Pengalaman Pertama Kali Jejakkan Kaki Ke Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Untuk Kepastian Positif Atau Sebaliknya




Assalamualikum wbt, Anda sihat? Juju doakan anda semua dikurniakan rezeki kesihatan baik selalu. Amin. Terima kasih buat anda semua yang sudi baca dan komen beserta doa di posting entry lepas kisah :"Tanpa ku sedar aku menangis, doa yang terjawab. Anugerah paling istimewa di hari pertama Ramadan 2022" 👉 klik link.Sambungan dari entry tersebut, juju tak sabar nak kongsi pengalaman jejakkan kaki ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak buat pertama kalinya. 
Eh! Kenapa kata pertama kali? Bukan ke Abg Qi anak pertama?
Ya, masa anak pertama juju tak ada pengalaman lagi, terus ke swasta buat checkup bulanan terus. Jadi bila dikurniakan rezeki kedua tak disangka selepas 10 tahun juju memang berazam jika ada rezeki nak rujuk ke Klinik Kesihatan Kerajaan.
Selama ujian 10 tahun tu, ada banyak kisah menarik juju dengar dari teman sepejabat hatta teman-teman blog yang berkongsi pengalaman ke klinik kerajaan. 

Seawal jam 8 pagi sudah terpacak!Selepas buat ujian UPT positif hari pertama Ramadan 2022, aku tak terus percaya bulat-bulat ya, memang aku panjat kesyukuran tapi untuk kepastian perlu rujuk klinik kesihatan, apa pun boleh terjadi. 
Sebab ia hanya sebuah kit pengesan HCG sahaja. Jadi keesokkan harinya, seawal jam 8 pagi, hari kedua Ramadan jatuh hari Isnin 4 / 4 / 22 (cantik betul tarikh kembar) hari bekerja minta persetujuan bos untuk ke klinik kerajaan sebentar. 
Duit ehhh mana? Tenang sungguh saat pertama kali jejakkan kaki di sini, waktu sampai dalam kereta juju semak dalam purse ada tak duit. Sekali zero, duit sen pun tak ada, aku patah balik pusing ke pejabat sebab dalam pejabat ada mesin ATM. 
Keluarkan beberapa duit, patah semula ke klinik, memang dekat dengan pejabat syukur sangat. Jadi tak ralat nak patah balik semula. 
Terus ke kawasan pendaftaran, rupanya kat KK Tanglin memang luas rujukan pusatnya, nurse info KK Ibu dan Anak di belakang

Jadi aku bawa kaki, tak tau nak ke kiri atau ke kanan... tapi instinct kuat kata ke kanan haha. Ya betul instint bakal ibu, jalan yang aku lalui pertama kali jalan yang benar. 

Sekitar kawasan banyak pokok dan sejuknya mata memandang, dalam masa yang sama gementar !
Ya, gementar tau, mujur ada signboard tunjuk anak panah nak ke mana. Lega disitu, sampai je pintu masuk terus masuk sebab terpampang tulisan mula jam 8 pagi. 
Memang waktu itu ngam masa sampai. Juju ketuk pintu dan masuk. Nampak juju orang pertama sekali datang. Terus nampak nurse di kaunter, masa ni malu nak susun kata sebab tak reti nak cakap ayat berbunga hehe.
"Assalamualikum nurse, selamat pagi, semalam saya buat ujian HCG di kit ini saya bawa buktinya, jadi nak ke sini untuk pengesahan urine sama ada benar atau sebaliknya"
Terus dia tanya, bila last tarikh pertama mula period. Dia guna carta nak kira berapa minggu. 
Juju memang suka guna apps, catat setiap period datang di apps period tracker. Aku buka apps period tracker dan scroll hari last datang period. 
"Oh, baru 5 minggu lebih kurang anggaran. Okey saya beri nombor giliran dulu ya untuk ujian urine".
Sejurus dapat nombor giliran, nombor pertama terus aku melabuhkan punggung di kerusi menunggu. Mula nampak seorang demi seorang hadir ke dalam letak buku pink didalam bakul. 
Detak dalam diri ku, dah lama aku tak tengok buku pink. Berbunga sedikit di hati melihat perut-perut ibu mengandung silih berganti masuk ke dalam untuk pemeriksaan. 
Aku terus menunggu, buat ujian urine, tunggu dalam sejam sebab nak tunggu ujian dilakukan. Berdebar tu tak usah cakaplah, aku zikir sepanjang masa. Allahuakbar. Dua dokumen, dua klinik berlainan. Scan tu saje ke klinik swasta, pengesanan awal tu masih baru lagi. Doktor tak boleh bagi keputusan bagaimana keadaannya. 
Aku pun tak sabar nak tau ia dalam rahim atau sebaliknya, mujur doktor cakap tiada abnormal kelihatan, nampak rahim okey. Lega disitu. 
Puan Julia ! Nombor giliran pertama disebut setelah sejam menunggu.... dub dap dub dab !Aku di jemput masuk ke sebuah bilik, terpampang nama sendiri di skrin. "Tahniah puan, ujian urine positif"
Allah, Allah, Allah.....Aku tekupkan kedua belah tangan di wajah, terluncur satu perkataan "Alhamdulilah".Rasa tu, aku tak tau nak gambarkan bagaimana. 
Dah lama aku tunggu saat ini, redha juju tu kalau juju cerita memang dah bertahun lamanya. Tak kejar dah sangat, cuma ikut sahaja apa Tuhan nak beri rezeki dan ujian harung sahaja.
Tapi masih menyulam doa yang sama setiap kali solat. 
Seakan jawapan itu di beri dalam bulan Ramadan pertama terlalu istimewa. Kebetulan hari jadi juju jatuh baru seminggu lepas 26 Mac, dapat tau positif mengandung 3 April 22.
Hadiah hari jadi, anugerah dari Tuhan paling istimewa.Bila nurse info confirm positif, dia info 20 April baru datang semula untuk buka buku pink. 
Ada beberapa dokumen pendaftaran juju kena bawa antaranya :salinan sijil nikah, salinan bil TNB, buku pink anak pertama yang 10 tahun lepas dulu jika ada bawa, jika tak jumpa tak mengapa katanya, salinan kad pengenalan suami dan isteri. Rasanya ini beberapa dokumen yang juju ingat kena bawa pada tarikh temujanji akan datang. InsyaAllah. 
Tiada bayaran dikenakan. Free of charge. Ya Allah, seronok betul dengan servis KK kerajaan, selesa dan masa pun dalam sejam sahaja menunggu. 
Sejurus selesai, juju keluar dari klinik terus buat panggilan pertama kepada suami dan beritahu CONFIRM POSITIF !
Suami memanjatkan kesyukuran ucap ALHAMDULILAH. Terima kasih Allah. Barakallah.  
Klinik kerajaan dan klinik swasta refer sudah, terdetik di hati nak beli Clearblue. Nak tau berapa minggu... pertama kali guna tau. 
Waktu Abg Qi tak pernah guna kit digital ni. Kali ini beli... harga dia subhanallah... lepas tu saje rakam video nak simpan di Tiktok, sebab Tiktok antara medium juju yang tak berkembang pun, follower pun sangat sikit jadi boleh simpan rahsia disitu firasat juju...
Tapi Allah punya kuasa... apa aku anggap tu terjadi cerita luar biasa, sangat terkejut.... bersambung entry akan datang. Doaku: Juju berdoa untuk anda yang sedang berjuang TTC satu hari nanti dikurniakan rezeki tak disangka-sangka seperti juju lalui ujian 10 tahun lamanya lalui. Indah yang tak mampu digambarkan dengan kata, ia hadir di saat kita sebenar-benar redha, mampu zikir tak henti untuk memanjatkan rasa syukur, Allah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.juliajohari.com/2022/04/pengalaman-pertama-kali-jejakkan-kaki.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Ambil Dua Barang Tak Mengamuk Atau Merengek Ibu Ini Kongsi Pengalaman Disiplinkan Anak

Hanya Ambil Dua Barang Tak Mengamuk Atau Merengek Ibu Ini Kongsi Pengalaman Disiplinkan Anak

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 190 hits
Pernahkah ibu bapa terfikir untuk melibatkan anak anak sewaktu membuat pilihan barangan dan sebagainya Seharusnya setiap ibu dan bapa melatih anak anak berbelanja ketika kecil supaya mereka lebih peka untuk membeli secara bijak lebih lebih ...
Info Untuk Ibu Hamil Pertama Kali Hamil Snack Untuk Ibu Hamil Dan Cara Atasi Masalah Hb Rendah

Info Untuk Ibu Hamil Pertama Kali Hamil Snack Untuk Ibu Hamil Dan Cara Atasi Masalah Hb Rendah

papar berkaitan - pada 7/4/2022 - jumlah : 235 hits
Dalam entry sebelum ni k fiezz ada selitkan adik ipar k fiezz disahkan mengandung anak pertama Jadi k fiezz nak kongsi beberapa info untuk ibu hamil pertama kali macam adik ipar k fiezz ni Ewah macam ada pengalaman je k fiezz ooiii hehe Ala...
Kali Ke 2 Panggil Nama Dah Kali Ke 3 Dah Ada Ozlynn Kongsi Pengalaman Cab4ran Kejut Anak Sahur

Kali Ke 2 Panggil Nama Dah Kali Ke 3 Dah Ada Ozlynn Kongsi Pengalaman Cab4ran Kejut Anak Sahur

papar berkaitan - pada 3/4/2022 - jumlah : 196 hits
Setiap ibu bapa punya cara dan pendekatan tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak anak Yang pasti semua mahu anak anak menjadi orang lebih lebih lagi situasi sekarang yang cukup menc4bar pada zaman moden ini Sama seperti pasangan sel...
Nanti Nak Lalu Raya Pertama Kali Kekuatan Anak Luar Biasa Shuib Ulas Lalui Hari Istimewa Tanpa Isteri Di Sisi

Nanti Nak Lalu Raya Pertama Kali Kekuatan Anak Luar Biasa Shuib Ulas Lalui Hari Istimewa Tanpa Isteri Di Sisi

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 351 hits
Usahawan dan pelawak Shuib menjelaskan keutamaan Ramadan kali ini adalah terhadap empat cahaya mata Suami kepada Allahy4rhamah Siti Sarah itu berkongsi mengenai perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan program MeleTOP Bulan ...
Pelik Di Dunia Di Syurga Dia Anak Paling Sempurna Luah Ibu Kanak Kanak Autisme

Pelik Di Dunia Di Syurga Dia Anak Paling Sempurna Luah Ibu Kanak Kanak Autisme

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 319 hits
Siti Nadirah Hafidzin berkata ciri pelik pada Hasya Nur Dhuha membuatkannya bersama suami nekad merujuk anak mereka kepada pakar kanak kanak KLANG Dua tahun pertama tumbesaran Hasya Nur Dhuha Hafidzul Hilmi 5 tidak banyak berbeza seperti ka...
Ibu Ini Kongsi 7 Tip Bagaimana Ajar Anak Puasa Penuh Tanpa Rasa Terpaksa

Ibu Ini Kongsi 7 Tip Bagaimana Ajar Anak Puasa Penuh Tanpa Rasa Terpaksa

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 215 hits
Ketika ini ibu bapa dah mula fikir bagaimana untuk latih anak berpuasa dan pastikan mereka tidak mudah mengalah untuk berbuka lebih awal Mungkin bagi anak yang dah biasa berpuasa sebelum ini kurang sikit cabarannya Sebagai ibu bapa setiap m...
Rupa Ibu Masa Muda Sambut Birthday Ke 13 Tahun Wajah Cantik Anak Erra Fazira Curi Perhatian Ramai

Rupa Ibu Masa Muda Sambut Birthday Ke 13 Tahun Wajah Cantik Anak Erra Fazira Curi Perhatian Ramai

papar berkaitan - pada 2/4/2022 - jumlah : 203 hits
Kelibat anak kesayangan pelakon Erra Fazira sentiasa menjadi perhatian ramai Mana tidaknya wajah ayu dan lembut miliknya saling tak tumpah seperti wajah ibunya Sempena hari lahir anaknya Engku Aleesya yang ke 13 tahun Erra Fazira memuat nai...
Najis Hijau Ada Darah Ibu Ini Pesan Anak Muntah Cirit Birit Jangan Ambil Mudah

Najis Hijau Ada Darah Ibu Ini Pesan Anak Muntah Cirit Birit Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 19/4/2022 - jumlah : 191 hits
Buat ibu bapa yang ada anak cirit birit dan muntah berlarutan jangan anggap ia perkara biasa Mesti ada yang tak kena pada anak Jika orang dewasa boleh beritahu ketidakselesaan tersebut tapi anak kecil hanya boleh merengek sahaja Menerusi pe...
Vide0 Kita Mesti Memartabatkan Bahasa Ibu Gelagat Anak Azhar Sulaiman Belajar Cakap Melayu Buat Ramai Pec4h Pervt

Vide0 Kita Mesti Memartabatkan Bahasa Ibu Gelagat Anak Azhar Sulaiman Belajar Cakap Melayu Buat Ramai Pec4h Pervt

papar berkaitan - pada 10/4/2022 - jumlah : 176 hits
Pasti ramai yang mengenali pelakon Azhar Sulaiman kan tapi tahukah anda yang azhar sulaiman mempunyai seorang anak gadis iaitu Kasih Iris Leona yang sentiasa menjadi perhatian ramai di media sosial samada caranya bersosial atau pun tentang ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan