Hiburan Dianugerah Anak Kuat Tantrum Shima Anuar Kongsi Tips Ubatnya Cuma Satu Sabar
Pelakon Shima Anuar telah berkongsi pengalaman beliau menghadapi anak yang mempunyai amukan melampau ataupun lebih dikenali sebagai tantrum.
Shima berhadapan cabaran tersebut melalui anak pertamanya, Marian Sophia yang sering menangis dan mengamuk apabila terbangun di waktu malam ketika tidur.
Mempunyai banyak kemahuan yang perlu dituruti, pelaon filem 7 Petala Cinta ini juga mengatakan anaknya itu kadang-kadang menangis dan menjerit satu jam tanpa henti di tengah malam.
View this post on Instagram
Macamni la dia tengah2 malam. Dia akan terbangun pastu nangis mengamuk2. Tak tau dia nak apa. Kejap nak tido dlm buai, kejap nak tido atas katil, kejap nak tido buai balik, pastu nak tido kat katil. Dia boleh nangis meraung2 menjerit dlm sejam non stop! Sometimes dia nak peluk, sometimes taknak org pegang langsung. Serba tak kena. Ubat dia 1 je. SABAR. Haha be strong mommies/daddies yg ada masalah yg sama macamni. Soon diorg akan ok InshaAllah. ?? (mommy dah tua nanti, kalau mommy meragam, sophia taknak jaga mommy, siap kau! ?) #tantrumsecondround
A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on Jun 13, 2020 at 10:26pm PDT
Namun, Shima yang berkongsi mengenai pengalaman itu di Instagram miliknya berkata bahawa dia menerima semua dugaan ini sebagai cabaran dan sentiasa positif dalam menghadapinya.
Menurutnya, hanya ada satu ‘ubat’ dalam mengatasi perkara ini iaitu sabar.
“Serba tak kena, ubat dia satu saja, SABAR. Bertabahlah ibu bapa di luar sana yang ada masalah sama macam ni, diorang akan kembali okay nanti, Insya-Allah,”
View this post on Instagram
Salam Aidilfitri from our little family
A post shared by Shima Anuar Official Account (@shimaanuar) on May 23, 2020 at 10:37pm PDT
Manakala di ruangan komen, ramai yang berkongsi tips dan bersimpati dengan nasib yang menimpa aktress ini. Shima yang mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Marian Sophian dan Mikhael Imaan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/06/hiburan-dianugerah-anak-kuat-tantrum.html