11 Langkah Perlu Diteliti Untuk Move On Lepas Kena Buang Kerja Hello Doktor


Pandemik Covid-19 telah menyebabkan seluruh dunia melalui ‘episod’ yang sangat sukar untuk dihadapi. Pelbagai sektor di setiap negara terpaksa ditutup sementara demi mengelakkan penularan virus tersebut.
Keadaan tersebut juga menyebabkan ramai individu yang terpaksa diberhentikan kerja kerana ekonomi yang semestinya tidak berjalan lancar. Ini sekaligus akan meningkatkan masalah tekanan di dalam kalangan mereka yang tidak bekerja.
Ramai yang kena buang kerja sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu.
Bahkan sekarang pun, tatkala negara sedang menempuhi tempoh pemulihan ekonomi, masih ada individu yang kena buang kerja dan ramai juga yang dipotong gaji.
Keadaan ini boleh mempengaruhi hala tuju, kualiti hidup dan bebanan yang ditanggung oleh individu terbabit.
Mereka yang telah dibuang kerja susah untuk mendapatkan kerja baharu dalam masa terdekat.
Malahan, faktor lain seperti risiko mendapat jangkitan COVID-19 dan ketidakupayaan untuk keluar rumah kerana faktor tertentu boleh mendedahkan anda kepada masalah mental seperti kemurungan.
Memang sukar untuk kita hadapi stres kena buang kerja.
Namun ada langkah yang boleh bantu anda kekal positif bagi memelihara kesihatan mental sepanjang tempoh PKP fasa pemulihan ini.
Kajian berkaitan dengan kena buang kerja dan masalah kesihatan mental Stigma kepada masalah kesihatan mental seperti kemurungan, keresahan, penggunaan bahan terlarang dan rasa ingin bunuh diri masih wujud dalam kalangan masyarakat.
Ia merupakan permasalahan yang tidak menunjukkan tanda jelas, maka ramai yang mudah untuk terlepas pandang akan hal ini.
Lebih teruk lagi, sepanjang musim PKP, faktor seperti hilang kerja, kurang aktiviti sosial dan takut dijangkiti virus boleh menyebabkan kesihatan mental terjejas.
Banyak kajian telah menunjukkan, mereka yang kehilangan pekerjaan mempunyai risiko tinggi untuk mendapat masalah kemurungan dan keresahan.
Faktor berikut boleh menyebabkan tahap kesihatan psikologi anda terjejas.
Tiada hala tuju yang jelas setelah kena buang kerja. Alami kesukaran untuk menanggung kos keperluan asas peribadi/keluarga. Tiada/kurang interaksi sosial boleh mempengaruhi tahap kesihatan mental individu. Kebanyakan individu tidak boleh beradaptasi dengan baik sepanjang tempoh kena buang kerja seperti minum alkohol, ambil dadah terlarang dan sebagainya. Kekurangan wang atau sumber keperluan lain bagi mengekalkan tahap kesihatan mental. Bagi mengelakkan isu kesihatan mental daripada terus menjadi teruk selepas dibuang kerja, anda perlu mengenal pasti beberapa isu seperti:
Hakikat atau realiti anda tidak mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan. Perasaan atau sebarang tekanan yang timbul setelah anda dibuang kerja. Langkah atau pilihan yang ada semasa anda sedang menganggur Setiap perkara mempunyai sisi positif dan negatif yang tersendiri.
Anda mungkin hilang pekerjaan, namun, ia tidak bermakna tiada ruang dan peluang yang menunggu.
Kebanyakan individu jatuh terduduk selepas mendapat notis dibuang kerja.
Apa yang perlu anda pelajari sekarang adalah cara untuk bangun bagi mengelakkan situasi semasa menjadi bertambah teruk.
Antara pilihan yang boleh diambil adalah:
Cari peluang pekerjaan yang lain. Tidak kiralah jika anda hendak mencari ruang bekerja di syarikat lain atau anda ingin menjalankan projek sendiri, ada banyak cara anda boleh mula bekerja sendiri. Pantau perbelanjaan semasa dengan lebih ketat. Pastikan anda tidak berbelanja pada perkara yang tidak patut. Potong mana yang tidak perlu dan belajar untuk jadi lebih cermat. Sambung belajar. Ambil peluang untuk sambung belajar atau sertai kelas online bagi memperkayakan diri dengan kemahiran baharu. Semakin tinggi penguasaan anda terhadap sesuatu bidang, semakin banyak peluang yang tersedia. Mohon sebarang bentuk bantuan untuk mengurangkan komitmen bulanan anda. Jika anda mempunyai hutang peribadi dengan bank atau pihak ketiga yang berlesen, berbincanglah dengan mereka agar ia tidak mempengaruhi tahap kesukaran anda menguruskan kewangan. Kemas kini maklumat resume sebelum memohon pekerjaan lain. Sedikit sebanyak ia boleh bantu meningkatkan kebolehpasaran anda untuk mencari pekerjaan. Jaga kesihatan mental selepas kena buang kerja Ia bukan sahaja melibatkan stres dan tekanan selepas dibuang kerja. Anda perlu menjaga kesihatan fizikal sebaiknya.
Bak kata pepatah, ‘otak yang cerdas ada pada badan yang cergas’.
Antara langkah yang boleh diamalkan adalah:
Jaga pengurusan diri supaya jadi lebih teratur. Kekalkan interaksi sosial dengan sahabat handai dan ahli keluarga. Rancang aktiviti harian. Pastikan anda bersenam mengikut saranan semasa. Seminggu, luangkan sekurang-kurangnya 150 minit bagi melakukan senaman. Elak menggunakan teknik adaptasi tidak sihat seperti makan tidak terkawal dan pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan. Jika anda perlukan bantuan profesional, jangan teragak-agak untuk mendapatkan perkhidmatan pusat kesihatan berhampiran. Konklusi Anda perlu tahu cara untuk mengawal emosi selepas kena buang kerja.
Sepanjang tempoh PKP, oleh sebab banyak syarikat mengalami kemelesetan ekonomi, mereka perlu mengurangkan perbelanjaan dan hal ini termasuklah tenaga kerja.
Jika dibuang kerja, ingatlah, ia tidak semestinya mempunyai kaitan dengan prestasi kerja anda.
Sebaliknya, tukar perspektif ke arah yang lebih positif. Mungkin ada peluang yang lebih baik untuk diterokai berbanding dengan pekerjaan anda yang terdahulu?
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Sumber: Hello Doktor
The post 11 Langkah Perlu Diteliti Untuk ‘Move On’ Lepas Kena Buang Kerja – Hello Doktor appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/07/31/11-langkah-perlu-diteliti-untuk-move-on-lepas-kena-buang-kerja-hello-doktor/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Perkara Perlu Diketahui Sebelum Pergi Buat Scaling Gigi Untuk Sesi Seterusnya Hello Doktor

Ini Perkara Perlu Diketahui Sebelum Pergi Buat Scaling Gigi Untuk Sesi Seterusnya Hello Doktor

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 213 hits
Penjagaan mulut sangat penting yang kerap menjadi perhatian bagi kebanyakan orang Apa tidaknya mulut merupakan anggota badan yang penting Kesihatan mulut seperti penjagaan gigi perlulah dilakukan dengan kadar yang sesuai Perkara ini supaya ...
Jangan Buat Main 16 Perkara Ini Petanda Paras Gula Darah Sedang Mencanak Naik Yang Perlu Tahu Hello Doktor

Jangan Buat Main 16 Perkara Ini Petanda Paras Gula Darah Sedang Mencanak Naik Yang Perlu Tahu Hello Doktor

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 231 hits
Penjagaan tubuh badan sememangnya sangat penting bagi mengelakkan sebarang penyakit yang berbahaya Justeru pengambilan makanan dan minuman bergula perlu dikurangkan bagi mengelak sebarang penyakit yang berbahaya seperti diabetes Adalah pent...
Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 427 hits
Bayi 6 bulan bulan ke bawah mudah tersedak susu Pemilihan puting susu dan teknik memberikan susu penting untuk diperhatikan Ikuti penerangan doktor ini Dr Farhanah Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic Klinik Ibu dan Anak telah berkongsi beber...
Jangan Gopoh Ini Kriteria Penting Sebelum Beli Pembasmi Kuman Hello Doktor

Jangan Gopoh Ini Kriteria Penting Sebelum Beli Pembasmi Kuman Hello Doktor

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 240 hits
Cecair pembasmi kuman kini menjadi satu keperluan bagi setiap daripada kita dalam membasmi COVID 19 mengikut norma baharu Keadaan ini diambil sebagai peluang oleh sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan dengan menjual produk berkenaa...
Hrdf Jamin Kerja Kurangkan Pengangguran

Hrdf Jamin Kerja Kurangkan Pengangguran

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 152 hits
HARAKAH DAILY KUALA LUMPUR Kementerian Sumber Manusia telah melancarkan Inisiatif Pembangunan Sumber Manusia Berhad di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara yang dikenali sebagai PENJANA HRDF pada 22 Jun lalu bertujuan untuk menyokong agen...
Achey Tunai Janji Teruskan Kerja Kerja Tergendala Arwah Abam

Achey Tunai Janji Teruskan Kerja Kerja Tergendala Arwah Abam

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 294 hits
Sebelum ini Achey pernah berjanji untuk meneruskan segala kerja kerja arwah Abam yang tergendala selepas arwah Abam meninggal dunia pada 10 Februari lepas Selain dari untuk melunaskan segala kerja kerja berkenaan tujuan Achey bertindak sede...
Cik Nor Dah Kerja Ke

Cik Nor Dah Kerja Ke

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 332 hits
Assalamualaikum Mesti ramai yang ternanti nanti Cik Nor mengemas kini entri untuk ceritakan tempat Cik Nor kerja sekarang Mana taknya setiap entri Cik Nor cerita yang Cik Nor tiada masa dah sekarang ni sebab dah kerja Bukan kerja tetap pun ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba