Ini Posisi Bahaya Ketika Ibu Hamil Tidur Cepat Cepat Ubah Posisi Bila Tersedar


Jika anda adalah seorang wanita yang sedang hamil, bagaimanakah posisi tidur ibu hamil yang anda amalkan? Anda tahu tak apa posisi tidur ketika hamil yang selamat?
Adakah anda dapat tidur yang cukup? Ada kajian mendapati sebenarnya… terdapat kesan tentang posisi tidur ketika hamil dan bayi! Apakah kesan yang dinyatakan tersebut?

Posisi tidur ibu hamil: Apa kepentingan tidur bagi wanita hamil?
Tidur sewaktu hamil adalah satu komponen penting bagi mengekalkan kesihatan ibu dan anak. Itu betapa pentingnya tidur bagi wanita hamil. Akan tetapi, banyak komplikasi yang sering dikaitkan dengan masalah kurang tidur sewaktu tempoh kehamilan seperti praeklampsia dan diabetes gestasi.
Walau bagaimanapun, kurang tidur sebenarnya sering menjadi masalah buat ibu hamil terutamanya ketika di trimester ketiga. Kajian yang dijalankan di China pada tahun 2017 mendapati 23.9% wanita daripada 2,345 subjek mengalami masalah sukar untuk tidur.
Terdapat pelbagai faktor yang boleh mempengaruhi kenapa wanita sukar tidur ketika hamil. Antaranya seperti:
Perubahan hormon ketika mengandung Simptom seperti loya, muntah dan kerap kencing yang dapat mengganggu kualiti tidur Keresahan dan ketidakstabilan emosi Kesan psikologi terutamanya jika terdapat perubahan dari segi dinamik perhubungan dengan pasangan Terlebih tidur: Bagus ke?
Jika ibu mengandung berisiko mendapat komplikasi akibat kurang tidur, adakah ini bermakna mereka perlu melelapkan diri sepanjang hari?Jawapannya, tidak. Kajian pada tahun 2013 menunjukkan mereka yang terlebih tidur (lebih 9 jam sehari) berisiko tinggi mendapat komplikasi kardiovaskular.
Rawatan bagi masalah sukar tidur penting untuk kesihatan bayi dan ibu pada paras yang optimum dalam jangka masa panjang.
Hubungan antara sukar tidur ketika hamil dan trimester kehamilan
Jika dilihat pada pola keletihan di kalangan wanita hamil, mereka seringkali mengalami kelesuan pada trimester pertama dan trimester ketiga. Trimester pertama kerana ia dikaitkan dengan perubahan hormon mendadak. Ini mengakibatkan terjadinya simptom kelesuan kesan loya, muntah dan hilang selera makan.
Bagaimana pula dengan trimester ketiga?
Semakin meningkat tempoh kehamilan mereka, semakin sukar untuk mereka dapat tidur selama 8 hingga 9 jam. Ini seringkali disebabkan masalah keresahan, takut dengan proses bersalin dan susah jumpa posisi tidur ketika hamil yang selesa. Terutamanya jika mereka sudah biasa tidur meniarap.
Terdapat kajian menunjukkan ibu yang tidur kurang 6 jam sehari akan mengalami proses bersalin yang lebih lama. Ini sekali gus meningkatkan kebarangkalian berlakunya pemilihan prosedur C-Section.

Posisi tidur ketika hamil dan berat badan bayi
Sekumpulan saintis Universiti Auckland, Australia mendapati wanita hamil yang tidur telentang semasa trimester ketiga, cenderung melahirkan bayi dengan berat badan yang rendah.
Berat bayi yang dilahirkan oleh ibu hamil tidur telentang berpurata sebanyak 3.41 kg. Berat ini kekurangan 144 gram berbanding berat bayi yang dilahirkan oleh ibu hamil yang tidur dengan posisi berlainan seperti tidur mengiring.
Posisi tidur terlentang: Adakah ia posisi tidur semasa hamil yang selamat?
Berbaring atau tidur terlentang dipercayai boleh menyebabkan perut yang sarat memampatkan vena cava, iaitu salur vena besar yang mengembalikan darah dari kepala dan seluruh badan ke jantung, dan aorta.
Ini mengurangkan kadar pembuangan karbon dioksida dan pengambilan oksigen oleh sel darah merah untuk dibekalkan ke seluruh badan, termasuklah janin. Rahim wanita yang sarat juga boleh menghimpit organ lain, menyebabkan mereka sukar untuk tidur. Ini akan menjejaskan kualiti tidur serta kebolehan untuk kekal terlelap di sepanjang malam.
Posisi tidur secara mengiring merupakan posisi yang ideal untuk ibu mengandung. Ia dapat memberikan tahap keselesaan yang optimum kepada si ibu, selain melancarkan aliran darah ke uri untuk tumbesaran janin.
Cuba letakkan bantal di bawah badan atau tinggikan aras kepala katil ketika tidur kepada posisi 45 darjah atau mana-mana yang anda selesa. Ia boleh melegakan simptom pedih ulu hati atau kesukaran untuk bernafas kesan himpitan rahim pada otot diafragma.
Oleh itu, bagi wanita hamil terutamanya bagi mereka yang berada pada trimester ketiga, cubalah untuk tidur dalam posisi tidur ketika hamil yang lain, selain terlentang.
Anda boleh mengiring ke kanan atau ke kiri untuk mengurangkan beban di atas saluran vena dan tulang belakang badan anda. Kami juga percaya tidur di bahagian sisi adalah lebih selesa berbanding tidur telentang bagi ibu yang sedang hamil.
Cuba biasakan diri tidur dalam posisi tersebut dari trimester pertama. Jika masalah sukar tidur atau simptom yang mengganggu menjadi semakin teruk, dapatkan rujukan doktor untuk rawatan selanjutnya.
Kredit: Hello Doktor

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Ini Posisi Bahaya Ketika Ibu Hamil Tidur! Cepat-Cepat Ubah Posisi Bila Tersedar appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ini-posisi-bahaya-ketika-ibu-hamil-tidur-cepat-cepat-ubah-posisi-bila-tersedar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Untuk Tidur Malam Yang Lena Semasa Hamil Ibu Mengandung

Tips Untuk Tidur Malam Yang Lena Semasa Hamil Ibu Mengandung

papar berkaitan - pada 12/1/2022 - jumlah : 366 hits
Tips Untuk Tidur Malam Yang Lena Semasa Hamil Ibu MengandungTips Untuk Tidur Malam Yang Lena Semasa Hamil Ibu Mengandung Ibu hamil sering mengalami masalah sukar tidur malam Menurut pakar lazimnya wanita akan mengalami masalah itu ketika aw...
Ibu Hamil Nak Tidur Dengan Lebih Lena Amalkan Pemakanan Ini

Ibu Hamil Nak Tidur Dengan Lebih Lena Amalkan Pemakanan Ini

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 209 hits
Alamak dah pukul 2 pagi tapi mata masih lagi segar Susahnya bila tak boleh tidur Pada waktu ini kita mesti tertanya tanya apa sebenarnya yang membuatkan kita mempunyai masalah tidur malam Sebenarnya tidur mempunyai hubungan yang kompleks de...
Doktor Ingatkan Asap Vape Bahaya Pada Ibu Hamil Bayi Dalam Kandungan Berisiko

Doktor Ingatkan Asap Vape Bahaya Pada Ibu Hamil Bayi Dalam Kandungan Berisiko

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 254 hits
Kita sudah sedia maklum vaping adalah merbahaya kepada kesihatan Tapi apa kesan terhadap second atau third hand vaping Adakah golongan 2nd dengan 3rd hand vaping ini juga akan mendapat kesan yang sama dengan first hand vaping Apa itu 2nd da...
Ibu Hamil Jangan Terlalu Ikutkan Mengidam Bahaya Bayi Meleleh Air Liur Mitos

Ibu Hamil Jangan Terlalu Ikutkan Mengidam Bahaya Bayi Meleleh Air Liur Mitos

papar berkaitan - pada 28/1/2022 - jumlah : 216 hits
Bertuahlah ibu jika semasa hamil tidak ada keinginan yang melampau atau apa yang diidamkan itu mudah didapati Menurut Jururawat Noor Nabila Masfuzah atau lebih dikenali Bel Nawhen mengidam membawa maksud sebagai keinginan yang tinggi terhad...
Saya Macam Tak Percaya Hamil Anak Kembar 3 Netizen Terkedu Melihat Saiz Perut Besar Ibu Hamil Triplets

Saya Macam Tak Percaya Hamil Anak Kembar 3 Netizen Terkedu Melihat Saiz Perut Besar Ibu Hamil Triplets

papar berkaitan - pada 27/1/2022 - jumlah : 770 hits
Seorang wanita yang mengandung kembar tiga menjadi tular di media sosial selepas dia mendokumentasikan perkembangan kehamilannya yang menunjukkan baby bump yang amat besar dan bertukar menjadi keunguan serta dipenuhi dengan lebam beberapa m...
Hiburan Rasa Macam Mimpi Layan Mengidam Ibu Hamil Wanita Ini Syukur Dapat Naik Kereta Ativa Warna Putih

Hiburan Rasa Macam Mimpi Layan Mengidam Ibu Hamil Wanita Ini Syukur Dapat Naik Kereta Ativa Warna Putih

papar berkaitan - pada 26/1/2022 - jumlah : 218 hits
Seorang wanita yang dikenali sebagai Nurul Naziha Ibrahim 27 memberanikan diri untuk mengirim mesej kepada pengacara TV terkenal a bagi meluahkan hasrat di hati Maklum Naziha dia yang kini sarat hamil 10 minggu berasa sungguh mengidam untuk...
Ibu Berhati Cekal Gigih Bawa Anak Ketika Bekerja Jadi Rider Demi Cari Rezeki Halal

Ibu Berhati Cekal Gigih Bawa Anak Ketika Bekerja Jadi Rider Demi Cari Rezeki Halal

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 237 hits
Dalam dunia yang semakin mencabar dikala pandemik covid 19 yang masih belum berakhir ramai yang masih struggle demi meneruskan kelangsungan hidup dan memastikan sumber kewangan tidak terputus Seperti seorang rider ini yang terpaksa berkorba...
Rambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin Ketika Hamil

Rambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin Ketika Hamil

papar berkaitan - pada 13/1/2022 - jumlah : 258 hits
Rambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin Ketika HamilRambut Gugur Terlalu Banyak Selepas Bersalin Ketika Hamil Masalah keguguran rambut boleh menyebabkan botak bengkak dan gumpalan rambut gugur Rambut yang lebih panjang masalah kegugura...
Cara Mudah Bagi Ibu Hamil Untuk Hilangkan Masalah Morning Sickness

Cara Mudah Bagi Ibu Hamil Untuk Hilangkan Masalah Morning Sickness

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 230 hits
Morning sickness adalah perkara biasa yang dialami oleh ibu hamil Ia biasanya dicirikan oleh rasa mual dan muntah pada waktu pagi dan merupakan salah satu simptom kehamilan yang biasa Morning sickness biasanya dialami sehingga usia kandunga...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran