Selagi Najib Ada Isu 1mdb Akan Tetap Menghantui Ismail Sabri




 Dua hari lalu, saya terbaca satu artikel di sebuah portal yang menulis tentang beban skandal 1MDB yang dikatakan akan terus menghantui Ismail Sabri Yaakob dalam usaha beliau mengekalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Antaranya disebut bahawa ia kekal menjadi beban kerana isu 1MDB tidak pernah padam daripada menjadi bualan serta perhatian dalam masyarakat sehingga sekarang.
Dalam hal berkaitan, sementara perkara itu memang hakikat yang tidak dapat dinafikan, sekurang-kurangnya ada dua sebab mengapa isu 1MDB akan tetap menghantui Ismail Sabri yang telah diputuskan sebagai “poster boy” BN dalam menghadapi PRU15 akan datang.
Pertama, kerana Najib Razak masih bebas dan belum dipenjarakan.
Kedua, disebabkan beliau sentiasa berlegar-legar di sekeliling UMNO sambil menjaja propaganda seolah-olah dirinya tidak bersalah dalam skandal tersebut.
Sekiranya Najib ketika ini sudah menerima hukuman dan dipenjarakan, ia tentu mudah bagi UMNO dan BN untuk menepis daripada terus dikaitkan dengan skandal 1MDB itu.
Selain boleh menjarakkan diri daripada terus dikaitkan dengan skandal itu, UMNO dan BN malah boleh mendabik dada dengan mengatakan undang-undang telah ditegakkan sebagaimana ramai pesalah di beberapa negara lain berkaitan 1MDB juga telah menerima hukuman masing-masing.
Najib sudah pun dijatuhi hukuman bersalah dan dihukum penjara 12 tahun serta denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi dalam kes SRC International iaitu anak syarikat 1MDB dan hukumannya kemudian dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.
Begitu pun, sebagaimana beliau diberi penangguhan daripada menjalani hukuman sementara kesnya dirayu di Mahkamah Rayuan sebelum ini, kini beliau juga diberi penangguhan yang sama sementara menunggu rayuan akhirnya di Mahkamah Persekutuan pada 15 Ogos depan.
Meskipun penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan yang diberikan kepada Najib adalah soal kebijaksanaan mahkamah yang tidak harus kita dipertikaikan, tetapi ia tidak dinafikan mempunyai kesan politik yang bukan sedikit kepada UMNO dan BN menjelang PRU15 akan datang.
Perbagai serangan dan persepsi boleh disemarakkan bagi tujuan menghalang UMNO dan BN daripada beroleh kemenangan.
Lebih-lebih lagi, UMNO dan BN yang ditumbangkan pada PRU 2018 lalu ketika Najib yang masyhur ke seluruh dunia kerana skandal 1MDB, telah kembali menjadi kerajaan sekarang ini.
Mahu tidak mahu, ia menjadikan isu 1MDB terus hidup dan sebagai “poster boy” BN, Ismail Sabrilah penanggung terbesar beban skandal itu dalam PRU15 nanti.
Di samping kes SRC International yang sudah di peringkat akhir rayuan, Najib juga masih berdepan perbicaraan berkaitan RM2.6 bilion dana 1MDB dan dakwaan meminda laporan audit syarikat tersebut.
Selain itu, tindakan Najib yang terus berlegar-legar di sekeliling UMNO mencari populariti dengan pelbagai lagak tunjuk pandainya setelah tiada kuasa ini adalah juga suatu beban kepada Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Sebagai orang yang menyebabkan BN kalah pada PRU 2018 dan kemudian sedang berdepan pelbagai pertuduhan di mahkamah, Najib sepatutnya sedar diri dengan memilih untuk berehat seketika sehingga kesnya selesai atau lebih baik, berundur saja terus daripada politik.
Tambahan lagi, skandal 1MDB yang diakibatkannya itu sudah melekat dalam minda rakyat di mana secara umumnya semua orang sedar untuk tempoh bertahun-tahun akan datang, negara masih perlu membayar hutang berpuluh bilion disebabkan olehnya.
Sebab itu, amalan UMNO sebelum ini di mana pemimpinnya yang didakwa di mahkamah akan direhatkan daripada jawatannya sehingga kes mereka selesai adalah suatu tindakan yang betul serta mampu menjaga nama baik parti.
Zaman Najib pada hakikatnya telah berlalu dan kini adalah era Ismail Sabri, dengan itu tidak harus sama sekali ada perasaan atau “jiwa perasan” dalam dirinya atau penyokongnya untuk melihat Ahli Parlimen Pekan itu kembali semula sebagai Perdana Menteri.
Perasaan atau “jiwa perasan” demikian hanya akan membunuh peluang UMNO dan BN dalam PRU15 akan datang, sekaligus juga membunuh masa depan Ismail Sabri kerana seolah-olah beliau sedang disaingi daripada dalam partinya sendiri.
Tiada Najib akan menyebabkan kesan 1MDB dapat diminimakan ke atas Ismail Sabri dan mampu memberi laluan lebih mudah kepada BN mencari kemenangan. – ShahbudinHusin 07/07/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/selagi-najib-ada-isu-1mdb-akan-tetap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Najib Pada Mulanya Tak Sokong Ismail Sabri Jadi Calon Pm

Zahid Najib Pada Mulanya Tak Sokong Ismail Sabri Jadi Calon Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 204 hits
agendaily com27 06 2022Sidang media Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri semasa krisis sebel...
Ismail Sabri Perlu Buktikan Dirinya Berbeza Dari Zahid Najib

Ismail Sabri Perlu Buktikan Dirinya Berbeza Dari Zahid Najib

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 186 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu membuktikan betapa dirinya memiliki acuan yang berbeza daripada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam soal integriti Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu...
Kerajaan Takkan Biarkan Rakyat Ikat Perut Ismail Sabri

Kerajaan Takkan Biarkan Rakyat Ikat Perut Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 5/7/2022 - jumlah : 439 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri memberi jaminan bahawa kerajaan di bawah pimpinannya tidak akan membiarkan rakyat mengikat perut dalam menghadapi isu kenaikan harga barang dan peningkatan kos sara hidup yang sedang melanda negara ketika ini Is...
Dpm Post Was Part Of Pn Ismail Sabri Deal Wan Saiful

Dpm Post Was Part Of Pn Ismail Sabri Deal Wan Saiful

papar berkaitan - pada 6/7/2022 - jumlah : 249 hits
Perikatan Nasional had a written agreement with Prime Minister Ismail Sabri Yaakob on who should be the deputy prime minister revealed Bersatu information chief Wan Saiful Wan Jan This is not something new There was an agreement signed befo...
Kerajaan Akan Pastikan Harga Barangan Keperluan Asas Tidak Membebankan Rakyat Ismail Sabri

Kerajaan Akan Pastikan Harga Barangan Keperluan Asas Tidak Membebankan Rakyat Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 235 hits
Kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat Malaysia kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismai...
Pm Ismail Sabri Wife Extend Aidiladha Wishes To Keluarga Malaysia Muslims

Pm Ismail Sabri Wife Extend Aidiladha Wishes To Keluarga Malaysia Muslims

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 243 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob and his wife Datin Seri Muhaini Zainal Abidin posted in Facebook to wish Selamat Hari Raya Aidiladha to all Keluarga Malaysia Muslims Picture courtesy of Facebook Ismail Sabri KUAL
Gandingan Ismail Sabri Mesti Pemimpin Lebih Muda Bukan Annuar Musa Yang Sudah Tua Kerepot

Gandingan Ismail Sabri Mesti Pemimpin Lebih Muda Bukan Annuar Musa Yang Sudah Tua Kerepot

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 162 hits
Semalam Annuar Musa menafikan wujud sebarang perbincangan untuk meletakkan beliau bergandingan dengan Ismail Sabri Yaakob dalam pemilihan UMNO yang akan datang ini Katanya tiada perbincangan sedemikian rupa pernah berlaku antara kedua dua m...
Bukan Salah Ismail Sabri Peperangan Telah Menyebabkan Inflasi Dan Dunia Bankrup

Bukan Salah Ismail Sabri Peperangan Telah Menyebabkan Inflasi Dan Dunia Bankrup

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 231 hits
Dalam 10 tahun Amerika telah membelanjakan sebanyak RM30 trillion untuk peperangan di Timur Tengah dan Asia Tiap tiap tahun sebanyak RM8 trillion dibelanjakan oleh semua negara untuk tujuan pertahanan Covid 19 pula telah menyebabkan kerugia...
Not True Annuar On Teaming Up With Ismail Sabri For Umno Polls

Not True Annuar On Teaming Up With Ismail Sabri For Umno Polls

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 208 hits
Umno s Ketereh MP Annuar Musa has dismissed his rumoured partnership with Prime Minister Ismail Sabri Yaakob in the next party polls When asked by reporters Annuar denied any prior discussions of such a partnership between the duo We never ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner