Ini Perkara Perlu Diketahui Sebelum Pergi Buat Scaling Gigi Untuk Sesi Seterusnya Hello Doktor


Penjagaan mulut sangat penting yang kerap menjadi perhatian bagi kebanyakan orang. Apa tidaknya, mulut merupakan anggota badan yang penting.
Kesihatan mulut seperti penjagaan gigi perlulah dilakukan dengan kadar yang sesuai. Perkara ini supaya dapat mengelakkan kerosakan ataupun kesakitan pada bahagian sensitif tersebut.
Kini, sudah ramai yang mula mengambil berat akan kesihatan mulut dalam masyarakat kita.
Prosedur cuci gigi sudah tidak asing lagi untuk menyingkirkan karang gigi, bahkan banyak ditawarkan di klinik gigi kerajaan dan swasta.
Akan tetapi, seberapa kerapkah prosedur ini harus dilakukan oleh anda? Jom ikuti artikel ini untuk ketahui lebih lanjut.
Apa itu cuci gigi? Proses mencuci gigi ataupun scaling merupakan prosedur pembersihan plak gigi yang dilakukan oleh doktor gigi menggunakan alatan ultrasonik.
Karang gigi ialah pembentukan dan pengumpulan plak yang mengeras pada permukaan gigi. Ia boleh menyebabkan gigi tampak kuning dan tidak bersih.
Alat ultrasonik scaler akan menghasilkan getaran yang mampu menghancurkan karang gigi menjadi cebisan kecil di antara gigi.
Selain itu, ia juga boleh membersihkan karang gigi pada garis gusi yang sukar dibersihkan menggunakan berus gigi.
Semasa prosedur ini dijalankan, gusi boleh kelihatan bengkak, terasa ngilu bahkan berdarah. Hal ini kerana gusi dan gigi yang berkarang sedang menyesuaikan diri dengan proses tersebut.
Apakah itu karang gigi? Karang gigi atau plak gigi adalah gabungan lapisan nipis bakteria dan zarah makanan yang lembut, melekit dan tidak berwarna yang sentiasa terbentuk pada gigi.
Bakteria yang terkumpul akan membiak dengan cepat dalam plak gigi dan mengakibatkan jangkitan pada gusi. Secara tidak langsung, gusi akan berasa sakit dan berdarah.
Sekiranya plak gigi tidak dibersihkan dalam tempoh 10 hingga 14 jam dengan memberus gigi, ia akan berubah menjadi kalkulus atau tartar.
Setelah dibentuk, kalkulus iaitu karang gigi tidak dapat disingkirkan dengan memberus gigi dan hanya boleh dibuang melalui prosedur scaling.
Keperluan prosedur mencuci gigi Pembersihan gigi secara berkala oleh doktor gigi adalah penting untuk menyingkirkan karang gigi yang terus terbentuk walaupun dengan penjagaan gigi yang teliti.
Pembersihan profesional merangkumi mencuci dan menggilap gigi. Cuci gigi adalah rawatan bukan pembedahan yang biasa dilakukan untuk membuang karang gigi yang telah dijangkiti kuman.
Jika tidak dibuang, ia boleh membawa kepada penyakit periodontal atau gusi. Poket di antara gusi dan gigi akan menjadi lebih mendalam dan menyediakan persekitaran yang sempurna untuk bakteria tumbuh.
Bakteria mula membiak dengan cepat dan akan menjangkiti lebih banyak gusi. Hal ini boleh menyebabkan kelarutan tulang yang menyokong gigi dan menjadikan gigi semakin longgar.
Jika kejadian tersebut berlaku, rawatan akan menjadi lebih rumit untuk menyelamatkan gigi anda. Pembedahan gusi diperlukan untuk memastikan tisu di sekitar gigi sihat.
Berapa kerapkah prosedur ini dilakukan? Pembentukan plak pada gigi adalah proses yang berterusan. Sekiranya ia tidak dibuang dengan memberus gigi, ia boleh membentuk karang gigi dengan lebih pantas.
Individu yang berada dalam keadaan tersebut mungkin memerlukan pembersihan gigi berkala, setiap 6 bulan atau lebih.
Namun, adalah lebih baik jikalau pemeriksaan gigi dilakukan secara rutin setiap 6 bulan supaya doktor gigi boleh memeriksa kesihatan mulut anda.
Ramai yang beranggapan bahawa prosedur pembersihan karang gigi boleh melemahkan dan menghakis gigi tetapi ia salah sama sekali.
Prosedur pembersihan gigi secara berkala boleh membantu mencegah penyakit gusi dalam jangka masa panjang.
Risiko prosedur pembersihan gigi Selalunya, prosedur ini sangat selamat jika dijalankan oleh pakar gigi yang berpengalaman. Risikonya sangat rendah berbanding dengan prosedur yang lain.
Namun, ia boleh menyebabkan bakteria berbahaya masuk ke dalam aliran darah melalui luka semasa prosedur ini.
Selain itu, tisu gusi juga berisiko untuk dijangkiti kuman. Anda mungkin perlu mengambil antibiotik sebelum atau selepas prosedur jika mempunyai keadaan yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan teruk.
Kumpulan individu yang perlu mengambil antibiotik untuk prosedur ini termasuklah :
Mempunyai masalah jantung tertentu yang berpotensi untuk mendapat jangkitan kuman pada jantung (endokarditis) Sistem imun badan yang lemah dan terjejas Baru menjalani pembedahan yang besar terutama sekali melibatkan bahagian badan buatan manusia seperti pinggul buatan atau injap jantung Konklusi Prosedur pembersihan karang gigi mudah untuk dijalankan dan boleh mengelak penyakit gusi daripada berlaku.
Selepas melakukan prosedur tersebut, anda boleh terus menjaga kesihatan mulut anda dengan melakukan langkah-langkah berikut :
Berus gigi dan flos secara berkala untuk mengelak plak gigi mengeras Amalkan diet yang sihat, seimbang dan kurang gula Berhenti merokok atau mengunyah tembakau untuk mempercepatkan proses penyembuhan Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber: Hello Doktor
The post Ini Perkara Perlu Diketahui Sebelum Pergi Buat ‘Scaling’ Gigi Untuk Sesi Seterusnya – Hello Doktor appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/31/ini-perkara-perlu-diketahui-sebelum-pergi-buat-scaling-gigi-untuk-sesi-seterusnya-hello-doktor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Gopoh Ini Kriteria Penting Sebelum Beli Pembasmi Kuman Hello Doktor

Jangan Gopoh Ini Kriteria Penting Sebelum Beli Pembasmi Kuman Hello Doktor

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 255 hits
Cecair pembasmi kuman kini menjadi satu keperluan bagi setiap daripada kita dalam membasmi COVID 19 mengikut norma baharu Keadaan ini diambil sebagai peluang oleh sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan menjual produk berkenaa...
Jangan Buat Main 16 Perkara Ini Petanda Paras Gula Darah Sedang Mencanak Naik Yang Perlu Tahu Hello Doktor

Jangan Buat Main 16 Perkara Ini Petanda Paras Gula Darah Sedang Mencanak Naik Yang Perlu Tahu Hello Doktor

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 252 hits
Penjagaan tubuh badan sememangnya sangat penting bagi mengelakkan sebarang penyakit yang berbahaya Justeru pengambilan makanan dan minuman bergula perlu dikurangkan bagi mengelak sebarang penyakit yang berbahaya seperti diabetes Adalah pent...
Anak Tak Nak Makan Tu Perkara Biasa Tapi Ini Tip Doktor Sarankan Ibu Buat Jemput Selera Anak

Anak Tak Nak Makan Tu Perkara Biasa Tapi Ini Tip Doktor Sarankan Ibu Buat Jemput Selera Anak

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 366 hits
Anak anak memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk membesar dengan baik namun ada antara anak anak yang menolak untuk makan Kalau diikutkan itu memang perkara normal yang sering berlaku tapi sebagai ibu bapa pastinya perasaan risau akan ter...
Gigi Kekal Si Kecil Dah Mula Tumbuh Perlukah Gigi Susu Dicabut Ini Yang Doktor Gigi Sarankan Mak Ayah Kena Ambil Tahu

Gigi Kekal Si Kecil Dah Mula Tumbuh Perlukah Gigi Susu Dicabut Ini Yang Doktor Gigi Sarankan Mak Ayah Kena Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 334 hits
Gigi kekal sudah tumbuh di belakang perlukah gigi susu dicabut Hal ini sering menjadi dilema pada mama papa Perlukah dibawa ke klinik atau biarkan ia tercabut sendiri Mama tengok ni Ada gigi baru tumbuh kat belakang gigi Anis kata Anis samb...
11 Langkah Perlu Diteliti Untuk Move On Lepas Kena Buang Kerja Hello Doktor

11 Langkah Perlu Diteliti Untuk Move On Lepas Kena Buang Kerja Hello Doktor

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 193 hits
Pandemik Covid 19 telah menyebabkan seluruh dunia melalui episod yang sangat sukar untuk dihadapi Pelbagai sektor di setiap negara terpaksa ditutup sementara demi mengelakkan penularan virus tersebut Keadaan tersebut juga menyebabkan ramai ...
Covid 19 Jangan Pakai Pelitup Muka Di Dagu Ini 8 Perkara Anda Wajib Ambil Peduli Sebelum Terlambat

Covid 19 Jangan Pakai Pelitup Muka Di Dagu Ini 8 Perkara Anda Wajib Ambil Peduli Sebelum Terlambat

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 418 hits
Bermula pada 1 Ogos 2020 masyarakat perlu lebih berjaga jaga dan menitikberatkan tentang pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan tempat tempat awam yang sesak selepas diwajibkan oleh kerajaaan untuk membendung daripada jangkit...
Kenapa Air Liur Basi Berbau Busuk Doktor Gigi Ini Ada Penjelasannya

Kenapa Air Liur Basi Berbau Busuk Doktor Gigi Ini Ada Penjelasannya

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 291 hits
Kalau kita tidur mesti akan terkeluar air liur basi bukan Air liur basi yang keluar ketika tidur ini bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak kanak atau bayi malah orang dewasa pun turut terlibat sama Jangankan ketika tidur malam terlelap ...
Ibu Pergi Sehari Sebelum Majlis Nikah Anak Takziah Tahniah Silih Berganti

Ibu Pergi Sehari Sebelum Majlis Nikah Anak Takziah Tahniah Silih Berganti

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 372 hits
Menurut nuna ibu mertuanya telah mengalami kemalangan jalan raya sehingga meninggal dunia iaitu sehari sebelum dia dan suami bernikah Tarikh yang banyak kenanganNuna memaklumkan bahawa pada tarikh pernikahan mereka sememangnya menyimpan ban...
Jangan Takut Bawa Anak Pergi Vaksin Masa Covid 19 Ini 3 Cara Ibu Bapa Perlu Lakukan Ketika Jumpa Doktor

Jangan Takut Bawa Anak Pergi Vaksin Masa Covid 19 Ini 3 Cara Ibu Bapa Perlu Lakukan Ketika Jumpa Doktor

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 391 hits
Susulan virus COVID 19 yang melanda Malaysia lebih sukar untuk ibu bapa membawa anak sakit ke hospital Walaupun kerajaan masih menggalakkan ibu bapa untuk bawa anak ke hospital untuk tujuan pemeriksaan rutin ibu bapa pasti berasa risau kera...
Hasrat Bertemu Isteri Tidak Kesampaian Lelaki Maut Kemalangan

After Terengganu Mb S Surveillance Claim Pm Anwar Confirms All Top Leaders Monitored Including Him

Sihat Dan Kaya

Jais Periksa Semua Tanah Kawalan Elak Pencerobohan

Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Kereta Yusoff Rawther Terkunci Tak Dapat Diakses Orang Lain

Group Demands Usm Halt Bujang Valley Talk Over Hindu Buddhist Agenda

China Balas Tarif Trump Dengan 125 Sindir Akan Jadi Bahan Jenaka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Rahim Yang Sama Lakonan Nabila Huda Mhia Firdaus

Cabaran Berniaga Masa Kini Era 2025

Aktiviti Ketua Aktivis Ppim Santuni Warga Palestin Di Asrama Picoms Ppim 11 04 2025

Aktiviti Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Ppim 10 04 2025

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Drama Dari Rahim Yang Sama