Anak Tak Nak Makan Tu Perkara Biasa Tapi Ini Tip Doktor Sarankan Ibu Buat Jemput Selera Anak


Anak-anak memerlukan nutrisi yang secukupnya untuk membesar dengan baik, namun ada antara anak-anak yang menolak untuk makan. Kalau diikutkan itu memang perkara normal yang sering berlaku, tapi sebagai ibu bapa pastinya perasaan risau akan terbit bimbang nutrien yang diperlukan mereka tidak cukup lantas menyebabkan pertumbuhan mereka terjejas.
Menerusi persoalan yang diutarakan oleh seorang ibu kepada Dr Zubaidi Hj Ahmad, beliau memberikan beberapa tip untuk bangkitkan selera si kecil yang sering menolak untuk makan. Semoga bermanfaat untuk ibu-ibu yang mengalami masalah sebegini.

DOKTOR, KENAPA ANAK SAYA TAK MAHU MAKAN?
“Doktor, saya mempunyai seorang anak berumur 1 tahun 6 bulan. Apa yang merisaukan saya ialah anak saya agak sukar untuk makan. Beliau hanya makan apabila benar-benar lapar, itu pun satu dua suap saja. Saya pernah memberikan anak saya vitamin untuk menambah selera makan beliau, tetapi nampaknya tidak berkesan. Saya amat risau apabila anak saya kelihatan kurus, walaupun beliau aktif.”
Wa alaikum mus salam.
Masalah anak yang agak sukar untuk makan agak biasa berlaku, terutama apabila umur beliau memasuki umur setahun.
Banyak punca anak mempunyai masalah ini. Jika anak puan sihat dan telah mendapat pemeriksaan doctor, maka ada beberapa langkah yang puan boleh ambil untuk mengurangkan masalah ini.
1. Jangan paksa anak
Kebiasaannya kanak-kanak mempunyai sikap memilih makanan. Ada makanan yang tidak disukai dan ada beberapa makanan yang amat disukainya.
Jangan memaksa anak anda mencuba makanan yang baru, sentiasa menyediakan makanan kegemarannya. Cuma pastikan makanan itu berkhasiat.
2. Jangan janji ganjaran makanan tidak sihat
Jangan cuba memujuk anak anda dengan menjanjikan sesuatu jika dia menghabiskan makanan yang diberikan. Ada ibu yang berjanji akan memberikan anak mereka gula-gula atau coklat jika menghabiskan makanan yang diberikan. Ini adalah satu langkah yang silap, kerana kanak-kanak itu akan menjadi lebih gemar kepada gula-gula atau kek, bukannya makanan yang disediakan. Ini menyebabkan mereka menjadi peminat makanan yang tidak berkhasiat.
3. Jadi kreatif
Cuba sediakan makanan yang nampak sedap dengan menghiaskan makanan itu dengan warna-warna terang seperti meletakkan lobak merah dan sayuran-sayuran berwarna yang lain. Pastikan makanan itu mempunyai warna yang terang dan menarik.
4. Elak marah dan ugut anak
Galakkan anak untuk memakan dengan lebih banyak. Sekiranya beliau tidak dapat habiskan makanan itu, jangan paksa dengan memarahi atau mengugut. Jangan berikan wajah yang marah dan risau apabila anak tidak dapat habiskan makanan atau tidak mahu makan. Kanak-kanak ada kalanya akan sengaja tidak mahu makan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka.
5. Variasikan makanan
Jangan memberikan makanan yang sama sepanjang hari. Walaupun kanak-kanak sepatutnya makan tiga kali sehari, tetapi mereka juga harus diberikan makanan lain selain nasi, sekurang-kurangnya dua kali dalam sehari. Makanan selain daripada nasi seperti keju, biskut ‘whole-grain’, yogurt, epal dan strawberi kisar boleh diberikan kepada mereka.
6. Tukar makanan berkhasiat
Sekiranya kanak-kanak itu masih tidak mahu makan nasi yang biasa dihidangkan, jangan paksa. Berikan makanan selain nasi dengan lebih banyak (pastikan ia berkhasiat) setelah beberapa jam kemudian.

7. Maklum awal sebelum masa makan
Ketika menyediakan makanan, beritahu anak bahawa hidangan sedang disediakan, sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal. Ada sesetengah kanak-kanak mengambil masa yang lebih lama untuk membina selera, terutama sekali sekiranya mereka tengah asyik bermain.
8. Rutin waktu makan yang sama
Pilih masa makan yang tetap kerana ini membantu kanak-kanak menjadi lebih mudah lapar apabila waktu yang ditetapkan tiba.
9. Makan bersama keluarga
Makan bersama ahli keluarga yang lain dan jadikan sesi makanan sebagai satu aktiviti keluarga yang ceria. Makan bersendirian akan mengurangkan selera mereka.
10. Makan dengan santai dan gembira
Jangan bertelagah dan marah-marah ketika makan. Jadikan suasana makan sebagai suasana yang santai dan menggembirakan.
Sumber:#HealthDrZubaidi
 
The post Anak Tak Nak Makan Tu Perkara Biasa, Tapi Ini Tip Doktor Sarankan Ibu Buat ‘Jemput’ Selera Anak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/anak-tak-nak-makan-tu-perkara-biasa-tapi-ini-tip-doktor-sarankan-ibu-buat-jemput-selera-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Otak Anak Makin Bijak Hebat Cuba 5 Cara Doktor Sarankan Ni Memang Membantu

Nak Otak Anak Makin Bijak Hebat Cuba 5 Cara Doktor Sarankan Ni Memang Membantu

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 397 hits
Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya jadi nak didik anak anak memang perlu dari kecil lagi Kalau ibu ayah nak anak anak membesar menjadi anak yang bijak dan hebat jadi dari kecil kena terapkan amalan atau rutin yang boleh membua...
Nak Ramai Anak Tapi Tak Ikut Saranan Doktor Nyawa Isteri Hampir Tergadai Tanggung Derita Rahim Hampir Pecah

Nak Ramai Anak Tapi Tak Ikut Saranan Doktor Nyawa Isteri Hampir Tergadai Tanggung Derita Rahim Hampir Pecah

papar berkaitan - pada 17/7/2020 - jumlah : 332 hits
Mempunyai anak yang ramai memang memeriahkan sesebuah keluarga namun ia mestilah atas persetujuan bersama kerana yang akan melahirkan dan melalui tempoh hamil serta kesakitan ketika bersalin adalah sang isteri Memang tak salah untuk punya a...
Serius Sedap Roti Burnt Cheese Topping Ni Senang Nak Buat Anak Makan Tak Cukup Satu

Serius Sedap Roti Burnt Cheese Topping Ni Senang Nak Buat Anak Makan Tak Cukup Satu

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 432 hits
Mama kalau nak masak sesuatu mesti nak ikut selera anak maklum sahajalah anak anak ni ada ketikanya selera mereka tak dapat diagak Sudahnya menu yang sama diminta berulang kali Untuk elakkan anak anak minta menu yang sama mama kena jadi sed...
Tak Payah Beli Anak Nak Makan Kaya Ball Buat Sendiri Je Senang Sangat

Tak Payah Beli Anak Nak Makan Kaya Ball Buat Sendiri Je Senang Sangat

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 412 hits
Sesekali ubah selera anak ketika minum petang pastinya buat anak makin bertambah selera Kali ini pikat selera anak dengan menu kedai pula Kaya Ball yang biasanya kita beli mama boleh cuba sendiri di rumah Rupanya cara hendak membuatnya cuku...
Nak Latih Anak Tidur Sendiri Kena Mula Dari Bayi Tip Terakhir Tu Paling Penting Kena Ajar Pada Bayi

Nak Latih Anak Tidur Sendiri Kena Mula Dari Bayi Tip Terakhir Tu Paling Penting Kena Ajar Pada Bayi

papar berkaitan - pada 19/7/2020 - jumlah : 344 hits
Waktu tidur adalah waktu penting tumbesaran bayi Sebagai ibu bapa kita sering keliru cara tidurkan bayi yang terbaik Ada 7 kaedah melatih bayi tidur sendiri untuk dicuba Proses tumbesaran bayi Proses tumbesaran adalah antara fasa penting da...
Jahit Sendiri Face Mask Untuk Anak Ibu Ini Kongsi Tutorial Lengkap Mudah Nak Buat Jimat

Jahit Sendiri Face Mask Untuk Anak Ibu Ini Kongsi Tutorial Lengkap Mudah Nak Buat Jimat

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 433 hits
Pada awal bulan Julai yang lalu anak anak tadika sudah mula bersekolah hari ini kakak dan abang di sekolah rendah dan juga menengah pula memulakan persekolahan Antara benda yang perlu dibawa bersama ke sekolah adalah face mask Pemakaian fac...
Ibu 4 Orang Anak Mohon Bantuan Nak Bayar Deposit Rumah Sewa Lepas Sekian Lama Menumpang

Ibu 4 Orang Anak Mohon Bantuan Nak Bayar Deposit Rumah Sewa Lepas Sekian Lama Menumpang

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 367 hits
Terbaru tular di media sosial Facebook mengenai kisah suka duka seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada empat orang cahaya mata setelah suaminya ditahan oleh pihak polis Dalam perkongsian kisah tersebut Natipah Abu juga memohon jasa b...
Sebelum Pertimbang Nak Tambah Anak Fikir Dulu 5 Perkara Penting Ini Ya

Sebelum Pertimbang Nak Tambah Anak Fikir Dulu 5 Perkara Penting Ini Ya

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 290 hits
Kami ingin bertanya kepada anda adakah anda mempunyai perancangan atau impian untuk membentuk pasukan bola sepak daripada anak anak anda sahaja Berapakah jumlah pemain yang ingin anda hasilkan Perancangan memiliki ramai anak sememangnya kel...
Berselera Anak Makan Sambil Tengok Gajet Tapi Ini Bahaya Yang Mak Ayah Perlu Tahu

Berselera Anak Makan Sambil Tengok Gajet Tapi Ini Bahaya Yang Mak Ayah Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 12/7/2020 - jumlah : 496 hits
Bila anak dah mula makan macam macam benda yang ibu lakukan untuk menarik minat si kecil untuk berselera Bukan sahaja mencuba pelbagai resipi yang enak malah juga buat pelbagai cara untuk anak boleh duduk diam dan makan dengan tenang Salah ...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Umno Tidak Mampu Bertahan Sendiri Zahid Hamidi Bertaruh Nasib Dengan Pakatan Harapa

Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam