Selangor Pantau Virus Influenza Sekolah Akan Ditutup Jika Jangkitan Serius


SHAH ALAM, 10 Jan (Bernama) — Kerajaan Negeri sedang memantau perkembangan penularan virus Influenza A di negeri ini dan akan menutup mana-mana sekolah jika dikesan mempunyai tahap jangkitan yang serius.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata buat masa ini, pihaknya menerusi pejabat exco kesihatan negeri dimaklumkan terdapat kes jangkitan influenza di Cyberjaya namun situasinya masih terkawal.
“Bagaimanapun, jika angka (jumlah kes) bertambah dan kadar penyebaran (jangkitan influenza) itu pantas, kita akan ambil tindakan segera termasuk memberi pelepasan ataupun cuti kepada sekolah-sekolah di kawasan terlibat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek menaik taraf laluan B49 Persiaran Mokhtar Dahari di sini, hari ini.
Semalam, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan terdapat dua lokasi di negeri ini dikesan positif jangkitan Influenza A iaitu di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya melibatkan 20 pelajar serta seorang guru serta di Klang, membabitkan dua beradik.
Namun, tiada sebarang penutupan sekolah dilakukan setakat ini di Selangor dan penularan virus itu juga terkawal. Mengenai projek naik taraf jalan raya berkenaan, Amirudin berkata ia dapat memberi manfaat kepada ribuan penduduk di sekitar kawasan Puncak Perdana apabila kesesakan trafik yang dihadapi sejak beberapa tahun lepas dapat dikurangkan sehingga 40 peratus secara keseluruhan.
“Kerajaan Negeri berharap projek naik taraf laluan ini yang juga bersambung dengan Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dapat memudahkan pergerakan penduduk di kawasan itu untuk ke Kuala Lumpur dan Shah Alam,” katanya.
Projek naik taraf laluan B49 Persiaran Mokhtar Dahari sepanjang empat kilometer dengan kos berjumlah RM111.5 juta itu dimulakan pada 1 Ogos, 2016 dan siap sepenuhnya untuk beroperasi pada 23 Sept lepas.
Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai status sebuah banglo di lereng bukit di Jalan Kelab Ukay 2, Taman Kelab Ukay, Ampang dekat sini yang terjejas akibat insiden pergerakan tanah di kawasan itu, Amirudin berkata kediaman itu diisytiharkan tidak lagi selamat untuk diduduki.
Katanya, pemilik banglo terbabit juga bersetuju untuk merobohkan rumah itu dan kerajaan negeri bersedia membantu dua lagi unit kediaman berhampiran yang berisiko tinggi menerima kesan sekiranya berlaku runtuhan.
“Setakat ini, hanya tiga rumah yang terlibat (akibat insiden pergerakan tanah). Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) mengesan wujudnya pergerakan air yang agak besar di bawah tanah berkenaan dan mengisytiharkan tanah itu tidak lagi selamat untuk diduduki.
“Penghuni rumah-rumah berkenaan juga telah berpindah sementara pemilik banglo yang terjejas itu merobohkan kediamannya dan melakukan kerja-kerja pemulihan lanjut. Mungkin mengambil masa sekitar tiga hingga enam bulan,” katanya.
Pada 28 Dis lepas, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyerahkan kepada kerajaan negeri untuk menyiasat punca pergerakan tanah berkenaan seterusnya mengambil tindakan mitigasi bagi mengembalikan keyakinan penduduk mengenai tahap keselamatan di kawasan berkenaan.
Sumber: BERNAMA
The post Selangor Pantau Virus Influenza, Sekolah Akan Ditutup Jika Jangkitan Serius appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/01/10/selangor-pantau-virus-influenza-sekolah-akan-ditutup-jika-jangkitan-serius/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
89 Pelajar Di Johor Dijangkiti Influenza Tiada Sekolah Ditutup

89 Pelajar Di Johor Dijangkiti Influenza Tiada Sekolah Ditutup

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 766 hits
JOHOR BAHRU Seramai 89 murid di negeri ini dijangkiti influenza setakat 1 30 tengah hari tadi 89 pelajar di Johor dijangkiti influenza tiada sekolah ditutup
Cara Mencegah Jangkitan Dan Tips Tidak Dijangkiti Virus Influenza

Cara Mencegah Jangkitan Dan Tips Tidak Dijangkiti Virus Influenza

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 764 hits
Cara Mencegah Jangkitan dan Tips Tidak Dijangkiti Virus InfluenzaCara Mencegah Jangkitan dan Tips Tidak Dijangkiti Virus Influenza Ibu bapa makin risau mengenai kesihatan anak anak semenjak penularan wabak Influenza di tahun 2020 kini Setia...
Langkah Mengelak Virus Influenza Daripada Berjangkit Kepada Kanak Kanak

Langkah Mengelak Virus Influenza Daripada Berjangkit Kepada Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 1485 hits
Langkah Mengendali Pesakit Influenza Kanak Kanak Assalamulaikum dan salam sejahtera Kementerian Kesihatan kini mengharapkan ibu bapa lebih peka memastikan kesihatan anak anak dan tidak menghantar anak ke sekolah jika sakit Hal ini berikutan...
Musim Virus Influenza Menyerang

Musim Virus Influenza Menyerang

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 862 hits
Musim virus Influenza menyerang Assalamualaikum dan salam sejahtera Sekarang ini di negara kita Malaysia Virus Influenza sedang hangat diperkatakan Ramai yang dah kena dan ada juga sekolah yang dah tutup disebabkan ramai yang dah berjangkit...
Influenza Virus Not New Not Linked To China Outbreak Dzulkefly

Influenza Virus Not New Not Linked To China Outbreak Dzulkefly

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 670 hits
While an analysis undertaken by the Institute for Medical Research and the National Public Health Laboratory indicates an upward trend in the influenza outbreak it has also found that the virus is a pre existing one and is not new Announcin...
Virus Influenza Kian Merebak

Virus Influenza Kian Merebak

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 812 hits
Virus Influenza kian merebak Setiap hari kita baca surat khabar pasti akan ada kes kes terbaru yang melibatkan virus Influenza yang kini semakin merebak menyerang terutamanya pada kanak kanak Keadaan ini amat membimbangkan apabila ramai yan...
Virus Influenza Kembali Serang Negara Menteri Kata Tiada Kaitan Dengan China

Virus Influenza Kembali Serang Negara Menteri Kata Tiada Kaitan Dengan China

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 476 hits
Kita semua sedia maklum yang kini virus influenza telah kembali menyerang negara di mana beberapa negeri telah menunjukkan peningkatan jangkitan Bagaimanapun Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan yang jangkitan virus ini tiada kai...
Bahaya Musim Virus Wad Kanak2 Penuh Dengan Pesakit Influenza A

Bahaya Musim Virus Wad Kanak2 Penuh Dengan Pesakit Influenza A

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 569 hits
Beberapa hari lalu pakar perunding di hospital KPJ Damansara Dr Musa Mohd Nordin menyuarakan kebimbangan berikutan peningkatan kes penyakit influenza di negara ini Mana tidaknya kes tersebut telah merekodkan kenaikan dua kali ganda pada tah...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej