Gigi Kekal Si Kecil Dah Mula Tumbuh Perlukah Gigi Susu Dicabut Ini Yang Doktor Gigi Sarankan Mak Ayah Kena Ambil Tahu


Gigi kekal sudah tumbuh di belakang, perlukah gigi susu dicabut? Hal ini sering menjadi dilema pada mama papa. Perlukah dibawa ke klinik atau biarkan ia tercabut sendiri.

“Mama tengok ni. Ada gigi baru tumbuh kat belakang gigi Anis,” kata Anis sambil mengangakan mulut ke arah ibunya. Setelah diteliti, memang ada gigi baru kekal tumbuh di belakang gigi kacip bawah. Memang sudah agak panjang dan tumbuhnya menyenget. Gigi kacip susunya itu juga sudah mula bergoyang apabila ditolak lembut dengan jari. Timbul kekeliruan pada fikiran si ibu sama ada ingin mencabut gigi susu tersebut untuk memberi laluan kepada gigi kekal tumbuh atau membiarkan sahaja gigi susu tersebut tercabut sendiri. Mama dalam dilema…
Situasi begini biasa terjadi pada kanak-kanak yang mula melalui fasa tumbuh gigi kekal seawal usia enam tahun. Bagaimana untuk membuat keputusan sama ada perlu mencabutnya atau tidak? Sekiranya dibiarkan adalah gigi kekal tersebut akan tumbuh senget dan bertindan.
GIGI SUSU MULA GOYANG
Menurut pandangan profesional pergigian, Dr Mazleen Abdul Rahman dari Klinik Pergigian Dr. Leen mengatakan masalah atau dilema ini biasa berlaku terutama sekali bagi ibu bapa dan anak pertama mereka. Katanya ramai yang mendapatkan perkhidmatan untuk mencabut gigi apabila gigi susu anak mereka mula bergoyang.

“Gigi susu pertama biasanya akan tumbuh apabila umur kanak-kanak berusia sekitar enam bulan dan biasanya apabila kanak-kanak berusia dua setengah hingga tiga tahun, semua gigi susunya telah tumbuh sepenuhnya. Biasanya gigi kacip akan tumbuh terlebih dahulu, diikuti dengan gigi geraham pertama, kemudian gigi taring dan gigi geraham kedua. Gigi bawah akan tumbuh dulu diikuti dengan gigi atas mengikut urutan tetapi ada juga yang sebaliknya gigi atas tumbuh dulu.
“Apabila umur kanak-kanak sekitar enam tahun, biasanya gigi kacip bahagian bawah akan mula bergoyang. Hal ini terjadi kerana akar gigi susu tersebut telah dihakis oleh gigi kekal yang mula bergerak ke permukaan gusi. Jika gigi yang bergoyang dicabut terlalu awal, maka gigi kekal yang bakal tumbuh akan menjadi makin lambat tumbuh kerana akar gigi yang menjadi rujukan telah tiada. Biasanya gigi yang bergoyang akan tanggal dengan sendirinya apabila tiba masanya,” kata Dr Mazleen.
Kanak-kanak akan memiliki 20 batang gigi susu. Warnanya putih dan akan mula luruh apabila mencecah usia lima tahun ke atas dan diganti dengan gigi kekal.
5 KEADAAN GIGI SUSU PERLU DICABUT OLEH DOKTOR
Walau pun begitu, Dr Mazleen memberikan beberapa keadaan yang memerlukan gigi si manja dicabut oleh doktor gigi iaitu:
1. Apabila gigi kekal telah tumbuh di bahagian belakang gigi susu pada bahagian rahang bawah atau gigi kekal telah tumbuh di bahagian hadapan gigi susu bagi rahang atas sedangkan gigi susu masih belum tanggal lagi.
2. Gigi susunya si manja boleh dicabut apabila ia telah rosak teruk dan selalu menyebabkan gusi bengkak dan bernanah serta sakit yang menyebabkan kanak-kanak sukar makan walaupun pernah dirawat beberapa kali oleh doktor gigi.
3. Keadaan gigi susu yang menyekat pertumbuhan gigi kekal atau menghalang gigi kekal dari tumbuh ke tempat sepatutnya.
4. Apabila sudah sampai masanya untuk gigi itu tanggal tetapi tidak tanggal juga pada usia lapan tahun. Hal ini kerana biasanya bila gigi kekal tidak kelihatan kerana berada di bawah gigi susu.
5. Sekiranya ibu dan bapa tidak mampu dan atau tidak berani untuk mencabut sendiri gigi anak yang sudah bergoyang.

MITOS TENTANG GIGI TIDAK TERSUSUN
Selain itu, menurut Dr Mazleen, terdapat mitos yang mengatakan sekiranya gigi susu yang sudah bergoyang tidak dicabut segera, gigi kekal yang tumbuh akan menjadi tidak tersusun dan bertindan. Katanya,hal tersebut adalah tidak benar sama sekali. Terdapat beberapa keadaan dan faktor yang boleh menyebabkan gigi kekal tumbuh menjadi tidak teratur?
1. Keturunan
Rahang muka yang kecil dan gigi yang besar menyebabkan gigi tidak mendapat tempat untuk tumbuh jadi tumbuh secara tidak teratur. Jika ibu atau ayah atau kedua-duanya sekali mempunyai gigi yang tidak teratur maka besar kemungkinan anak juga mempunyai masalah yang sama.
2.Gigi yang dicabut terlalu awal
Gigi yang rosak atau bergoyang yang dicabut terlalu awal akan menyebabkan gigi lain bergerak mengambil tempat kawasan yang dicabut. Hal ini mengakibatkan gigi yang sepatutnya tumbuh di lokasi tersebut tiada tempat . Biasanya gigi yang berlapis adalah gigi geraham kecil dan juga gigi taring.
3.Gigi susu yang tidak dicabut
Gigi tidak teratur biasanya terjadi apabila gigi susu yang tidak dicabut walaupun gigi kekal telah tumbuh. Pada kebanyakan keadaan, gigi kekal menjadi berlapis-lapis dan tidak tersusun.
TIP ELAK ANAK TRAUMA UNTUK PERIKSA GIGI
Dr Mazleen menyarankan ibu bapa agar membawa si manja untuk pemeriksaan gigi dari usia muda iaitu dalam usia dua atau tiga tahun. Bukan sahaja bertujuan cabut gigi, tetapi untuk pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
 
“Hal ini amat penting kerana apabila mereka sudah biasa dan tidak takut dengan doktor gigi maka senang untuk mendapatkan rawatan sama ada tampalan atau cabut. Jangan sesekali memaksa mereka untuk mendapatkan rawatan gigi. Pujuklah dengan cara yang baik. Bimbang sekiranya mereka tidak melakukan dengan rela hati mereka boleh menjadi trauma dan tidak mahu lagi membuat rawatan gigi sehingga dewasa kelak,”.
Katanya lagi, gigi yang bergoyang tidak semestinya  terus dicabut. Gigi susu juga tidak semestinya dicabut oleh doktor gigi. Berjumpalah dengan doktor gigi untuk mendapatkan nasihat tentang apa yang perlu dilakukan.

 
The post Gigi Kekal Si Kecil Dah Mula Tumbuh, Perlukah Gigi Susu Dicabut? Ini Yang Doktor Gigi Sarankan, Mak Ayah Kena Ambil Tahu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/gigi-kekal-si-kecil-dah-mula-tumbuh-perlukah-gigi-susu-dicabut-ini-yang-doktor-gigi-sarankan-mak-ayah-kena-ambil-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Anda Wajib Tahu

Cabut Gigi Susu Anak Walaupun Belum Goyang Ini Risiko Pada Si Kecil Yang Anda Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 366 hits
Masalah gigi rosak yang berlaku pada anak bukan satu isu remeh Ini risiko yang perlu ibu bapa ketahui apabila gigi susu anak rosak Sila ambil peduli Kepentingan penjagaan gigi susu Penjagaan kesihatan oral anak adalah dengan memastikan gigi...
Menggesel Gigi Waktu Malam Adakah Petanda Anak Stress Ini Akibatnya Kalau Mak Ayah Terus Biarkan

Menggesel Gigi Waktu Malam Adakah Petanda Anak Stress Ini Akibatnya Kalau Mak Ayah Terus Biarkan

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 362 hits
Malam nak tidur tiba tiba bunyi gigi bergesel agak menakutkan mendengarnya bila diperiksa rupanya anak lelaki yang masih kecil tidur dengan keadaan begitu Perkara tersebut mungkin merisaukan ibu ayah Malah ada yang berlarutan sehingga usia ...
Nak Ajar Anak Jadi Penyayang Kena Mula Dari Kecil Mak Ayah Buat 5 Benda Ni Untuk Jadikan Ia Lebih Berkesan

Nak Ajar Anak Jadi Penyayang Kena Mula Dari Kecil Mak Ayah Buat 5 Benda Ni Untuk Jadikan Ia Lebih Berkesan

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 318 hits
Bila mama atau papa nampak sedih atau kepenatan pulang dari kerja ada anak yang tanpa disuruh datang dan membawa segelas minuman Rasa sejuk hati hilang rasa penat lelah dan tekanan seharian Apakah ada antara anak anak anda yang bersikap beg...
Anda Pernah Terima Sampel Susu Formula Bayi Ini Peringatan Kkm Mak Ayah Kena Tahu

Anda Pernah Terima Sampel Susu Formula Bayi Ini Peringatan Kkm Mak Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 273 hits
Bagi para ibu mungkin ada antara anda yang pernah menerima pelbagai jenama sampel susu formula bayi percuma di pasaraya Amalan ini mungkin kelihatan normal dan tidak mendatangkan masalah namun sebenarnya ia mempunyai kesan tertentu kepada g...
Resepi Biskut Kurma Gebu Cair Dalam Mulut Sesuai Untuk Bayi Baru Tumbuh Gigi Snek Sihat Untuk Si Kecil Mama

Resepi Biskut Kurma Gebu Cair Dalam Mulut Sesuai Untuk Bayi Baru Tumbuh Gigi Snek Sihat Untuk Si Kecil Mama

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 709 hits
Si kecil mama yang baru belajar makan juga suka kalau diberi snek yang sesuai untuk mereka pemilihan snek yang betul amat penting supaya ia dapat memberikan nutrisi yang diperlukan buat anak anak dan juga baik untuk kesihatan mereka Resepi ...
Jangan Pandang Rendah Pada Anak Merekalah Guru Kecil Mak Ayah 3 Perkara Ini Jadi Pelajaran Tentang Kehidupan

Jangan Pandang Rendah Pada Anak Merekalah Guru Kecil Mak Ayah 3 Perkara Ini Jadi Pelajaran Tentang Kehidupan

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 582 hits
Dalam tak sedar rupanya anak anaklah yang banyak mengajar kita tentang erti kehidupan Sebaik sahaja dilahirkan anak mengajar kita untuk lebih bersyukur dan menghargai kurniaan Ilahi mengajar erti sabar dan banyak lagi Merekalah guru kecil k...
Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

Bayi 6 Bulan Ke Bawah Berisiko Tinggi Tersedak Susu Doktor Pesan Ibu Ayah Buat 5 Langkah Ini

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 427 hits
Bayi 6 bulan bulan ke bawah mudah tersedak susu Pemilihan puting susu dan teknik memberikan susu penting untuk diperhatikan Ikuti penerangan doktor ini Dr Farhanah Pegawai Perubatan Eva Emily Clinic Klinik Ibu dan Anak telah berkongsi beber...
Anak Bercakap Seperti Bayi Tanda Disleksia Ada 3 Lagi Tanda Lain Mak Ayah Kena Ambil Tahu

Anak Bercakap Seperti Bayi Tanda Disleksia Ada 3 Lagi Tanda Lain Mak Ayah Kena Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 521 hits
Disleksia ialah satu keadaan di mana kanak kanak mengalami masalah berkaitan keupayaan membaca mengenal huruf mengeja menyebut suku kata mengingat semula perkataan yang rumit dan mengingati memahami susunan ayat atau kata Kanak kanak yang b...
Mudah Dan Fresh Resipi Baby Cookies Untuk Bayi Yang Mula Tumbuh Gigi

Mudah Dan Fresh Resipi Baby Cookies Untuk Bayi Yang Mula Tumbuh Gigi

papar berkaitan - pada 3/8/2020 - jumlah : 277 hits
Bayi yang mula tumbuh gigi boleh makan makanan jejari seperti biskut khas untuk bayi yang berumur 6 bulan keatas Pada usia ini bayi sudah boleh makan sendiri Tanda tandanya ialah apabila bayi sudah mula memegang makananya sendiri Ibu ibu pa...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba