi, Ismail Sabri kena buktikan yang beliau adalah pemimpin UMNO berbeza dari Ahmad Zahid serta Najib. Jangan nanti, beliau dikategorikan sama acuannya dengan dua pemimpin itu.
“Di sebelah Perikatan Nasional (PN), kita dah laksanakan apa dijanjikan dalam dokumen tersebut, tetapi, di satu pihak lain, Ismail perlu beri justifikasi mengapa perkara dijanjikan itu tidak dilaksanakan?” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan ibadah korban bersama penduduk Kampung Machang di Jitra, dekat sini, hari ini.
Wan Saiful menambah, selain isu jawatan Timbalan Perdana Menteri, perjanjian itu turut melibatkan beberapa lagi perkara lain.
“Ada beberapa perkara yang diketahui kedua-dua pihak yang menandatangani perjanjian ini dan setelah ditandatangani pula, berlaku beberapa situasi di mana jawatan-jawatan dipegang pemimpin dari PN yang tamat dan ditamatkan, tidak diganti dengan orang dari PN juga malahan ‘dirompak’ dengan rakusnya oleh UMNO.
“Contohnya, ada beberapa anak syarikat di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) yang mana tarikh kontrak individu tertentu belum luput, tetapi, kontrak mereka ditamatkan dan diganti dengan pemimpin dari UMNO. Ini jelas melanggar perjanjian tersebut,” katanya.
Ditanya kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa tidak wujud perjanjian berhubung pelantikan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, Wan Saiful berkata, beliau sendiri tidak tahu mengapa Abdul Hadi membuat kenyataan sedemikian.
“Sebagai satu keluarga, mungkin elok kita rujuk kepada pihak ‘dalaman’ dulu sebelum buat kenyataan yang mungkin boleh timbulkan salah faham. Alhamdulillah, penjelasan dibuat bahawa Pas pun memang terlibat dalam perjanjian itu,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2022/07/12/ismail-sabri-perlu-buktikan-dirinya-berbeza-dari-zahid-najib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selagi Najib Ada Isu 1mdb Akan Tetap Menghantui Ismail Sabri

Selagi Najib Ada Isu 1mdb Akan Tetap Menghantui Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 209 hits
Dua hari lalu saya terbaca satu artikel di sebuah portal yang menulis tentang beban skandal 1MDB yang dikatakan akan terus menghantui Ismail Sabri Yaakob dalam usaha beliau mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Antaranya disebut ba...
Zahid Hamidi Berusaha Supaya Anwar Ibrahim Menggantikan Ismail Sabri

Zahid Hamidi Berusaha Supaya Anwar Ibrahim Menggantikan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 253 hits
Ahmad Zahid Hamidi tahu yang masa depan dia sudah gelap dan apa yang menunggunya adalah penjara Ismail Sabri Yaakob tidak akan tolong menyelamatkan Zahid Jadi Zahid berusaha untuk menumbangkan Ismail Sabri supaya Anwar Ibrahim boleh ambil a...
Pru15 Dasar Umno Bn Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri

Pru15 Dasar Umno Bn Jelas Sokong Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 222 hits
Umno dan Barisan Nasional mempunyai dasar yang jelas untuk menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke 15 kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan Justeru Timbalan Presid...
Ismail Sabri Only One Camp In Umno

Ismail Sabri Only One Camp In Umno

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 345 hits
Prime Minister Ismail Sabri Yaakob has refuted allegations that there were two camps in Umno saying there is only one camp in the party Ismail Sabri who is also Umno vice president stressed that there is only one group that leads the party ...
Ismail Sabri Serang Saya Bermakna Lemahkan Bn

Ismail Sabri Serang Saya Bermakna Lemahkan Bn

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 231 hits
malaysiakini comIsmail Sabri Yaakob menegaskan beliau adalah Perdana Menteri daripada Barisan Nasional justeru sebarang tindakan menyerangnya bermakna melemahkan kepimpinan gabungan politik itu Ismail Sabri berkata beliau juga adalah perdan...
Ismail Sabri Nafi Ada Dua Kem Dalam Umno

Ismail Sabri Nafi Ada Dua Kem Dalam Umno

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 215 hits
malaysiakini comPerdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan dakwaan wujudnya dua kem dalam Umno Dia yang juga naib presiden Umno menegaskan hanya ada satu kumpulan yang mengetuai pucuk pimpinan parti itu Tiada kem dalam Umno hany...
Umno Polls Ros Has To Decide By July 16 Ismail Sabri

Umno Polls Ros Has To Decide By July 16 Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 314 hits
The Registrar of Societies has until July 16 to approve Umno s amendments to the party s constitution and delay its internal election according to Prime Minister Ismail Sabri Yaakob No yet It is within 60 days and if I am not mistaken on Ju...
Not True Annuar On Teaming Up With Ismail Sabri For Umno Polls

Not True Annuar On Teaming Up With Ismail Sabri For Umno Polls

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 258 hits
Umno s Ketereh MP Annuar Musa has dismissed his rumoured partnership with Prime Minister Ismail Sabri Yaakob in the next party polls When asked by reporters Annuar denied any prior discussions of such a partnership between the duo We never ...
Tajuddin Wants Ismail Sabri To Remain As Pm Post Ge15

Tajuddin Wants Ismail Sabri To Remain As Pm Post Ge15

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 194 hits
Former Umno national election director Tajuddin Abdul Rahman said he wants Ismail Sabri Yaakob to continue to lead the country as the prime minister even after the 15th general election At the Aspirasi Keluarga Malaysia roadshow held in his...
World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Kashmir Killings Not Just Attack On India But Humanity

Dap And Pkr S Missing Indian Leaders In Ayer Kuning By Election A Cause For Concern

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger

Kafe 28 Studio Kl Taman Setapak Indah

Powering Up Zambia A Look Into The Electricity Sector

Navigating The Mortgage Zone Understanding The Factors That Impact Mortgage Eligibility

Dua Konsert Mega Gegarkan Miri Mei Ini