Ikuti Tips Memudahkan Proses Speration Anxiety Yang Mungkin Ada Pada Anak Anda
Ia merupakan perkara yang semula jadi jika anak anda mula menagis jika ibu bapa tiada di mata mereka. Pada usia anak yang masih awal tangisan dan mengamuk merupakan perkembangan yang normal jika berpisah atau ibu bapa tiada dihadapan mereka.
Umum mengetahui perkembangan anak-anak adalah berbeza, ramai kanak-kanak terbawa-bawa sehinggalah di bangku sekolah. Ini bukan sahaja akan menyukarkan ibu bapa namun ia juga akan membawa masalah terhadap perkambangan anak-anak.
Ikuti perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari yang memberikan tips mengatasi ‘Speratian Anxiety’ untuk ibu bapa praktikkan dalam kehidupan.
Memang mencabar emosi betul bila anak kita asyik nak melekat sampaikan tak boleh nak berpisah langsung.
Kadang tu mak ayah ‘hilang’ dari depan mata kejap je tapi dia punya meraung, Ya Tuhan satu taman terkejut dengar suara dia!
Pantang rasa nak kena tinggal, tiba-tiba je 3C ni berlaku dengan amat dasyat – Crying (menangis), Cranky (merengek) dan Clingy (nak berdukung atau melekat je kerja).
Tapi bila parent muncul balik, eh terus senyap budak tu. Siap tersengih-sengih lagi.
Inilah yang disebut fasa ‘Separation Anxiety’. Benda ni normal je sebenarnya dan selalu berlaku kat anak kita yang dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 2 tahun setengah.
Masa tu dia belum berapa faham lagi pasal ‘Object Permanence’ ni. Pada dia, kalau parent tu tak ada kat depan mata, maksudnya memang tak ada! Hilang selama-lamanya!
Sebab tu mak ayah semua wajib tahu 5 teknik untuk atasi masalah Separation Anxiety ni supaya kita semua tak stress nanti bila fasa ni berlaku kat anak kita sendiri.
1. Biasakan bercakap dengan anak kita tu bila kita nak ke mana-mana.
Masa nak ke toilet, beritahu, “Mak nak ke tandas ni.” Nak ke dapur ke, nak ke bilik ke pun sama.
Mula-mula si kecil tu tak faham tapi lama-lama, nanti sikit-sikit dia akan mula mengerti ke mana kita nak pergi.
2. Untuk anak yang dah pandai merangkak, tak pun yang dah mahir berjalan, mak ayah cubalah main kejar-kejar dengan dia sekerap mungkin
Bila dia mendekat nak mintak kita dukung, masa tu kita buat-buatlah lari macam tengah bermain dengan dia. Tak adalah nanti dia meraung kalau kita tak dukung pun sebab dia duk ingat yang kita tengah main dengan dia.
3. Penting sangat untuk kita patuhi janji dengan anak.
Kalau kita cakap nak pergi sekejap, make sure betul-betul sekejap.
Bila kita praktikkan macam ni, si kecil tu akan develop rasa confidence untuk ditinggalkan sebab dia tahu mak ayah dia tak kan mungkir janji.
4. Ada anak yang jadi kacau bilau macam ni masa nak tinggalkan kat pengasuh.
Make sure sebelum serahkan anak kita tu, cukupkan dulu semua keperluan fisiologi dia.
Mana yang lapar berilah makan minum dulu. Mandi, tukar pampers siap-siap. Nanti tenanglah sikit budak tu waktu nak kena tinggal.
5. Akhir sekali, kena keraskan hati kita ni sikit kalau si kecil tu nak minta dukung. Beritahu yang kita tengah ada kerja nak siapkan.
Tak apalah kalau dia menangis pun, biarkan kejap.
Tapi bila dah siap je kerja terus kita datang balik entertain anak kita tu. Lama-lama nanti si kecil tu akan tahu yang kita sebenarnya tak abaikan dia pun, cuma mak ayah ada benda nak kena selesaikan sekejap.
Tolong saya #kongsikan ilmu ni ye terutamanya dengan kawan-kawan yang baru ada anak. Percayalah, ilmu ni penting sangat untuk mereka.
Sumber: Dr. Ahmad Luqman Bukhari
The post Ikuti Tips Memudahkan Proses ‘Speration Anxiety’ Yang Mungkin Ada Pada Anak Anda appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/06/20/ikuti-tips-memudahkan-proses-speration-anxiety-yang-mungkin-ada-pada-anak-anda/