Ph Penakut Tak Berani Tanding Prk Chini


PH penakut tak tanding PRK Chini, kata penganalisis politik
Seorang penganalisis politik menyifatkan Pakatan Harapan (PH) penakut kerana tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini, sedangkan ia patut bertanding untuk mengaktifkan jentera parti selepas desas-desus berhubung pilihan raya umum mengejutkan.
Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utara Malaysia berkata BN dijangka memenangi PRK Chini, cuma yang menjadi persoalannya sama ada 2 calon bebas itu akan hilang deposit mereka.
“Satu kerugian besar bila PH tidak meletakkan calon kerana ia menidakkan peluang untuk mengukur kekuatan PH dan kesepaduan Perikatan Nasional (PN),” katanya kepada FMT.
“Jika ada calon bebas yang mampu kekalkan wang pertaruhan, maka ini boleh digunakan PH sebagai petunjuk untuk memperkecilkan pengaruh BN kerana dalam PRU14 calon PH hilang wang pertaruhan.”
PRK Chini menyaksikan pertandingan 3 penjuru antara calon BN, Mohd Sharim Md Zain bersama 2 calon bebas, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan Mohd Shukri Mohd Ramli.
Chini antara 4 kerusi Dewan Undangan Negeri di bawah Parlimen Pekan yang diwakili bekas perdana menteri, Najib Razak.
PRK Chini diadakan susulan kematian penyandangnya, Abu Bakar Harun akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.
Abu Bakar yang mewakili BN pada PRU 2018 meraih majoriti 4,622 undi, mengetepikan calon PAS yang mendapat 5,405 undi dan calon PKR mewakili PH yang meraih 1,065 undi.
Sementara itu, Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia berkata PRK Chini peluang terbaik BN dan Umno mempamerkan kekuatannya dalam PN.
“Ini adalah kerana kemenangan besar di Chini boleh dijadikan modal rundingan kerusi PRU15, jika BN berada dalam PN menjelang PRU akan datang.
“Ada juga yang membuat telahan keputusan Chini akan pamer kekuatan PN, tetapi perlu berhati-hati kerana salah seorang calon bebas mempunyai kaitan yang agak kuat dengan PPBM.”
Disebabkan pencabar BN ialah 2 calon bebas, katanya, parti itu perlu meraih majoriti besar, melebihi majoriti pada PRU14.
“Mengapa jumlah majoriti adalah penting? Ia kerana Umno khususnya dan Muafakat Nasional (MN) amnya mempunyai pengaruh kukuh di kalangan pengundi Melayu luar bandar.
“Senario politik ketika PRK Tanjung Piai adalah berbeza ketika ini kerana BN dan MN sudah berada dalam PN, iaitu sebahagian daripada kerajaan.”
Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya pula berkata, PRK Chini memperlihatkan kesan besar kerjasama PPBM dan MN atas nama PN.
“Keputusan PH tak bertanding akan menyebabkan undi tersebut beralih kepada 2 calon bebas.
“Namun, isu calon perdana menteri PH dijangka menyebabkan ramai penyokong PH protes tak mahu keluar mengundi atau tukar undi kepada BN.”
FMT
The post PH penakut, tak berani tanding PRK Chini. appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/22/ph-penakut-tak-berani-tanding-prk-chini/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ph-penakut-tak-berani-tanding-prk-chini

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Timbalan Ketua Bersatu Pekan Tanding Bebas Prk Chini

Timbalan Ketua Bersatu Pekan Tanding Bebas Prk Chini

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 612 hits
PEKAN Seorang lagi calon bebas dijangka menyertai Pilihan Raya Kecil DUN N 23 Chini Beliau ialah Tengku Dato Zainul Hisham Tengku Hussin iaitu Timbalan Ketua Parti Bersatu Pribumi Malaysia Bahagian Pekan Jika menjadi kenyataan maka pertembu...
Prk Chini Penyokong Tak Dibenarkan Berarak Iring Calon

Prk Chini Penyokong Tak Dibenarkan Berarak Iring Calon

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 379 hits
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun KUALA LUMPUR Suruhanjaya Pilihan Raya akan melaksanakan prosedur operasi standard yang ketat sepanjang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini ekoran penularan Covid 19 Pengerusin...
Jentera Bn Di Chini Cukup Bersedia Dengan Sop Normal Baharu Prk

Jentera Bn Di Chini Cukup Bersedia Dengan Sop Normal Baharu Prk

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 381 hits
PEKAN Walaupun Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini belum diketahui dengan jelas sama ada berlaku pertandingan atau sebaliknya rata rata jentera Barisan Nasional setempat dilihat menyerlah dan cukup bersedia Perkara tersebut diaku...
Prk Chini Penanda Aras Undian Ketika Covid 19

Prk Chini Penanda Aras Undian Ketika Covid 19

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 346 hits
PILIHAN Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini Pahang akan diadakan pada 4 Julai ini manakala hari penamaan calon adalah pada 20 Jun Tarikh bagi pengundian awal pula adalah pada 30 Jun PRK kali ini mencatatkan sejarah yang tersendiri apabil...
Penduduk Mahu Calon Anak Tempatan Ustaz Bertanding Prk Chini

Penduduk Mahu Calon Anak Tempatan Ustaz Bertanding Prk Chini

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 382 hits
KUANTAN Pertubuhan Suara Anak Pahang turun ke Chini berjumpa dengan penduduk termasuk di kampung tradisional bagi bertanyakan berhubung calon yang diingini mereka pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini yang dijadualkan pada 4 J...
Prk Chini Calon Bebas Boleh Menggugat Biar Pun Tak Hebat

Prk Chini Calon Bebas Boleh Menggugat Biar Pun Tak Hebat

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 452 hits
PEKAN Bahang pilihanraya kecil DUN Chini kian terasa Di sana sini orang memperkatakan soal PRK Chini biar pun pada awalnya ramai yang melihat calon BN akan menang tanpa bertanding selepas Pakatan Harapan mengumumkan tidak sertai PRK kali in...
Spr Tiada Ceramah Ziarah Atau Perhimpunan Untuk Prk Chini

Spr Tiada Ceramah Ziarah Atau Perhimpunan Untuk Prk Chini

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 438 hits
PUTRAJAYA Suruhanjaya Pilihan Raya akan menguatkuasakan prosedur operasi standard baru untuk pilihan raya kecil Chini yang akan diadakan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan Covid 19 Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata em...
Sah Tidak Bertanding Prk Chini Bersatu Tunjuk Setiakawan Pada Bn

Sah Tidak Bertanding Prk Chini Bersatu Tunjuk Setiakawan Pada Bn

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 805 hits
KUALA LUMPUR Keputusan ini dibuat untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon yang akan diputuskan oleh Barisan Nasional bagi mewakilil Perikatan Nasional Seluruh jentera Bersatu juga akan digerakkan untuk memastikan kemenangan wakil ...
Sharim Calon Bn Bagi Prk Dun Chini

Sharim Calon Bn Bagi Prk Dun Chini

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 575 hits
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail diiringi Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak bergambar kenangan bersama Calon BN Sharim Mat Zain pada Pengumuman Calon Barisan Nasional PRK N23 Dun Chini di Pejabat UMNO Bahagi...
Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Elak Tergelincir Di Bilik Air Ini 6 Design Selamat Yang Perlu Dititikberatkan

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Ancaman Sang Ultras