Ikut 4 Cara Sterilkan Botol Susu Ini Barulah Anak Tak Muntah Dan Sakit Perut


Walaupun telah dicuci bersih dengan menggunakan sabun, namun botol susu bayi masih lagi tidak bersih sepenuhnya jika tidak disteril. Bagaimanakah cara mensterilkan botol susu bayi yang betul?

Kepentingan mengetahui cara mensterilkan botol susu bayi
Setelah bayi atau anak kecil di rumah menghabiskan susu dalam botolnya, kita biasa mencuci botol susu bayi tersebut dengan menggunakan air dan juga sabun.
Namun, cara ini hanya menyingkirkan sebahagian besar bakteria dan sisa susu yang melekat pada botol tersebut.

Masih terdapat sebilangan kecil bakteria yang berada pada botol susu tanpa anda ketahui.
Oleh itu, botol susu bayi bukan hanya perlu dicuci dengan air bersih dan juga sabun, tetapi juga dengan menggunakan kaedah pensterilan.
Kaedah steril boleh membantu menghapuskan bakteria berbahaya secara total pada botol susu anak anda.
Antara masalah yang boleh dicegah melalui pensterilan botol susu bayi ialah:
#1. Gastroenteritis
Botol bayi yang tidak dicuci bersih atau disteril boleh menjadi tempat berkumpulnya penyakit yang boleh membahayakan bayi anda yang baru lahir. Salah satunya ialah gastroenteritis.
Gastroenteritis virus adalah komplikasi dalam usus yang sering mengakibatkan sakit perut, muntah, dan cirit-birit.
Bayi mungkin dijangkiti gastroenteritis daripada botol bayi yang tidak bersih.
Selain itu, bayi juga mungkin mendapat penyakit ini daripada individu yang dijangkiti yang mencemari botol susu mereka melalui sentuhan langsung atau daripada batuk dan juga bersin.
Oleh itu, botol susu anak anda amat perlu disteril setiap kali selepas digunakan.
#2. Menghapuskan tempat pembiakan bakteria
Botol bayi yang tidak disteril juga boleh menjadi habitat yang sesuai untuk bakteria berbahaya membiak.
Antara bakteria yang boleh membiak dalam botol susu anak anda ialah E.coli dan juga Salmonella.
Sekiranya ini berlaku, ia boleh berpindah ke mulut bayi jika anda hanya menggunakan air dan sabun untuk mencuci botol tersebut.
Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit kepada bayi anda seperti keracunan makanan dan muntah-muntah.
Salah satu sebab atau punca jangkitan bakteria dalam botol bayi anda adalah kebersihan yang buruk dan tabiat pencucian yang buruk.
Tambahan pula, botol bayi yang mengandungi susu ibu atau susu formula untuk tempoh yang agak lama sememangnya menjadi tempat bakteria membiak.
Jika anda tidak membersihkan botol si manja dengan kaedah pensterilan, ia boleh terdedah kepada organisma yang boleh membawa kepada penyakit berbahaya.
#3. Membunuh kuman dan juga virus
Botol bayi yang tidak dibersihkan dengan betul juga akan menarik kuman yang mungkin menyebabkan bayi jatuh sakit.
Virus hepatitis A dan rotavirus mungkin boleh menjangkiti botol bayi yang tidak bersih.
Ini kerana, kedua-dua jenis virus ini boleh berpindah kepada botol susu anak anda jika ia disanitasi dengan cara yang salah.
Untuk pengetahuan anda, virus hepatitis A boleh menjangkiti hati bayi anda, manakala rotavirus pula boleh menyebabkan dehidrasi dan cirit-birit.
Jangkitan virus-virus ini sangat kritikal dan boleh mengancam nyawa bayi anda.
Oleh itu, anda mesti membersihkan botol ini dengan teliti melalui pensterilan untuk mengelakkan masalah sedemikian daripada berlaku.
Cara mensterilkan botol susu bayi yang betul
Terdapat beberapa kaedah yang boleh diamalkan apabila anda mahu mensterilkan botol susu si manja.
Antaranya adalah melalui kaedah pendidihan, pensterilan bahan kimia, pensterilan wap dan juga pensterilan gelombang mikro.
#1. Cara mensterilkan botol susu: Kaedah pendidihan
Kaedah ini merupakan antara kaedah termudah dan biasa dibuat oleh ramai orang. Caranya ialah:
Masukkan botol, puting susu, getah dan juga penutup botol ke dalam periuk Penuhkan periuk dengan air sehingga menutupi kesemua barang tersebut Letakkan periuk di atas dapur dan didihkan air tersebut. Didihkan sekurang-kurangnya lima minit Tutup api dapur dan biarkan air sejuk seketika Keluarkan botol, puting susu, getah dan juga penutup botol dengan menggunakan penyepit Goncangkan sedikit untuk membuang sisa air Jangan lap barang-barang tersebut dan anda boleh terus menggunakannya. Jika tidak digunakan, simpan dalam bekas kedap udara dan letakkannya di dalam peti ais #2. Pensterilan bahan kimia
Anda juga boleh menggunakan bahan antibakteria untuk membunuh kuman pada botol susu anak anda. Caranya ialah:
Jika anda membeli bahan antibakteria berbentuk cecair atau tablet, ikuti arahan pengilang seperti yang terdapat pada paket pembungkusan untuk mencairkan atau membancuhnya Rendam botol, puting susu, getah dan juga penutupnya ke dalam bancuhan antibakteria. Ikut waktu seperti yang disarankan oleh pengilang Keluarkan barang-barang tersebut daripada air rendaman dengan menggunakan penyepit Goncangkan sedikit untuk membuang lebihan air. Jangan lap botol susu tersebut
Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkannya di dalam peti ais. Gunakannya dalam tempoh 24 jam selepas sterilisasi #3.Pensterilan wap
Pengewapan panas juga boleh digunakan untuk mensterilkan botol susu anak anda.
Pensterilan wap menggunakan sejenis alat automatik yang berfungsi ‘memasak’ botol susu anda pada suhu yang tinggi untuk membunuh kuman.
Caranya amat mudah, anda hanya perlu letakkan botol susu di dalam alat tersebut, masukkan air, dan tekan butang ‘On’.
Alat tersebut akan berhenti secara automatik apabila ia selesai mensterilkan botol susu.
#4.Pensterilan gelombang mikro
Alat ini lebih kurang sama sahaja seperti alat pensterilan wap, cuma ia dimasukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro. Caranya:
Masukkan botol, puting susu, getah dan penutup botol ke dalam alat pensterilan Masukkan air ke dalam alat tersebut Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro Tetapkan masa antara 2 hingga 4 minit, atau mengikut arahan daripada pengilang alat pensterilan Simpan dalam bekas kedap udara dan letakkannya di dalam peti ais. Gunakannya dalam tempoh 24 jam selepas sterilisasi
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Ikut 4 Cara Sterilkan Botol Susu Ini, Barulah Anak Tak Muntah Dan Sakit Perut! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ikut-4-cara-sterilkan-botol-susu-ini-barulah-anak-tak-muntah-dan-sakit-perut/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Dadih Fresh Milk Buat Anak Jarang Minum Susu Lagi Lemak Pekat Ikut Teknik Ni

Resipi Dadih Fresh Milk Buat Anak Jarang Minum Susu Lagi Lemak Pekat Ikut Teknik Ni

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 236 hits
Ada anak anak kita yang tidak minum susu setiap hari Apa kata sediakan dadih susu ini buat anak anak menikmati khasiatnya Resipinya cukup mudah malah sedap dan manis berlemak Malah langkah demi langkahnya juga cukup mudah hanya satukan kese...
5 Cara Legakan Sakit Kepala Dengan Cepat Wajib Cuba

5 Cara Legakan Sakit Kepala Dengan Cepat Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 207 hits
Ada masanya bila datang serangan sakit kepala perghhh rasa macam kepala nak meletup pun ada Tambahan pula rasa sakit kepala berdenyut denyut itu berterusan tanpa henti Kalau sis di bahagian tenguk dahi dan kening ataupun bahagian belakang k...
Kaki Sembap Ketika Hamil Ibu Ikut 5 Cara Ini Untuk Legakan Kesakitan

Kaki Sembap Ketika Hamil Ibu Ikut 5 Cara Ini Untuk Legakan Kesakitan

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 151 hits
Eh kasut dah tak muat Bagi mommy yang mengandung ini bukanlah sekadar imaginasi Malah ada kemungkinan ibu sebenarnya sedang alami kaki sembab ketika hamil Ramai wanita akan mengalami bengkak kaki ketika mengandung Ini merupakan sesuatu yang...
Ibu Ini Kongsi Tip Pisah Susu 3 Anaknya Dengan Mudah Emosi Anak Pun Ok

Ibu Ini Kongsi Tip Pisah Susu 3 Anaknya Dengan Mudah Emosi Anak Pun Ok

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 230 hits
Ramai sebenarnya ibu yang wean off tapi hati masih belum kuat kerana kasihankan si anak Tapi dalam masa yang sama nak putuskan susu badan Ia bukan mudah dan memang mengambil masa sedikit Ada ibu yang sanggup letakkan kunyit gincu sirap asam...
Anak Tak Habis Minum Susu Jangan Simpan Ini Info Penting Mama Papa Kena Tahu

Anak Tak Habis Minum Susu Jangan Simpan Ini Info Penting Mama Papa Kena Tahu

papar berkaitan - pada 30/5/2022 - jumlah : 203 hits
Tengah bancuh susu untuk baby ke Hmmm pernah tak tertanya susu formula tahan berapa lama ya setelah dibancuh Sebagai ibu bapa kita pasti tahu tanggungjawab ini bukanlah mudah Rasa letih itu adalah perkara biasa khususnya buat mereka yang pe...
Ini 2 Cara Buat Slime Mudah Dan Selamat Untuk Anak Ibu Pun Pasti Suka

Ini 2 Cara Buat Slime Mudah Dan Selamat Untuk Anak Ibu Pun Pasti Suka

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 288 hits
Anak suka main slime tetapi anda tidak pasti selamat atau tidak Tak usah gusar ini cara buat slime mudah dan selamat yang boleh anda cuba di rumah bersama anak anak Ayuh Bermain slime Sebelum anda mengetahui cara buat slime pastinya ibu bap...
Ibu Sedih Lihat Anak Oku Tantrum Lepas Emosi Dimarah Bapa Rakan Sebab Botol Air

Ibu Sedih Lihat Anak Oku Tantrum Lepas Emosi Dimarah Bapa Rakan Sebab Botol Air

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 231 hits
Mempunyai anak kelainan upaya merupakan satu anugerah yang tidak terhingga Walaupun pelbagai tanggapan negatif diberikan ia bukanlah satu alasan untuk kita tidak memberikan pendidikan terbaik buat mereka di sekolah supaya sama sama mampu me...
Kandungan Luar Biasa Dari Susu K28 New Image Untuk Kecerdasan Otak Anak Anda

Kandungan Luar Biasa Dari Susu K28 New Image Untuk Kecerdasan Otak Anak Anda

papar berkaitan - pada 4/6/2022 - jumlah : 282 hits
KANDUNGAN SUSU K28 NEWIMAGEAsam folat merupakan vitamin yang larut dalam air dan kaya akan nutrisi Vitamin ini yang amat dibutuhkan oleh ibu hamil Karena kandungan zat dalam asam folat mengandung banyak manfaat untuk kebaikan calon jabang b...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba