Anak Suka Buat Sepah Sebenarnya Dia Sedang Rangsang Sensori Deria Jangan Marah Tapi Latih Anak Tak Buat Sepah


Anda perlu faham apabila anak membuat sepah ketika bermain, dia sebenarnya sedang merangsang sensori deria. Si kecil berpeluang untuk bereskperimen dengan deria sentuh, hidu, lihat dan dengar.

Selain itu, tangannya akan bergerak secara aktif dan secara langsung meningkatkan kemahiran motor halus dan koordinasi mata-tangan. Secara semula jadinya, si kecil gemar bereksperimentasi kerana daya ingin tahu dan meneroka.
Suka menyelongkar
Fitrah kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi terhadap dunia persekitarannya. Pada peringkat umur ini, dia mula menguasai konsep yang dinamakan object permanence di mana dia memahami bahawa suatu objek itu wujud walaupun tidak kelihatan di hadapan mata.

Oleh itu, ini adalah sebab kenapa si kecil suka menyelongkar barang pada bahagian yang tersembunyi. Hakikatnya, dia sebenarnya sedang membuat eskplorasi dengan dunia kecilnya. Tambahan pula bunyi pintu yang terhasil apabila membuka dan menutup laci atau peti sejuk itu memuaskan seperti suatu pencapaian baginya.
Disiplin, adakah terlalu awal
It’s never too soon to discipline. Tidak terlalu awal untuk ibu bapa mendisiplinkan anak pada usia ini untuk menyimpan barang permainannya selepas bermain. Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapa yang akan mencorakkannya.
Anda sudah boleh mula mengajar si kecil untuk mengemaskan kembali barang permainan setiap kali sesi bermain tamat. Langkah ini bukan sahaja dapat memberi impak yang positif dalam rutin bermainnya, malah ia bagus untuk memupuk amalan kebersihan dalam kehidupan seharian.
Pada masa yang sama, anda juga sebenarnya mendidik si manja untuk lebih bertanggungjawab terhadap barang kepunyaannya sambil merangsang kemahiran hidup.
5 cara latih anak tidak membuat sepah
Dalam masa yang sama, dalam memberi ruang untuk anak-anak membuat sepah, jangan sampai rumah menjadi tongkang pecah pula. Jadikan tabiat mengemas selepas membuat sepah sebagai satu rutin yang menyeronokkan. Apa yang anda boleh lakukan ialah:
Ajak anak memasukkan barang permainannya ke dalam kotak sambil menyanyikan lagu Clean Up. Apabila ritma lagu semakin laju, galakkan dia mengemas dengan lebih pantas. Main permainan I Spy dengan menggalakkan anak mencari objek mengikut kategori yang dinyatakan. Contohnya, kereta mainan atau objek berwarna biru. Anak kecil memang cenderung untuk meniru perlakuan orang dewasa. Jadi, anda sendiri perlu sentiasa memastikan rumah berada dalam keadaan kemas. Begitu juga dengan abang atau kakaknya. Sebelum memulakan aktiviti, jelaskan kepada anak bahawa dia dibenarkan membuat sepah semasa bermain tetapi perlu mengemas kembali setelah tamat aktiviti. Beri ganjaran sekiranya dia tidak membuat sepah dan denda apabila enggan untuk mengemas kembali. Denda bukanlah bermaksud seksaan fizikal. Mungkin sekadar melarang dia bermain untuk sehari atau tidak mendapat ciuman sebelum tidur. Kawal diri daripada marah
Walaupun situasi sebegini biasanya akan memeningkan kepala, ia merupakan suatu memori manis untuk dikongsi bersama keluarga. Hal ini kerana anak ini tidak akan selamanya kecil, merengek dan membuat sepah.
Selain itu, berdasarkan fakta, si kecil yang membuat sepah lebih cenderung untuk menjadi orang yang kreatif kerana dia diberi ruang yang secukupnya untuk mengekspresikan idea. Kebanyakan idea ciptaan di dunia, tercetus hasil daripada penemuan tidak sengaja. Antaranya ialah doh mainan yang asalnya bertujuan sebagai pencuci kertas dinding.
Nah, mana tahu suatu hari nanti anak anda mampu mencipta suatu inovasi semasa sedang bermain. Bak kata ahli saintis Inggeris, Carl Edward Sagan, “Somewhere, something incredible is waiting to be known”.
Oleh itu, anda perlulah bijak mengawal diri daripada menjadi ‘singa lapar’ dengan melakukan perkara berikut:
Jika anda tidak boleh menerima situasi rumah yang bersepah, bawa anak ke luar rumah dan beri dia peluang untuk berekplorasi di luar. Contohnya, melakukan aktiviti seni dan kraf atau membuat eksperimen sains di halaman rumah. Tetapkan peraturan yang jelas dan mudah untuk dijadikan rutin harian si kecil. Antaranya, anak perlu menggunakan dulang bagi setiap aktiviti seni dan kraf atau membina lego di atas tikar mainan. Jangan beri denda fizikal. Denda fizikal yang berterusan akan menyebabkan anak hilang rasa tanggung jawab untuk mengemaskan barang-barang kepunyaannya. Malah, ia akan membuatkan dia berasa jengkel dan susah untuk mengemas. Dedikasikan satu bilik atau satu tempat khas untuk anak bermain bagi mengelakkan dia menyepahkan mainan di tempat lain. Anda juga boleh memberi mainan secara berperingkat supaya dia tidak mempunyai terlalu banyak pilihan untuk membuat sepah. Mungkin kedengaran agak kelakar tetapi ibu bapa perlulah bermeditasi atau gunakan mantra untuk menenangkan perasaan sendiri. Gunakan tip seperti lagu Chichi & Chacha Jom Sabar “Bila rasa naik marah, ahai sayang. Tarik nafas panjang-panjang, ahai sayang. Kira satu sampai sepuluh, ahai sayang. Baru hati lebih tenang, sabar sayang.” The post Anak Suka Buat Sepah Sebenarnya Dia Sedang Rangsang Sensori Deria! Jangan Marah Tapi Latih Anak Tak Buat Sepah appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/anak-suka-buat-sepah-sebenarnya-dia-sedang-rangsang-sensori-deria-jangan-marah-tapi-latih-anak-tak-buat-sepah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bagus Bawa Anak Main Di Pantai Jangan Fikir Kotor Tapi Baik Untuk Rangsangan Deria Anak

Bagus Bawa Anak Main Di Pantai Jangan Fikir Kotor Tapi Baik Untuk Rangsangan Deria Anak

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 456 hits
Perasan tak bila bawa ke pantai anak terus terkam nak main pasir Hinggakan sampai satu tahap ibu bapa bagi amaran jangan kotorkan tangan dan kaki Sebenarnya fitrah anak suka main pasir ini sangat bagus Ia boleh merangsang sensori pada diri ...
Tolong Jangan Judge Ibu Ibu Yang Perlukan Me Time Me Time Tak Bermakna Tak Sayangkan Suami Anak

Tolong Jangan Judge Ibu Ibu Yang Perlukan Me Time Me Time Tak Bermakna Tak Sayangkan Suami Anak

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 598 hits
Akhir akhir ini banyak diperkatakan tentang me time bagi seorang ibu Namun ramai pula yang memandang ibu ibu yang perlukan me time sebagai ibu yang tak sayangkan suami anak dan pentingkan diri sendiri Ibu ini mengutarakan pandangannya Me ti...
21 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Anak Mesti Suka

21 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Anak Mesti Suka

papar berkaitan - pada 26/11/2018 - jumlah : 624 hits
Cuti sekolah dah pun bermula Ada yang dah mula pulang ke kampung dan ada yang dah pun memulakan percutian bersama anak anak dan keluarga tersayang Mungkin ada sebahagian daripada anda yang tak boleh ke mana mana atas pelbagai faktor Contohn...
Suka Cita Napi Anak Anak Di Pulau Dewata Peringati Maulid Nabi

Suka Cita Napi Anak Anak Di Pulau Dewata Peringati Maulid Nabi

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 229 hits
Suasana hikmat nan syahdu menyambut hari lahir Nabi Muhammad juga dirasakan di Lapas Klas II A Kerobokan Denpasar Bali Ratusan warga binaan yang beragama Islam mengenakan baju koko lengkap dengan sarung dan kopiah
Lenguhnya Nak Pegang Bila Bayi Suka Melompat Mama Papa Jangan Mengeluh Sebab Ia Perkembangan Yang Baik

Lenguhnya Nak Pegang Bila Bayi Suka Melompat Mama Papa Jangan Mengeluh Sebab Ia Perkembangan Yang Baik

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 426 hits
Lenguh tangan dan penat memegang bayi bila dia mula melompat lompat Ya hampir semua ibu bapa akan menghadapi fasa ini Tapi kalau tahu faedahnya mama papa tidak akan mengeluh Perkembangan fizikal bayi memang sangat pesat dan pantas Tidak sek...
Meski Dianggap Pasaran 15 Nama Ini Punya Makna Yang Bagus Lo Jangan Suka Ngeremehin Gitu Ah

Meski Dianggap Pasaran 15 Nama Ini Punya Makna Yang Bagus Lo Jangan Suka Ngeremehin Gitu Ah

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 216 hits
Kalau dengar nama nama ini jangan buru buru ngecap kampungan deh mendingan Meski pasaran setiap nama adalah doa lo
Rangsang Kekuatan Tangan Anak Dengan Pincer Grasp Cabut Tape Je Mudah

Rangsang Kekuatan Tangan Anak Dengan Pincer Grasp Cabut Tape Je Mudah

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 412 hits
Otak anak anak kecil berfikir bukan seperti kita Mereka mampu berfikir hebat dan perkembangan otak mereka tersangatlah pantas Begitu kata doktor dalam beberapa kajian yang dijalankan Jadi kita kenalah bijak merangsang minda mereka di rumah ...
Dari Awal Suka Makanan Ringan Dan Tinggi Msg Anak Sukar Dikawal Dan Hiperaktif

Dari Awal Suka Makanan Ringan Dan Tinggi Msg Anak Sukar Dikawal Dan Hiperaktif

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 483 hits
Bila diberi makanan ringan semua kanak kanak teruja Bagi sesetengah ibu bapa makanan ringan antara salah satu cara mudah nak tenangkan anak yang mengamuk atau menangis Ibaratnya senjata dalam diam Tapi tahukah yang makanan ringan ini mengan...
Ibu Sanggup Korbankan Diri Lindungi Anak Dari Letupan Tapi Malangnya

Ibu Sanggup Korbankan Diri Lindungi Anak Dari Letupan Tapi Malangnya

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 335 hits
IBU Sanggup Korbankan Diri Lindungi Anak Dari Letupan Tapi Malangnya IBU Sanggup Korbankan Diri Lindungi Anak Dari Letupan Tapi Malangnya
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut