). Struktur kimia capsaicin mempunyai ekor panjang yang bersifat hydrophobic (tidak memggemari air) yang membolehkannya larut dalam minyak, lemak atau larutan organik.
Semasa proses memotong cili, bahan kimia ini terbebas dan membuat ikatan dengan tisu kulit kita. Ikatan ini akan mengaktifkan protein yang bertanggungjawab untuk mengesan rasa panas dan sakit sederhana di kulit lalu menghantar maklumat ke otak. Otak akan mentafsir ianya sebagai rasa panas. Mekanisma ini akan membuatkan kita berasa pijar atau orang Putih panggil “burning sensation”.
Setelah mengetahui sifat bahan kimia penyebab rasa pijar aka pedas iaitu capsaicin, maka boleh lah kita menganalisa kebersandaran kepada petua-petua tadi yang sepatutnya memisahkan capsaicin dari tisu kulit:
1) melarutkannya dalam cairan yang lebih digemarinya (like dissolves like)
– cuci dengan minyak masak, sabun mandi, losyen dan susu (mengandungi lemak protein casein yang boleh melarutkan capsaicin). Dan kemudiannya mencuci dengan sabun.
2) menukarkan sifat kimianya kepada yang lebih larut air
– mencuci dengan bahan berasid (asam jawa, cuka, lemon), air garam dan sapu ubat gigi.
3) juga dengan geseran kasar.
– ramas dengan hampas kelapa (kalau masih lagi bersantan, boleh melarutkan sekali capsaicin), ramas dengan garam dan gula sehingga cair (juga menukarkan sifat kimia capsaicin supaya lebih larut air), dan ramas dengan daun jambu batu.
4) merencatkan deria rasa panas
– rendamkan tangan dalam air berais.
5) meningkat tenaga molekul capsaicin dan protein pada kulit yang bertindakbalas agar mudah ditanggalkan.
– rendam air suam dan diang tepi api.
6) Placebo
– pegang sudu dan abaikan saja.
7) Menghindarkan daripada punca pijar. Ini “prevention is better than cure”.
Harus diingat, tahap pijar setiap individu adalah berbeza mengikut sensitivi kulit masing-masing. Maka, bolehlah anda mencuba mana-mana petua-petua yang bersesuaian. Jika kena dengan caranya, pasti menjadi!
Semoga bermanfaat!
ChM Dr
Sumber: Facebook Dr Fatimah Salim
The post Mungkin Ada Akak-Akak Yang Tak Tahu, 6 Tips Hilangkan Rasa Pijar Cili Pada Tangan appeared first on Siakap Keli.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |