Ini Cerita Perjalanan Hidup Saya Pengusaha Bisnes Kecil Yang Hidup Secara Ringkas




Ini ringkasan cerita perjalanan saya, seorang usahawan yang hidup secara ringkas. Seorang rakyat biasa yang dilahirkan di sebuah kampung bernama Penanti, dalam daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
Saya merupakan anak yang ke-4 dari sebuah keluarga seramai 5 orang adik beradik. 
Sebelum pergi lebih jauh, suka untuk saya beritahu bahawa diri ini tidak ada apa-apa kejayaan luar biasa yang boleh dibanggakan. Ini hanya cerita rakyat biasa macam majoriti besar anda yang membaca. Setakat ini pencapaian saya hampir kesemuanya biasa-biasa saja.
Untuk membandingkan apa yang telah saya capai selama hayat dengan apa yang telah dicapai oleh orang lain, adalah sesuatu yang sia-sia. 
Sikap membanding begitu hanya menggambarkan betapa tidak selesanya diri seseorang dengan apa yang ada. Di samping membuatkan hidup terkejar-kejar berlumba dalam satu pertandingan yang tidak ada kesudahannya.
Perbandingan yang lebih baik, yang perlu dilakukan adalah, perbandingan terhadap diri sendiri. Jadikan masa sebagai rujukan.
Adalah diharapkan hidup saya pada hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan begitulah selanjutnya sehinggalah menemui ajal.
Saya senaraikan sedikit sebanyak pencapaian sepanjang merentasi masa dari zaman muda sehinggalah sekarang. 
Moga ia menjadi satu catitan untuk renungan saya sendiri terhadap apa yang telah berlaku selama ini dan secara tidak lansung sebagai maklumat  pengenalan diri buat mereka yang mahu ambil peduli pada riwayat hidup seorang usahawan biasa-biasa yang hidup secara ringkas.
1985 – boleh dianggap sebagai satu tahun yang gemilang di antara banyak-bayak tahun sejak saya bersekolah dari darjah 1 sehinggalah ke sekolah menengah.
Ia merupakan tahun terakhir zaman persekolahan saya. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia yang dicapai melayakkan saya ditawarkan peluang menyambung pelajaran ke luar negara.Pergi keluar negara memang merupakan satu impian semenjak masuk tingkatan 4 dan ia membuatkan fikiran saya sering melayang membayangkan suasana di luar negara. Mungkin itu merupakan salah satu faktor pendorong yang membuatkan saya berusaha mendapatkan tiket ke luar negara dengan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan.1987 – Saya didedahkan dengan suasana Kotaraya apabila mengikuti kursus persediaan pelajar dan tinggal di Damansara. Transformasi dari seorang budak kampung yang ‘perak’ berlaku perlahan-lahan sepanjang bergaul dengan rakan-rakan pelajar lain yang datang dari perbagai lapisan masyarakat.
1989 – Saya berjaya bertolak ke luar negara dari Kuala Lumpur menuju ke Frankfurt dan kemudiannya berakhir di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles De Gaule, Perancis.
Sepanjang perjalanan, saya hanya dapat merasakan perasaan kagum dengan apa yang dilihat dan juga pengalaman baru yang dialami lebih-lebih lagi rasa seperti duduk di dalam peti sejuk ketika keluar dari Lapangan Terbang di Frankfurt.Minggu pertama di Paris, saya dan kawan-kawan di bawa melawat sekitar Kota Paris dan menikmati keindahan kota romantik dunia itu. Siapa sangka budak kampung mentah yang hidup ringkas dalam serba serbi kelihatan sedang menconteng, “Shubhi was here”, pada tiang Menara Eifel…!1990 – Berada jauh di perantauan membuatkan rasa sunyi dan terasing.
Saya mula tergerak untuk membaca Al-Quran dan di situ saya dapati rupanya skill membaca ayat-ayat Quran terlalu teruk. Baru perasan bahawa saya tidak lagi membacanya semenjak habis mengaji di kampung masa sekolah dahulu.Bermula dari situ saya mula mengaji hampir setiap malam sehingga bacaan menjadi lancar semula.Bahagian 2
Perubahan drastik berlaku apabila saya bermimpi meninggal dunia dan dikumpulkan di sebuah padang yang cukup luas.
Suasana gelap seram dan dikawal oleh makhluk yang cukup mengerikan. Saya berada dalam satu barisan bersama ramai lagi manusia yang lain ketika itu.Rupa-rupanya saya telah mati!!!. Keadaan menjadi sungguh pilu dan menakutkan apabila menyedari bahawa saya berada di dalam barisan bersama dengan mereka yang saya kenal sebagai bukan beragama Islam. Membawa maksud bahawa saya juga mati bukan dalam iman???.Terhambur pertanyaan dalam kepala, “apa yang saya lakukan ketika hidup sehingga membawa saya menjadi bukan Islam?”.Persoalan itu terus menghantui saya selepas saya tersedar dari tidur malam itu. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Sebaik saja hari cerah, saya bermula menjadi seorang yang dahagakan ilmu agama. Saya menjadi salah seorang pengikut Ahbash di Montpellier, France.1993 – Saya berjaya pulang ke tanah air akhirnya. Alhamdulillah! sebab ketika berada di negara orang, saya seolah-olah merasakan kemungkinan hidup saya akan berakhir di situ sahaja tak balik dah.
Dengan belas ikhsan JPA, maka saya dapat bertemu semula keluarga terutamanya Ibu yang amat dirindui. Sikap saya berubah 360 darjah terhadap ibu setelah terpisah selama 5 tahun. Dari situ saya mula memahami apa erti kasih sayang ibu pada anaknya.Allahu Akbar!. Teh tarik yang saya sering dambakan di luar negara akhirnya dapat dinikmati semula. Lepak dengan kawan-kawan bersambung semula dan melodi rock kapak menjadi halwa telinga saya di samping musik klasik Melayu yang sudah menjadi kesukaan sejak berada di laur negara.Saya meneruskan pengajian ilmu agama secara sambilan di serata masjid. Saya memohon pada imam kampung yang juga merupakan guru mengaji sewaktu kecil untuk belajar semula mengaji darinya.Saya mula mengaji Quran dengannya setiap hari selepas solat asar di Masjid.1996 – Saya diterima bekerja di Syarikat INOKOM, sebuah syarikat Automotif berpusat di Padang Meha, Kulim.
Dengan bekerja di situ saya di hantar semula ke Perancis di mana seperti mimpi saya bertemu semula kawan-kawan di sana. Sesungguhnya itu semua tidak pernah saya jangkakan. Allahu Akbar!1998 – Saya buat keputusan nekad berhenti kerja di saat ekonomi negara dan di seluruh dunia merudum teruk.
Boss menasihati agar jangan buat kerja gila tapi memandangkan saya amat nekad, dilepaskannya juga.Kenapa saya berhenti pada waktu itu hanyalah semata-mata mahu merasakan pengalaman apa itu berniaga.Berbagai perniagaan telah saya buat semenjak itu dan terlalu banyak yang saya pelajari. Suka duka, pahit manis, semuanya sekarang menjadi ramuan enak pengalaman usahawan hidup ringkas.1999 – Saya berhijrah ke Kuala Lumpur walaupun tidak sanggup meninggalkan Kampung Penanti dan Kubang Semang.
Tapi demi mencari pengalaman saya lakukan juga lagipun hanya sementara sebab saya berhasrat untuk pulang semula ke kampung untuk memulakan perniagaan baru.Rupa-rupanya jodoh saya dengan KL/Selangor panjang. Selesai urusan di KLCC, saya ditawarkan bekerja di sebuah syarikat Multinational dari SwedenSaya menerimanya dengan hasrat untuk bertenang dan mencari perniagaan yang paling sesuai. Di samping itu saya perlu menyusun semula disiplin diri dan saya yakin boleh dapatkannya semula melalui kerja makan gaji.Bahagian 3Dunia perkahwinan
2001 – Ini merupakan tahun saya bertemu jodoh walaupun dah berusia lanjut.
Ini merupakan satu lagi perubahan besar yang berlaku terhadap diri. Perkahwinan membuatkan kita terpaksa menyesuaikan diri dengan pasangan hidup yang berbeza cara dan gaya kehidupan.Selepas berkahwin saya terpaksa menyesuaikan budaya yang jauh berbeza, pegangan nilai yang tak sama dan lebih-lebih lagi cara masakan yang tak sama.Saya mendapat satu ilmu baru tentang kehidupan berumah tangga. Ia membawa kepada pengalaman baru betapa sukarnya hidup bersama. Betapa sukarnya melawan ego demi mengambil kira kepentingan bersama. Tahu atau ada ilmu belum cukup, perlu berlatih sampai cekap sampai menjadi sebati.2003 – Saya berhenti makan gaji (sekali lagi) untuk berniaga sepenuh masa.
Satu tindakan kamekaze yang berani!!!, begitulah kata kebanyakan dari kawan-kawan saya.Memang sukar kehidupan pada waktu itu. Pendapatan berkurangan sebanyak 65% dan saya terpaksa menyesuaikan diri dengan apa yang ada.Saya mula bersolat sunat Dhuha setiap pagi.Saya juga mula membaca Tafsir Al-Azhar setiap malam.2005 – Perniagaan saya dah semakin stabil dan ada harapan.
Saya mula berpuasa 6 sebaik saja habis raya pertama Aidil Fitri dan diikuti oleh puasa sunat Isnin dan Khamis setiap minggu.Saya berjaya membeli rumah sendiri akhirnya. Walaupun sekadar rumah kecil sederhana, sekurang-kurangnya jika saya mati anak-anak serta ibu mereka ada tempat tinggal nanti.2008 – Satu lagi peristiwa menarik dalam hidup berlaku apabila saya menjual semua saham yang saya ada di syarikat pertama kepada rakan kongsi dan memberikan tumpuan pada syarikat saya sendiri dengan cara saya sendiri.
Walaupun bayaran hasil jualan share yang saya dapat tak setimpal dengan nilai sebenar syarikat, saya tak kisah sebab ikutkan keputusan nekad, saya tetap akan lepaskan kesemua syarikat tersebut walaupun dengan tidak mendapat satu senpun bayaran.Yang penting adalah dapat menumpukan pada pembinaan empayar perniagaan saya sendiri dengan mengamalkan falsafah perniagaan yang saya percaya. Falsafah usahawan hidup ringkas.2009 – Satu permulaan pada pembentukan satu lagi syarikat baru dengan kerjasama seorang rakan berbangsa Cina.
Ini bagi memberikan laluan mudah kepada pasaran terbuka terutamanya daripada syarikat bukan Melayu.Satu pengalaman baru bekerjasama dengan orang Cina yang boleh dirumuskan sebagai…”bukan mudah!”2010 – Tahun pergolakan menguruskan perbezaan budaya antara kumpulan Cina dengan Melayu.
Falsafah berbeza membuatkan saya pening kepala dalam usaha menggabungkan 2 syarikat yang ada.Saya mengambil berbagai-bagai pendekatan untuk menjayakan projek gabungan tersebut. Usaha itu meleret sehingga ke penghujung tahun.Akhirnya saya buat keputusan untuk lupakan buat sementara waktu. Saya pisahkan terus kedua-dua syarikat tersebut samada dari segi fizikal atau ‘on paper’.Hasilnya saya ada dua buah syarikat yang berbeza cara pengurusannya.2011 – Saya terpaksa berada di dua pejabat untuk melihat kedua-dua syarikat yang berada dalam satu industri tetapi berlainan pendekatan pengurusannya. Tak apa saya teruskan membina kedua-duanya dan dalam masa yang sama mencari jalan penyelesaian agar ia menguntungkan kesemua pihak.
2012 – Saya miliki sebanyak 6 syarikat sekarang. Satu peningkatan yang cukup baik berbanding tahun 2008 di mana saya hanya mulakan dengan satu syarikat kecil. Apa seterusnya…ia masih dalam pembikinan
Begitulah sedikit kisah perjalanan hidup saya sebagai seorang usahawan hidup ringkas yang masih lagi berjalan. Insyallah akan saya sambung lagi kisah perjalanan hidup ini bila tiba masanya.
Nanti sambung lagi 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/04/usahawan-hidup-ringkas-cerita-saya-1.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Sambut Raya Hidup Ringkas Yang Saya Idamkan Untuk Diamalkan Secara Meluas

Cara Sambut Raya Hidup Ringkas Yang Saya Idamkan Untuk Diamalkan Secara Meluas

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 190 hits
Dalam masa yang pantas dah masuk hari ke 28 kita jalani ibadah puasa di bulan Ramadan kali ini Alhamdulillah tahun ini puasa lebih normal dari 2 tahun yang lepas Dapat solat tarawih di surau dapat beli juadah di bazar ramadan dapat solat be...
7 Potret Rumah Mewah Pengusaha Sambal Bu Rudy Elegan Banget Dan Dilengkapi Lift

7 Potret Rumah Mewah Pengusaha Sambal Bu Rudy Elegan Banget Dan Dilengkapi Lift

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 127 hits
Pengusaha sambal asal Surabaya bu Rudy memiliki hunian yang mewah dan sangat rapih Setiap ruangan terlihat sangat elegan Rumahnya juga dilengkapi dengan lift Intip beberapa fotonya berikut ini
Sebabkan Sungai Di Denpasar Berwarna Merah Pengusaha Sablon Didenda Rp2 5 Juta

Sebabkan Sungai Di Denpasar Berwarna Merah Pengusaha Sablon Didenda Rp2 5 Juta

papar berkaitan - pada 14/4/2022 - jumlah : 139 hits
Pemilik usaha sablon di Jalan Kebo Iwa Utara Perumahan Swamandala Denpasar Bali terbukti melakukan pencemaran sungai sehingga air berubah merah Atas perbuatannya terdakwa kena sanksi denda Rp2 5 juta
Pengalaman Buat Bisnes Amway Cara Online Untuk Tambah Pendapatan

Pengalaman Buat Bisnes Amway Cara Online Untuk Tambah Pendapatan

papar berkaitan - pada 29/4/2022 - jumlah : 326 hits
Pengalaman Buat Bisnes Amway Cara Online Untuk Tambah Pendapatan Nama Amway memang dah lama bertapak di Malaysia Apa yang mengejutkan rupanya sejak aku masih kecil mak pernah beli dan guna produk Amway Tak sangka sudah berpuluh puluh tahun ...
Merintih Di Tiktok Bisnes Tak Laku Ketika Hujan Berkat Sabar Ais Krim Kelapa Tiba Tiba Sold Out

Merintih Di Tiktok Bisnes Tak Laku Ketika Hujan Berkat Sabar Ais Krim Kelapa Tiba Tiba Sold Out

papar berkaitan - pada 26/4/2022 - jumlah : 146 hits
AIR mata yang jatuh di pipi umpama selebat hujan yang turun dari langit Mungkin begitulah gambaran rasa sedih peniaga ini apabila gerai kecil miliknya dibadai hujan serta angin kuat ketika hari pertama berniaga baru baru ini Menurut Wan Nor...
Rasa Jatuh Terduduk Perlu Urus 2 Anak Istimewa Bisnes Tertangguh Stok Jualan Masih Banyak

Rasa Jatuh Terduduk Perlu Urus 2 Anak Istimewa Bisnes Tertangguh Stok Jualan Masih Banyak

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 176 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul Begitulah nasib sepasang suami isteri yang diuji dengan dua anak istimewa yang masih lagi kecil berusia 2 tahun lebih dan satu tahun Tiada siapapun yang minta diuji begini Niat ibu ini hanya...
Nak Tau Kategori Prospek Atau Pelanggan Dalam Bisnes Korang Meh Baca Perkongsian Menarik Ni

Nak Tau Kategori Prospek Atau Pelanggan Dalam Bisnes Korang Meh Baca Perkongsian Menarik Ni

papar berkaitan - pada 20/4/2022 - jumlah : 198 hits
NAK TAU KATEGORI PROSPEK ATAU PELANGGAN DALAM BISNES KORANG MEH BACA PERKONGSIAN MENARIK NI Zaman sekarang tak dinafikan ramai orang libatkan diri dalam bisnes tak kiralah bisnes offline atau online Tapi rasanya kalau cikla tanya sahabat ci...
Bisnes Tudung Terjejas Mawar Karim Nafi Muflis

Bisnes Tudung Terjejas Mawar Karim Nafi Muflis

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 179 hits
Bisnes tudung terjejas Mawar Karim nafi muflis Tidak tepat tidak benar dan saya sekeras kerasnya menafikan dan tidak mengenali serta tak pernah berurusan dengan plaintif Demikian kata usahawan Mawar Karim atau nama lengkapnya Mawar Abdul Ka...
Kemenhub Minta Pengusaha Angkutan Perhatikan Kondisi Armada Saat Masa Mudik

Kemenhub Minta Pengusaha Angkutan Perhatikan Kondisi Armada Saat Masa Mudik

papar berkaitan - pada 15/4/2022 - jumlah : 126 hits
Kementerian Perhubungan mencatat berdasarkan hasil survei yang telah dilakukan Badan Penelitian dan Pengembangan Kemenhub diperkirakan ada kurang lebih 85 juta penduduk yang akan melaksanakan mudik tahun ini
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco