Cara Sambut Raya Hidup Ringkas Yang Saya Idamkan Untuk Diamalkan Secara Meluas




Dalam masa yang pantas, dah masuk hari ke-28 kita jalani ibadah puasa di bulan Ramadan kali ini.
Alhamdulillah tahun ini puasa lebih normal dari 2 tahun yang lepas. Dapat solat tarawih di surau, dapat beli juadah di bazar ramadan, dapat solat berjemaah di masjid 5 waktu. 
Semuanya dah dibenarkan. Walaupun masih perlu pakai sarung tutup mulut dan hidung serta kena bawa sejadah sendiri. Masih tetap terasa keadaan kembali agak normal.
Itu bab beribadah. Masuk bab berbelanja juga dah mula meriah macam selalu. Baju raya, kuih raya, dan persediaan nak balik raya dah mula menyedut laju semua duit yang ada.
Itu bab yang tak best, sentiasa berikan satu tekanan jiwa yang kuat. Jiwa meronta rasakan itu tak kena. Perlu diubah. Tapi apakan daya. Pengaruh sekeliling terlalu kuat. Kalau dia tak heret diri sendiri, dia heret ahli keluarga dan akhirnya semua terheret sama.
Persediaan nak sambut raya hancurkan semua ketenangan yang berjaya dibentuk sejak hari pertama berpuasa.
Puasa satu proses kuatkan jiwaSebelum sambut raya kita kena puasa sebulan. Ada 3 fasa dalam berpuasa dan setiap fasa ada 10 hari. 
Fasa paling penting adalah fasa terakhir 10 ramadan. Dalam fasa terakhir ini ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Kalau nak dapatkan kebaikan malam tersebut, kena tingkatkan amal ibadat lebih sedikit daripada fasa sebelumnya secara konsisten selama 10 malam terakhir.
Sepanjang tempoh itu, harus dihentikan kerja tak perlu yang dah jadi adat kebiasaan orang kita sambut kedatangan syawal.
Secara umum ramadan merupakan bulan mengaut keuntungan akhirat. Ramadan bukan bulan bersuka ria perabih duit dan buat seribu satu macam pembaziran. 
Kita perlu utamakan akhirat dan buat apa yang agama anjurkan seperti yang diulang sebut para ustaz setiap tazkirah antara solat terawih sepanjang malam dibulan ramadan.
Jika kita betul-betul mahu amalkan saranan para ustaz tersebut, kita perlu ubah adat kebiasaan.
Idaman saya selama ini adalah seperti di bawah. Semua itu hanya berjaya dilakukan ketika wabak covid-19 melanda dan pihak berkuasa tak bagi raya sahaja. Diharapkan berkekalan, tapi punah. Sebaik saja raya dibenarkan macam biasa, pesta habiskan duit berlaku seperti biasa.
Alangkah bainya jika ..
Tak perlu bersusah payah buat kuih raya. Dari mana datangnya idea buat kuih raya yang lansung tak bagus untuk kesihatan tu saya tak pasti. Siapa ajar sambut syawal dengan penuhkan meja dengan kuih raya juga satu kerja yang tidak diperlukan. Kalau tetamu datang, tujuannya untuk merapatkan hubungan dan bermaaf-maafan. Jadi hidang ala kadar macam hari-hari biasa dengan makanan yang menyihatkan dah cukup.Tak perlu belanja besar beli baju raya. Kita disuruh pakai pakaian elok ketika pergi solat hari raya. Kita tidak pula disuruh pakai pakaian baru ditempah dengan trend terbaru untuk beraya. Kalau nak buat juga baju raya, berikan tumpuan pada pakaian untuk bersolah saja. Yang lain tak perlu. Baju baru boleh dibeli pada hari lain sepanjang tahun. Pilih saja waktu ada duit dan bersesuaian. Lebih penting sekali hanya beli bila baju baru dah tak ada lansung, cuma tinggal baju lusuh saja.Tak perlu berhias rumah dengan kelengkapan baru dan berbelanja besar. Ini juga satu kerja tak perlu dan satu pembaziran. Saya syak ia satu konspirasi puak kapitalis untuk mengaut untung besar dengan cipta keperluan berdasarkan waktu hari kebesaran.Bercuti sebaik saja masuknya 10 hari terakhir bulan ramadan. Banyak syarikat di luar negara yang islamik amalkan budaya ini. Bukan untuk buat persiapan raya sebaliknya untuk tumpukan pencarian malam seribu bulan. Arab Saudi amalkan budaya ini. Elok jika seluruh negara umat Islam mengamalkan budaya yang sama.Duit yang dapat dijimatkan untuk beli baju raya, buat kuih raya dan hias rumah disalurkan pada amalan sedekah sepanjang ramadan. Utamakan sanak saudara dan adik beradik terdekat. Ini yang agama suruh dan ganjarannya cukup besar berbanding bulan-bulan lain.Memang kita disuruh mengimarahkan sambutan syawal. Tapi ada banyak lagi cara lain yang lebih afdal daripada buat kuih, beli baju baru dan hias rumah dengan benda baru.
Jika semua amalkan budaya ini. Jalan TAR akan sunyi dan para peniaga akan berebut kaut keuntungan akhirat daripada kaut keuntungan duit dibazar ramadan. 
Agama tak suruh buat duit sampai tak pergi masjid dan meningkatkan ibadah dan melupakan maksud sebenar ramadan.
Budaya baru ini juga dapat mengawal kemasukan orang ramai ke hospital sebaik saja masuk bulan syawal. Kes pesakit masuk hospital meningkat setiap kali menjelang raya sebab makanan kebanyakannya tak sihat.
Kita juga seperti lepas geram belasah makan macam tak ingat dunia. Makan pula lebih berganda daripada biasa dan segala pantang tidak dijaga masa raya.
Yang paling penting sekali kita dapat jimat beribu ringgit berbelanja perkara yang tidak perlu atas nama adat. Adat pelik yang dimomokkan oleh para pengaut keuntungan perniagaan. 
Budaya berbelanja hanya pada perkara perlu saja akan terbentuk dan perniagaan yang tidak sihat akan mati. 
Budaya ekonomi sihat berdasarkan keperluan akan muncul menggantikan budaya ekonomi sesat.
Namun begitu, apa yang saya idamkanseperti di atas yang sebenarnya adalah amalan hidup ringkas masih gagal berjalan secara lancar.
Setiap kali berbelanja beli itu dan ini untuk anak-anak dan isteri satu keluarga akan berlaku pergolakan jiwa. Tertanya kenapa perlu habiskan semua duit yang ada untuk segala urusan tak wajib itu.
Sering juga berlaku pergolakan jiwa tertanya sama diri saya yang salah berfikiran sebegitu. Terasa mungkin yang buatkan stress adalah melihat tumpahnya duit berguguran setelah penat lelah mengumpulkannya selama ini.
Benar sekali kata-kata hikmat dalam Bahasa Inggeris di bawah,

“Once you carry your own water, you will learn the value of every drop.”
Teringat zaman kena angkut air naik ke dapur rumah dari telaga ketika kecik dahulu, sebelum adanya air paip macam sekarang.
Terasa benarnya pepatah di atas. Setiap cebuk yang menceduk air ketika itu terasa seperti menghisap kekuatan otot yang kepenatan berulang alik dari telaga sampai membawa bekas air naik ke atas.
Macam itulah terasa pedih perasaan setiap kali belanja beribu-ribu bayar segala benda tak perlu ketika raya.
Setiap tahun beli baju raya sedondong. Penuh almari tu dengan pakaian raya tahun-tahun sudah yang jarang-jarang sekali digunakan. Dah beli pula satu pasang lagi tahun ini.
Mungkin untuk orang perempuan pakaian tradisi raya tidak berapa membazir sebab memang boleh digunakan samada pergi kerja atau pergi kendur kendara dan berjalan. 
Tapi lelaki hanya dapat pakai sut raya ketika ke surau atau masjid. Itupun baju saja dan jarang-jarang sebab solat jumaatpun pakai pakaian formal kerja.
Dari sudut lain, terasa perlu juga sambutan sedemikian. Bukannya selalu pun. Elok ambil peluang itu untuk bersama anak-anak, membeli dan memilih. Melihat kegembiraan mereka. Melihat rasa bangga mereka dapat peragakan baju raya setahun sekali.
Tak kan itupun salah .. biarkan sajalah.
Itulah yang saya katakan sering berlaku pergolakan jiwa setiap kali masuk bulan ramadan dan nak masuk syawal.
Yang pastinya, tekanan melihat air tumpah setitik demi setitik tu memang amat berat pada mata yang mengangkut sendiri air tersebut ..
Selamat bercuti balik kampung semua pembaca yang sudi melayan blog ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/04/cara-sambut-raya-hidup-ringkas-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Sambut Raya Idaman Gagal Juga Akhirnya Sebaik Saja Dapat Raya Macam Biasa

Cara Sambut Raya Idaman Gagal Juga Akhirnya Sebaik Saja Dapat Raya Macam Biasa

papar berkaitan - pada 1/5/2022 - jumlah : 176 hits
Dalam masa yang pantas dah masuk hari ke 28 kita jalani ibadah puasa di bulan Ramadan kali ini Alhamdulillah tahun ini puasa lebih normal dari 2 tahun yang lepas Dapat solat tarawih di surau dapat beli juadah di bazar ramadan dapat solat be...
Dugaan Sambut Raya Mengejut Pemuda Pasrah Bibir Bengkak Dicium Lebah

Dugaan Sambut Raya Mengejut Pemuda Pasrah Bibir Bengkak Dicium Lebah

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 162 hits
Siapa yang tak kalut apabila hari raya yang dijangka jatuh pada 3 Mei 2022 ternyata tiba lebih awal daripada jangkaan Sudah tentu hampir seluruh masyarakat Islam di Malaysia merasai kekalutan tersebut dan ada yang tak cukup tangan menyiapka...
Cara Mudah Tukar Duit Raya Di Mesin Atm 2022

Cara Mudah Tukar Duit Raya Di Mesin Atm 2022

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 460 hits
Hari Raya Aidilfitri akan menjelma tidak lama lagi Pasti ramai yang tidak sabar untuk merayakan Hari Raya Aidilfitri ini bersama sama dengan keluarga tersayang Bila tiba je Hari Raya yang terlintas dalam fikiran kita kuih raya makanan raya ...
Hanya Guna Amp 039 Back Tap Amp 039 Pada Iphone Untuk Dapat Duit Raya Ikut Cara Ini

Hanya Guna Amp 039 Back Tap Amp 039 Pada Iphone Untuk Dapat Duit Raya Ikut Cara Ini

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 319 hits
Sudah 2022 kebanyakan transaksi kita sudah mula beralih pada digital walaupun hal sekecil membayar hutang rakan sewaktu makan tengah hari Kini dengan hanya berkongsi satu kod QR dari mana mana aplikasi bank dan e dompet sesiapa sahaja dapat...
Neelofa Pu Riz Sambut Raya Sederhana Tak Banyak Beli Baju Bilal

Neelofa Pu Riz Sambut Raya Sederhana Tak Banyak Beli Baju Bilal

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 243 hits
PERTAMA kali bakal beraya sebagai ibu dan bapa pasangan selebriti Neelofa dan suaminya Pencetus Ummah Riz memberitahu mereka akan menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur sahaja Biarpun teruja dengan kehadiran putera sulung iaitu Muhammad Bilal...
6 Generations Of Dukut Maharajo Descendants Gather For Raya

6 Generations Of Dukut Maharajo Descendants Gather For Raya

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 343 hits
Descendants of Dukut Maharajo including Ahmad Faizal Azumu at the gathering today IPOH It was a meaningful Raya for the descendants of Dukut Maharajo and Halijah Awang who gathered for a reunion involving six generations of the family in Ka...
Tol Percuma Tambah Keceriaan Rakyat Sambut Hari Raya Pukulan Kepada Kegagalan Tun Mahathir

Tol Percuma Tambah Keceriaan Rakyat Sambut Hari Raya Pukulan Kepada Kegagalan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 182 hits
Sebahagian daripada mereka yang tinggal di ibukota sekarang ini sudah pun berada di kampung masing masing untuk menyambut hari raya yang dijangka disambut pada hari Selasa Setelah dua tahun tidak dapat pulang berhari raya kerana kekangan PK...
Rasa Seperti Hidup Zaman 90 An Bapa Luah Rasa Kecewa Saudara Tergamak Bagi Anaknya Duit Raya Rm3 Je

Rasa Seperti Hidup Zaman 90 An Bapa Luah Rasa Kecewa Saudara Tergamak Bagi Anaknya Duit Raya Rm3 Je

papar berkaitan - pada 8/5/2022 - jumlah : 294 hits
nbsp Di sebalik kemeriahan menyambut Aidilfitri terdapat segelintir individu yang tidak tahu bersyukur dengan mempertikaikan nilai duit raya Baru baru ini viral di laman sosial apabila seorang pengguna Twitter berkongsi tangkap layar postin...
Jangan Terima Hadiah Salah Guna Kenderaan Jabatan Balik Kampung Sambut Raya Kpk Indonesia

Jangan Terima Hadiah Salah Guna Kenderaan Jabatan Balik Kampung Sambut Raya Kpk Indonesia

papar berkaitan - pada 21/4/2022 - jumlah : 196 hits
Jangan Terima Hadiah Salah Guna Kenderaan Jabatan Balik Kampung Sambut Raya KPK Indonesia JAKARTA Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri kurang dua minggu lagi Komisi Pemberantasan Korupsi Indonesia memberi peringatan kepada pegawai pegawa...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Intan Ladyana Sebak Anak Sulung Masuk Sekolah Anak Mommy Dah Ready Mommy Yang Tak Ready

Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online