Info Untuk Ibu Hamil Pertama Kali Hamil Snack Untuk Ibu Hamil Dan Cara Atasi Masalah Hb Rendah


Dalam entry sebelum ni k.fiezz ada selitkan adik ipar k.fiezz disahkan mengandung anak pertama. Jadi k.fiezz nak kongsi beberapa info untuk ibu hamil pertama kali macam adik ipar k.fiezz ni. Ewah, macam ada pengalaman je k.fiezz ooiii..hehe. Ala apa salahnya share kat sini untuk rujukan diri sendiri juga nanti, kan. Eh..hehe. Tips ni k.fiezz terjumpa dari Tik Tok. Tertarik pula nak kongsi kat sini sebab dalam Tik Tok nak cari balik jenuh pula nak scroll video. Jadi save letak kat blog lagi selamat. Apa info untuk ibu hamil yang k.fiezz nak share ni?
First k.fiezz nak kongsi info untuk ibu hamil pertama kali?Apa nak buat?
Tips Ibu Hamil Pertama Kali
Paling penting, syukurrr sebab membuktikan yang mummy boleh hamil...AlhamdulillahSahkan kehamilan di klinik selepas dapat positif test. Lepas tu buat persediaan untuk buka buku pink pula. Ambil supplement tambahan tapi ni atas nasihat Doktor.  Jangan sebarangan ambil tau..Elakkan dari persekitaran tak sihat macam terdedah dengan asap rokok/vape.Buat persediaan dari segi kewangan untuk beli barang-barang ibu dan baby.Bila dah mengandung ni, ada setengah mummy jenis nak makan. Ada juga yang tak lalu nak mengadap makanan. Ni ikut pada badan masing-masing lah yea. Macam adik ipar k.fiezz, dia suka mengunyah. Bukan nak makanan berat. Makan kudapan ringan-ringan. Ni dari yang adik k.fiezz cerita. Jadi k.fiezz terjumpa di Tik Tok juga snack untuk ibu hamil yang sesuai untuk jadi kudapan ringan. 
2nd info untuk ibu hamil berkaitan snack untuk ibu hamil yang sesuai diamalkan sepanjang kehamilan

Snack Untuk Ibu Hamil
Apa kudapan ringan yang sesuai untuk mummy yang tengah hamil ni?Untuk ibu-ibu yang dah pregnant beberapa kali, tak ada masalah. Dah expert kudapan ringan apa yang sesuai untuk dimakan dan bagus untuk baby dalam kandungan. Bagi ibu hamil pertama kali macam adik ipar k.fiezz & juga untuk ibu-ibu lain yang baru pertama kali hamil mungkin ada yang tak pasti apa snack untuk ibu hamil yang sesuai diamalkan. Bawah ni antara snack untuk ibu hamil beserta dengan vitamin dan fungsi  setiap kudapan ringan ni :-
Buah Tin - Kaya dengan vitamin B6. Bantu kurangkan morning sickness.Kacang Pistachio - Kaya dengan pelbagai nutrisi untuk tumbesaran janin yang sihat.Kurma - Makanan sunnah yang kaya glukosa asli. Bantu perkembangan sel-sel otak baby.Kismis - Kalsium kismis bantu pembentukan tulang dan mata baby. Buah Aprikot - Kaya dengan Zat Besi, Vitamic A,C,E , Kalsium & dapat mencegah anemia juga.3rd info apa itu masalah hb rendah, cara atasi masalah hb rendah & apa risikonya
Masalah HB Rendah Masa Hamil?
Hah yang ni biasa kita dengar keluhan dari kawan-kawan atau adik beradik kita yang mengandung. Masalah hb rendah?Apa hb ni?Hb singkatan Hemoglobin. Hemoglobin ni molekul protin dalam sel darah merah yang bergabung oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah ke tisu-tisu dalam badan. Aras hemoglobin normal bergantung kepada usia, awal remaja dan jantina. 
Macamana mula dikatakan ada masalah hb rendah?Ia terjadi bila keadaan sel darah merah iaitu hemoglobin (Hb) dalam darah berkurangan. 
Untuk lelaki normal. jumlah hemoglobin adalah 13.5-18.0 gram/dL . Untuk wanita adalah 12-16 gram/dL tetapi untuk wanita hamil, jumlah hemoglobin berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Jumlah hemoglobin sebelum dan semasa hamil berubah. Jika jumlah hemoglobin kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.
Jadi ramai mummy yang ada masalah hb rendah ni akan cari cara untuk naikkan hb semasa tengah mengandung. 
Apa cara nya?jomssss sis kongsikan..
Ambil makanan  yang kaya dengan Zat Besi seperti kacang soya, oatmeal,kismis, telur, kerang dan ikan, roti gandum, daging merah, ikan bilis, ayam dan sayuran hijau. Buah-buahan juga seperti tembikai, jambu batu, strawberi. Pastikan setiap hari ambil 1 jenis makanan dari sumber haiwanElakkan minum minuman kafein seperti kopi, teh, minuman bercoklat, minuman berkola. Sekiranya makan pil zat besi yang dibekalkan oleh Doktor, 2 jam selepas makan pil elakkan minuman berkafein untuk pastikan penyerapan lebih efisien. Pastikan makan supplement ubat tambah darah setiap hari semasa perut kosong atau 2 jam selepas makan.Lebihkan makanan yang kaya  dengan vitamin C untuk bantu penyerapan zat besi (sekiranya  makan pil zat besi yang diberi oleh Doktor). Digalakkan makan pil zat besi ini bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum. Selain lebihkan buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C dalam hidangan harian. Contoh buah & sayur yang kaya vitamin C seperti jambu batu, limau, betik, tomato dan lain-lain.Pastikan patuhi rutin temujanji di hospital/klinik.Apapun mummy semua jangan terlampau stress atau risau sangat. Fikir yang baik-baik, insyaallah moga yang yang baik-baik saja sepanjang kehamilan hingga selepas bersalin. 
Jom tengok apa risiko kalau hb rendah kepada ibu hamil. Bukan nak bagi mummy - mummy stress pula tau. Cuma kena tahu  juga apa kesan dia kalau masalah hb rendah sepanjang kehamilan. Bukan pada diri sendiri je, baby pun kena juga. Jadi kuatkan semangat untuk atasi masalah hb rendah sekiranya alami ni semasa hamil.   
Risiko dan Bahaya HB Rendah Kepada Ibu Hamil
Ni risiko dan bahaya sekiranya hb rendah kepada ibu dan baby. Letih & Lesu - Anemia boleh menyebabkan ibu hamil rasa letih, lesu & lemah. Juga menyebabkan sentiasa rasa pening, sesak nafas atau susah nak fokus. Ini disebabkan kekurangan oksigen & nutrien yang diperlukan oleh badan. Muka juga akan nampak sentiasa pucat dan tak bermaya.Keguguran - Sekiranya anemia tahap yang serius, badan tak mampu lagi menanggung proses kehamilan dan boleh menyebabkan keguguran janin.Tumpah darah ketika bersalin - Sekiranya bacaan hb berterusan tiada peningkatan sehingga bersalin, yang paling berisiko boleh menyebabkan tumpah darah. Kalau  ini terjadi, keberangkalian tinggi untuk ibu perlukan pemindahan darah (blood transfusion) bagi menyelamatkan nyawa. Tumbesaran Bayi Terbantut - Bayi yang dikandungan juga berisiko alami masalah tumbesaran serta perkembangan dan mungkin juga terdedah kepada risiko anemia.Bayi yang lahir kurang berat - Bahaya kurang hb beri kesan juga kepada fizikal baby di mana sejak dalam kandungan lagi, baby tidak membesar dengan normal. Baby IUGR (IntraUterine Growth Restriction) yang lahir dengan berat badan kurang daripada normal, memerlukan perhatian khusus di hospital. Kes ini juga berpunca dari kelahiran baby pramatang oleh ibu yang mengalami anemia.Bayi meninggal dalam kandungan - Komplikasi yang terjadi akibat kurang hb dalam darah menjadi punca bayi meninggal dalam kandungan.Postpartum Depression - Dalam satu kajian, wanita yang mengalami bacaan hb rendah selepas bersalin berisiko mengalami tekanan perasaan / meroyan / postpartum depression.Kematian ibu - Dalam kes yang lebih teruk, anemia yang dialami oleh ibu semasa hamil tidak dapat di rawat & menjadi punca kematian ibu.
Gabungan Info Untuk Ibu Hamil

So ni info untuk ibu hamil yang k.fiezz dapat dari Tik Tok & Mr Google. K.fiezz compile letak kat sini untuk rujukan k.fiezz juga nanti (hehe) & semua mummy yang hamil tak kisah samada mengandung kali pertama, kali kedua dan yang  berikutnya. Mana-mana info baru berkaitan topik ni dari ibu berpengalaman dialu-alukan di ruangan komen. K.fiezz belum ada pengalaman lagi. Cuma kutip semua info melalui bacaan dari situ sana sini. hehe.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ni, doakan K.fiezz pregnant ikut jejak adik ipar..Aamiin...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2022/04/Info-Untuk-Ibu-Hamil-Pertama-Kali-Hamil-Snack-Untuk-Ibu-Hamil-dan-Cara-Atasi-Masalah-HB-Rendah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sakit Belakang Masa Mengandung Ini Punca Cara Atasi Ibu Hamil Kena Peka

Sakit Belakang Masa Mengandung Ini Punca Cara Atasi Ibu Hamil Kena Peka

papar berkaitan - pada 25/3/2022 - jumlah : 207 hits
Wanita mengandung akan mengalami macam macam perubahan bukan sahaja dari segi fizikal malah juga emosi Lebih lebih lagi bila hampir tiba waktu melahirkan Pelbagai lagi dugaan yang perlu ditempuhi Dari awal mengandung dengan alami alahan set...
Pengalaman Pertama Kali Jejakkan Kaki Ke Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Untuk Kepastian Positif Atau Sebaliknya

Pengalaman Pertama Kali Jejakkan Kaki Ke Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Untuk Kepastian Positif Atau Sebaliknya

papar berkaitan - pada 13/4/2022 - jumlah : 226 hits
Assalamualikum wbt Anda sihat Juju doakan anda semua dikurniakan rezeki kesihatan baik selalu Amin Terima kasih buat anda semua yang sudi baca dan komen beserta doa di posting entry lepas kisah Tanpa ku sedar aku menangis doa yang terjawab ...
Tips Untuk Ibu Hamil Menyusu Berpuasa Dengan Lebih Bertenaga Dan Sihat

Tips Untuk Ibu Hamil Menyusu Berpuasa Dengan Lebih Bertenaga Dan Sihat

papar berkaitan - pada 6/4/2022 - jumlah : 202 hits
Assalamualaikum w b t Tips Untuk Puasa Kekal Cergas Bila tiba bulan Ramadan pasti seluruh Umat Islam sangat teruja untuk melaluinya kerana ia salah satu The post appeared first on
Yakin Nak Puasa Penuh Tapi Badan Tak Mampu Ini Panduan Untuk Ibu Hamil Dan Menyusu

Yakin Nak Puasa Penuh Tapi Badan Tak Mampu Ini Panduan Untuk Ibu Hamil Dan Menyusu

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 209 hits
Jangan memaksa diri berpuasa sedangkan hakikatnya tubuh ibu hamil langsung tidak mampu untuk berpuasa Jangan difikirkan diri sendiri tetapi fikirkan perkembangan anak di dalam kandungan Begitu juga dengan ibu menyusu Jumlah kalori tertentu ...
Nanti Nak Lalu Raya Pertama Kali Kekuatan Anak Luar Biasa Shuib Ulas Lalui Hari Istimewa Tanpa Isteri Di Sisi

Nanti Nak Lalu Raya Pertama Kali Kekuatan Anak Luar Biasa Shuib Ulas Lalui Hari Istimewa Tanpa Isteri Di Sisi

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 351 hits
Usahawan dan pelawak Shuib menjelaskan keutamaan Ramadan kali ini adalah terhadap empat cahaya mata Suami kepada Allahy4rhamah Siti Sarah itu berkongsi mengenai perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan program MeleTOP Bulan ...
Masalah Bayi Kembung Perut Susahkan Hati Mama Ini Cara Atasinya Dengan Mudah

Masalah Bayi Kembung Perut Susahkan Hati Mama Ini Cara Atasinya Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 5/4/2022 - jumlah : 171 hits
Masalah bayi kembung perut memang sentiasa susahkan hati mama Siapa tak risau bila si comel asyik menangis tak henti henti Orang tua tua cakap bayi mudah terkena masalah kembung perut Kalau dia menangis tanpa sebab walaupun sudah diberikan ...
Pertama Kali Beraya Tanpa Emak Amy Search Rindu Memori Lebaran Bersama Orang Tua

Pertama Kali Beraya Tanpa Emak Amy Search Rindu Memori Lebaran Bersama Orang Tua

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 159 hits
Redup hati Amy Search mengenangkan kepergian ibu tercinta Allahy4rham Fatimah Idris yang pergi menghadap Illahi pada 1 Ogos tahun lalu Tambahan pula tahun ini merupakan tahun pertama Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menyambut b...
Comelnya Dia Rasa Air Tu Masin Pertama Kali Main Pasir Pantai Gelagat Anak Zahirah Macwilson Curi Perhatian

Comelnya Dia Rasa Air Tu Masin Pertama Kali Main Pasir Pantai Gelagat Anak Zahirah Macwilson Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 176 hits
Selepas sembuh dari dijangkititi virus berbahaya Covid 19 pasangan selebriti Zahirah Macwilson bersama suami dan anaknya kini dilihat bercuti bersama keluarga ke Selatan tanah air Bukan hanya perkongsian gambar gambar menarik pasangan ini y...
Paksa Anak Puasa Tapi Tak Solat Itu Silap Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Ajar Solat

Paksa Anak Puasa Tapi Tak Solat Itu Silap Ibu Ini Kongsi Cara Mudah Ajar Solat

papar berkaitan - pada 8/4/2022 - jumlah : 232 hits
Mendidik anak solat bukan boleh ambil masa yang singkat Ia perlu dilakukan setiap hari untuk pastikan anak faham dan lama kelamaan boleh mendisiplinkan diri tanpa disuruh Namun hari ini kebanyakan ibu bapa lebih menyuruh anak anak kecil ber...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord