Dalam kempen pula, sebagaimana yang boleh dilihat di media sosial, Najib memang bekerja kuat dan bersungguh-sungguh untuk memastikan kejayaan kepada BN sentiasa dalam genggaman.Sepanjang kempen, meskipun lawan yang dihadapi hanya calon Bebas, semua pembesar UMNO juga telah turun berkempen untuk memastikan kemenangan itu.Ini dengan sendirinya memberi gambaran Najib masih diikriraf sebagai pemimpin besar, ada pengaruh besar serta punya masa depan yang besar selepas ini.Jika tidak, memandangkan hanya calon Bebas yang dihadapi, untuk apa semua pemimpin UMNO berduyun-duyun datang ke Chini seolah-olah lawan yang bertanding adalah pencabar yang boleh memberi cabaran berbisa?Tidak lain, hadirnya mereka itu adalah suatu pengiktirafan kepada Najib serta masa depannya.Selain itu, kerana mengiktiraf Najib juga, selain ramai pimpinan Pas yang turut berkempen, Azmin Ali sendiri terpaksa meluangkan masa dan menebalkan muka untuk turun sama berkempen ke Chini.Mengimbas pelbagai cemuhan dan kejian Azmin terhadap Najib sebelum ini, apa lagi lawan di Chini hanyalah calon Bebas, jika bekas Timbalan Presiden PKR itu tidak datang berkempen pun ia tentu saja boleh difahami dan tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada UMNO, BN atau sesiapa sekali pun.Tetapi, memandangkan Azmin sedar pengaruh Najib masih kuat dalam UMNO dan beliau dalam masa yang sama mengharapkan ihsan parti itu untuk memberinya laluan mudah bertanding di Parlimen Gombak, wajah miripnya yang kabur dalam “video Haziq” telah menjadi cerah serta bercahaya dilihat oleh pengundi-pengundi Chini.Untuk itu, meskipun semasa kempen di Chini ini turut dibayangi dengan beberapa kenyataan yang kononnya Muafakat Nasional mahu mengekalkan lagi Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang, kemenangan besar di Chini pada hakikatnya lebih melonjakkan lagi nama Najib sebagai faktor utamanya.Berdasarkan penerimaan, sokongan pemimpin dan keputusan pilihanraya itu, Najib langsung tidak dilihat sebagai pemimpin yang sedang dibicarakan atau dalam laluan menuju ke penjara.Kemenangan di Chini juga mengesahkan bahawa MN melalui UMNO dan Pas saja pun, tanpa Bersatu ada menyelit di dalamnya, cahaya mengambil semula kuasa sudah boleh tergambar dengan terang.Dengan begitu, tentu saja gambaran Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri selepas PRU15 akan datang sudah boleh dipadamkan mulai sekarang. (Shahbudindotcom 04/07/2020)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |