Influenza Like Illness Menyerangku


Influenza Like Illness (ILI) buat badan jadi lemah
Influenza Like Illness | Kini, virus Influenza A menular di beberapa buah negeri di Malaysia. Ada juga beberapa buah sekolah telah diarahkan tutup setelah mendapat nasihat pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana wabak influenza yang menyerang.

Imej dari Duke Health; How to Fight the Flu
Influenza bukan penyakit biasa-biasa ya. Memanglah ia menyebabkan demam, batuk, selesema dan yang lainnya.. nampak macam sakit biasa-biasa saja bukan? Tapi jangan dibiarkan tanpa rawatan, boleh bawa kepada kematian. Kalau anda mendapati orang terdekat atau diri anda sendiri demam selama beberapa hari, ada tanda-tanda Influenza, elok segera ke hospital.
Teringat waktu diploma semester dua dulu, tahun 2009. Ketika itu wabak Influenza A (H1N1) atau selesema babi, tengah hot. Dalam seminggu, beberapa kali aktiviti fogging akan dibuat di kolej (asrama) kerana bilangan pelajar demam semakin meningkat

Mai juga sama. Beberapa hari badan rasa lemah saja. Sampailah suatu petang ini, badan Mai rasa lain macam saja. Rasa seperti tidak sihat. Esoknya demam. Demam pula sampai beberapa hari. Nak tak nak, Mai ke pusat kesihatan untuk dapatkan rawatan. Dapat ubat demam, paracetamol dan MC.


Tidak lama selepas itu, demam semakin baik. Kawan sekelas pula demam. Kemudian, Mai demam lagi sekali. Sekali dengan pakej batuk dan selesema. Batuk yang kerap tetapi tiada kahak, sakit tekak dibuatnya. Selesema pula sampai membuatkan hidung tersumbat teruk. Rasa macam hampir mati saja sebeb tak boleh bernafas dengan lancar. Bila makan, memang tiada rasa. Sakit kepala juga datang menyerang. Masa kena tu, banyak tidur je. Badan memang lemah dan lenguh-lenguh. Belajar memang tak fokus dibuatnya

Maka, ke pusat kesihatan lagilah jawabnya. Fuhhh.. ramainya pelajar lain yang sedang menunggu giliran! Hebat penangan influenza ini. Setelah selesai dirawat, doktor meletakkan nama Mai dalam senarai pesakit Influenza Like Illness (ILI) dan dapat surat untuk kuarantin di rumah selama 9 hari supaya dapat berehat dan sihat sepenuhnya tanpa demam berulang. Yang ini, batch pertama kena kuarantin. Batch seterusnya kena kuarantin di kolej yang baru siap dibina je.

HOT: Doktor Beri Nasihat, Diperlekehkan Pula

Kuarantin di rumah, memang berehat sajalah jawabnya. Memang tak keluar ke mana-mana, risau orang lain pula berjangkit. Nak buat apa pun tak larat. Makanan sedap terhidang pun tak mampu jamah. Mak abah sangat mengambil berat. Alhamdulillah, demam dan yang lainnya beransur kurang dan kesihatan semakin baik. Mujur ILI saja, syukur.

Kalau anda ada tanda-tanda influenza, cepat-cepat jumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Bila kita cepat bertindak, InsyaAllah semuanya dapat dikawal. Kalau doktor suruh kita kuarantin di rumah, ikut saja arahannya. Jangan gatal-gatal nak keluar, orang nak melawat pun jangan izinkan. Masa kuarantin inilah kita rehat dan rawat diri. Biar orang lain juga tidak berjangkit dengan kita nanti.


Buat masa ini, ketika menularnya wabak influenza, elok kurangkan membawa mereka yang berisiko dijangkiti ke tempat-tempat sesak ramai orang. Sebaiknya pakai topeng muka sebabnya virus influenza tersebar melalui pembawaan udara terutamanya di tempat sesak dan tertutup. Ia juga berlaku melalui hubungan secara langsung dengan titisan cecair yang tersebar semasa batuk dan bersin serta tangan yang tercemar.

Lebih-lebih lagi kalau berada di luar kawasan rumah, titik beratkan soal kebersihan. Contohnya, makan di restoran, membeli belah di pasaraya.. bersih memang bersih tapi kita tak tahu ada orang lain bersin, batuk, kemudian sentuh barangan di sekeliling mereka. Kan terdedah pada kuman tu.. Sentiasa bawa hand sanitizer atau tisu basah. Makan pun kena jaga, pilih yang bersih dan bahan mentah pula dibasuh bersih.

Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jom bersama-sama cegah Influenza






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.maisarahsidi.com/2020/01/influenza-like-illness-menyerangku.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+Maisarahsidicom+(MaisarahSidi.com)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
2020 Harga Vaksin Influenza Makin Mahal

2020 Harga Vaksin Influenza Makin Mahal

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 651 hits
KUALA LUMPUR Harga vaksin influenza bagi mencegah penyakit tersebut didapati mengalami peningkatan sehingga 30 peratus di pasaran Difahamkan caj untuk suntikan vaksin influenza melonjak sehingga RM120 bagi satu suntikan disebabkan bekalan v...
Bayi Ibu Hamil Antara Yang Berisiko Doktor Kongsi Sebab Vaksin Influenza Perlu Diambil

Bayi Ibu Hamil Antara Yang Berisiko Doktor Kongsi Sebab Vaksin Influenza Perlu Diambil

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 485 hits
Influenza adalah jangkitan virus yang kerap menyebabkan jangkitan pada hidung tekak dan paru paru Gejalanya termasuk demam selesema dan batuk Penyakit influenza ini boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat namun ianya masih lagi dipandan...
Influenza Simptom Perbezaan Dengan Selsema Biasa Dan Pencegahan

Influenza Simptom Perbezaan Dengan Selsema Biasa Dan Pencegahan

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 1080 hits
Influenza Simptom Perbezaan Dengan Selsema Biasa dan PencegahanInfluenza Simptom Perbezaan Dengan Selsema Biasa dan Pencegahan Influenza adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh virus influenza pada jangkitan hidung tekak dan paru paru Te...
Jangan Abai Diri Ketika Mendapat Demam Dan Selesema Mungkin Itu Influenza A

Jangan Abai Diri Ketika Mendapat Demam Dan Selesema Mungkin Itu Influenza A

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 1208 hits
Sehingga hari ini wabak Influenza A sudah pun merebak dengan cepat Ketika aku warded di hospital tempoh hari kedengaran seperti ramai kanak kanak dimasukkan ke hospital Walau nampak seperti demam biasa Influenza A boleh membawa maut Wabak y...
Virus Influenza Kian Merebak

Virus Influenza Kian Merebak

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 679 hits
Virus Influenza kian merebak Setiap hari kita baca surat khabar pasti akan ada kes kes terbaru yang melibatkan virus Influenza yang kini semakin merebak menyerang terutamanya pada kanak kanak Keadaan ini amat membimbangkan apabila ramai yan...
Selangor Pantau Virus Influenza Sekolah Akan Ditutup Jika Jangkitan Serius

Selangor Pantau Virus Influenza Sekolah Akan Ditutup Jika Jangkitan Serius

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 400 hits
SHAH ALAM 10 Jan Kerajaan Negeri sedang memantau perkembangan penularan virus Influenza A di negeri ini dan akan menutup mana mana sekolah jika dikesan mempunyai tahap jangkitan yang serius Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata bu...
Dua Kes Jangkitan Influenza A Dikesan Di Cyberjaya Dan Klang

Dua Kes Jangkitan Influenza A Dikesan Di Cyberjaya Dan Klang

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 436 hits
SHAH ALAM Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan terdapat dua kes jangkitan Influenza A dikesan di Cyberjaya dan Klang semalam Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha ari Ngadiman berkata kes pertama positif Influenza A adalah di Se...
Info Wabak Influenza 2020

Info Wabak Influenza 2020

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 543 hits
Sedikit makluman dr JKM Putrajaya Sekarang musim Influenza A menyerang Jika kita orang yang sihat tiada masalah kesihatan kebiasaannya tidak apa apa Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma orang tua atau kanak kanak kec...
Kes Influenza Pertingkatkan Tahap Kesihatan

Kes Influenza Pertingkatkan Tahap Kesihatan

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 588 hits
USTAZ HANAFI ZULKAPLI DEWAN Pemuda PAS Negeri Selangor menyarankan pihak kerajaan dan rakyat umumnya untuk mengambil langkah pantas untuk atasi masalah perbekalan ubat yang berkurangan di kala kes Influenza semakin meningkat berdasarkan lap...
5 Roller Coaster Paling Tinggi Di Dunia

Social Media Just Got Serious Malaysia S New Rules And What They Mean For You

Johari Ghani To Officiate Pakistan Edible Oil Conference In Karachi

Zaliha Pardons Board Minutes Concerning Najib Won T Be Made Public

Ho Ho Ho Corruption Good Liberal Secularism Bad

Bekas Guru Besar Mengaku Tak Salah Peluk Cium Guru Pelatih

Iera Milpan Feat Wak Dan Senja Asmara Chord

Five Benefits Of Orange Juice


echo '';
Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3


Things To Ponder Self Reflection 7

Re Mashalat Business Collaboration Funding For Reezqeenos Babi Blogger Com

Sufian Suhaimi Sarah Suhairi Dengan Lafaznya Chord

Pulanglah Wahai Sahabat

Food Hunting Di Penang 20 Pilihan Tempat Makan Terbaik

Sarapan Pagi Sabtu