Kes Influenza Pertingkatkan Tahap Kesihatan


USTAZ HANAFI ZULKAPLI  

DEWAN Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menyarankan pihak kerajaan dan rakyat umumnya untuk mengambil langkah pantas untuk atasi masalah perbekalan ubat yang berkurangan di kala kes Influenza semakin meningkat berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Pakar perunding di Hospital KPJ Damansara, Dr Musa Mohd Nordin pada 6 Januari baru-baru ini.

Walaupun laporan yang didedahkan tersebut bukanlah untuk menimbulkan panik namun dalam Islam aspek kesihatan amat dititik beratkan bersesuaian dengan konteks Maqasid al-Syariah. Malah dalam 10 muwasafat peribadi Muslim turut menyenaraikan aspek kesihatan iaitu قوي الجسم iaitu kuat dan sihat tubuh badan yang merujuk kepada kecergasan dan kesihatan yang baik sangat penting bagi peribadi Muslim yang terbaik.

Berdasarkan kajian kesihatan dan bagi memenuhi aspek Maqasid al-Syariah, DPPNS juga menyokong usaha bagi pencegahan Influenza ini menerusi galakan vaksinasi. Malah dalam perbahasan hukum menerusi vaksinasi ini telah dibahaskan secara panjang lebar oleh para ulamak dan ahli pakar dalam bidang perubatan ini yang jelas menunjukkan usaha dalam menghilang kemudaratan ekoran jangkitan atau ketiadaan penghalang atau imunisasi dalam perlindungan tambahan dalam sistem badan. Ia menepati langkah usaha sebagai langkah pencegahan menerusi kaedah fiqh yang berbunyi:

الضرر يزال

“Kemudaratan mesti dilenyapkan (dihilangkan)”
Kesedaran penjagaan kesihatan mesti dipupuk di setiap peringkat dan keluarga untuk memastikan wujudnya sebuah komuniti dan negara yang sihat dan bebas dari gejala penyakit yang kronik. Tanpa penjagaan kesihatan, penyakit yang menyerang boleh memberikan kesan kepada produktiviti sesebuah negara. Kempen yang berterusan mengenai kesihatan perlu diperkasakan lagi oleh pihak yang terbabit dan juga kerajaan agar dapat dibendung awal dari sebarang punca penyakit yang boleh berlaku.

Selain itu, entiti pendidikan di bawah Dewan Pemuda seperti PASTI dan SRITI juga wajar melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap para murid agar premis bebas dari simptom yang berkaitan Influenza supaya tidak berlaku jangkitan yang lebih meluas dan teruk. Para ibu bapa juga disarankan membawa anak anak yang terjadi simptom awal seperti batuk dan demam ke klinik dengan segera bagi mendapatkan pemeriksaan serta nasihat doktor.

DPPNS menggesa pihak kerajaan khususnya Kerajaan Negeri agar mengambil langkah yang pantas dalam isu yang didedahkan ini bagi memastikan perbekalan ubat yang mencukupi pada setiap masa.

Pihak Kerajaan Negeri juga boleh mempertimbangkan bagi memperuntukkan sebahagian dana untuk membantu rakyat dalam usaha vaksinasi Influenza yang bukan sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan, meliputi vaksinasi percuma terhadap 12 penyakit lain, yang diberikan di klinik kerajaan. Ia juga sebagai tanda keprihatinan peringkat kerajaan terhadap rakyat di bawah jagaan kebajikan dan kesihatan.

“Demi Islam”- “Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah”

USTAZ HANAFI ZULKAPLI
Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor – HARAKAHDAILY

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/kes-influenza-pertingkatkan-tahap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Kes Jangkitan Influenza A Dikesan Di Cyberjaya Dan Klang

Dua Kes Jangkitan Influenza A Dikesan Di Cyberjaya Dan Klang

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 445 hits
SHAH ALAM Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memaklumkan terdapat dua kes jangkitan Influenza A dikesan di Cyberjaya dan Klang semalam Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha ari Ngadiman berkata kes pertama positif Influenza A adalah di Se...
Hati Hati Kes Influenza Sedang Meningkat Naik

Hati Hati Kes Influenza Sedang Meningkat Naik

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 312 hits
Baru baru ini terdapat laporan mengenai wabak influenza yang melanda bandar Wuhan Wilayah Hubei China yang telah menyebabkan 44 kes influenza dengan 11 orang pesakit sedang berada dalam keadaan yang kritikal Hati hati Kes influenza sedang m...
Tular Dakwaan Kes Hfmd Di Perlis Tinggi Keadaan Adalah Terkawal Pengarah Kesihatan

Tular Dakwaan Kes Hfmd Di Perlis Tinggi Keadaan Adalah Terkawal Pengarah Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 375 hits
Kangar Jabatan Kesihatan Perlis menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa Hospital Tuanku Fauziah di sini menerima ramai pesakit kanak kanak yang menghadapi jangkitan penyakit tangan kaki dan mulut Pengarah Jabatan Kesihatan Perli...
Katil Kami Penuh Dengan Pesakit Selesema Kes Influenza Meningkat Bekalan Ubat Bekurang

Katil Kami Penuh Dengan Pesakit Selesema Kes Influenza Meningkat Bekalan Ubat Bekurang

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 408 hits
Pakar pediatrik Dr Musa Mohd Nordin menyuarakan kebimbangan susulan peningkatan kes penyakit influenza di Malaysia Kes Meningkat 2 Kali Ganda Beliau yang juga pakar perunding di hospital KPJ Damansara berkata kes penyakit Influenza sehingga...
Terengganu Catat 9 Kes Influenza

Terengganu Catat 9 Kes Influenza

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 368 hits
Terengganu hari ini mencatatkan sembilan kes jangkitan virus Influenza yang membabitkan pesakit berusia antara tiga hingga 38 tahun Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Dr Noor Azimi Yunus berkata kes direkodkan pada 5 dan 7...
8 Kes Influenza A H1n1 Tular Di Sabah Sejak 15 Disember

8 Kes Influenza A H1n1 Tular Di Sabah Sejak 15 Disember

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 391 hits
KOTA KINABALU 2 Jamadilawal 1441H Ahad Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengesahkan sebanyak lapan Influenza A H1N1 dikesan dalam kalangan kanak kanak yang dilaporkan sejak 15 Disember hingga semalam kata Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan R...
Jabatan Kesihatan Negeri Sahkan Kelantan Bebas Dari Virus Influenza A

Jabatan Kesihatan Negeri Sahkan Kelantan Bebas Dari Virus Influenza A

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 369 hits
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan mengesahkan negeri itu bebas daripada serangan wabak influenza A Menurut Datuk Dr Zaini Hussin Pengarah Kesihatan negeri setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang kes melibatkan wabak berkenaan di ...
Kes Pelajar Dijangkiti Influenza Di 3 Negeri Naik

Kes Pelajar Dijangkiti Influenza Di 3 Negeri Naik

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 430 hits
Kes wabak influenza melibatkan pelajar sekolah mencatatkan peningkatan di Pulau Pinang Perak dan Negeri Sembilan Di Pulau Pinang Pengarah Pendidikan negeri Abdul Rashid Abdul Samad berkata 161 pelajar dari 77 sekolah rendah dan menengah dij...
Influenza Like Illness Menyerangku

Influenza Like Illness Menyerangku

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 1791 hits
Influenza Like Illness buat badan jadi lemahInfluenza Like Illness Kini virus Influenza A menular di beberapa buah negeri di Malaysia Ada juga beberapa buah sekolah telah diarahkan tutup setelah mendapat nasihat pihak Kementerian Kesihatan ...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai