Merintih Di Tiktok Bisnes Tak Laku Ketika Hujan Berkat Sabar Ais Krim Kelapa Tiba Tiba Sold Out
AIR mata yang jatuh di pipi umpama selebat hujan yang turun dari langit.
Mungkin begitulah gambaran rasa sedih peniaga ini apabila gerai kecil miliknya dibadai hujan serta angin kuat ketika hari pertama berniaga, baru-baru ini.
Menurut Wan Nor Azian Wan Ab Razak, dia dan tunangnya Muhammad Khairul Rosdi mula berniaga ais krim kelapa berdekatan Jambatan Angkat Terengganu (Drawbridge), sejak awal April lalu.
Biarpun terpaksa pulang dengan tangan kosong pada hari pertama berniaga, dia langsung tidak patah semangat, sebaliknya cekal untuk terus berusaha pada hari-hari berikutnya.
“Tunang saya yang mulakan bisnes ini, jadi saya pun ikut sekali. Kebetulan mak kepada tunang saya ada warung, jadi kami berniaga aiskrim di warung itu sejak Mac lalu.
“Kemudian selepas seminggu berpuasa, kami mula berniaga pada waktu malam di kawasan lapang berdekatan Drawbridge. Pada hari pertama, hujan sangat lebat. Langsung tak ada pelanggan.
“Kami dah siap set up gerai, kemudian terpaksa angkut balik bawa masuk kereta ketika hujan lebat. Akhirnya, kami balik dengan tangan kosong,” imbas wanita yang senang disapa Yan itu.
View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)
Yan mula berniaga berdekatan kawasan Drawbridge sejak awal April.
Dia dan tunangnya, masing-masing berusia 30 tahun tetap berniaga pada malam-malam berikutnya, dengan harapan gerai itu akan mula dikenali penduduk setempat secara perlahan-lahan.
Menurut Yan, hujan lebat sekali lagi melanda pada malam berikutnya, menyebabkan dia tergerak hati untuk membuat rakaman video sebelum dikongsi menerusi aplikasi TikTok.
Video meruntun hati itu ternyata meraih perhatian ramai, namun ada pula segelintir netizen yang menuduh Yan mengeluh dengan ujian berkenaan.
Kali pertama ais krim kelapa yang kami bawa habis dalam satu malam. Pelanggan kata mereka ‘datang’ dari TikTok.YAN“Cuaca tidak menentu, ada hari okey, kemudian pada hari lain hujan renyai-renyai. Beberapa hari lepas hujan lebat berlaku lagi. Barang berniaga termasuk kami yang berteduh di bawah payung gerai turut basah.
“Saya rakam video dan kongsi ke TikTok. Tak sangka ia akan blow up. Ada orang komen kata saya mengeluh sebab hujan. Saya nak jelaskan saya tidak mengeluh, saya cuma nak tunjuk situasi pada waktu itu.
“Saya maafkan orang yang kata saya mengeluh. Mungkin mereka tak tahu. Pemikiran manusia tak sama. Mungkin saya rasa logik untuk kongsi video itu, tapi orang fikir saya mengeluh.
Tangkap layar video tular itu.
“Mungkin penggunaan ayat saya salah, InsyaAllah saya akan baiki pada masa akan datang,” ujarnya yang menetap di Kuala Terengganu.
Penangan video tular turut menyebabkan gerai Yan mula mendapat perhatian, sekaligus membawa ramai pelanggan-pelanggan baharu untuk merasai keenakan ais krim kelapa yang dijual dia dan tunangnya.
“Lepas video viral, makin ramai yang datang ke gerai kami. Kali pertama ais krim kelapa yang kami bawa habis dalam satu malam. Pelanggan kata mereka ‘datang’ daripada TikTok.
Selain Yan dan tunangnya, beberapa ahli keluarga yang lain turut membantu perniagaan di gerai itu.
“Saya sangat bersyukur. Selain orang Terengganu, ramai juga anak perantau yang komen, kata nak datang gerai kami apabila mereka balik kampung tak lama lagi.
“Saya tak sangka akan dapat rezeki begini. Terima kasih atas sokongan sema warga TikTok. Awalnya apabila viral, saya agak takut. Ini kali pertama viral. Tapi pada masa sama, saya jadi makin bersemangat untuk berniaga,” ujarnya yang mengikat tali pertunangan pada tahun lalu.
Sehingga kini, video tular itu meraih lebih 110,000 tontonan di TikTok.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2022/04/merintih-di-tiktok-bisnes-tak-laku.html