Inilah Kuasa Rakyat Kejayaan Prk Chini Kejayaan Bersama Najib


 KHAIRULANUAR YAHAYA

KEMENANGAN calon Barisan Nasional Mohd Sharim Md Zain pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini disifatkan sebagai membawa isi hati dan mesej daripada rakyat.
Menurut bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kemenangan yang dibantu oleh rakan-rakan dalam Perikatan Nasional itu jelas menunjukkan kuasa rakyat.
“Pelbagai perkara dalam pertimbangan sebelum memangkah di kertas undi. Prestasi lepas, isu semasa dan jaminan masa depan. Ya, inilah dia kuasa rakyat.
“Bagi kita, pilihan raya bagaikan satu temuduga besar. Kita bawa rekod pencapaian, kita jelaskan perjuangan semasa, kita bentangkan masa depan yang akan diusahakan. Rekod dan sumbangan Barisan Nasional jelas. Pembangunan dan kebajikan,” kata Najib.
Jelas Najib, kemenangan PRK DUN Chini juga menunjukkan Muafakat Nasional iaitu kerjasama antara Pas dan komponen BN iaitu UMNO, MIC dan MCA semakin menjadi pilihan rakyat.
Malah Najib juga menegaskan, kejayaan BN turut disumbangkan dengan sokongan Presiden dan Pemangku Pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, kepimpinan dan seluruh akar umbi Bersatu di Pekan, Pahang.
“Kepada rakan-rakan kita dari PAS. Presiden Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang, Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan, seluruh barisan kepimpinan PAS serta ahli-ahli PAS.
“Kejayaan di Chini adalah kejayaan yang kita capai bersama. Tanpa sumbangan tenaga, masa dan sokongan saudara-saudari, tidak mungkin akan begitu lancar dan berjaya.
“Ditambah pula kali ini dengan sokongan Presiden dan Pemangku Pengerusi PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemimpin-pemimpin kanan PPBM dan seluruh akar umbi di Pekan,” kata Najib.
Mohd. Sharim memperoleh 13,872 undi mengatasi dua calon Bebas iaitu Datuk Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin (1,222 undi) dan Mohd Shukri Mohd Ramli (137 undi).
Mohd. Sharim menang dengan majoriti besar 12,650 undi selepas semua 67 kotak undi dikira.
Ini adalah kemenangan pertama Barisan Nasiona dalam pilihan raya selepas membentuk Kerajaan Persekutuan dengan gabungan parti lain dalam Perikatan Nasional pada Mac lalu.
Kemenangan PRK Chini juga merupakan kemenangan keenam berturut-turut BN selepas kejayaan di PRK Cameron Highlands,PRK Semenyih, PRK Rantau, PRK Tanjung Piai dan PRK Kimanis.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, penyandang kerusi itu Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun dari Barisan Nasional menang dengan majoriti 4,622 undi selepas memperoleh 10,027 undi.
“Legasi Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun akan kita teruskan. Terima kasih kerana memberikan keyakinan sekali lagi kepada Barisan Nasional.
“Terima kasih kerana memberikan peluang kepada Mohd Sharim Md Zain untuk menjadi wakil rakyat DUN Chini. Saya yakin Mohd Sharim akan berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan cemerlang.
“Rakyat telah bersuara. Selangkah demi selangkah. Satu demi satu kemenangan rakyat. Hidup rakyat! Hidup rakyat! Hidup rakyat!” kata Najib.
PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian Abu Bakar 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung. Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11.
Beliau menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang mendapat 5,405 undi manakala Mohamad Razali Ithnain dari PKR sekadar memperoleh 1,065 undi.-SM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/07/inilah-kuasa-rakyat-kejayaan-prk-chini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Chini Kerjasama Muafakat Nasional Dan Perikatan Nasional Hasilkan Kejayaan Luar Biasa Najib

Prk Chini Kerjasama Muafakat Nasional Dan Perikatan Nasional Hasilkan Kejayaan Luar Biasa Najib

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 418 hits
Astro Awani Julai 05 2020Mohd Sharim diumumkan memenangi kerusi DUN itu dengan mendapat 13 872 undi BernamaPEKAN Kemenangan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini disifatkan sebagai manifestasi kerjasama parti...
Chini Memilih Prk Dun Chini Landasan Kekuatan Bn Hadapi Pru Najib

Chini Memilih Prk Dun Chini Landasan Kekuatan Bn Hadapi Pru Najib

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 349 hits
Astro Awani Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional yang juga Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yakin keputusan PRK DUN Chini landasan kekuatan BN dan Muafakat Nasional hadapi PRU ke 15 Foto Astro AWANI PEKAN Pilihan ...
Kejayaan Di Chini Adalah Pengiktirafan Untuk Najib Nama Muhyiddin Boleh Dipadam

Kejayaan Di Chini Adalah Pengiktirafan Untuk Najib Nama Muhyiddin Boleh Dipadam

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 380 hits
PRK Dun Chini berakhir dengan kemenangan bergaya calon BN Mohd Sharin Md Zain yang berjaya mengalahkan dua calon Bebas dengan majoriti 12 650 undi Beliau memperolehi 13 872 undi manakala calon Bebas Tengku Zainul Hisham Tengku Shukri mendap...
Prk Chini Suasana Kempen Kurang Menyengat

Prk Chini Suasana Kempen Kurang Menyengat

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 447 hits
PEKAN Penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri Chini merasakan suasana kempen Pilihan Raya Kecil kali ini tidak semeriah sebelum ini berikutan ia dilakukan dalam keadaan normal baharu Rata rata penduduk mendakwa tiada bendera parti dinaikk...
Ph Penakut Tak Berani Tanding Prk Chini

Ph Penakut Tak Berani Tanding Prk Chini

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 249 hits
PH penakut tak tanding PRK Chini kata penganalisis politik Seorang penganalisis politik menyifatkan Pakatan Harapan penakut kerana tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil Chini sedangkan ia patut bertanding untuk mengaktifkan jentera...
Keahlian Ppbm Calon Bebas Prk Chini Terhenti Serta Merta

Keahlian Ppbm Calon Bebas Prk Chini Terhenti Serta Merta

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 370 hits
Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin pada 18 Jun ketika mengumumkan akan bertanding PRK Chini sebagai calon bebas PETALING JAYA Keahlian PPBM calon bebas PRK DUN Chini Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin terhenti serta merta susulan tindakan b...
Prk Chini Cip Sharim Pamer Kempen Sistematik Temui Pengundi Pelbagai Peringkat

Prk Chini Cip Sharim Pamer Kempen Sistematik Temui Pengundi Pelbagai Peringkat

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 331 hits
UMNO ONLINEPEKAN Baru memasuki hari keempat kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini calon Barisan Nasional Mohd Sharim Md Zain dilihat mempamerkan gerak kerja kempen yang sistematik dengan telah bertemu hampir 40 peratus pengu...
Resipi Lengkap Ayam Gulai Padang Memang Sedap Gerenti Jadi

Exploring Europa Nasa S Europa Clipper Mission

Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah

The Data Driven Approach How Cpg Brands Can Leverage Consumer Behavior For Growth

In Kg Kelaik Protecting The Forest Act Of Political Resistance

Bayi Maut Dilanggar Suv Dipandu Bapa

Agy S Fun Filled Aidilfitri Celebrations Are A Family Affair

The Bmw R 12 G S Is The Neo Retro Adventure Bike We Ve Been Asking For


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


4 Remaja Ditahan Disyaki Merusuh Rosakkan Kenderaan

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad Penyimpan Mohor Besar Raja Raja Sahkan Tarikh

Jika Ada Salah Silap Kami Mohon Maaf

Sultan Pahang Wakilkan Tengku Arif Bendahara Sampaikan Kurniaan Peribadinya Kepada Abang Belon Di Hospital Serdang

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31